Ahad, 10 Februari 2013

Faedah Dan Kehebatan Tenaga Nuklear



 

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam yang menciptakan segala sesuatu atas kehendak dan kuasaNya. Selawat dan salam atas junjungan besar Rasul akhir zaman, Muhammad s.a.w. Salam juga atas keluarga dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w dan para dua’a yang terus menyebarkan dakwah dan menyambung warisan para rasul dan para nabi terdahulu.

 

Tahu atau tidak, sekarang isu global yang sering diperbincangkan di pihak meja bulat PBB ialah senjata nuklear. Telah digembar-gemburkan oleh Amerika dan sekutunya bahawa Tehran ingin memiliki salah satu teknologi tercanggih dunia iaitu senjata nuklear.

 

Walaupun pada hakikatnya, Tehran hanya ingin membangunkan teknologi nuklear untuk kesejahteraan rakyatnya dan penjanaan tenaga elektrik untuk negaranya. Media barat memomok-momokkan kejahatan Islam dan keganasan Islam di seluruh dunia sebagai suatu faktor yang membolehkan mereka menghalang negara-negara Islam menguasai salah satu teknologi penting ini.

 

Media barat juga menghebahkan kemampuan Tehran yang berjaya meningkatkan pengayaan uranium ke tahap 20% yang mampu membawa Tehran kepada penciptaan senjata nuklear secara besar-besaran. Penipuan demi penipuan dibuat Barat untuk menghalang Islam kembali bangkit di persada pentas dunia sebagai pengaman dunia sebenar bukannya mereka.

 

Sejarah juga telah membuktikan bagaimana penipuan Amerika dan sekutunya ke atas Iraq pimpinan Saddam Hussin. Iraq diserang hanya kerana dituduh memiliki senjata nuklear yang boleh membahayakan dunia. Natijahnya Iraq lumpuh ditangan mereka walhal senjata nuklear tidak dijumpai.

 

Oleh sebab itu, kita harus mengkaji kegunaan dan kemampuan tenaga ini dalam kehidupan manusia sejagat. Faedahnya begitu besar jika digunakan sebaik mungkin, akan tetapi sebaliknya jika dibiarkan pihak kuasa besar dunia menggunakannya sesuka hati.

 

 

Mari baca artikel ini…….

 

MEMAHAMI BAHAN RADIOAKTIF

 

Pernahkah anda mendengar bom nuklear?. Bom nuklear adalah sejenis bom yang menghasilkan tenaga yang sangat tinggi dan memusnahkan. Tenaga kuat ini dihasilkan oleh bahan radioaktif.

Kita akan mengkaji sedikit tentang bahan radioaktif.

 

Bahan radioaktif ialah unsur yang :-

a. nukleusnya tidak stabil

b. nukleusnya mereput secara spontan

c. memancarkan sinaran radioaktif (alfa, beta dan gamma)


Alat
yang boleh mengesan sinaran radioaktif ialah Tiub Geiger-Muller, Elektroskop daun emas dan Kebuk awan.

 

Bahan radioaktif yang kebanyakannya logam adalah senang mereput(decay). Apabila mereput ia boleh menghasilkan sinaran radioaktif yang merbahaya kepada kehidupan. Terdapat 3 jenis sianaran radioaktif yang berbeza.

 

Jadual berikut menunjukkan perbezaan sinaran radioaktif.

SINARAN
ALFA
BETA
GAMMA
Kuasa penembusan
dihalang oleh sekeping kertas
dihalang oleh kepingan aluminium (3mm)
dihalang oleh kepingan plumbum (10cm)
Ciri runut dalam kebuk awan
lurus dan tebal
garis halus dan bergelombang
pendek, halus dan bertaburan
Cas
+
-
neutral

 

 

 

PENGHASILAN TENAGA NUKLEAR

Penghasilan tenaga nuklear dari bahan radioaktif dijalankan dalam reaktor nuklear. Bahan radioaktif dibedil(tembak) dengan menggunakan alat khas yang mengeluarkan neutron. Neutron yang terkena bahan radioaktif akan memecahkan nukleusnya untuk menghasilkan bahan radioaktif yang baru.

Dalam proses ini tenaga yang sangat kuat terhasil. Tenaga ini dinamakan sebagai TENAGA NUKLEAR. Proses penghasilan tenaga ini adalah proses yang terkawal supaya tidak ada letupan berlaku.Proses ini ialah "Tindakbalas Berantai".Tenaga nuklear yang terhasil boleh digunakan untuk memanaskan air. Stim yang terhasil digunakan untuk menggerakkan turbin penjana elektrik.

Mari lihat komponen reaktor nuklear tempat terhasilnya tenaga ini. 3 bahagian reaktor nuklear adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut.

BAHAGIAN
BAHAN API
MODERATOR
SISTEM PENYEJUK
KOMPONEN
Bahan radioaktif yang membekalkan tenaga nuklear seperti uranium
Bahan yang melambatkan tindak balas contohnya grafit
Sistem yang mengurangkan tenaga haba

 

 

KEGUNAAN LAIN BAHAN RADIOAKTIF

Selain menghasilkan tenaga elektrik (Malaysia belum lagi ya..), bahan radioaktif juga mempunyai kegunaan lain seperti yang ditunjukkan jadual berikut.

BIDANG
KEGUNAAN
CONTOH BAHAN
Perindustrian
Mengesan kebocoran paip bawah tanah
radioisotop iodin
Pertanian
Mengkaji kesan resapan nutrien oleh tumbuhan
fosforus-32
Perubatan
Membunuh sel barah
kobalt-60
Arkeologi
Menentukan umur bahan purba (teknik ini dinamakan "Pentarikhan Karbon")
karbon-14

 

KESAN NEGATIF PENGGUNAAN BAHAN RADIOAKTIF

Jika tidak dikawal, penggunaan bahan radioaktif senang membawa kemudaratan kepada kehidupan. Jadual berikut menerangkan beberapa kesan negatif penggunaan bahan radioaktif.

KESAN AKIBAT
KESAN
CARA MENGATASI
KEMALANGAN
alam sekitar tercemar, maut,kanser, kemandulan
Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
PENCEMARAN SISA RADIOAKTIF
alam sekitar tercemar, kanser, kehidupan akuatik terjejas
Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut atau gurun.
PEPERANGAN
Pembinaan senjata pemusnah yang besar
Menghadkan penggunaan bahan radioaktif dalam pembinaan senjata

 

Jika perlu penggunaan bahan radioaktif hendaklah diuruskan dengan baik. Sebagai contoh ianya hendaklah disimpan dengan cara yang sempurna. Cara penyimpanan bahan radioaktif ialah :-

  • Menyimpan dalam kotak plumbum yang tebal.
  • Bilik penyimpanan hendaklah ditandakan dengan simbol radioaaktif.




Pengendalian bahan radioaktif yang sempurna juga harus dilaksanakan seperti

  • memakai "pakaian perisai plumbum" dan lencana filem
  • menggunakan robot atau alat kawalan jauh serta alat pengesan Geiger-Muller.

 

BAHAN RADIOAKTIF IALAH PENEMUAN MANUSIA YANG MENAKJUBKAN

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat diseluruh dunia. Ianya dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata nuklear. Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh. Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat manusia.

 

Pada masa hadapan mungkinkah kita akan menggunakan "kereta nuklear" yang berupaya menyimpan tenaga untuk kegunaan berpuluh-puluh tahun?. Wallahua’lam, sekian.

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.