Jumaat, 3 Februari 2012

khasiat pegaga




Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica/hydocotyle asiatica ialah sejenis ulaman popular orang melayu.Tumbuhan menjalar yang tumbuh pada tanah yang agak lembab ini pada asalnya dimakan sebagai ulam untuk menambahkan selera makan kerana daunnya yang wangi. Nama lainnya ialah tapak kuda(indonesia),indian pennywort, gotu kola.ia dikatakan berasal dari india tetapi begitu mudah didapati tumbuh liar dinegara-negara ASEAN.Ia mudah tumbuh dikawasan tanah yang subur, agak lembab dan bersaliran baik. Ia membiak melalui pecahan anak.Mengikut ceritanya, pokok pegaga ini dimakan pada awalnya oleh penduduk india setelah melihat gajah yang terkenal dengan umurnya yang panjang didapati selalu mengunyah tumbuhan ini. Jadi ia dimakan pada asalnya untuk memanjangkan umur.Tapi kini ia diambil sebagai ulam dan jus kerana rasa dan baunya yang menambahkan selera. selain dimakan mentah sebagai ulam pegaga juga boleh dimasak lemak dan dijadikan kerabu.

Kegunaan
Pegaga pernah dipanggil makanan otak kerana ia dapat mengembalikan kesihatan diri dan dapat menolong mengurangkan simptom yang disebabkan oleh tekanan, meningkatkan tindakbalas menambahkan kekuatan fizikal dan mental. Baru-baru ini WHO telah mengumumkan bahawa pegaga terbukti berkesan untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan mental kanak-kanak. Selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid.Herba ini mula digunakan dalam perubatan ayurveda. ia juga pernah digunakan dalam perubatan herba shennong di cina lebih kurang 2000 tahun yang lalu.Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan untuk dibarat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan.Diindai bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit. Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari.Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.

Kandungan
Pegaga yang simplisianya dikenal dengan sebutan Centella Herba memiliki kandungan asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tanin serta garam mineral seperti kalium, natrium, magnesium, kalsium dan besi. Diduga glikosida triterpenoida yang disebut asiaticoside merupakan antilepra dan penyembuh luka yang sangat luar biasa. Zat vellarine yang ada memberikan rasa pahit.
Pegaga juga mengandungi banyak sebatian kimia dan bioaktiviti yang terbukti mengandungi ciri-ciri antibakteria, antipasma, antiinflamasi, hipotensif dan insektisid. Dalam bidang perubatan tradisi, ia digunakan sebagai agen anti alergi, anti kanser, anti disenteri, peransang pembuangan urin, hipotensif, stimulan, tonik, menyejukkan badan, mengeluarkan batu karang, penawar kencing berdarah, kusta, gonorea,luka, kudis, dan sakit kerongkong. Pegaga juga anti-infeksi, antiracun, penurun panas, melawaskan pembuangan air kencing, antilepra dan anti sifilis.

Kegunaan:
Pegaga dapat mengurangkan tekanan darah tinggi, mencegah nyanyuk, melambatkan proses penuaan dan menolong badan dari bahan toksid. Kebelakangan ini pegaga banyak digunakan di barat sebagai tonik saraf untuk merehatkan dan menambahkan ingatan. Di India bagaimanapun ia juga banyak digunakan untuk mengatasi masalah kulit.
Di timur pula, pegaga juga digunakan untuk mengatasi masalah seperti kemurungan yang mungkin disebabkan oleh masalah fizikal. Kajian terbaru menunjukkan pegaga menunjukkan kesan positif terhadap sistem pengaliran darah dengan menguatkan salur darah dan kapilari. Ia telah menunjukkan kesan yang memberangsangkan bila digunakan untuk merawat kejang kaki, bengkak kaki dan masalah kaki terasa berat dan kebas.
Daun pegaga berfungsi sebagai astrigensia dan tonikum. Pegaga juga digunakan untuk revitalisasi tubuh dan otak yang lemah serta untuk kesuburan wanita.
Kesimpulannya pegaga sesuai untuk penyakit berikut :
1.Pembengkakan Hati
2. Demam, Campak
3. Sakit Tekak, Batuk Kering,
4. Asma, Brokitis, Pleuritis
5. Radang Mata Merah
6. Keputihan
7. Tekanan Darah Tinggi
8. Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
9.Tidak Selera Makan, Sakit Perut, Disentri, Cacing, Buasir
10. Keracunan Makanan
11. Batuk Darah, Muntah Darah
12. Busung, bisul
13. Infeksi Saluran Kencing (kencing kotor)
14. merangsang otak – kuat daya ingatan (mencegah nyanyuk)
15. melambatkan proses penuaan

