Ahad, 15 April 2012

Bahaya kosmetik dan kanser

Kecantikan yang dikejar pada hari ini sering kali berasaskan hawa nafsu dan terpisah daripada petunjuk agama. Kecantikan yang diutamakan ialah yang berkaitan dengan kulit bukannya hati. Islam mementingkan kecantikan hati di samping tidak mengabaikan kecantikan zahir, selagi mana ia tidak bercanggah dengan landasan syariat. Menurut Muslim, Nabi Muhammad berkata.” Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa parasmu dan tubuh jasadmu tetapi Dia melihat kepada kebersihan hatimu.”

Bahaya kosmetik dan kanser
Jumlah mereka yang menghidap penyakit kanser terus meningkat. Majalah Lancet 1999 melaporkan, lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan menghidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payu dara. Mengikut Persatuan Kanser amerika, setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko menghidap kanser dan bagi wanita, setiap seorang daripada tiga orang.. daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di amerika, satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.
Bagi tahun 2002, dianggarkan 1,200,000 kes-kes baru dapat dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian dianggarkan berlaku setiap hari, disebabkan oleh kanser. Dr. Samuel Epstein (M.D), Pengerusi Gabungan Pencegahan Kanser atau Cancer Prevention Coalition dan penulis buku The Safe Shopper’s Bible dan The Politics of Cancer Revisited menyatakan, bahan-bahan toksik penyebab kanser memang terdapat di dalam produk yang sering digunakan oleh para pengguna pada hari ini, termasuk produk kosmetik. Pada tahun 1990, lebih kurang 38,000 kes-kes kecederaan dilaporkan berlaku disebabkan oleh bahan-bahan kosmetik. Institut Kebangsaan Berhubung Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja di amerika mendapati, terdapat 800 bahan kimia toksik di dalam alat-alat kosmetik yang digunakan pada hari ini. Di antaranya adalah:

Diethanolamine (DEA), Triethanolamine (TEA)
Ia adalah sejenis agen pelembap yang mudah bertukar menjadi agen kanser yang dikenali sebagai nitrosamines. Ia terdapat di dalam syampu dan sabun jenis cecair.
Blue 1, Green 3, Red 33, Yellow 5, Yellow 6
Semua ini adalah bahan pewarna yang sering digunakan pada hari ini dan boleh menyebabkan kanser kulit.

Sodium Lauryl sulfate, Ammonium Lauryl Sulfate, Sodium Laureth Sulfate, Ammonium Laureth Sulfate, Alpha Alefin Sulfinate
Bahan-bahan kimia ini dikenali sebagai surfactants dan digunakan bagi membersihkan rambut dan mengeluarkan buih. Ia terdapat di dalam syampu, sebagaian ubat gigi, krim pencukur dan sabun pembasuh baju. Bahan-bahan kimia ini berinteraksi untuk mengeluarkan 1,4 dioxane dan mengikut Institut Barah Kebangsaan di Amerika, bahan kimia ini menyebabkan kerosakan hati dan juga kanser. Dr John baily, Pengrah bahagian Kosmetik dan Pewarna di Pentadbiran pemakanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika melaporkan, kebanyakan syampu, krim dan losen pada hari ini mengandungi kadar 1,4 dioxane yang tinggi.

Isopropyl Alcohol.
Bahan kimia ini diperolehi daripada minyak petroleum dan ia terdapat di dalam alat pewarna rambut, losen-losen tangan, badan dan pencukur. Di antara kesan sampingannya ialah pening kepala, kemurungan atau depression dan koma.

2 ulasan:

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.