Ahad, 29 April 2012

Panadol punca kanser darah


http://selangor2u.com/blog/2011/06/panadol-punca-kanser-darah/

Anda sering menjadikan Panadol sebagai ubat pilihan utama ketika kepala dan demam? Jika ‘YA’ anda seharusnya mengubah ubat pilihan utama anda kepada ubat yang lain. Ini kerana kajian terkini yang dijalankan di University of Washington telah mendapati bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya untuk mendapat kanser darah tertentu.

Apa Itu Acetaminophen?
Acetaminophen merupakan istilah yang digunakan di Amerika Syarikat dan Kanada, yang merujuk kepada sejenis sebatian yang kita kenali di negara kita dengan nama generik “paracetamol”. Ia digunakan secara meluas sama ada sebagai analgesic (melegakan sakit kepala) atau sebagai antipyretic (mengurangkan suhu badan ketika demam). Manakala, di negara kita ‘Panadol’ telah menjadi satu jenama ubat paracetamol yang mudah di dapati.

Acetaminophen bersifat lebih lembut berbanding aspirin yang juga bersifat analgesic, tetapi pengambilan aspirin di luar dos yang dibenarkan boleh membuatkan seseorang itu mengalami pening dan muntah yang melampau. Memandangkan sifat acetaminophen yang sedikit lembut ini, kebanyakkan individu menjadikan ia sebagai jalan pintas untuk menghilangkan sakit kepala.

Kajian terkini yang dijalankan, telah mengesahkan bahawa pengambilan acetaminophen secara kerap berkemungkinan meningkatkan peluang si pengambilnya mendapat kanser darah tertentu. Ketua penyelidik kajian yang berkenaan, Dr. Roland Walter, merangkap pembantu profesor perubatan di bahagian hematologi, mendakwa “Kami mendapati bahawa penggunaan acetaminophen yang terlalu kerap, iaitu salah satu ubat yang paling kerap digunakan di seluruh dunia, mempunyai hubung kait yang berisiko meningkatkan insiden ‘hematologic malignancies’ hampir dua kali ganda”. Hematologic Malignancies merujuk kepada jenis-jenis kanser berlaku dalam darah, tulang sum sum, dan limfa.

Para penyelidik mendapati bahawa mereka yang mengambil acetaminophen sekurang-kurangnya 4 hari seminggu selama 4 tahun telah menerima hampir dua kali ganda risiko untuk mengidap beberapa jenis kanser darah. Kanser-kanser ini termasuklah myeloid neoplasms, non-Hodgkin lymphomas dan gangguan plasma sel. Walaubagaimanapun, kumpulan penyelidik ini mendapati penggunaan acetaminophen seperti ini tidak mempunyai kaitan dalam risiko peningkatan penyakit leukimia. Ramai pakar berpendapat kajian seperti ini harus diteruskan dan dijalankan dengan lebih mendalam agar kesan sampingan sebenar acetaminophen dapat dirungkai. Memang Panadol selalunya dikatakan ubat mujarab untuk sakit kepala dan demam tetapi kesannya juga sangat serius. Jadi cara terbaik untuk menjaga kesihatan dan mengawal pengambilan ubat anda.

MENANGANI LESU DISEBABKAN KIMO / RADIOTERAPI


MENANGANI LESU DISEBABKAN OLEH RAWATAN KANSER

Risalah ini meliputi soalan yang lazim tentang lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser. Rasa lesu merupakan rasa amat letih yang dialami oleh banyak orang yang menjalani rawatan kemoterapi dan radioterapi. Sesetengah orang yang menjalani pembedahan, terapi hormon atau imunoterapi juga mengalami lesu akibat rawatan tersebut. Lesu merupakan kesan sampingan rawatan kanser yang paling lazim dialami oleh pesakit. Lesu disebabkan rawatan kanser berbeza daripada rasa letih yang dialami setiap hari. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba. Tidak seperti rasa letih yang biasa, ia tidak semestinya disebabkan oleh melakukan senaman atau aktiviti harian yang lama. Biasanya rehat tidak dapat melegakan lesu. Lesu boleh menyusahkan dan mengganggu kehidupan anda. Setiap orang mempunyai simptom yang berlainan. Orang yang mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser menyatakan berasa lemah, penat, mengantuk, keliru atau tidak sabar. Ada orang yang berasa tidak boleh bergerak. Ada pula yang berasa tangan dan kakinya lemah atau
sakit dan rasa tidak puas bernafas, meskipun selepas membuat aktiviti yang ringan. Bagi kebanyakan orang lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser amat berbeza daripada apa jua lesu yang pernah mereka alami.

Bagaimanakah rasanya?
Lesu boleh menjejaskan fikiran dan perasaan anda.
Anda mungkin perlu banyak tidur.
Tubuh anda mungkin berasa letih, emosi dan/atau fikiran juga berasa letih.
Tubuh anda, terutamanya kaki dan tangan anda mungkin berasa berat.

