Jumaat, 8 Mac 2013

Kenapa Sekarang Ramai Lelaki Lembut


Kenapa Sekarang Ramai Lelaki Lembut


Samada anda sedari atau tidak sekarang diperhatikan terdapat banyak lelaki lembut. Bagi ibu bapa yang punya anak berpewatakan lembut sudah tentu merasa susah hati dan kekurangan sesuatu. Tedapat juga masalah kekeliruan gender dan keujudan gay dan lesbian yang menyalahi hukum agama! Di zaman Nabi Luth, golongan gay dan Lesbian telah ditimbus atau ditengkarap di dalam tanah di Negeri Sodom dekat Israel. Begitu juga perihal kejadiannya di kota Pompei Itali.

BPA meracun hidupan di bumi termasuklah manusia dan juga haiwan ! Kajian dilakukan oleh USA di Tasik Apopka Florida di mana buaya jantan dalam tasik di Florida ini mempunyai alat biak jantan yang sudah mengecut atau tidak berfungsi ! Akhirnya organ pembiakan jantan ini beransur mengecil, hilang fungsi asalnya dan buaya ini menjadi seolah olah seperti buaya betina !!! Penelitian saintis menunjukkan bahan BPA hasil buangan dari plastik yang telah mencemarkan tasik Apopka, Florida dengan banyaknya !! Kalau buaya jantan yang 3 kali ganda lebih berat daripada manusia boleh bertukar watak sebagai mirip buaya betina apa mustahilnya manusia lelaki yang lebih ringan badan mereka bertukar bentuk cenderung menjadi seperti perwatakan perempuan akibat pencemaran bahan plastik !!!

Sebenarnya plastik juga mengandungi banyak bahan racun lain seperti dioxin dan phtalate! Dioxin dikenalpasti menyebabkan barah manakala phtalate menyebabkan pembesaran payudara di kalangan lelaki selain barah untuk jangka panjang ! BPA, PCBs, Dioxin, phtalate, melamine, VCM, polyethylene, plastik  dsbnya adalah produk yang berasal daripada minyak mentah petroleum !!!

Penelitian saintis Jepun di sebuah tasik di Jepun mendapati ikan ikan koi jantan dalam tasik itu telah kecut organ pembiakan jantannya dan ini berkorelasi dengan pencemaran plastik atau BPA yang tinggi di tasik itu !!! Bahan cemar plastik menyerupai atau mimik hormon wanita estrogen dan progesterone ! Dalam perihal kejadian insan dalam rahim ibu, sebenarnya untuk menjadikan atau membentuk manusia lelaki lebih rumit atau lebih banyak step step nya daripada untuk menjadi atau membentuk manusia perempuan !!!  Apabila step step ini dikacau dengan kehadiran hormon hormon wanita seperti estrogen dan progesterone hasil dari mimikkan pencemaran plastik, step step ini akan direncat (terbantut) dan tiada inhibition untuk mencipta manusia perempuan. Disebabkan step step untuk membentuk manusia perempuan (Kromosom XX) lebih ringkas peringkat peringkatnya, maka janin dalam kandungan berubah menjadi bersifat wanita walaupun kromosomnya adalah XY (Lelaki) !!!

Dalam perihal tasik di Jepun ia lebih kurang sama dengan disruption hormon pada manusia di mana ikan ikan betina lebih banyak ditetaskan sedari  telur ikan ikan !!! Semua jantina anak anak ikan yang ditetas dari telur telur ikan adalah betina akibat disruption dari plastik yang menyerupai tindakan hormon hormon wanita estrogen dan progesterone!!!

Plastik yang menyerupai tindakan hormon hormon wanita estrogen dan progesterone boleh sebabkan lelaki berubah sikap menjurus kepada kewanitaan, bersikap mengharap (high dependency) kepada lelaki lain dan berubah menjadi gay !!! Malangnya lelaki gay telah banyak ujud di Malaysia dan mencakupi juga golongan profesional !!! Hairannya manusia perempuan seolah olah tidak marah (merestui?) pada gay tetapi sangat marah jika lelaki mempunyai kecenderungan kepada wanita atau  beristeri lain !!! Wahai insan wanita, ketahuilah sekiranya lelaki anda beristeri lebih dari satu maka ia adalah lelaki sejati yang sangat kuat kejantanannya. Anda seharusnya berbangga dengan  mereka dan menyokong mereka beristeri ramai kerana ia tidak menyalahi hukum syariat asalkan ketetapan dan tanggungjawab diikuti !!! Bukan saya bias tetapi peristiwa israk mikraj Nabi Muhammad mendapati insan wanita lebih banyak bilangannya di dalam neraka daripada manusia lelaki !!! Jadi insan perempuan muhasabah dirilah dan berubah ke arah menjadi muslimah yang terbaik dan terjamin tempat anda di tempat yang baik di akhirat nanti !!!

