Ahad, 4 November 2012

Kuswadinata Derita Kanser


Kuswadinata Derita Kanser

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Kuswadinata, 74, berada dalam keadaan tenat di Hospital Ampang di sini akibat menghidap penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Menurut anak bongsunya Rizal 23, keadaan bapanya semakin kritikal apabila doktor mengesahkan pendarahan pada ususnya merebak dan jantung pelakon itu boleh berhenti pada bila-bila masa sahaja. "Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan. "Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat. "Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," katanya. Rizal ditemui di Hospital Ampang ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) yang mahu melawat ayahnya itu. Karyawan diwakili Presidennya, Datuk Freddie Fernandez. Selain pendarahan usus, Kuswadinata atau nama sebenarnya Kuswadi Bujang turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, berkata pada September lalu, Kuswadinata dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat penyakit yang sama. "Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL. "Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit. “Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujarnya. Sementara itu Freddie Fernandez telah menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada keluarga pelakon itu bagi mengurangkan beban mereka selain berharap agar mereka tabah menerima sebarang dugaan. Selain Rizal, pelakon itu mempunyai tiga orang anak iaitu Jasmine, 27, Hafsham, 26 dan Irwan, 25.


Pelakon veteran yang terkenal menerusi filem “Panca Delima” dan “Semerah Padi” kini dikatakan sedang berada dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung kepada ubat-ubatan serta rawatan dialisis. Dia yang sedang menerima rawatan di Hospital Ampang sejak 7 Oktober lalu, difahamkan hanya tinggal harapan 50-50 sahaja untuk meneruskan hidup dan jantungnya juga dikatakan semakin lemah. Menurut anaknya Mohamad Rizal, 23, dua minggu lalu pelakon veteran ini pernah dimasukkan ke hospital dan setelah dibenarkan pulang ke rumah, Kuswadinata difahamkan telah mengalami pendarahan semula di bahagian ulser. “Dua minggu lalu, dia pernah dimasukkan ke hospital, tetapi dibenarkan pulang kemudiannya. Namun selepas dua hari di rumah, dia alami pendarahan semula,” kata anak bongsu daripada empat beradik, hasil perkongsian hidup pelakon itu dengan isteri kedua, Kamariah Mohd Said, 57. Julai lalu Kuswadinata juga pernah dimasukkan ke hospital akibat kanser prostat dan dia turut menghidap beberapa penyakit seperti kanser kelenjar dan buah pinggang.  Sumber : Berita Harian

 

 

Demikianlah penjelasan doktor mengenai sisa-sisa perjuangan Pelakon veteran Kuswadinata, 74, (Kuswadi Bujang) melawan penyakit pendarahan usus kecil dan kanser kelenjar sejak beberapa tahun lalu. Beliau kini sedang tenat di Hospital Ampang, Selangor dan diberitakan semakin kritikal akibat pendarahan pada usus merebak dan jantungnya mungkin akan berhenti bila-bila masa. "Sejak dimasukkan ke wad (Hospital Ampang) pada 7 Oktober lalu, ayah diminta berpuasa sehinggalah ke hari ini (Selasa) untuk mengurangkan pendarahan dalam badan," ujar anak bongsunya Rizal, 23. Tetapi doktor sudah menjelaskan pada kami sekeluarga bahawa ayah tiada harapan untuk hidup, walaupun daripada segi luarannya dia nampak sihat.  "Kami tak mampu nak buat apa-apa melainkan menjaga dia sebaik mungkin serta menunaikan segala kehendaknya. Saya sekeluarga reda dengan ketentuan Tuhan," tambahnya ketika kunjungan pihak media bersama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan). Untuk info, selain pendarahan usus, pelakon yang popular di zaman Allahyarham P.Ramlee itu turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang hingga menyukarkannya untuk membuang air kecil secara normal. Penyakit suami saya mungkin berpunca daripada kanser usus yang dihidapinya pada 2008 dan dia pernah menjalani pembedahan di HKL. "Kemudian ia melarat pada buah pinggangnya dan doktor juga mendapati dia mengalami kanser darah yang menjadi punca kepada semua penyakit. “Sekarang ini, sebelah kiri buah pinggangnya sudah tidak boleh berfungsi manakala di bahagian kanan pula semakin membengkak," ujar isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, yang mempunyai empat orang anak hasil pengkongsian hidup bersama pelakon veteran tersebut.


Jika beberapa minggu lalu, pelakon veteran Kuswadinata, 74, yang seangkatan dengan Allahyarham P.Ramlee dilaporkan kritikal dan tiada harapan untuk hidup, namun perkembangan terbaru yang kami terima mengatakan keadaannya stabil. Bagaimanapun, pelakon tersebut masih memerlukan rawatan susulan dan pemantauan rapi hospital selepas dibenarkan pulang pada 24 Oktober lalu. Sehubungan itu, Kuswadinata akan menjalani rawatan kemoterapi pada 23 November depan. Selepas dibenarkan keluar daripada hospital pada 24 Oktober lalu keadaan beliau stabil namun doktor mahu suami saya dimasukkan ke hospital semula bagi memantau keadaan dan menjalani rawatan susulan terhadap penyakit yang dihidapinya," ujar Isterinya, Kamariah Mohd Said, 57, kepada media. "Kami sentiasa memberi dorongan kepadanya supaya kuat semangat untuk melawan penyakit dan Alhamdulillah saya lihat beliau sangat tabah menghadapi dugaan ini," tambahnya lagi. Terdahulu, Kuswadinata yang ditemui media nampak ceria dengan lawatan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez dan seniwati, Datuk Sarimah Ahmad. Katanya, dia amat terharu dengan sokongan yang diberikan kepadanya selama ini. Tidak dapat saya balas jasa mereka sehingga akhir hayat saya kerana tidak jemu-jemu keluarga dan rakan-rakan datang menziarahi saya dari hari saya dimasukkan ke hospital sehingga kini. "Mereka adalah insan yang membuatkan saya terus bersemangat untuk melawan penyakit yang dihidapi," ujar pelakon itu. Untuk info, selain pendarahan usus, Kuswadinata turut mengalami penyakit prostat dan masalah buah pinggang yang teruk sehingga sukar untuk beliau buang air kecil secara normal. Malah sebelum ini doktor juga telah mengesahkan pendarahan pada ususnya telah merebak dan jantung pelakon itu akan berhenti pada bila-bila masa. Tetapi dalam hal ini, doktor hanya menyampaikan apa yang dirasakan benar, namun Allah yang menentukan semuanya. Harapan kita, moga kesihatan pelakon veteran ini akan terus bertambah baik dimasa akan datang. Amin.


 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.