Bagaimanakah ia boleh menjejaskan anda?
Anda mungkin tidak berapa ingin hendak melakukan aktiviti biasa, seperti makan atau membeli-belah.
Anda mungkin berasa sukar untuk memberi tumpuan atau berfikir dengan jelas. Lesu ini boleh disebabkan oleh beberapa masalah. Kemoterapi biasanya akan menyebabkan kurang darah atau anaemia. Ini bermakna hanya sedikit sel darah merah sahaja yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tubuh anda. Radioterapi dan kehilangan darah semasa pembedahan juga boleh menyebabkan anaemia. Perkara lain yang berkaitan dengan penyakit anda juga boleh menyebabkan anda berasa letih: tidur tidak lena, stres, murung, mengalami infeksi, sesetengah ubat, tidak bersenam, dan tidak makan dengan sempurna. Sesetengah perkara yang menyebabkan lesu ini boleh dirawat, oleh itu anda perlu berbincang dengan doktor.

Jika anda berasa lesu, akuilah hakikat ini dan beritahu terus terang kepada orang lain. Tanya doktor jika ada rawatan yang boleh membantu anda.

Bagaimanakah orang menanganinya?
Cuba idea ini:
Tetapkan apa yang hendak dibuat kecil-kecilan dahulu dan yang terdaya dilakukan.
Apabila anda merancang apa yang hendak dibuat setiap hari, jangan lupa tentang waktu rehat. Catatkan apa yang anda rasa. Contohnya, jika anda berasa letih pada waktu pagi, rancanglah untuk berehat pada waktu tersebut.
Tidur atau berehat sekejap-sekejap  beberapa kali daripada berbuat sedemikian dalam masa yang lama.
Jangan buat kerja lebih daripada yang terdaya. Berhenti sebelum anda berasa letih.
Makanlah sebaik mungkin dan minum banyak cecair atau jus buah / jus sayuran. Ada orang mendapati memakan banyak buah-buahan dan sayuran serta makanan jenis bijirin (seperti nasi, mi, dll.) membuatkan mereka berasa lebih bertenaga. Pakar pemakanan dapat membantu jika anda hendak menukar memakan makanan lain yang tidak lazim dimakan.
Merokok boleh mengurangkan tenaga. Jika anda merokok, berbincanglah dengan doktor tentang cara hendak berhenti merokok.
Bersenamlah setakat yang anda terdaya. Senaman boleh membuatkan anda kuat dan berasa bertambah sihat. Jika anda tidak pernah bersenam, anda boleh mulakan dengan berjalan perlahan-lahan, mula-mula selama lima hingga sepuluh minit dan beransur-ansur menambahkan masa setakat yang anda terdaya. Anda juga boleh cuba lakukan senaman ringan yang lain.
Jika anda memang biasa melakukan senaman yang berat, cuba lakukan senaman yang lebih mudah dan pendek masanya yang anda suka. Contohnya, jika dahulu anda suka berlari, sekarang cuba yoga atau tai ci.
Cuba lakukan perkara yang membuat anda riang. Keriangan ketika ketawa bersama kawan-kawan atau bermain dengan haiwan kesayangan anda boleh menceriakan anda.
Mendengar muzik, membaca dan bertafakur tidak memenatkan badan sebaliknya boleh membuat anda berasa relaks.
Buat apa yang anda perlu dan mahu buat. Jika ada orang sekeliling anda yang boleh dan mahu membantu anda, biarlah mereka buat sesetengah kerja yang lazim anda buat.
Jika perlu hadkan bilangan orang yang datang melawat anda.
Elakkan stres: teknik untuk relaks dan bersenam boleh membantu mengurangkan stres yang tidak dapat dielakkan.
Hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706 supaya dapat dihubungkan kepada sukarelawan KanLink yang boleh berkongsi pengalaman mereka tentang cara menangani masalah ini.
Sertailah kumpulan sokongan. KanHelp Line boleh memaklumkan tentang kumpulan sokongan yang berhampiran. Bercakap tentang perasaan anda akan dapat meringankan rasa lesu, dan anda juga dapat mendengar bagaimana orang lain yang mengalami masalah seperti anda dapat mengatasinya.


Di bilik air
Duduk apabila mandi dan mengelap badan.
Mandi terlalu lama boleh menyebabkan anda berasa lebih letih.
Letakkan peralatan untuk mandi di tempat yang anda mudah capai.
Pasang tempat berpaut dan berpegang di tempat mandi dan jamban.
Gunakan span dan berus mandi yang panjang pemegangnya.
Pasangkan tempat duduk yang tinggi di atas jamban.

Memakai pakaian
Rancangkan apa yang anda hendak pakai dan sediakan pakaian tersebut sebelum memakainya.
Pakai pakaian sambil duduk dan cuba
elakkan daripada membongkok ketika
berdiri.
Pakai pakaian yang longgar dan kasut
bertumit rendah.

Kerja rumah dan bekebun
Cuba dapatkan tukang cuci rumah dan
tukang kebun.
Biarkan keluarga atau kawan bantu.
Rancangkan kerja yang hendak dilakukan untuk seminggu (contohnya, sehari mem-basuh, di hari yang lain memvakum lantai) supaya anda tidak melakukan banyak kerja dalam sehari. Kurangkan kerja anda
daripada biasa!
Jika boleh, buat kerja sambil duduk.