Sifat dan Manfaat
Pegaga atau nama saintifiknya Cantella asiatica boleh membangkitkan selera makan, membantu meredakan masalah penghadaman, mengatasi masalah buasir kerana mengandungi serat. Ia juga mampu melancarkan aliran darah, terutama bagi wanita yang ada masalah haid. Pegaga juga dijadikan ubat untuk merawat masalah keputihan yang menyebabkan faraj terasa gatal. Air perahan daun pegaga juga dikatakan boleh menyejukkan badan dan elok diamalkan jika demam, mengalami masalah berak berdarah atau lelah. Amalan minum air rebusan akar pegaga ini dipercayai boleh membantu mengawal paras gula dalam darah di kalangan pesakit kencing manis. Malah, ada yang menjadikannya sebagai minuman untuk menguruskan badan.
Selain itu, pegaga juga telah lama digunakan sebagai tonik untuk membersihkan darah, merawat ulser, sifilis, dan kelenjar limfa. Amalan meminum jus pegaga amat mujarab untuk membantu mereka yang bermasalah untuk tidur, merawat kerengsaan kulit dan tekanan darah tinggi. Walaupun pegaga amat baik dimakan mentah tetapi daun yang diramas dengan sedikit air amat baik jika disapukan pada kudis dan luka. Di samping itu, pegaga juga memberi kesan kepada beberapa peringkat pembentukan tisu seperti menghilangkan parut, membina kolagen, merangsang pembentukan rambut dan kuku. Pegaga juga dipercayai boleh mempercepatkan proses penyembuhan luka, ulser dan masalah kulit lain. Oleh itu tidak hairan jika ia dijadikan makanan wajib bagi wanita berpantang supaya luka bersalin lebih cepat sembuh.
Mengamalkan meminum jus pegaga dapat meningkatkan daya ingatan seseorang, disamping dipercayai boleh meningkatkan kebaikan prestasi kanak-kanak yang mengalami kecacatan akal. Dewasa ini produk yang berasaskan pegaga telah di gunakan dengan meluas dalam industri kecantikan sebagai anti selulit, anti kedutan (anti wrinkle), untuk mata dan muka, menambah ketegangan kulit dan meningkatkan pembentukan kulit yang baru.

Info pegaga:

Nama Botani
Centella asiatica (L) Urban
Nama lain
Pennywort (Inggeris), Pegaga (Melayu), Pegagan (Filipina), Buabok (Thai), Ching Chow Sui (Cina), Mandookaoarni (Sanskrit), Gotu cola (India)
Famili
Umbelliferae
Pengenalan
Pegaga (Centella asiatica (L) Urban) berasal dari kawasan Asia dan juga Afrika Timur iaitu India, Sri Lanka dan Madagascar. Kemudian ia tersebar ke kawasan Asia Tenggara dan kawasan-kawasan lain seperti Malaysia, Pakistan, China, Jepun, Afrika Timur, West Indies, Amerika Selatan dan Australia. Ia didapati tumbuh meliar di kawasan lembap yang berdekatan dengan air (di persisiran sungai dan tali air). Kebanyakan spesies boleh tumbuh di kawasan terbuka manakala terdapat juga spesies yang memerlukan keadaan lindungan yang sederhana. Pegaga tumbuh menjalar di atas tanah dan mengeluarkan akar pada setiap ruas daun. Daunnya berbentuk otak atau ginjal dengan bahagian tepi daun bersifat licin atau bergerigi mengikut jenis. Lebar daun antara 3–5 cm dan panjang tangkai daun boleh mencapai 15 cm mengikut kultivar, kesuburan dan kepadatan tanaman. Bunganya dalam jambak 3–4 kuntum dengan kelopak berwarna putih atau merah jambu. Buahnya berbentuk pipih berukuran di sekitar 3 mm dan kelihatan seperti biji cili. Terdapat 3 jenis pegaga iaitu Centella asiaticaMerremia emarginata dan Hydrocotylespp. Spesies asiatica lebih dikenali kerana dapat mengubati berbagai-bagai jenis penyakit.
Khasiat dan Kegunaan
Pegaga mengandungi bahan aktif seperti triterpenoid glikosida (terutama asiatikosida, asid asiatik, asid madecassik, madikassosida), flavenoids (kaemferol dan quercetin), volatile oils (vallerin, camphor, cineole dan sterols tumbuhan seperti campesterol, stigmasterol, sitosterol), pektin, asid amino, alkaloid hydrocotyline, myositol, asid bramik, asid centellik, asid isobrahmik dan asid betulik. Di Malaysia, pegaga amat popular di kalangan tiga kaum utama negara ini iaitu Melayu, Cina dan India. Bagi kaum Melayu, ia di makan secara segar sebagai ulam, bagi kaum Cina digunakan sebagai minuman penyejuk badan, manakala bagi kaum India, digunakan sebagai tonik kecerdasan minda.




Centella asiatica is a wild plants that normally grow in plantations, the road, embankment or on the farm fields rather wet. This plant is commonly found in red and green. In Indonesia, this plant is also often referred to as Pegagan, daun Kaki Kuda and Antanan. “Centella asiatica is a kind of herb or spice plant with many benefits,” said researcher of medicinal plants from the Institut Pertanian Bogor (IPB), Prof. Dr. Ir Latifah K Darusman MS.That said, the herbal plants growing in Indonesia is widely used for health care for local residents. “It’s a lot of people who know that this herb can be used in addition to cooking, also for health,” said Latifah, who also serves as head of IPB Biofarmaka Study Center.

