Ahad, 15 Januari 2012

Penapis Jus


Penapis Jus

Jika anda membeli Penapis Jus atau Penapis Teh, pastikan Penapis ini dibuat daripada kapas (Cotton). Elakkan membeli penapis acrylic, nylon polyester dsbnya kerana Penapis Jus jenis ini diperbuat daripada minyak petrol mentah (Crude oil). Ia adalah bersifat plastik. Jika Penapis Jus dari bahan plastik, ia boleh membebaskan partikel microplastik (The Star, 10 January 2012). Saiznya lebih kecil daripada mata pin. Pencemaran terlampau kecil ini akan terbebas ke dalam air perahan jus dan anda meminumnya. Sudah tentu anda mendapat pencemaran plastik! Pakaian dari acrylic, nylon, polyester membebaskan mikroplastik ke dalam air. Air dialir ke longkang – ke tali air – ke sungai. Di dalam sungai, mikroplastik dimakan oleh plankton. Plankton dimakan ikan kecil. Ikan kecil dimakan ikan besar. Anda memakan ikan besar dan anda terdedah kepada pencemaran plastik dari dalam badan (The Star, 10 January 2012).


Akibat PFC di sekeliling rumah


Akibat PFC di sekeliling rumah

Kajian menunjukkan bahan kimia yang dijumpai dalam rumah berkaitan dengan menopaus awal. Wanita yang mempunyai tahap tertinggi bahan kimia dalam badan mereka akan melalui perubahan hormon lebih cepat berbanding wanita yang tahap bahan kimia rendah. Penyelidik melaporkan, bahan kimia jenis pemfluoridaan atau P F C boleh ditemui di setiap persegi rumah. Ia dihirup melalui debu atau wap, atau dimakan dalam makanan dan telah dikaitkan dengan barah tiroid, masalah sistem imun dan penyakit jantung. Selain itu, ia juga dipercayai mampu bertindak sebagai pengganggu hormon estrogen dalam badan wanita. Penyelidikan yang dilakukan terhadap 26,000 wanita di Amerika Syarikat mendapati, kebanyakan mereka yang melebihi umur 42 tahun didapati mempunyai tahap PFC tertinggi dalam badan dan mempunyai menopaus awal serta tahap konsentrasi hormon estrogen yang lebih rendah.

sinar

Stres sebabkan barah


Stres sebabkan barah

Setiap orang mengalami stres. Stres terjadi semasa anda memandu kereta ke tempat kerja disebabkan beratur panjang membayar tiket tol. Diperhatikan tol membawa banyak kemudaratan kepada insan dengan peningkatan kadar tekanan hidup. Apabila kenderaan merangkak perlahan-lahan membayar tol, asap kenderaan mengandungi wap merkuri, benzene, sulphur dioksida, Karbon monoksida, nitrous dioksida dan berbagai gas beracun lain dihisap oleh penunggang motosikal serta jurutol. Sudah sampai masanya tol dihapuskan demi memberi kemudahan kepada insan. Amat susah sekali melihat bas penumpang atau keretapi elektrik bagi mengurangkan jumlah kereta di jalan raya! Adakah demi mendapatkan keuntungan tol kita sanggup biarkan udara kita tercemar? Stres disebabkan juga bergaduh dengan bos, rakan, diberikan tugasan berlebihan dan juga bergaduh dengan pasangan atau anak yang bermasaalah. Orang yang terlampau stres dikatakan mengalami burnout dan mungkin memerlukan ubat penenang serta kaunseling bagi meredakan tekanan.

Stres berlebihan boleh menyebabkan sistem imun badan jadi lemah. Sistem imun amat diperlukan bagi memusnahkan sebarang sel-sel barah yang terbentuk dalam badan. Dengan stres juga, endorphin susah dirembes oleh otak. Otak adalah suis besar dalam badan manusia. Bila anda berputus-asa, merasa tidak seronok, tidak puas hati, menyalahkan sesuatu, sudah tiada harapan lagi maka otak akan menutup suis yang bertanggungjawab menguatkan sistem pertahanan badan. Justeru anda perlu bijak menangani stres.  Strategi yang digunakan bagi mengurang stres termasuk mencari kawan bersembang, main boling, bersukan, minum jus buah buahan segar dsbnya. Namun begitu, cara paling berkesan, mudah dan praktikal mengurangkan stres adalah dengan mengingati Allah, bersembahyang tahajud, solat hajat / solat sunat, membaca Al Quran dsbnya. Firman Allah, “Ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah itu tenanglah segala hati”.