Membeli-belah
Gunakan troli bukannya bakul.
Minta kedai hantarkan barangan belian ke rumah. Anda boleh membuat pesanan dari rumah.
Minta tolong. Membelilah di kedai yang pekerjanya baik dan boleh menolong anda membawa barangan belian ke kereta anda.
Pergilah membeli-belah semasa waktu ti-dak sibuk (pagi atau sebelum petang).
Susunkan senarai barangan yang hendak dibeli mengikut lorong barangan diletak di kedai sekiranya anda telah biasa dengan kedai itu.

Panduan untuk mengurus aktiviti harian

Penyediaan makanan
Gunakan makanan dingin beku.
Sediakan makanan yang tidak susah
dimasak: makanan dalam tin seperti sar-din, tuna dan salmon; salad; telur dadar dan telur hancur; kentang bakar; sayur kukus; sayur goreng; dan salad buah-buahan adalah makanan sihat yang mudah disediakan.
Susun barang-barang untuk memudahkan anda mengambilnya dengan tidak perlu membongkok. Simpan periuk dan peralatan memasak yang selalu digunakan di atas bangku bukannya di dalam almari.
Jika anda mampu, pesan makanan dari kedai. Terimalah undangan untuk makan bersama keluarga dan kawan-kawan.
Rendam pinggan mangkuk sebelum
mencucinya, jangan menyentalnya dan biarkan ia kering sendiri. Cuci pinggan mangkuk setiap kali lepas makan supaya tidak tertimbun nanti.
Jika anda masak sup atau sos pasta, masak lebih sedikit supaya sebahagiannya boleh didingin beku.

Menjaga anak
Ajak anak-anak bermain di tempat yang anda boleh duduk: melukis gambar,
bermain permainan yang menggunakan papan permainan, permainan di komputer dan membaca.
Minta anak-anak naik ke riba anda, jangan angkat mereka.
Beri anak makan searas dengan mereka (seperti di meja permainan) jika mereka terlalu kecil untuk memanjat kerusi makan di rumah anda.
Aturkan orang menjaga anak-anak supaya anda ada masa untuk rehat.


 Di tempat kerja
Jika anda mengalami lesu yang disebabkan oleh rawatan kanser dan mendapati sukar untuk menjalankan tugas, cuba bincang dengan majikan anda sama ada masa kerja anda boleh diubah suai.
Jika lesu yang dialami menyebabkan anda sukar hendak bekerja, pertimbangkanlah untuk mengambil cuti atau mengurangkan waktu bekerja untuk jangka pendek.
Jika boleh, rancang untuk bekerja secara bersungguh-sungguh apabila anda berasa bertenaga dan rancang untuk merehatkan diri apabila anda berasa penat.
Jika pekerjaan anda melibatkan banyak aktiviti yang perlukan anda untuk membongkok dan bergerak, pertimbangkanlah untuk menukar tugas anda untuk jangka pendek.
Elakkan daripada membongkok dan mencapai benda dengan meletakkan barang yang anda selalu gunakan di tempat yang mudah dicapai. Jika perlu membongkok untuk mengambil
sesuatu, duduk bertinggung, jangan membongkok dari pinggang. Gunakan kereta tolak untuk mengalihkan barang yang besar.
Jika boleh, minta orang lain buatkan kerja yang anda dapati sukar untuk melakukannya.

Santai
Keluar dengan teman lebih mudah daripada keluar bersendirian.
Buatlah sesuatu secara beransur-ansur dahulu; apabila rasa lesu semakin kurang barulah buat aktiviti yang lebih besar.
Rancang masa rehat antara masa melakukan aktiviti.
Cuba jangan terlalu memenatkan badan.

Adakah rehat sentiasa yang terbaik?
Keluarga dan kawan-kawan mungkin menasihati anda supaya ‘bersenang-senang’ dan ‘berehat banyak-banyak’. Tetapi berbaring di tempat tidur terlalu lama boleh menyebabkan anda berasa lebih letih. Jika anda rehat terlalu lama, otot anda akan menjadi lemah dan anda akan mendapati sukar untuk bergerak aktif bila anda hendak berbuat demikian. Oleh itu, cara yang terbaik ialah sentiasa aktif sedaya mungkin.
Berbincanglah dengan doktor atau jururawat tentang berapa banyak rehat di tempat tidur dan senaman yang mereka cadangkan.
Orang lain tidak akan faham bahawa rehat tidak semestinya boleh menghilangkan lesu. Oleh itu, elok kalau anda beritahu mereka bagaimana lesu ini berbeza daripada letih biasa.
Bercakaplah dengan doktor sebelum memulakan program senaman. Bincangkan tentang cara lain untuk menangani lesu dan meneruskan kehidupan sedapat-dapatnya seperti biasa.