Oleh yang demikian, sekiranya anda seorang manusia jantan, dan isteri anda  masih juga tidak termengandung ngandung lagi, jangan salahkan isteri anda !!! Mungkin alat biak jantan anda yang telah kecut atau tidak berfungsi akibat pencemaran plastik sehari hari dalam kehidupan anda !!! Kepada manusia perempuan pula pastikan ahli keluarga anda makan dalam bekas kaca atau bekas besi dan hindarkan makan dalam bekas plastik, melamine, polistirene dsbnya daripada keluarga plastik. Masaklah untuk keluarga anda dan bawa bekal dari rumah di mana ia lebih disukai dan diredhai Allah dan juga lebih selamat serta lebih bersih , lebih berkat, lebih jimat dsbnya !!! Sekiranya benar sayang pada anak anda, hindari bekas plastik atau botol susu plastik yang ada BPA phtalate dsbnya ! Pilih bekas kaca yang lebih selamat !!! Jangan pilih bekas berwarna warni bercorak dsbnya kerana mungkin ada plumbum atau logam berat lain di dalamnya!!! Jangan juga pilih bekas tanah kerana dikuatiri tanah liat digunakan telah dicemari logam berat raksa !!!

Ingatlah kereta baru akan mengeluarkan banyak phtalate! Begitu juga bahan penjagaan atau pewangi badan dan kosmetik mengandungi phtalate. Anda makan dalam pinggan polistirene akan mengundang padah badan anda tercemar dengan phtalate dan racun lain !!! Antara kesan pthalate adalah pembesaran payudara di kalangan manusia lelaki - sama seperti konsep diatas iaitu tiada inhibition kepada hormon perempuan !!!

Malangnya d Malaysia tiada kajian dilakukan! Jika ada kajian pun, ia disenyapkan dan tidak dihebah kepada umum untuk tindakan lanjut atau tindakan sewajarnya !!!

Pernahkah anda tefikir tentang berapa juta gadget dijual di Malaysia setiap tahun? Smartphone dengan model model gadget terbaru yang keluar setiap 6 bulan sudah tentu akan punya power bank yang tentunya akan dibuang merata merata tempat  di Malaysia ! Power bank atau bateri rechargeable ini mempunyai bahan bahan berbahaya umpamanya raksa, Nikel, Cadmium, plumbum dsbnya !!! Ini tidak termasuk bateri size AAA, AA, D dsbnya lagi yang turut meracun alam sekitar !! Manusia di Malaysia ramai yang tidak sedar kepentingan menjaga alam sekitar ! Mereka membuang sampah dari dalam kereta. Pembalut plastik juga dibuang sesuka hati ke Jalan2 raya dsbnya. Ada yang sanggup berhenti dari kereta semata mata hendak membuang bekas2 plastik mereka di jalan raya. Sedihnya ini adalah not in my back yard syndrome! Kononnya asal jangan persekitaran rumah mereka yang kotor tetapi persekitaran laman orang lain menjadi kotor tidak mengapa! Ini adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang dibenci Allah! Mereka tidak sedar bekas plastik ini akan hanyut ke sungai dan malang sekali lagi tempat loji air menyedut bekalan air minuman terletak di hilir sungai atau muara sungai dan fenomena ini bermaksud segala racun industri pertanian, dan industri berat yang menggunakan racun, asid kimia,  restoran dsbnya telah sempat masuk dengan banyaknya ke dalam anak anak sungai yang akhirnya akan tersalir juga ke dalam sungai sungai utama yang menjadi bekalan air rakyat 1 Malaysia !!!

Jika di fikir-fikir dan di congak congak mungkin terdapat 2 juta unit rumah di Lembah Kelang. Sekiranya 1 rumah ada 10 lampu kalimantang, maka 10 x 2 juta = 20 juta lampu kalimantang ada di Lembah Kelang sahaja!!! Bila lampu ini sudah rosak, ia dipecahkan dan raksa di dalamnya akan terbebas! Bayangkan 20 juta lampu kalimantang ini dengan kandungan raksa yang banyak sudah tentu akan menyebabkan kesan kesihatan yang serius kepada rakyat di Lembah Kelang!!! Masih tiada kesedaran bagi rakyat Malaysia mengumpulkan lampu lampu ini bagi dikitar semula dan menghalang pengaliran raksa ke dalam persekitaran atau ke dalam anak2 sungai seterusnya ke sungai besar bagi menghindarkan penyakit penyakit kronik dari meragut kualiti hidup rakyat Malaysia !!! Untuk menyalahkan rakyat semata mata tidak wajar kerana sepatutnya kerajaanlah yang memulakan serta mengajar rakyat bagi menjadi sedar serta bertanggungjawab kepada alam sekitar !! Bukannya membawa PSY bagi mendendangkan tarian gangnam style yang jelas merosakkan budaya ketimuran masyarakat di Malaysia !!

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.