Laman ini diujudkan buat anda yang mencari kaedah ubatan herba alam semulajadi untuk sakit barah, selain berkongsi pendapat dan pengalaman sesama ahli. Menyedari faktor penyebab barah selain mengelak penipuan kerana pesakit barah selalu ditipu oleh orang yang rakus mengaut untung semata-mata. Laman ini juga bertujuan menyingkap amalan buruk yang merugikan kita.
a.( Kalau sembelit tidak teruk ) 1 sudu besar pagi 1 sudu besar malam
b.( Kalau sembelit teruk ) 2 sudu besar pagi 2 sudu besar malam
4.Beet Root – ambil suku cukup dimakan mentah. Beet root boleh didapati di Pasar Borong Selangor.
Ubat Sembelit Konvensional (Doktor Moden) berasaskan bahan kimia. Ubat Sembelit Konvensional juga mengandungi kimia pengawet, penstabil, pewarna dsbnya. Kita melihat banyak kes kanser usus yang berbagai tahap. Penderitanya terpaksa memakai colostomy bag kerana najis keluar berbentuk cecair dan tak tentu masa. Setiap Chemical ada kesan sampingan dan mudaratnya. Ubat herba kurniaan Allah tidak boleh dipatenkan dan side effect adalah minimal atau tiada dibandingkan dengan ubat konvensional. Mungkin itu sebabnya syarikat farmasi besar dunia tidak membuat ubat berasaskan alam semulajadi kurniaan Allah yang maha pemurah. Sesungguhnya mencegah itu jauh lebih baik dari merawat. Fikir fikirkanlah.... Tepuk dada tanyalah hati...
Dapatkan Kunyit Putih untuk penawar kanser. Salah satu alternatif rawatan herba. Kunyit Putih mengandungi bahan Riboson Inacting Protein (RIP) yang akan menyaluti sel kanser dan menghalang dari membiak (merencatkan perkembangan sel kanser). Amalkan Pagi dan malam meminum jus kunyit putih. Hubungi Puan Suriana 017-7063943 untuk mendapatkan kunyit putih segar. RM50.00 untuk 500gm.
UJI HAMBATAN TUMORIGENESIS SARI BUAH MERAH (PANDANUS CONOIDEUS LAM.) TERHADAP TIKUS PUTIH BETINA YANG DIINDUKSI 7,12
DIMETILBENZ(a)ANTRASEN (DMBA)
ABSTRACT
Red fruit (Pandanus conoideous Lam.) has been known by public as a medicine
for any kind of diseases, among of them is for cancer. To determine the carcinogenesis
inhibition effect of red fruit extract , we have examined the effect on 7,12-
dimethylbenz[a]anthrasene (DMBA)-induced rat lungs cancer model in female
Sprague-Dawley rats. The extract was tested at 0.21 ml/200 g bw; 0.43 ml/200 g bw
and 0.88 ml/ 200 g bw. The experiment was terminated at day 120. Lung histology
was used to evaluate carcinogenesis inhibition. The result showed that the extract at
0.21 ml/200g bw improved lung carcinogenesis inhibition than other dose.
Key words : red fruit extract, DMBA, lung cancer, Pandanus conoideus
Sumber : Majalah Ilmu Kefarmasian, Vol. III, No. 3, Desember 2006, 153 – 161
Abdul Mun‘im, Retnosari Andrajati, Heni Susilowati
Departemen Farmasi Fakultas MIPA Universitas Indonesia, Jakarta
Khasiat buah merah
Minyak buah merah pada prinsipnya
sangat diperlukan tubuh manusia kerana mengandung berbagai vitamin dan mineral
kerana sangat banyaknya kandungan buah merah hingga dapat disebut sebagai
multivitamin yang berkhasiat atau dapat dijadikan pendamping ubat doktor pada
berbagai macam penyakit diantaranya:
Bronchitis / Asma, Barah
/ Tumor, Kencing Manis, Penyakit Mata, Penyakit Jantung, Peredaran Darah,
Kekuatan Badan, Buasir, Hepatitis, HIV / AIDS, Gangguan Hormon, Darah Tinggi,
Awet Muda, Penyakit Kulit, Insomnia / Masalah Tidur, Kekuatan Batin, Tulang
Rapuh, Rematik / Sakit Sendi, Stress / Kemurungan, Strok / Lumpuh, Penyembuhan
Luka, Penyakit Perut/Gastrik.