Tanda-tanda stress adalah seperti selalu terlupa, kerap tertinggal barang penting, susah tersenyum, selalu mengerut dahi, susah tidur atau kurang tidur, selalu terlibat dengan kemalangan seperti terlanggar pintu almari, terlanggar pintu lif, termasuk dalam lubang dsbnya. Selain itu, berdebar debar, darah gemuruh, mudah marah, mata berair, rasa hangat kepala atau berat kepala. Ada juga yang rasa menguit-nguit (muscle twitching) di sekeliling kelopak mata atau bibir. Ada yang merasa hidup tidak bermakna dan berputus asa. Ini semua adalah tanda tanda anda mengalami stres. Justeru, jangan tunggu lama-lama tetapi segera minta bantuan doktor psikologi atau dapatkan nasihat psikologis. Doktor anda boleh merujuk anda kepada mereka dengan senang hati.

Suhu sejuk sebabkan barah

Suhu sejuk sebabkan barah

Bagaimana suhu sejuk menyebabkan barah? Suhu sejuk maksudnya anda berada dalam persekitaran suasana sekeliling sejuk seperti duduk dalam bilik penghawa dingin. Suhu sejuk menyebabkan anda tidak aktif, monyok dsbnya. Ada yang mengadu sakit-sakit sendi dan berasa letih selepas bekerja. Suhu sejuk menyebabkan pernafasan anda menjadi tidak dalam kerana badan anda takut menyedut udara sejuk. Rongga hidung anda akan menjadi sempit dan mengeluarkan lendir berlebihan kerana hawa dingin adalah kering. Badan cuba menimbal balas dengan mengeluarkan lendir berlebihan dan mengembangkan salur darah (local edema) di kawasan turbinat bawah dan turbinat tengah. Bagi pesakit lelah, rongga trakea dan bronkus akan menyempit sebagai tindak balas menyedut udara sejuk. Perkara ini menyusahkan pergerakan udara dari dapat masuk ke dalam rongga saluran paru-paru dengan berkesan dan lancar. Apabila sedikit sahaja udara masuk ke paru paru, gas karbon dioksida sedikit saja dapat dikeluarkan dari dalam alveoli. Banyak karbon dioksida masih tertinggal dalam darah. Dalam darah, karbon dioksida larut dalam air menjadi karbonik asid. Barah suka kepada persekitaran berasid. Justeru anda perlu meningkatkan kedalaman pernafasan dalam persekitaran sejuk bagi mendapatkan pertukaran gas paru-paru  yang memuaskan.

Jika anda pesakit kanser, anda mesti


Jika anda pesakit kanser, anda mesti pergi ke laman sesawang ini:



anda wajib pergi ke    http://vimeo.com/24821365

Jika anda pesakit kanser, anda mesti membaca buku ini:

1.   Over the counter natural cures. Take Charge of Your Health in 30 Days with 10 Lifesaving Supplements – Shane Ellison, M.S. The People Chemist – This book is the health insurance America needs.
2.   Panjangkan Usia Pesakit Kanser – Sekine Susumu 2010 – Tombo Enterprise Sdn Bhd, 8.05 Wisma Zelan, No 1, Jln Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
3.   Masih ada Penawar Kanser! Kisah Benar lebih daripada 50 penghidap kanser yang telah sembuh! Wang Zhen-Guo 2000.Makanan Sihat Sebagai Ubat – Lim Hin Fui , PhD
4.   Terapi Kanser B17 : iSIHAT Bil 44, Julai 2011  ms16-17.
5.   Rahsia Laetrile Sembuhkan Kanser : iSIHAT Bil 44, Julai 2011  ms18-19.
6.   Ambil B17 Bibi Hasnah Mampu Berjalan Semula : iSIHAT Bil 44, Julai 2011  ms23.
7.   Bioeffective ; Senjata Datin Rahmah Mahmood Perangi Kanser - iSIHAT Bil 45, Ogos 2011  ms26-27.
8.   Hidap Kanser Darah, Vitamin C Bantu Penyembuhan : iSIHAT Bil 46, September 2011 ms30-31.
9.   Kanser... Bagaimana Kita Mampu Merawatnya? Datuk Dr Sidiq Mohamed : iSIHAT, Januari 2008  ms76-77.
10.               Real Food. What to eat and why – Nina Planck 2006.
11.               Juice Fasting & Detoxification – Use the Healing Power of Fresh Juice to Feel Young & Look Great – Steve Meyerowitz 2002.