Bilakah saya perlu berbincang dengan doktor atau jururawat?
Beritahu doktor atau jururawat jika anda:
berasa pening
berasa hendak jatuh ketika berjalan atau bangun dari katil atau kerusi
jatuh atau cedera
berasa sakit-sakit badan
kurang bertenaga
susah bangun tidur
terlalu letih untuk meninggalkan tempat tidur selama dua puluh empat jam
berasa lesu yang semakin teruk
berasa mengah
berasa keliru atau tidak dapar berfikir dengan jelas
susah hendak tidur


KanWork   03-8947 2706

http://www.ipsas.upm.edu.my/kanwork/
http://www.cancereducation.org.my/

Cancer Resource Centre
Aras G, Bersebelahan Pusat Sumber Diabetes, Hospital Putrajaya,
Putrajaya, Malaysia. +603-8312 4200 ext 1105

Projek Usahasama CaEd, Malaysia dan The Cancer Council Victoria, Australia
Diterjemah daripada penerbitan: Penterjemah: Ramlah Muhamad
Anda mungkin akan dapati lesu mula berkurang apabila rawatan kanser anda berakhir. Walau
bagaimanapun, ada orang yang masih berasa lesu selepas beberapa lama rawatan berakhir.
Kadangkala lesu akan berhenti tetapi kemudian akan datang lagi. Anda perlu bersabar jika anda lambat pulih tidak seperti yang diharapkan. Jika lesu ini menyebabkan anda runsing, bercakaplah dengan doktor atau jururawat. Mereka mungkin boleh menganggarkan berapa lama anda akan menghadapi lesu itu.

Bilakah lesu akan bertambah baik?
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi KanHelp Line di 03-8947 2706. Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan sulit yang dikendalikan oleh jururawat kanser. 

Magnet bahayakan kesihatan anda



Magnet yang merbahayakan kesihatan anda

Satu kajian dari Princeton University telah membuat penemuan yang menakutkan akibat dari kesan magnet yang dilekatkan pada pintu peti ais anda, boleh menyebabkan makanan yang anda makan bertambah sifat karsinogenik mereka. Mungkin betul juga kajian tersebut, semakin hari semakin banyak pesakit kanser yang dikesan dan menerima rawatan di hospital kerajaan. Kalau kita pergi ke rumah saudara atau kawan-kawan.

Lihatlah pada pintu peti ais mereka dipenuhi berbagai magnet yang cantik dan berwarna warni. Mungkin senang nak melekatkan bil atau nota kecil yang penting. Jumlah magnet yang dilekatkan kadang-kadang sampai berpuluh banyaknya.

Dulu ada satu kajian mengatakan bahawa makanan yang kita makan sekarang banyak mengandungi bahan toksik dan bahan kimia berbanding zaman dahulu. Tapi rupa-rupanya kita sendiri yang menyebabkan makanan yang disimpan di dalam peti ais itu tercemar oleh "pancaran medan elektromagnet". Kadang-kadang berminggu-minggu kita menyimpan makanan seperti ikan, daging ayam sebelum dimasak. Pada tahun 1990an, telefon bimbit Motorola, jika diletak pada sudu akan melekat kerana magnetnya sangat kuat. Banyak kes barah otak dilaporkan sehingga syarikat tersebut terpaksa memberhentikan pengeluarannya.

Kanser sel selalunya terjadi apabila satu sel sahaja yang "active" dan ia mula merebak diam tanpa pesakit mengetahui perkembangannya. Kanser adalah seperti "time bomb" dan hanya diketahui pada "aras 4" apabila pesakit mula merasakan perubahan pada diri seperti demam yang berpanjangan, loya dan tidak bermaya serta kurang selera. Selalunya pada "stage 4 " sudah terlewat untuk menerima rawatan, hanya rawatan kemoterapi yang menyakitkan sahaja diberi sebagai rawatan pada pesakit kanser.

Kadang-kadang rawatan kemoterapi belum tentu dapat menyembuhkan pesakit kanser tapi sangat menyeksakan sehingga habis semua rambut gugur. Yang paling menyakitkan iaitu apabila mengambil air tulang "bone marrow". Pesakit kanser yang sering membuat rawatan kemoterapi akan sampai satu tahap, akan berputus asa dan tidak sanggup menjalani sebarang rawatan lagi dan pasrah akan hidupnya. Jangan biar orang kesayangan anda menerima nasib yang sedemikian.

Ini bukanlah untuk menakutkan pembaca tetapi kita boleh membuat pemeriksaan awal mengesan sel kanser di klinik swasta atau Fomema. Pemeriksaan keseluruhan kesihatan berpandu daripada darah kita, ia dapat mengesan sel kanser jika baru nak "active". Pada peringkat awal ini, rawatan dapat membunuhnya terus sel yang "active". Jangan ingat dalam minda kita, ini sudah ditakdirkan oleh Allah SWT. Sebenarnya kita disuruh berusaha menjaga kesihatan yang merupakan satu ibadah untuk kita. Jika umat Islam sehat maka agama Islam pun kuat. Jika umat Islam lemah, musuh-musuh Islam akan menang.

Pelbagai andaian mungkin benar juga mengapa sesetengah ahli keluarga mereka menghidap kanser ternyata datangnya dari makanan yang kita makan. Sejumlah penyelidik dan saintis di Princeton 's University telah menemui sesuatu yang menakutkan!. Untuk beberapa bulan, mereka memberi makan kepada dua kumpulan tikus.