SEPINTAS
TENTANG BUAH MERAH
Buah Merah dengan nama lain PANDANUS
CONOIDES LAM adalah tanaman khas spesifik atau endemik yang tumbuh di dataran
tinggi Papua.
Sekilas
Warga Papua
Adalah menjadi kebiasaan masyarakat
tradisional di Wamena, Timika dan desa-desa di kawasan pergunungan Jayawijaya
menggunakan buah merah sebagai ubat cacing, penyakit mata dan penyakit kulit.
Masyarakat setempat berbadan lebih tegap dan stamina lebih tinggi, padahal
kehidupan sehari-hari secara tradisonal yang serba terbatas dan terbuka dalam
berbusana dalam iklim yang keras serta cuaca cukup dingin di ketinggian pergunungan
Jayawijaya. Keistimewaan
fizik penduduk di sana jarang terkena penyakit degeneratif seperti: hipertensi,
diabetes, penyakit jantung dan barah. Penduduk setempat tahan terhadap penyakit
dan iklim yang sangat ganas.’
Tanaman buah merah
termasuk tanaman keluarga pandan dengan pohon menyerupai pandan. Namun tinggi
tanaman dapat mencapai 4 meter dengan tinggi batang bebas cabang sendiri
setinggi 1-2 meter yang diperkukuh akar-akaran tunjang pada batang sebelah
bawah.
Bentuk buah, bujur dan buah tertutup
daun pandan. Panjang buahnya mencapai 55 sentimeter diameter 10-15 sentimeter
dan berat mencapai 2-3 kilogram, buah ketika matang bewarna merah maroon
terang.
KANDUNGAN
MINYAK BUAH MERAH
Kandungan senyawa aktif yang
berpotensi untuk digunakan sebagai antioksidan (pencegah penyakit). Senyawa
aktif di dalamnya antara lain: Total karotenoid, Total tokoferol, Betakaroten,
Alfa-tokoferol, Asid Oeat, Asid Linoleat, Dekanoat. Senyawa-senyawa yang
terkandung dalam minyak buah merah berkhasiat sebagai ubat dan bersifat aktif.
Betakaroten dan Tokoferol (dalam bahasa awam dikenal sebagai vitamin E) dikenal
sebagai senyawa antioksidan yang ampuh mencegah penyakit. Senyawa ini mampu
menetralisir zat-zat radikal bebas dalam tubuh, yang merupakan sumber pemicu
timbulnya berbagai penyakit, terutama penyakit degeneratif. Dengan tingginya kadar antioksidan,
buah merah memiliki efek antibarah yang kuat. Di dalam tubuh, antioksidan mampu
menangkal dan memutus rantai radikal bebas-senyawa karsinogen penyebab barah
dan tumor.
BETAKAROTEN
Betakaroten adalah pencegah penyakit
degeneratif seperti stroke, jantung koroner, dan barah. Berfungsi untuk
melambatkan berlangsungnya penumpukan flek pada arteri sehingga aliran darah,
baik ke jantung maupun ke otak, dapat berjalan lancar tanpa sumbat. Betakaroten juga berfungsi untuk
meningkatkan kekebalan tubuh kerana adanya interaksi vitamin A dengan protien
(asid-asid amino) yang berfungsi dalam pembentukan antibodi. Suatu kajian
membuktikan bahawa pengambilan betakaroten 30-60 mg sehari selama 2 bulan akan
membuat tubuh memiliki sel-sel pembunuh alami lebih banyak serta sel-sel
T-helpers dan limposit yang lebih aktif. Bertambahnya sel-sel pembunuh alami
sangat penting untuk melawan sel-sel barah dan mengendalikan radikal bebas yang
mengganggu kesihatan.
