Ahad, 15 Januari 2012

Suhu sejuk sebabkan barah

Suhu sejuk sebabkan barah

Bagaimana suhu sejuk menyebabkan barah? Suhu sejuk maksudnya anda berada dalam persekitaran suasana sekeliling sejuk seperti duduk dalam bilik penghawa dingin. Suhu sejuk menyebabkan anda tidak aktif, monyok dsbnya. Ada yang mengadu sakit-sakit sendi dan berasa letih selepas bekerja. Suhu sejuk menyebabkan pernafasan anda menjadi tidak dalam kerana badan anda takut menyedut udara sejuk. Rongga hidung anda akan menjadi sempit dan mengeluarkan lendir berlebihan kerana hawa dingin adalah kering. Badan cuba menimbal balas dengan mengeluarkan lendir berlebihan dan mengembangkan salur darah (local edema) di kawasan turbinat bawah dan turbinat tengah. Bagi pesakit lelah, rongga trakea dan bronkus akan menyempit sebagai tindak balas menyedut udara sejuk. Perkara ini menyusahkan pergerakan udara dari dapat masuk ke dalam rongga saluran paru-paru dengan berkesan dan lancar. Apabila sedikit sahaja udara masuk ke paru paru, gas karbon dioksida sedikit saja dapat dikeluarkan dari dalam alveoli. Banyak karbon dioksida masih tertinggal dalam darah. Dalam darah, karbon dioksida larut dalam air menjadi karbonik asid. Barah suka kepada persekitaran berasid. Justeru anda perlu meningkatkan kedalaman pernafasan dalam persekitaran sejuk bagi mendapatkan pertukaran gas paru-paru  yang memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.