Khamis, 15 Disember 2011

Keterangan Penting Mengenai Barah


Keterangan Penting Mengenai Barah
Setiap orang dari kita mempunyai sel barah di dalam tubuh masing- masing. Sel barah ini tidak dapat dikesan melalui ujian biasa sehingga ianya membiak ke jumlah beberapa ribu juta sel. Sel barah hanya akan dikesan apabila ia telah membesar ke satu saiz yang mampu dikesan. Disenaraikan maklumat penting agar kita dapat mengambil langkah bagi mencegah penyakit barah: 

1. Seseorang akan mendapat sel barah sebanyak 6 hingga 10 kali di dalam hayatnya. 

2. Apabila sistem imun yang sihat musnah, maka ianya akan membuka ruang bagi sel barah membiak dan membentuk tumor. 

3. Barah mungkin disebabkan oleh pencemaran, kekurangan zat makanan, alam sekitar, gaya hidup, makanan dan genetik. 

4. Perubahan diet dan pengambilan makanan tambahan yang sesuai boleh mengekalkan kesihatan sistem imun. 

5. Rawatan kimoterapi memusnahkan sel barah, tetapi dalam masa yang sama ia turut memusnahkan sel tubuh yang sihat. Begitu juga dengan rawatan radiasi. 
Untuk membiak, sel barah memerlukan makanan yang diperolehi melalui: 

- Pengambilan gula; dengan mengurangkan pengambilan gula, ianya dapat memutuskan bekalan makanan kepada sel barah. Pemanis tiruan bukan pengganti yang baik. Pengganti yang lebih baik ialah madu asli. 

- Garam halus; bahan kimia digunakan untuk membuat ia kelihatan putih, baik untuk sel barah. Bertukarlah kepada garam laut atau garam bukit. 

- Susu membuat tubuh menghasilkan mucus / lendir terutamanya di trek usus perut. Sel barah memakan mukus. Bertukarlah kepada susu kambing. 

- Sel barah subur dalam persekitaran berasid. Makanan berasaskan daging adalah berasid. Lebih baik untuk memakan ikan kecil. Daging juga mengandungi antibiotik, hormon pembiakan dan parasit yang membahayakan terutamanya kepada pesakit barah. 

Sejak bertahun dipercayai bahawa keturunan (genetik) merupakan faktor utama yang menyumbang kepada risiko seseorang akan mengidap barah. Kajian terbaru mendapati bahawa kira-kira 90% dari pengidap barah tidak mempunyai sejarah barah dalam keluarga mereka. Kajian tersebut juga mendapati bahawa penyumbang terbesar kepada risiko barah adalah faktor pencemaran seperti merokok, pemakanan, infeksi, arak, dadah, bahan kimia, tekanan dan radiasi. 


Berikut disenaraikan maklumat tambahan yang anda perlu tahu mengenai
 kimoterapi dan radiasi: 

1. Rawatan awal kimoterapi dan radiasi biasanya dapat mengecilkan saiz tumor. Namun begitu penggunaan kimoterapi dan radiasi yang berpanjangan tidak menjamin kemusnahan tumor. 

2. Kimoterapi dan radiasi meninggalkan banyak toksid yang boleh menjejaskan atau memusnahkan sistem imun, jesteru pesakit akan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan masalah kesihatan. 

3. Kimoterapi dan radiasi juga boleh menyebabkan sel barah membina sistem pertahanan sendiri yang membuat ia lebih susah dimusnahkan. 


Antara langkah yang boleh diambil untuk mencegah dan mengatasi masalah 
barah: 

Sistem imun yang sihat merupakan pelindung utama dari penyakit barah. Sistem imun mempunyai sel dinamakan "Sel NK (pembunuh semulajadi)", yang bertanggungjawab untuk memerangi sel barah. Setiap saat dalam hidup kita, sel NK bekerja keras untuk membunuh sel barah. Apabila sel NK gagal melaksana tugasnya, kita mendapat penyakit barah. Kesihatan sel NK terjejas oleh faktor persekitaran yang dinyatakan di atas. Perubahan diet boleh membantu anda memelihara kesihatan sistem imun dan seterusnya mencegah barah. Diet yang terdiri dari 80% sayuran, buah-buahan dan jus segar, bijirin dan kacang dapat membantu tubuh berada dalam persekitaran alkali, atau persekitaran yang membantutkan pertumbuhan sel barah. Untuk memperolehi enzim bagi membina sel yang sihat, anda boleh meminum jus sayuran segar 2 atau 3 kali sehari. Enzim dari sayuran segar akan rosak pada suhu 104 darjah F (40 darjah S). Buah atau jus hendaklah diambil sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mengambil makanan ruji.
Penggunaan Keladi Tikus yang kaya dengan RIP dan Anti-Oksida dapat membantu tubuh dalam memerangi barah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.