TOKOFEROL
Tokoferol (vitamin E) selama ini
hanya dikenal sebagai
ubat awet muda untuk menambahkan cantik dan tampan. Padahal,
tokoferol berfungsi hampir sama seperti betakaroten, yaitu pencegah penyakit
degeneratif. Perbaikkan sistem kekebalan tubuh dapat dihasilkan oleh kehadiran
tokoferol, sel limposit, dan mononuklear di dalam tubuh sehingga dapat
mengurangkan morbiditas dan mortalitas. Tokoferol mampu mengatasi pembentukkan
karsinogen atau menghambat karsinogen sel sasaran sehingga akan dapat
menghambat terjadinya kasus barah. Tokoferol juga dapat menurunkan kolestrol
LDL jahat dan meningkatkan HDL. Hasil
kajian menunjukkan bahawa penderita penyakit jantung mahupun stroke merasakan
ada perubahan seperti respirasi lebih lancar serta tekanan darah dan detak
jantung lebih normal. Fungsi tokoferol di ibaratkan seperti
pemadam kebakaran yaitu akan mematikan serbuan radikal bebas dan menetralisir
kolestrol dalam darah. Jika serbuan radikal bebas tidak dapat dihalau dan
kolestrol dalam darah tidak dapat dinetralisir maka akan timbul efek yang
sangat merbahaya karena hal tersebut merupakan punca kematian secara mendadak.
Keadaan ini umumnya dialami sebahagian besar masyarakat yang tinggal di kawasan
bandar (gizi salah).
ASID LEMAK
TAK TEPU
Buah merah juga mengandungi omega-9
dan omega-3 dalam dosis yang tinggi. Sebagai asid lemak tak tepu, buah merah
mudah dicerna dan diserap sehingga melancarkan proses metabolisma. Lancarnya
proses metabolisma sangat membantu proses penyembuhan penyakit. Sebab, tubuh mendapat
asupan protein yang mampu meningkatkan daya tahan tubuh. Pesakit tidak perlu
mendapatkan asupan protein dari luar. Bahkan,
menaiknya metabolisma sangat membantu hati meregenerasi sel-sel hati yang rosak
akibat hepatitis. Asid lemak yang terkandung dalam buah merah
merupakan antibiotik dan antivirus. Asid lemak, aktif melemahkan dan meluruhkan
membran lipid virus serta mematikannya. Bahkan virus tidak diberi kesempatan
untuk membina struktur baru sehingga tidak dapat melakukan regenerasi. Oleh karena kemampuan tersebut, buah
merah efektif manghambat dan membunuh beragam strain virus. Terbukti bahawa
buah merah mampu menghambat dan membunuh sel tumor, virus hepatitis yang
merosak sel hati bahkan menekan perkembangan virus HIV / AIDS.
Minyak buah merah digolongkan
sebagai ubat alternatif, dan memberikan 80% kesembuhan, juga, sebagai upaya
untuk menolong penderita penyakit degeneratif. Pada dasarnya, Minyak Buah Merah
boleh diminum sesiapa sahaja kerana ia merupakan bahan makanan tambahan bagi
keutuhan tubuh. Orang dewasa atau anak-anak serta orang sakit mahupun orang
sihat boleh meminumnya.
Oleh karena kandungannya yang penuh senyawa-senyawa aktif yang di perlukan oleh
tubuh, maka berfungsi sebagai ‘pencegah’ penyakit bagi orang yang sihat dan
sebagai ‘penyembuh’ untuk orang yang sakit, insyaAllah.
