Isnin, 8 April 2013

Boikot Produk Perisa Tiruan


Boikot Produk Perisa Tiruan

 

Setiap kali anda membeli barangan makanan cuba perhatikan pada label tin atau plastik pembungkus makanan itu adakah unsur perisa tiruan atau pewarna tiruan dsbnya! Sayangnya unsur perisa tiruan atau pewarna tiruan ini dibenarkan penggunaannya oleh FDA sebagai kononnya tidak berbahaya kepada kesihatan anda atau kepada kesihatan anak anda... Itulah masaalahnya apabila masing2 telah dipengaruhi oleh duit benda bahaya pun telah jadi tak berbahaya!!!

Persoalannya, sanggupkah anda menjadikan anak anak kesayangan anda jadi tikus ujikaji makmal dengan diberikan produk beracun dalam makanan murahan dari China akibat kerakusan Mereka2 yang sedang berkuasa lagi gila kuasa dan mahu mengekalkan kuasa mereka dengan apa saja cara walaupun orang ramai dah tak suka pada mereka? Cuba baca petikan artikel di bawah...



Assalamualaikum dan hye semua.. Petang ni saya tak tahu nak buat apa dan apa lagi mula la tangan ni ligat mencari maklumat atau informasi terbaru di google. Tiba-tiba tekak jadi loya dan mual apabila membaca satu blog yang memaparkan tentang cara-cara membuat daging lembu tiruan dengan menggunakan daging babi!!

Seperti biasa negara China memang pakar dalam membuat dan menghasilkan barang-barang tiruan sekarang sudah beralih arah untuk mentiruankan makanan pula. Belum lagi reda isu telur tiruan dari China sekarang ni pula daging lembu tiruan yang dihasilkan sendiri tetapi yang paling melampaunya ialah menggunakan daging babi!!

Bagi kes ini, mereka menggunakan sejenis bahan ekstra daging lembu yang mana ianya berfungsi untuk menukarkan rasa daging babi kepada rasa daging lembu. Berikut merupakan cara-cara bagaimana proses pertukaran dan pembuatan daging lembu tiruan itu dibuat. Memang meloyakan dan menjijikan.

Gambar diambil dari laman web Princestylo : Penggunaan agen glazing untuk menghilangkan rasa daging babi. Bungkusan kecil sahaja ini cukup untuk 50 kg daging babi. Perbandingan antara daging babi asli dan daging lembu palsu selepas diekstrak selama 2 jam. Daging babi telah bertukar seperti daging lembu yang asli. Kepada anda semua yang ingin memakan daging lembu berhati-hatilah. Takut terbeli daging lembu tiruan perisa babi. Untuk langkah yang lebih selamat, jangan beli apa-apa sahaja produk makanan keluaran negara China. Sebelum beli tu check la dulu kat label belakang makanan tu terutamanya makanan segera dan bertin dari China. Kita boikot habis-habisan sebab ia nya memang keterlaluan. Beli lah daging lembu dari sumber yang halal. Itu sahaja untuk kali ini. Bacaan lanjut cara proses daging lembu tiruan dari daging babi   Thanks for reading..=)

 

 


Siapa yang tidak tahu dan tidak pernah merasa keenakkan MSG dalam makanan mereka. Jenama MSG yang terkenal dewasa ini tidak lain tidak bukan adalah Ajinomoto. Rupanya seperti serbuk berkaca yang berwarna putih dan berfungsi sebagai penyedap bagi sesebuah makanan.Mekar yakin hampir semua orang pernah merasakan “kesedapan” yang terdapat dalam Ajinomoto ini. Tidak lengkap rasanya jika dapur surirumah kita tidak menyimpan 1 paket kecil Ajinomoto. Malah mekar pasti sangat bahawa restoran-restoran dan hotel-hotel juga menjadikan bahan ini sebagai penambah perisa yang “wajib” ada untuk melariskan hidangan. Monosodium Glutamat atau MSG telah berkembang menjadi salah satu zat aditif makanan yang paling popular di seluruh dunia. Selain MSG, ada penyedap rasa lain yang digunakan oleh industri makanan seperti disodium inosinat (IMP) dan disodium guanilat (GMP). Tetapi MSG-lah yang paling disukai orang kerana ia lebih murah dan keefektifannya dalam menguatkan rasa. Penggunaan MSG kadang-kadang “tersembunyi” di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza. Jika anda melihat “perisa semulajadi”, “asid sitrik” dan “rempah-rempah” dalam label makanan, itu tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG. Hah… jangan tak tahu bahawa makanan yang ditinkan, pelbagai jenis sos, makanan jepun, salad dressing, perencah-perencah masakan dan banyak lagi makanan yang diproses mengandungi MSG.