Kajian oleh Penyelidik

Kumpulan pertama yang diberi dengan makanan disimpan di peti ais tanpa magnet. Kumpulan kedua dengan makanan yang disimpan di dalam peti ais tapi dengan beberapa hiasan magnet dilekatkan pada pintu peti ais. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat bagaimana "pancaran medan elektromagnet" yang keluar dari magnet hias di pintu mempengaruhi sumber makanan. Dari hasil kajian klinikal menyatakan bahawa kumpulan tikus yang diberi makanan yang "terpancar medan electromagnet" mempunyai kebarangkalian sebanyak 87% makanan lebih tinggi untuk mendapatkan kanser berbanding dengan kumpulan tikus lain.

Kerajaan tidak boleh menjelaskan atau persatuan kesihatan/institusi untuk memberikan kenyataan berkaitan dengan hal ini kerana masih dalam peringkat kajian lagi. Namun hanya dalam kes ini adalah dinasihatkan untuk menghilangkan atau menanggalkan magnet hiasan dari peti ais anda dan meletakkannya jauh dari makanan.

Sila sampaikan maklumat penting ini kepada kenalan dan saudara anda. Mencegah lebih baik dari merawat. Semuga kita terhindar dari penyakit kanser yang banyak membawa keburukan dan kedukaan sesebuah keluarga bahagia.

Aqidah anda tentang kuasa magnet.

Pada hukum tauhid. Semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah SWT. Hanya kelemahan dari diri kita. Magnet adalah zat yang bersifat nafsiah shj. Dan kuasa pancaran hanya sifat ma'niyah. Sifat ini berdiri dengan zat iaitu hal kelakuan pancarannya, dikeranakan dengan satu kerana. Jika kehendakNya, bukan kuasa magnet boleh menyebabkan kanser. Semuanya kerana kehendak Allah SWT. Yang menjadi asbab penyakit tersebut jika terdedah pada zat oleh sifat kelakuannya.


Wasallam.

Low Cholesterol Levels Increases Cancer Risk



Low Cholesterol Levels Increases Cancer Risk - American College of Cardiology

For years, I’ve been telling my patients that the medical establishment’s obsession with lowering cholesterol to prevent heart disease is causing more harm than good. If your doctor continues to get you worried about your high cholesterol levels, here’s a bit of news for you…In fact, your high cholesterol may be protecting you from cancer.
Today, I’ll explain the truth behind the myth of cholesterol, and show you how to achieve heart health naturally. A new study published in the Journal of the American College of Cardiology revealed that driving down cholesterol levels actually increases the risk of cancer. Researchers at the Tufts University School of Medicine found that among people taking “statin” drugs – like Lipitor and Zocor – there was a higher rate of cancer. Although the link between the drugs and cancer wasn’t clear, there was no doubt that drastically low cholesterol levels correlated to cancer risk. The big drug makers continue to sell the notion that the best way to fight heart disease is to lower LDL levels, the so-called “bad” cholesterol. Yet 75 percent of people who suffer heart attacks have normal cholesterol levels. It makes sense that low cholesterol levels are linked to cancer because cholesterol is one of your body’s basic building blocks. You need it to produce testosterone, to build and repair cell membranes, and to preserve your nerve cells through the formation of the protective “sheaths” that cover them. Starving your body of this critical substance will lead to other health problems. We already know that extremely low cholesterol levels result in muscle weakness, fatigue, depression, decreased sex drive, and “brain fog.” This new research shows that there may be even more deadly consequences.

What really matters is not low “bad” cholesterol, but high levels of HDL, the so-called “good” cholesterol. As long as you have a high HDL count – 75 to 80, for example – it doesn’t matter whether your total cholesterol is 150 or 350. A high HDL will always keep your risk of heart disease extremely low. So why haven’t you heard this already? It may be because there’s no drug that effectively raises good cholesterol levels. You can only effectively do it naturally. Consume natural fats. Avoid processed or fast foods containing “trans” fats – these man-made substances were never meant for consumption, and your body doesn’t know what to do with them. They wind up clogging your arteries and putting you on the fast track to heart disease.
Instead, get your fat from free-range or grass-fed animals, eggs, nuts, and unprocessed vegetable oils. These are some of the healthiest foods you can eat. (As with all foods, look for organic or minimally processed options whenever possible.) The health benefit of these natural fats comes from their balance of Omega-3 fatty acids. Omega-3s are great for your heart. They’ve been shown to prevent irregular heartbeat, reduce clogging of the arteries, lower blood pressure, and decrease inflammation in body tissues.

If you stick to eating natural fats, you’ll automatically get the right ratio of Omega-6 and Omega-3, which is about 2:1. As an added bonus, you’ll automatically raise your “good” cholesterol levels and you’ll reduce your risk of cancer.