Cara makan ubat yang terbaik adalah, sebelum makan ubat, perlu berdoa
dahulu “Ya Allah, sembuhkanlah penyakit aku ini.” Kemudian barulah makan ubat.
Kerana ubat tidak menyembuhkan, yang menyembuhkan adalah Allah. Doa itu lebih
penting daripada ubat. Maka di situ perlunya berdoa terlebih dahulu…
Tidak lama dahulu kita terbaca Unit Keselamatan Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menangkap pengedar teh yang meletak warna terlarang ke dalam serbuk teh. Bukan hanya pewarna yang diletakkan tetapi perasa dan bahan pengawet juga ditaruh sekali. Ini tidak termasuk andainya produk teh itu masih mengandungi racun 3 serangkai atau tidak (racun serangga + racun rumpai + racun kulat). Namun demikian, hanya sebilangan kecil yang ditangkap manakala sebagian besar pengusaha teh yang menipu dengan meletakkan pewarna atau barang lain ke dalam teh terlepas.. Apabila kita memerhatikan label bungkusan pada kotak teh, tiada ditulis secara jelas samada produk itu bebas pewarna / pengawet / perasa serta selamat dan sihat untuk dimakan. Justeru adalah amat penting bagi kita menyedari serta mengetahui bagaimana mengenalpasti teh yang kita gunakan itu selamat atau tidak dimakan.
Ujian mudah mengenalpasti kehadiran pewarna adalah dengan merendam teh tersebut dalam air panas.
ØBagi teh yang asli, warna teh lambat atau susah mewarnakan air rendaman itu.
ØBagi teh yang berpewarna, warna teh cepat atau sangat senang air bertukar ke warna teh.
Justeru, lain kali apabila kita membeli teh, pastikan kita :
Ømenjadi pengguna bijak yang tidak hanya memerhatikan tarikh luput tetapi perhatikan juga tulisan mengatakan ia bebas racun, pengawet pewarna dan perasa tiruan.
Øbelilah teh yang mahal sedikit bagi memastikan teh itu benar-benar asli.
Ini penting kerana jika kita tidak menjaga kesihatan kita, penjual teh hanya mengambil untung tanpa pedulikan kesihatan orang lain. Ingatlah cegah barah sebelum kena kerana pencegahan selalu lebih mudah dari merawat. Bahan –bahan bertoksin akan diserap oleh usus dan dineutralkan oleh hati (Tetapi tidak semua racun dapat dineutralkan oleh hati). Terdapat juga yang dikeluarkan dari badan oleh buah pinggang. Organ organ ini bekerja 24 jam. Kalau anda tidur, mereka terus bekerja.. Apabila organ organ ini keletihan bekerja, anda pun boleh meneka apa akan jadi seterusnya...
TAHUN lalu dia tidak dapat meraikan ulang tahun kelahirannya kerana
penyakit kanser yang dihidapi. Dia berhadapan dengan maut selama setahun
sebelum disahkan pulih selepas menerima rawatan alternatif dari Profesor
Syed Putra Meir.
Bagaimanapun untuk tahun ini, sedikit pun Datuk Sarimah Ahmad tidak
menyangka ada yang merancang sesuatu sempena ulang tahunnya yang ke-69 pada
28 April lalu.
Majlis dirancang Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) di Restoran Warisan,
Kuala Lumpur, Jumaat lalu, dihadiri Presidennya, Datuk Freddie Fernandez dan
AJK, Radhi Khalid, Datuk Salwa Abdul Rahman serta bekas Timbalan Ketua
Setiausaha KPPK (Kebudayaan), Datuk Mohammed Mohd Daud dan rakan-rakan artis
antaranya, Shamsuddin Lamin, Imuda, Rohana Jalil, Hazami, Roslan Shah, Mazin
Ameen Siraj, Fazli Zainal dan Ikhwal.