Efficacy of Centella asiatica

Empirically, commonly used as a tonic, anti-infective, antirematik, tranquilizers, accelerate wound healing, and diuretics. Various studies have been done to support the empirical benefits. For example, referring to research Centella asiatica as anti-inflammatory, antioxidant, antitumor, or to improve memory (central nervous system), eczema (an open wound), and hepatitis. It relates to the content of Centella asiatica owned compounds, namely asiaticiside, thankuniside, medecassoside, brahmoside, brahminoside, madastic acid, vitamins B1, B2, and B6.
From various studies in vitro of Centella asiatica found its ability to destroy the bacteria that cause infections, such as Staphylococcus aureus, Escherechia coli, Pseudomonas aeruginosa, Salmonella typhi, and the like. While in the form of infusion or extract ethanol, this plant is believed to inhibit bacterial growth. Laorpuksa A. and his colleagues in the study in 1988 proved, can estrak Centella asiatica water against bacteria that cause respiratory infections. Meanwhile, Herbert D. and friends of the Tuberculosis Research Center in India to try the effect of Centella asiatica on tuberculosis H37Rv bacteria in vitro. Result, the indirect effect of Centella asiatica on tuberculosis bacteria. However, Herbert recommends further research on active compounds asiaticoside.
Feeling Herbert proven true. Based on further research, the active compound named Mycobakterium that was able to against tuberculosis and Bacillus leprae (Oliver-Bever, 1986). Subsequent research carried out Walter H. Lewis also states, including Centella asiatica plant groups that produce substances such as antibiotics and asiaticoside.

Efficacy Test Centella asiatica

Efficacy of Centella asiatica has also been tested by Boeteau P. and friends, who menginokulasi animal experiment with guinea pig tuberculosis bacillus bacteria for 15 days. Injection of 0.5 ml of 4% asiaticoside given to hamsters, is proven to reduce the number of tuberkular lesions in the lungs, liver, and spleen. Centella asiatica asiaticoside compounds made not only inhibits the growth of TB bacteria, but also potentially as imunomodulator – immune enhancers.
Empirically, the use of Centella asiatica to eradicate lung tuberculosis can be performed based on the following recipe. Wash 30 to 60 g fresh Centella asiatica, then boiled in 3 cups of water until the remaining 1 cup, and drink 3 times a day. For TB skin, mash Centella asiatica, and stick to the affected part.
Reference: Khasiat Pegaga, dari penumpas TBC sampai peningkat daya ingat. www.depkes.go.id

Centella Asiatica, Treat Hemorrhoids to Urinary Problems

Centella asiatica is a lot of wild plants grow in plantations, fields, roadside, and rice dikes. These plants come from tropical regions of Asia, spread in Southeast Asia, including Indonesia, India, China, Japan and Australia and then spread to many other countries. in Indonesia, this plant is also often referred to as Pegaga, daun Kaki Kuda and Antanan.

Centella asiatica chemical compound

Centella asiatica with simplisia name Centella Herba, contains of asiaticoside, thankuniside, isothankuniside, madecassoside, brahmoside, brahmic acid, brahminoside, madasiatic acid, meso-inositol, centelloside, carotenoids, hydrocotylin, vellarine, tannins and mineral salts such as potassium, sodium, magnesium , calcium and iron. Triterpenoida glycosides allegedly called asiaticoside an antilepra and as an extraordinary external wounds drug. Vellarine existing substances giving a bitter taste.(pegagan – wikipedia). Centella asiatica plants possess anti-toxic, anti-infection and anti fever. Presumably this is the reason why our ancestors have been using this plant as medicine. The following folk medicine recipes use Centella asiatica to cure some types of diseases:

Measles

Material:
  • 60-120 grams of Centella asiatica fresh leaf
  • 2 cups water
How to make:
After being washed clean, boiled until the water left half. Once cool, strain and drink. Apply 2 times a day until the disease cured.

Hemorrhoids

Material:
  • Centella asiatica 2-3 tree (roots, stems and leaves)
  • 2 cups water
How to make:
How to make:
After being washed clean, boiled until the water left half. Once cool, strain and drink. Apply 2 times a day until the disease cured.

Hemorrhoids

Material:
  • Centella asiatica 2-3 tree (roots, stems and leaves)
  • 2 cups water
How to make:
After being washed clean, boiled until boiling. Strain when cool and drink 2 times a day each glass. Do it until the disease completely cured.

Swelling Liver

Material:
  • 250-500 grams of fresh leaves of Centella asiatica
  • 1 cup water
How to make:
Once washed, boiled until boiling. Strain when cool and drink 2 times a day for 7 consecutive days. And the above ingredients for a drink.

Blood Pressure

Material:
  • 20 pieces of Centella asiatica fresh leaf
  • 3 cups water

How to make:
After being washed clean, boiled until the remaining 2 cups water. Strain when cool and drink 2 times a day each 1 cup.

Difficulty urinating

Material:
Material:
  • 30 grams of fresh leaves of Centella asiatica
How to make:
Mash and put on the center
Good luck. Hopefully this article useful and do not forget to continue to consult and check into your personal physician.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.