To Your Good Health,
Al Sears, MD

Kunyit Anti kanser


Kunyit Anti kanser

http://www.majalahsains.com/2009/11/serbuk-kari-kunyit-kanser-dan-nanoteknologi/

Nota:// Rencana ini pernah terbit di Dewan Kosmik Januari 2009. Blog penulis boleh dikunjungi di http://mundarmandir2.blogspot.com

Mungkin tajuk rencana ini sudah terlalu ‘klise’ untuk menarik minat pembaca. Banyak rencana, buku dan maklumat-maklumat (berbahasa inggeris) boleh diperolehi dari pelbagai sumber untuk mengetahui potensi teknologi moden yang dikenali sebagai nanoteknologi. Namun begitu, usaha terkini yang dijalankan dalam dunia perubatan menggabungkan teknologi moden dan perubatan tradisional mungkin menarik minat kita untuk mengetahuinya lebih lanjut terutamanya dalam bahasa sains popular dan tidak terlalu saintifik. Tujuannya tidak lain ialah untuk menarik minat masyarakat umum meninjau perkembangan sains dan teknologi terutamanya dalam teknologi nano. Seperti yang sudah sedia maklum, kanser merupakan pembunuh nombor 1 dunia yang paling digeruni. Sehingga kini tiada ubat khas yang dapat merawatnya dan kebanyakan pesakit yang menderita akibat kanser akan berakhir dengan kematian. Usaha dilakukan oleh pakar-pakar dan saintis di seluruh dunia termasuk dari Timur dan Barat untuk menemukan penyembuh kanser yang paling ampuh yang dapat memperlahankan sel kanser dari terus merebak di dalam badan manusia. Kita mungkin selalu menggunakan kunyit dan rempah ratus dalam masakan. Samada sedar atau pun tidak, selain di gunakan dalam masakan, kunyit juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam peradaban timur. Sejarah penggunaan kunyit dalam serbuk kari dan pengamal perubatan tradisonal ayurveda telah muncul sejak 520 tahun Sebelum Masehi di kalangan penganut agama Buddha. Kunyit sejak berabad lalu memainkan peranan penting sebagai agen pewarna di dalam pelbagai masakan India. Selain sebagai agen pewarna ia juga berperanan sebagai bahan yang digunakan dalam perubatan tradisonal. Penemuan terbaharu yang ditemui oleh gabungan saintis India dan Amerika seperti yang dilaporkan di dalam Jurnal Bionanoteknologi menunjukkan sebatian kunyit yang terdapat di dalam serbuk kari mempunyai unsur tertentu yang dapat mengubati kanser. Penemuan ini membuka lembaran baru dunia perubatan dan memberikan harapan kepada pesakit kanser. Dr Anirban Maitra, ketua penyelidik dari John Hopkins University School of Medicine Amerika Syarikat menemui sebatian aktif ’curcumin’ yang memberikan warna kuning terang di dalam serbuk kari yang mempunyai sifat anti-ransangan dan ciri-ciri agen melawan kanser.

Selain Dr Maitra, beberapa kumpulan penyelidik lain melapor dan mengesahkan bahawa bahawa sebatian ’curcumin’ berperanan sebagai agen anti kanser berdasarkan sifatnya yang boleh menghalang sel kanser yang dikenali sebagai tumor daripada merebak. Antara kanser yang dikenalpasti dapat dicegah menggunakan ’curcumin’ ialah kanser kolon, kanser paru-paru, kanser buah dada, pankreas dan kanser prostat. Beberapa laporan penyelidikan lain juga melaporkan bahawa kunyit yang digunakan sejak berabad lama dalam penyediaan makanan timur boleh dikembangkan menjadi penawar terbaik untuk menghalang kanser. Apa yang menarik, sebatian curcumin di dalam kunyit ini tidak memberikan kesan toksik pada sel-sel lain di dalam tubuh manusia selepas dilakukan ujikaji di dalam makmal. Apa yang menjadi persoalan ialah, mengapa kunyit tidak menjadi bahan asas utama dalam penyelidikan rawatan dan penyembuhan kanser dalam dunia perubatan. Menurut Dr Anirba Maitra walaupun bahan curcumin di dalam kunyit mempunyai potensi besar di dalam rawatan kanser, bukanlah bermakna kunyit hanyalah satu-satunya sahaja penyembuh segala penyakit. Masih banyak dan luas lagi ruang lingkup penyelidikan yang perlu dijalankan menggunakan bahan-bahan lain selain kunyit dan melihat potensi sebenar bahan ini. Apa yang membezakan antara kunyit dan bahan lain ialah sebatian curcumin yang terdapat di dalam kunyit itu sendiri. Sekiranya pada zaman dahulu kala ia hanya digunakan secara terus samada di dalam makanan atau pun sebagai sapuan, pada masa sekarang kunyit dijadikan bahan kajian utama untuk menghasilkan sebatian nanocurcumin. Apa yang membezakan nanocurcumin dengan curcumin biasa ialah sifatnya yang luar biasa dan berbeza daripada sifatnya yang asal dalam bentuk makroskopik. Sebatian makroskopik curcumin mempunyai tahap kelarutan di dalam badan yang rendah, mengambil masa yang agak lama untuk sampai kepada bahagian-bahagian sel dalam badan dan tahap kadar penyerapan yang perlahan sistem penghadaman. Untuk mengatasi masalah yang dihadapi sebatian makroskopik yang bersifat konvensional dalam disiplin perubatan, Dr Maitra yang mengetuai projek penyelidikan rawatan kanser telah mendapat idea untuk menghasilkan partikel bersaiz nano sebatian curcumin yang diperolehi daripada kunyit. Dengan penghasilan sebatian bersaiz nano, ia dijangka dapat mengatasi halangan yang didapati dalam sebatian asal seterusnya dunia perubatan menemui kaedah baru dalam usaha mengubati kanser. Dr Maitra juga menegaskan bahawa untuk benar-benar mengeksploitasi kelebihan curcumin di dalam kunyit, mereka perlu menemukan kaedah terbaik untuk memasukkan sebatian tersebut dari luar badan tanpa melalui sistem penghadaman yang kompleks akibat sifat ketidaklarutan ( undissolved) di dalam larutan badan. Selain itu, ketulan-ketulan curcumin makroskopik kelihatan jelas di dalam larutan cecair dan mustahil untuk dimasukkan melalui suntikan. Dengan penemuan nano partikel curcumin, semua masalah ini dapat di atasi. Dr Maitra dan kumpulannya juga sedang melakukan ujikaji di dalam makmal tentang potensi sebatian ini yang berupaya mencegah sel kanser pankreas dari merebak dan juga menghalangnya daripada membiak (self replicate). Menurutnya lagi, nanocurcumin membuka lembaran baru dalam dunia perubatan merawat kanser dan juga berpotensi untuk dikembangkan mengatasi penyakit lain seperti Alzheimer dan penyakit cystic fibrosis . Teknologi nano seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini semakin menonjolkan potensi aplikasinya di dalam bidang perubatan. Sebatian nanocurmin yang didapati daripada kunyit yang digunakan seharian dalam rempah ratus dan masakan kita seharian, rupa-rupanya tersembunyi satu rahsia perubatan yang tidak diketahui oleh manusia sebelum ini. Ini adalah salah satu contoh hasil yang diperolehi dari penyelidikan nanoteknologi yang sedang giat diusahakan di seluruh dunia termasuk dalam dunia perubatan. Masih banyak lagi rahsia-rahsia alam dan perubatan dari dunia timur dapat dicungkil melalui penyelidikan dan pembangunan untuk manfaat umat manusia pada masa akan datang.