Dilahirkan di Pulau Rusa, Pekan, Pahang pada 28 April 1942 Sarimah mengakui
tidak tahu Karyawan mengadakan majlis meraikan ulang tahun kelahirannya.
Katanya, dia hanya dimaklumkan oleh Freddie mengenai mesyuarat yang perlu
dihadirinya.
“Mereka suruh bawa anak-anak dan cucu. Tak sangka pula mereka buat kejutan
majlis ulang tahun saya yang ke-69.
“Saya sangat terharu malam ini kerana pada tahun lepas, masa ini saya tak
berdaya.
“Saya tak tahu mengenai dunia masa itu dan saya tak tahu saya akan hidup
atau tak. Saya tak bercakap dengan anak-anak.
“Ya Allah, Ya Tuhanku terima kasih kerana bagi kesempatan. Terima kasih
kepada profesor, anak-anak dan semua yang mendoakan.
“Pada masa itu, saya tak tahu sama ada umur saya akan sampai usia 69 tahun.
Tiga tahun saya sakit, lidah keras, tapi saya masih lagi pergi sana sini. Orang kata Sarimah maintain (kekal cantik) tapi orang tak tahu saya sakit.
Yang tahu penderitaan saya ialah Yusarima Puteri (anak kelima). Apabila buat
ujian darah, bacaan sangat tinggi. “Kanser ini babitkan otak, hidung dan lidah. Peluang saya untuk hidup
hanyalah 3 bulan. Masa itu, cicit pertama saya nak dilahirkan. Saya minta
Allah panjangkan umur saya untuk melihatnya. Yang lain saya serahkan pada
Allah untuk menentukan pada masa depan.
“Apabila Freddie tahu, dia suruh saya beritahu media, tapi saya tak nak
beritahu kerana tak nak susahkan orang lain. Dulu tubuh saya hanya tinggal
tulang, hanya seberat 50 kilogram sehinggakan saya tak nak tengok cermin.
Hendak duduk pun kena dilapik kerana punggung tinggal tulang.
“Saya minta Allah tunaikan impian saya satu sahaja, iaitu nak buat umrah
pada akhir Ramadan dan berhari raya di sana,” katanya penuh emosi menjadikan
suasana sepi seketika.
Meskipun nampak keletihan, sikap pelakon Ibu Mertuaku ini boleh dipuji
kerana tetap memberikan kerjasama meluangkan masa untuk ditemubual pihak
media yang ingin bertanyakan lanjut mengenai penyakitnya. Dalam nada ceria, beliau memberitahu cicitnya, Hadif Mikhail Khairul Ikram
lahir pada 1 Jun 2010. Jika ada rezeki beliau akan menimang seorang lagi cicit pada Jun tahun
ini, iaitu cucu Farawahida.
Ibu kepada enam anak ini berkata, apabila disahkan sakit, beliau mula
mengambil langkah yang perlu. Setiap bulan beliau akan mengalami kesakitan.
Apabila sudah tahu simptom penyakitnya, beliau mula mengamalkan senaman dan
berpantang makan.
“Tuhan dah hendak duga, saya tak panik dan reda. Walau seteruk manapun
hingga tak boleh solat, saya tetap sembahyang secara isyarat mata. Tak
dinafikan, sepanjang kehidupan ada juga tekanan yang tak boleh dielakkan.
Sekarang saya elakkan tekanan dan kena jaga tidur. Walaupun tidur hanya tiga
hingga empat jam sehari, ia lebih baik jika berkualiti.
“Hidup hanya sementara dan cara perubatan ini hanya alternatif. Saya tak
buat rawatan kimoterapi atau lain-lain rawatan kerana nak balik (meninggal)
dengan cara elok dan tak nak badan ada kesan. Saya sentiasa solat tengah
malam untuk minta kekuatan. Dalam keadaan sekarang, saya tak kejar kekayaan.
