Sabtu, 11 Februari 2012

Panasonic MJ-70M


Panasonic MJ-70M

Jenama di atas adalah nama pengisar jus (juicer). Saya berpuas hati dengan prestasinya. Anda boleh buat jus karot, nenas, beet root dsbnya dengan pengisar ini. Sebaiknya anda tidak bertangguh dan segera ke kedai buku mencari buku panduan membuat jus dari buah-buahan dan juga sayur-sayuran. Pastikan buah-buahan dan juga sayur-sayuran anda dari sumber organik serta bebas dari pelbagai racun.
Jus karot boleh dicampur dengan nenas! Juga dengan beet root. Jangan gunakan air semasa mengisar. Tumbuh-tumbuhan ini memang telah ada cukup air di dalamnya. Jika rajin dan anda benar-benar sayang kepada orang / ahli keluarga yang terkena barah, amalkan minum jus campuran ini 3 kali sehari. Jus nenas tidak boleh diberi kepada orang sakit gastrik.
Kebaikan minum jus adalah ianya 100% asli. Memang telah ada bioflavonoids, rutin dan hesperidin di dalamnya. Bentuk molekul juga paling senang dan sedia diserap oleh usus anda kerana ia 100% asli. Pastikan anda minumnya sebelum tidur malam dan selepas bangun subuh ketika perut kosong. Untuk pastikan kadar serapan yang baik, anda hanya boleh makan makanan pejal selepas 3 jam meminum jus segar. Jus paling baik diminum terus kerana jika lama disimpan, kandungan vitamin dan antioksida di dalamnya boleh berkurangan atau musnah. Susu boleh mengurangkan kadar serapan vitamin dari jus anda. Jangan campurkan susu, gula atau air ke dalam jus anda. Pesakit kanser perlu vitamin C dalam kuantiti yang banyak setiap hari. Jika anda mengambil suplemen Vitamin C, ianya tidak asli. Bentuk molekul tablet Vitamin C juga susah diserap oleh usus sehinggakan pakar Homeopati menyarankan makan hingga 3000mg Vitamin C ( 3 biji ) setiap hari! Vitamin C tablet juga ada vehicle dan kimia sebagai bahan pengawet dan pewarna tiruan.




Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.