Rujukan :
[1] Polymeric nanoparticle encapsulayed curcumin (nanocurcumin) : A Novel Strategy for Human Cancer Therapy. Journal of Nanobiotechnology 5:3

[2] Nano; The Magazine for Small Science, Issue 5, January 2008

Penyembuhan Terlarang



Penyembuhan Terlarang

Not everything I wanted in Over-The-Counter Natural Cures went to print.
Some things were left out simply because they were too "controversial to print." Here's the story: www.secrethealthfiles.com If You Were Raided By The FDA, Hushed and Censored, You Would Find a Way To Get These Facts Out Too!  If Not, This Is Not For You!

It's time you were let in on a few natural cure secrets:

Read on to discover :

How The Wrong Calorie Can Kill You.  
                                                                
How To Defy Aging DNA The Easy Way: Add 10 Years To Your Life. 

How To Obtain Digestive Health On A Dollar Budget.

The Healing Secrets Of The Inca: Beat Malaria, Soothe Pain, Get Your Libido Back.

The Best Way To Avoid Cancer for Life.

How To Harness Nutrient Logic's 4-Prong Cancer Attack DAILY.

The New Way To Kill Cancer :  Maximize Your Immune System Cancer RADAR.

Big Pharma's Most Sought After Blood Cancer Buster and Where to Buy It Online Your Hidden Weapons Of Belly Fat Destruction.

The Hidden Danger Of Cholesterol Lowering Drugs.

Cholesterol  -  What They Are Not Telling You. 

Four Ways To Reduce Inflammation And C-Reactive Protein (CRP) Without Crestor.

The Athletes Deadly Mistake: Avoid This To Enhance Performance And Smother Age Accelerating Free Radicals.

...And lots more!

Regular $150...But I took off a huge chunk to celebrate tax day!  But only while supplies last.

Read the Secret Health files FACT SHEET before it gets hacked and removed (it's happened to me several times) at: http://www.secrethealthfiles.com

Dare to Live Young!

The People's Chemist
3600 Cerrillos Dr. #714C-802
Sante Fe, New Mexico 87507

BIOEFFECTIVE A UBATI KANSER


http://www.resepirahsiaku.com/2011/07/bioeffective-ubat-terkini-mengubat.html

 

BIOEFFECTIVE A - UBAT TERKINI MENGUBATI KANSER

Captain | 6:54 PM | KESIHATAN

Baru-baru ini kawan baik anak sulongku telah kembali ke rahmatullah setelah setahun setengah yang lalu dikesan mengidap kanser limfoma. Seorang gadis yang cantik, sopan dan berbudi bahasa, bekas tokoh pelajar sekolah di tempat isteriku mengajar. Aku terasa juga kehilangan ini kerana sebelum SPM 2005 dahulu, penulis selalu berulang alik selama 6 bulan menghantar anak penulis bersama arwah menghadiri kelas tuisyen di Teluk Intan. Semuga roh arwah dicucuri rahmatNya.

Penulis baru-baru ini, hanya baru tahu ada sejenis ubat yang baru dikeluarkan bernama Bioeffective A yang boleh mengubati kanser. Ada dijual di farmasi ternama. Harga sekotak RM160.00 sahaja. Bukan nak promosi ubat ini tapi sekadar membantu kawan-kawan atau ahli keluarga yang ada kanser. Mungkin ini ikhtiar terakhir juga.