“Setahun saya memerap di rumah. Saya tak nak beritahu orang yang saya tak
sihat apabila ditanya. Sekarang, saya tak cukup tidur kerana bangun tengah
malam untuk sembahyang dhuha setiap hari. Jam 3.30 pagi mata sudah celik
untuk saya buat apa yang patut seperti senaman, mandi air sejuk dan minum
air zam zam,” katanya.
Menjelaskan pula mengenai cara rawatan yang dijalankan, Sarimah berkata,
Profesor Syed Putra membekalkannya ubat tambahan bernama Mission B-Seventeen
(B-17) sebagai cara rawatan.
“Bayangkan 19 protokol kena dilalui untuk makan ubat. Saya kena kuat kerana
selepas itu, saya akan muntah kerana proses detoks (keluarkan racun). Rasa
kepala seperti nak pecah dan saya pengsan. Selepas 19 hari, saya kena
teruskan dengan disiplin lain pula.
“Memang banyak ubat yang perlu diambil. Sekarang alhamdulillah keadaan dah
baik, namun saya masih amalkan lagi dua kali sehari sebelum makan.
“Ubat ini sangat kuat dan saya tak boleh ambil ubat tambahan lain. Harganya
memang mahal iaitu RM30,000 tapi saya nampak keberkesanannya. Saya tak rasa
dipergunakan oleh Profesor Syed Putra,” katanya yang mula mengesan penyakit
ini sejak berlakon drama bersiri Cinta Madinah.
Tahun 2008 hingga 2010, Sarimah mula merasakan semakin tidak berdaya. Namun
amalan beliau yang suka menggunakan air zam-zam sejak mengerjakan umrah pada
1993, turut membantu melawan penyakit pembunuh ini.
“Bila kena penyakit itu, lidah saya jadi keras. Apabila disembur air zam
zam, keadaannya akan sembuh. Selain ubat tambahan, saya turut berdoa dan
bertakwa kepada Allah. Ini yang paling kuat diamalkan dan saya bersyukur.
Saya kini dah boleh sembahyang, rukuk dan berdiri dengan sempurna.
“Insya-Allah, ada rezeki saya nak pergi umrah lagi. Tahun lalu mereka
siapkan kerusi roda kerana bimbang kesihatan saya. Tapi sebelum pergi saya,
minta doa nak pijak Makkah dengan kaki sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya
lakukannya. Sampai sana, saya sujud dan bersyukur kepada Allah,” katanya
yang hanya mempertimbangkan tawaran berlakon jika wataknya
bersesuaian.
Komen 2
Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69
pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah
sejak setahun lalu.
“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun
lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan
selama 3 bulan.Saya reda dan percaya dgn ketentuan Allah SWT dan dalam
pada itu saya berusaha juga untuk berubat.Bukan niat saya untuk
merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa
sedih dgn keadaan tersebut.Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang
perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.Ketika itu juga
saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana
tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit
dan tulang sahaja”
Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun
menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih
untuk mendekati Allah dgn bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan
amalan solat sunat digandakan.
“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali
kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.Saya
memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci
al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar”
Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari
Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.
“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di
tahap 4. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan
ini.Alhamdulillah ia bagaikan serasi dgn saya tapi berbalik kepada
ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh
jadi penawar”
Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin
pulih daripada penyakit tersebut.“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin
mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.Tapi Alhamdulillah derita yang
saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang”
Komen 3
Datuk Sarimah Ahmad tidak menyangka dapat menyambut hari lahirnya ke 69
pada 28 April lalu ketika disahkan menghidap kanser otak, hidung dan lidah
sejak setahun lalu.