Berikut antara kesan-kesan akibat penggunaan MSG pada kadar Tinggi

a. Kecederaan kepada hypothalamus, sejenis kelenjar dalam otak berperanan mengawal selera makan, fungsi tiroid dan sistem endokrin.

b. Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan ‘ isyarat leptin’ yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekali gus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.

c. MSG yang dimakan oleh ibu mengandung juga ibu yang sedang menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.

d. Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak , ini kerana pengambilan kokain, methamphetamine dan Ritalin. Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan mengakibatkan perut berlemak. Pengalaman mekar sendiri jika nak tahu banyak atau tidak penggunaan MSG apabila makan di sesebuah restoran ialah selepas makan sekiranya mekar rasa terlampau dahaga, maka memang sah lah makananan itu diletakkan MSG yang banyak. Biasanya ia terdapat pada makanan seperti sup tulang, sup ekor dan masakan siam. Sedap tu memang la sedap. Cuma kena beringat juga kesan dikemudian hari nanti.

Disebabkan mekar kerap makan di luar, ada restoran-restoran tertentu mekar akan pesan kepada tukang masaknya agar tidak memasukkan MSG dalam menu yang di order. (kurang la sikit msg dalam badan aku ni).

Meskipun tiada larangan yang ketat terhadap penggunaan bahan ini daripada berleluasa, ada baiknya kita sebagai pengguna harus berhati-hati. Kesedaran kita semua untuk menangani permasalahan kesihatan ini amat penting utk dilakukan. Untuk permulaan, ia harus bermula di rumah. Kaum ibu terutamanya apabila memasak untuk ahli keluarganya, sebaik-baiknya kurangkan atau elakkan terus penggunaan MSG dalam masakan mereka. Gantikan dengan bahan semula jadi contohnya bawang putih dan rempah-rempah asli yang mekar pasti rasanya lebih nikmat.

Buktinya kalau kita lihat rancangan masakan di televisyen, rasanya tak pernah Chef Wan, Chef ismail, Chef Liza (sekadar menyebut beberapa nama) mengesyorkan kita menggunakan MSG dalam masakan yang mereka sajikan. Ini menunjukkan penggunaan MSG bukanlah satu kewajipan. Sebaliknya hidangan yang lazat adalah bergantung kepada kemahiran dan kekreatifan seseorang itu mengolah resipi sendiri.

Oleh itu, kepada sesiapa yang suka memasak, percayalah pada kelebihan air tangan anda. Kerana andalah yang bertanggungjawab ke atas kesihatan ahli keluarga tersayang. Sumber kesan-kesan MSG – Buku Kawal Berat Badan, Bahrin Samah

1.   Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa semua bahan atau benda di sekeliling kita akan kelihatan menarik jika mempunyai warna. Baik bahan makanan, minuman mahupun alat solek. Tidak hairanlah jika seorang kanak-kanak akan tertarik apabila melihat makanan atau minuman ringan yang dijual di pasaraya atau kedai runcit disediakan dalam pelbagai warna. Malah orang dewasa pun mudah terpesona apabila terpandang barangan yang bewarna-warni meskipun ia adalah pewarna tiruan.


Hal ini disedari oleh ibu bapa khususnya yang mempunyai anak kecil. Setiap kali mereka membawa anak kecil mengunjungi pasaraya atau singgah di stesen minyak, makanan atau minuman ringan yang dijual dalam pelbagai warna menjadi daya penarik yang membuatkan kanak-kanak tidak mahu berganjak dari tempat yang menjualnya atau memperagakannya.

Puan Amira (bukan nama sebenar) dan suaminya merupakan antara ibu bapa yang mengalami masalah itu. Walaupun mereka faham yang anak kecil mereka masih mentah dan tidak memahami bahaya pengambilan makanan atau minuman ringan yang mengandungi pewarna tiruan, mereka terpaksa akur dengan kehendak anak kecil itu. “Sekali-sekala, takpa agaknya”, fikir mereka setiap kali berhadapan dengan kedegilan anak kecil mereka itu. Sebenarnya ibu bapa mengelak anak-anak mereka mengambil makanan, gula-gula atau minuman mengandungi bahan campuran yang boleh menyebabkan anak kecil mengalami masalah kelakuan termasuk panas baran dan kurang daya tumpuan.