Bioeffective A - diekstrak daripada konifer pokok pain. Keajaiban tumbuhan itu bertahan dalam pelbagai cuaca membuktikan ia mampu menjadi penawar untuk kesihatan menyeluruh. Adik Ipar Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi juga iaitu Datin Rahmah Mahmood menggunakan Bioeffective A bagi mengubati kanser payudaranya. Datin Rahmah Mahmood menolak cadangan terapi pakar dari USA supaya menjalani kimoterapi dan radioterapi yang menyeksakan jiwa dan raga. Datin Rahmah Mahmood telah melihat sendiri penderitaan 2 kakak kembarnya ( Datin Seri Endon dan Datin Noraini ) yang menjalani kimoterapi dan radioterapi yang berakhir dengan penderitaan dan kematian yang menyeksakan.
Datin Rahmah Mahmood melihat sendiri 2 kakak kembarnya terpaksa menjalani rawatan demi rawatan, pelbagai jenis ubat berasaskan kimia ditelan. Rasa trauma mula menebal apanila melihat fizikal Endon yang berubah dengan ketara.. Selepas sesi kimoterapi, wajahnya berubah sama sekali. Arwah mengalami simptom simptom kimoterapi yang sungguh menyakitkan. Kesannya , arwah tidak sesihat ketika belum melakukan kimoterapi. Selain itu, rambutnya yang dulu lebat mula gugur secara perlahan lahan. Kulitnya bertukar kemerah merahan, kering kehitaman dan adakalanya merekah ( Rujukan majalah isihat bil 45; Ogos 2011 ms 26-28 ). Setelah melihat penderitaan 2 kakak kembar beliau, Datin Rahmah Mahmood tekad dengan pendirian beliau iaitu tidak melakukan kimoterapi tetapi setelah selesai pembedahan buang tumor tersebut, Datin Rahmah Mahmood Mengamalkan makan Nuvapine A dengan doktor Vagif Soultanov.


Antara kebaikannya adalah:
1. Antioksidan hebat - membantu melindungi daripada kerosakan sel dan merendahkan paras kolestrol
2. Antibakteria dan antivirus - membantu melindungi dan membantu proses penyembuhan jangkitan
3. Penyembuh gastrointestinal - menghalang masalah ulser perut
4. Ejen penyahtoksid - membantu mengeluarkan toksin dari darah dan hati.

Bioeffective A, also known as Conifer Green Needle Complex, is a compositionally complex substance containing a huge number of viable, biologically active compounds, that is extracted from green conifer needles. It contains fatty and resin acid salts, polyprenols and their esters, carotenoids, chlorophyll and chlorophyll derivatives. The identity and nature of these substances, as well as their relative proportions, is determined by nature.
Siapa yang menemui Bioeffective A?

Namanya Dr. Vagif Soultanov. dia antara pakar perubatan yang dihantar ke Chernobyl pada tahun 1985 ketika kebocoran radiasi di loji nuklear berlaku di sana. Dia ke sana untuk merawat mangsa. Beliau juga merupakan saintis generasi keempat menyelidik tentang keberkesanan Bioeffective A.


Mengimbas kejadian di chernobyl, Dr soultanov berkata:
"Suhu di situ meningkat serta merta, malah pencemaran bahan nuklear menjejaskan hingga keluasan tiga juta ekar ladang. Apa yang saya gunakan adalah memberi bahan ini kepada mereka yang berada di sana dan mengambil untuk diri sendiri bagi mengawal kesan radiasi,"

Setiap hari beliau akan mengambil tiga sudu untuk menghalang kesan radiasi dan menurutnya, seminggu berada di tempat kejadian, dia mengalami sakit kepala yang kronik dan keguguran rambut. Namun dia percaya itu hanya tindak balas daripada pengambilan bahan Bioeffective A. Dan akhirnya dia berjaya melalui keadaan tersebut dengan bantuan bahan semula jadi.
Di bawah ni pengakuan bekas pesakit kanser, Datin Rahmah Mahmood, adik kepada Allahyarhamah Datin Seri Endon, isteri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya bukan mudah untuk merawat kanser. Saya perlu mengubah gaya hidup secara keseluruhan. Tapi secara perlahan-lahan selepas mengikuti saranan Dr. Soultanov yang menggunakan bahan semula jadi, saya rasa diri semakin baik. saya lari dari menjalani rawatan kemoterapi yang diwajibkan kepada semua pesakit kanser tapi suatu hari saya dapat panggilan dari doktor yang merawat saya. Doktor itu meminta saya menjalani pemeriksaan semula dan syukur, akhirnya saya disahkan bebas kanser.
Bagi pesakit kanser di luar sana, cubalah google tentang Bioeffective A. mana tahu mungkin rezeki anda untuk pulih?


Klik :
BIOEFFECTIVE A

NuvaPine is available at all leading pharmacies nationwide and retails at RM160.00 for a box of 60 vegicaps. For more information, visit www.nuvapinea.com or email: pharmacist@nuvanta.com or call our Infoline: 03-5569 4337.