“Penderitaan tersebut bermula pada 2008 sehinggalah pada 20 April tahun
lalu doktor mengesahkan saya menghidap kanser dan hanya mampu bertahan
selama 3 bulan.Saya reda dan percaya dgn ketentuan Allah SWT dan dalam
pada itu saya berusaha juga untuk berubat.Bukan niat saya untuk
merahsiakan perkara ini tapi saya tidak mahu anak-anak saya turut berasa
sedih dgn keadaan tersebut.Hanya anak kelima saya sahaja yang tahu tentang
perkara ini kerana hanya dia yang ada berada bersama saya.Ketika itu juga
saya banyak menolak permintaan fotografi media dan undangan ceramah kerana
tidak mahu mereka lihat keadaan saya yang ketika itu hanya tinggal kulit
dan tulang sahaja”
Tambah Sarimah, dia tidak pernah mengalah melawan penyakit tersebut. Biarpun
menolak untuk melakukan sebarang pembedahan pada tubuhnya, beliau memilih
untuk mendekati Allah dgn bacaan ayat-ayat suci al-Quran dan memastikan
amalan solat sunat digandakan.
“Saya tidak mahu melakukan sebarang pembedahan, saya mahu kembali
kepada-Nya dalam keadaan tanpa cacat seperti mana saya dilahirkan.Saya
memilih untuk melakukan rawatan alternatif dan mengamalkan ayat-ayat suci
al-Quran serta air Zam Zam sebagai penawar”
Bagaimanapun, Sarimah mengakui mengambil makanan tambahan B17 diimport dari
Maxico yang diperkenalkan oleh seorang doktor.
“Doktor tersebut yang mengesahkan saya mengidap kanser tersebut berada di
tahap 4. Beliau juga menyarankan agar saya mengambil pil tambahan
ini.Alhamdulillah ia bagaikan serasi dgn saya tapi berbalik kepada
ketentuan Allah SWT, jika niat kita untuk berubat air kosong pun boleh
jadi penawar”
Ketika ditanya tahap kesihatannya kini, Sarimah memberitahu dia semakin
pulih daripada penyakit tersebut.“Saya tidak tahu ia pulih sepenuhnya atau tidak, jika Allah ingin
mengambil nyawa saya bila-bila masa sahaja.Tapi Alhamdulillah derita yang
saya alami sejak beberapa tahun lalu semakin kurang”
Dato Sarimah Ahmad tak anggap dirinya dipergunakan
Tak anggap diri dipergunakan
BUKAN saja bertindak sebagai jurucakap atau duta kepada produk minuman
kesihatan Stem Cell Fab’Lous, tetapi seniwati yang bakatnya mula dikesan
menerusi filem Ali Baba Bujang Lapok ini juga bertindak sebagai Pengerusi
Syarikat Fablous Global Sdn Bhd.
Bercerita lanjut mengenai produk itu, Sarimah berkata dia mula mengenali
produk berkenaan selepas tercari-cari apakah produk kesihatan sampingan yang
harus diambil untuk mengekalkan tahap kesihatannya itu.
“Sebelum bertemu dengan produk ini, saya memang mencari produk yang sesuai
untuk merawat penyakit saya. Banyak juga jenis bahan kesihatan yang
disyorkan.
“Alhamdulillah selepas dua minggu mencubanya, penyakit saya semakin
menunjukkan perubahan dan selepas itu saya jadikan minuman penjagaan
kesihatan tambahan ini sebagai amalan dalam menjaga kesihatan saya,”
katanya.
Dengan status selebriti dan populariti yang ada padanya, tidakkah dengan
pembabitannya itu, Sarimah dijadikan mangsa mempergunakan namanya mahukan
keuntungan dengan cara mudah.
“Kalau nak kata saya dieksploitasi, sebelum ini pun saya pernah ditawarkan
untuk menjaga sebuah produk kosmetik di peringkat antarabangsa dengan
bayaran lumayan sebanyak RM1 juta. Namun, saya tolak kerana tidak pasti akan
bahan yang terdapat dalam produk itu. Saya tidak mahu menanggung dosa jika
bahan yang digunakan tidak halal.