Akhbar Daily Mail melaporkan, kajian yang dibiayai Agensi Piawaian Makanan Britain (FSA) turut mengaitkan bahan campuran itu sebagai punca reaksi alahan dan menyebabkan lelah dan ruam. Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Southampton itu hanya mengesahkan lagi kajian awal yang mendakwa bahan campuran itu boleh menyebabkan alahan.

Selain mengkaji kesan penggunaan warna tiruan dalam makanan, penyelidik juga melihat kesan bahan pengawet natrium benzoate (E211) yang lazim digunakan dalam minuman ringan. Profesor Vyvyan Howard dari Universiti Ulster dan penasihat FSA menggesa ibu bapa dan pengeluar makanan supaya melindungi generasi muda.
“Ia sepatutnya tidak digunakan kerana bahan itu sememangnya tidak mempunyai sebarang nilai dari segi khasiat. Jadi, mengapakah ia perlu digunakan?
“Peraturan ketat yang mengharamkan penggunaan bahan itu bagi kanak-kanak bawah usia setahun sememangnya wujud. Ini disebabkan otak dan sistem saraf penting sedang terbentuk ketika usia setahun”, katanya.
Beberapa syarikat pengeluar makanan utama sudahpun memberi reaksi berikutan banyak bukti menunjukkan kesan penggunaan bahan kimia tiruan bertujuan memastikan produk mereka lebih menarik.
Kebanyakkan firma peruncit di Britain dilaporkan mengkaji semula dasar mereka mengenai kehadiran pewarna dalam makanan berikutan tekanan penduduk. (Sumber: Berita Harian, 10 Mei 2007). Kementerian kesihatan telah mengharamkan penggunaan pewarna Red 2G dalam makanan. Pewarna beracun ini digunakan untuk mewarnakan daging dalam burger.

2.   Menurut pihak Kementerian berkenaan, makanan yang mengandungi pewarna tersebut yang telah berada di pasaran, masih boleh dijual. Penjual atau pengedar dinasihatkan agar menarik daripada pasaran makanan yang mengandungi Red 2G secara sukarela, makanan dengan tarikh luput bleh dijual sehingga tamat tempohnya dan tempoh tiga bulan diberikan untuk menarik makanan dari tarikh luput.
3.  
Kerajaan Malaysia mengharamkan pewarna makanan itu selepas ia diharamkan oleh Kesatuan Eropah (EU) pada 27 Julai 2007.
4.   Pewarna Red 2G boleh memetabolisme kepada aniline dan hasil uji kaji mendapati ia boleh merosakkan bahan genetik dalam sel-sel lalu membentuk kanser.
5.   Tindakan mengharamkan pewarna Red 2G sebenarnya diambil agak lewat kerana ia telah lama diharamkan di Negara-negara seperti Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jepun, Switzerland, New Zealand dan Amerika.

Terdapat beberapa pewarna makanan yang diisytiharkan tidak selamat dan diharamkan di tempat lain tetapi dibenarkan di Malaysia. Antaranya:
Allura Red- Dilarang diseluruh Komuniti Eropah.
Amaranth- Diharamkan di Austia, Jepun, Norway, Rusia, Sweeden dan Amerika.
Briliant Blue- Diharamkan di Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Brown HT- Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweeden dan Amerika.
Carmoisine- Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweeden dan Amerika.
Erythrosine- Diharamkan di Norway.
Green S – Diharamkan di Kanada, Norway Sweeden dan Amerika.
Indigo Carmine- diharamkan di Norway
Ponceau 4R- Diharamkan di Kanada, Norway dan Amerika.
Quinoline Yellow- Diharamkan di Jepun, Norway dan Amerika
Sunset Yellow- Diharamkan di Findland, Norway dan United Kigdom.
Tarrazine- Diharamkam di Austria, Findland dan Norway.

Beberapa Persoaln pelik timbul yakni....
Kenapa pewarna kimia masih digunakan di Malaysia?
Kenapa di negara lain telah lama diharamkan penggunaannya?
Kenapa pemantauan keselamatan makanan lemah di Malaysia ?
Kenapa kerajaan Malaysia selalu lewat mengharamkan sesuatu produk makanan berbahaya?      
Kenapa kerajaan Malaysia selalu nak tunggu orang lain buat dulu baru kita nak buat setelah ramai sekalian rakyat jelata yang mendapat kanser dan penyakit pelik ?  
Pewarna digunakan dalam makanan atau minuman untuk tujuan berikut:
• Mengimbangi warna yang hilang
• Memperbetulkan variasi warna asli
• Mempertingkatkan warna asli
• Memberi Identiti beraneka warna
• Memberi impak beraneka warna

