Selasa, 21 Februari 2012

Kepentingan Senaman


Kepentingan Senaman

Bersenam amat penting kepada anda. Tidakkah anda lihat moyang dan atuk anda sihat walafiat hingga akhir hayat? Yakni jauh sekali kedengaran mereka mendapat kanser walaupun mereka perokok tegar sampai dua kotak sehati? Ya mereka mengamalkan pemakanan sihat iaitu :-
  1. Makan makanan segar yang tiada disimpan  dalam peti sejuk.
  2. Makan ikan sungai yang dipancing kjauh dari kena pengawet asid borik formaldehid dsbnya.
  3. Menghirup udara bersih setiap hari kerana semasa menorah getah, udara kebun getah adalah bersih. Pokok pokok dan tumbuhan berfungsi sebagai paru paru dunia ini. Mereka menyerap karbon dioksida dalam masa yang sama mengeluarkan oksigen semasa membuat makanan / penghasilan gula dalam proses fotosintesis – Kalau anda tak percaya tanyalah guru biologi anda.

Kenapa Senaman sangat Penting?
Dengan bersenam anda boleh membantutkan pertumbuhan sel sel kanser kerana badan anda menjadi beralkali semasa bersenam! Semasa bersenam , pernafasan anda menjadi kencang. Ini menyingkirkan gas karbon dioksida dari dalam darah masuk ke ruang paru paru anda (alveoli). Karbon dioksida larut dalam darah menjadi asid karbonik. Untuk menyingkirkan asid karbonik, anda perlu bernafas sedalam sdalamnya dan sekerap kerapnya. Anda perlu merujuk kepada cara pernafasan yang betul dari fisioterapis, pakar senaman, pakar silat, pakar Chee Gong, pakar Tai Chee, pakar yoga, pakar tae Kwan Do, Pakar karate, dsbnya.

Cara cara bersenam yang betul:
Perlu senaman regangan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bersenam.
Anda boleh merujuk kepada cara senaman selamat dan sihat atau CD senaman Dr Tajuddin daripada Unit Latihan dan Promosi, KKM Parcel E bangunan E10, Putrajaya.
Ingatlah semasa senaman:
  1. Berdoa pada Allah anda mahu melawan kanser.
  2. Kuatkan tekad dalam hati anda akan berjaya, Allah beserta orang2 yang yakin dan sabar.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.