“Untuk produk ini, selain berkesan, saya juga membuat solat sunat istikharah
terlebih dulu sebelum menyatakan persetujuan untuk menggunakan jenama
ini,”tegasnya.
Komen 4
mcm propa jer.. tak kan la tinggal kulit dan tulang jer..pastu, time raya lepas, anak2 lain ta ...reddots Post at 10-5-2011
agak2 la kalau tulis tu...saya pegi umah dia 2 kali..tu pun mase dia dh sihat
sikit....dh boleh bangun dn brdiri...mmg kurus sgt...ape yg dia citer kat
ktorg hampir same ngn paper tu...
mase sakit tenat tu dia mmg tak bg tau sanak saudara pn kecuali bbrape org
trtentu je...
waktu yg same menantu dia Siti Rohani hidap barah payudara...dorg same2
brjuang tuk hidup...Alhamdulillah kak mah beransur sihat tp menantunye yg
pergi dulu....
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1212833/sarimah-bebas-kanser-usus-selepas-pembedahan#google_vignette
Sarimah bebas kanser usus selepas pembedahan Oleh Farihad Shalla Mahmud -
Februari 15, 2024 @ 3:04pm farihad@bh.com.my SUBANG JAYA: Bintang legenda, Datuk
Sarimah Ahmad mendedahkan pernah menghidap kanser usus tahap tiga pada 2022 dan
kini, bebas dan pulih daripada penyakit itu selepas menjalani pembedahan.
Sehubungan itu, Sarimah, 82, memaklumkan, beliau mengamalkan pemakanan
berkhasiat dan organik demi mengekalkan kesihatan diri. "Selepas pembedahan dan
disahkan pulih daripada kanser, hanya sekali sahaja saya buat rawatan susulan.
"Saya juga tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi disebabkan faktor usia. "Oleh
itu, saya hanya mengambil makanan sihat seperti salad, buah naga, avocado, madu,
telur ayam kampung dan kekacang," katanya kepada BH Online. Berkongsi serangan
kanser itu, seniwati tersohor itu menjelaskan, awalnya dia mengalami sakit pada
bahagian abdomen. "Rasa sakit itu sudah lama ada dan saya sangka ia hanyalah
sakit biasa hinggalah saya jatuh pengsan di bilik air di rumah. "Anak bongsu
kemudiannya membawa saya ke sebuah hospital swasta di Shah Alam. Selepas membuat
pemeriksaan, doktor beritahu tiada ada apa yang serius dan hanya diberi ubat.
"Namun, keadaan menjadi lebih teruk dan saya terus ke Pusat Perubatan Subang
Jaya (SJMC) untuk rawatan lanjut. "Di situ, saya disahkan menghidap kanser usus
tahap tiga dan perlu segera menjalani pembedahan," ujarnya ditemui pada program
Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar
Ibrahim iaitu Ahmad Farhan Fauzi di kediamannya di Subang Jaya. Dalam
perkembangan berkaitan, pelakon filem Madu Tiga itu turut mendedahkan menghadapi
masalah kewangan untuk membiayai kos rawatan yang mencecah RM60,000. Susulan
itu, Sarimah memaklumkan beliau disaran pihak tertentu supaya berkongsi
penderitaannya kepada masyarakat bagi meringankan beban yang ditanggung.
"Bagaimanapun, saya lebih selesa merahsiakannya dan memang tidak mahu menagih
simpati sesiapa. "Atas sebab itu saya sanggup keluarkan duit simpanan untuk
menampung kos rawatan. "Alhamdulillah, semuanya sudah selesai. Saya tidak mahu
susahkan mana-mana pihak dan tak nak berhutang dengan sesiapa," tegasnya.
Terdahulu, pada 2011, Sarimah dilaporkan pernah menghidap kanser hidung, namun
sudah pulih sepenuhnya.
https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2024/02/1212833/sarimah-bebas-kanser-usus-selepas-pembedahan#google_vignette
.