Dalam satu tinjauan yang dijalankan tahun lalu, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati pelbagai bahan pewarna dan jenama berbeza, untuk pewarna makanan diletakkan di rak kedai runcit. Kimia pewarna ini terdapat dalam botol kaca kecil atau tiub plastik dan dilabelkan dengan cara di mana pengguna biasa tidak dapat membezakan pewarna untuk makanan (pewarna yang digredkan untuk makanan) daripada bahan pewarna jenis lain.
Di sebuah kedai, CAP mendapati bahan pewarna untuk makanan dan bukan untuk untuk makanan diletakkan berdekatan antara satu sama lain. Kedua-dua jenis pewarna itu dikeluarkan oleh kilang yang sama. Produk ini menggunakan label yang hampir sama. Tulisan ‘Pewarna untuk makanan’ dan juga ‘Tidak boleh dimakan’ dalam saiz kecil menyebabkan ia tanda amaran ini terlepas perhatian daripada pembeli.
Dalam kes tertentu, label pada bekas tidak memberikan sebarang petunjuk bagi warna atau tujuan warna itu digunakan. Sesetengah pewarna yang dibungkus dalam tiub plastik tidak mempunyai sebarang label atau tanda. Apabila ditanya kepada penjual, mereka hanya mengatakan bahan pewarna ini adalah untuk mewarnakan jeli.
Menurut peraturan di bawah Akta Makanan 1983, setiap bungkusan mengandungi sebarang bahan pewarna sintetik yang diimport, dikeluarkan atau diiklankan untuk jualan, atau dijual atau untuk digunakan bagi mewarnkan makanan mestilah dilabel dengan nombor indeks warna. Dalam kes campuran atau sediaan pewarna, nama biasa bagi warna dan jumlah peratus bahagian warna yang terdapat dalam sediaan itu perlu dinyatakan pada label.
CAP juga mendapati pelbagai makanan yang diproses untuk kanak-kanak dalam warna yang amat terang dan dengan bungkusan yang menarik perhatian pengguna. Beberapa pewarna, walaupun pada masa ini dibenarkan oleh undang-undang, telahpun menunjukkan menjadi punca kepada kesan sampingan kesihatan. Penggunaan bahan ini oleh kanak-kanak menjejaskan mereka.
Ibu bapa mungkin tidak amenyedari potensi bahaya beberapa bahan penambah ini terhadap anak-anak mereka. Masalah ini diburukkan lagi oleh hakikat bahawa pengeluar makanan tidak dikehendki oleh undang-undang untuk menyenaraikan nama biasa pewarna atau untuk perkara itu nama biasa bagi banyak bahan penambah lain yang digunakan. Mereka dengan mudah menggunakan ayat seperti ‘Pewarna makanan yang dibenarkan’.


Banyak jenama daun teh juga diketahui mengandungi bahan pewarna, amalan yang tidak dibenarkan oleh undang-undang. Satu daripada pengeluar the yang dihubungi mengakui mereka menambah pewarna dan menyalahkan pengguna kerana lebih sukakan warna itu.
Satu-satunya pewarna makanan digunakan dalam makanan yang diproses ialah untuk menjadikannya lebih menarik kepada pelanggan. Pewarna tidak menyumbang apa-apa kepada nilai pemakanan bagi sebarang makanan. Bahan kimia ini adalah bahan bukan makanan yang dimasukkan kedalam makanan. Kebanyakkan daripadanya boleh menjejaskan kesihatan dan ini termasuk bahan penambah kimia yang diluluskan oleh pihak yang berkuasa. Contohnya tartrazine (pewarna kuning-jingga) berkemungkinan agen penyebab kanser dan boleh meningkatkan hiperaktif dikalangan kanak-kanak. Ia juga dikaitkan dengan alergi, ruam, bengkak, hidung berair dan mata merah. Sunset Yellow FCF (pewarna merah jingga) berkemugkinan agen karsinogenik serta dikaitkan dengan hiperaktif dala kalangan kanak-kanak. Ia juga mampu menyebabkan kerosakan gigi kromosom dan tindak balas arlegi. Ponceau 4R (Pewarna merah terang hingga merah gelap) diketahui menyebabkan kanser, bengkak tisu, arlegi dan asama. Ia juga boleh merendahkan bilangan sel darah merah dan kepekatan hemoglobin. Bahan pewarna ini telahpun diharamkan di amerika Syarikat dan banyak Negara Eropah.



ANTARA BAHAN ASLI UNTUK PEWARNA
• Bunga telang
• Daun pandan
• Ubi bit
• Kunyit

Sumber : Majalah Aniqah (Zarinah Othman)




 

 

http://www.malaysiakini.com/news/183400

Rakyat masih percaya kepada Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) sungguhpun isu penarikan balik 13 produk dari kedai itu cuba dipolitikkan parti pembangkang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ini terbukti apabila jualan di KR1M meningkat 15 peratus dalam kerancakan pembangkang cuba memburuk-burukkan produk yang dijual di kedai itu.

Ismail Sabri menjelaskan penarikan balik 13 produk KR1M tiada kaitan dengan isu keselamatan atau kebersihan makanan seperti yang digembar-gemburkan parti pembangkang.

"Sebaliknya penarikan balik itu adalah lebih kepada kesalahan pelabelan makanan dan komposisi di bawah peraturan-peraturan Makanan 1985," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan kementeriannya di Kuala Lumpur, semalam.

Sebagai contoh, katanya produk minyak sapi dilabel sebagai "sebatian minyak sapi" tetapi pada label ramuan ditulis minyak kelapa sawit, sapi dan bahan perisa. Sepatutnya dia kena tulis sebatian minyak kelapa sawit dan sapi... tetapi dia tak berniat menipu sebab ramuan ada ditulis pada label," katanya.

Beliau berkata dua daripada 13 produk yang ditarik balik iaitu "ikan sardin dalam sos tomato" (komposisi) dan "krimer sejat" (dahulunya susu sejat) mula dipasarkan semula setelah pembetulan label dibuat.

"Baki produk yang ditarik balik juga akan mula dipasarkan semula dalam masa dua atau tiga minggu selepas pemeriksaan menyeluruh dibuat," katanya dan menambah kata bahawa 230 lagi produk KR1M berasaskan makanan telah dihantar ke Kementerian Kesihatan untuk diuji.

Ismail Sabri tidak menolak kemungkinan bahawa kesalahan pelabelan itu tidak disengajakan oleh syarikat pembekal yang terdiri daripada pengusaha Industri Kecil dan Sederhana (IKS) tempatan dan memberi jaminan kerajaan akan lebih berwaspada di masa hadapan.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan juga telah memanggil 60 usahawan IKS terlibat untuk diberi taklimat, mengenai hal berkaitan pelabelan, tender serta piawaian kesihatan.

Beliau berkata kementerian telah menubuhkan unit pemantau khas dengan kerjasama Kementerian Kesihatan untuk memantau secara rambang produk makanan di semua kedai termasuk KR1M seluruh negara.

Soalannya berapa kali produk dalam tin daripada China ini telah diuji kandungan logam berat, phtalate, arsenik plumbum dsbnya di makmal KKM? Kenapa rakyat tidak pernah diberitahu produk mana yang beracun mana yang selamat mereka makan?

 


Sos tiram jenama 1Malaysia yang ditarik dari Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) kerana didakwa melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985 adalah hanya gimik pembangkang semata-mata, dakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik oleh Utusan Online sebagai berkata, masalah itu timbul berikutan masalah penglabelan dan bukan seperti yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.
Pada 23 November lalu, Kementerian Kesihatan mengarahkan semua sos tiram jenama 1Malaysia itu ditarik balik kerana melanggar Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Menurut menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, ujian makmal oleh Jabatan Kesihatan mendapati sos tiram 1Malaysia yang dijual di kedai-kedai KR1M di seluruh negara, mencatatkan kandungan protein yang rendah daripada keperluan yang disyaratkan oleh undang-undang.

Bagaimanapun Ismail Sabri hari ini dipetik akhbar milik Umno itu, bahawa dakwaan berkenaan adalah tidak benar.

Menurutnya, kesilapan berlaku kerana sos tersebut seharusnya dilabel sebagai sos perasa tiram dan bukannya sos tiram kerana bahan bahan yang digunakan adalah dari ekstrak tiram.

Sos tiram itu adalah satu daripada tujuh barangan yang didakwa oleh ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, mencabuli Akta Peraturan-peraturan Makanan 1985.

Persoalannya, sanggupkah anda menjadikan anak anak kesayangan anda jadi tikus ujikaji makmal dengan diberikan produk beracun dalam makanan murahan dari China akibat kerakusan Menteri yang gila kuasa dan mahu mengekalkan kuasa mereka dengan apa saja cara walaupun orang ramai dah tak suka pada mereka?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.