Ahad, 13 Mei 2012

Air Tercemar 2



PENCEMARAN AIR

Air merupakan asas keperluan asas manusia dalam kehidupan harian. Ia juga merupakan salah satu anugerah Tuhan kepada manusia. Namun, air di sekeliling semakin hari semakin tercemar. Pencemaran air berlaku di mana-mana tempat sahaja. Pencemaran air telah membawa banyak kesan negatif kepada manusia.
Punca utama pencemaran air berlaku adalah pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam sungai. Pihak individu yang tidak berhemah suka membuangkan sampah, minyak hitam kenderaan, gris, dan najis ke dalam sungai. Selain daripada pihak individu, sisa buangan kilang seperti sisa toksid juga dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Perlakuan ini sering dijalankan oleh kilang-kilang kerana ini dianggap kaedah pelupusan yang tidak memerlukan kos. Mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata. Selain itu, penerokaan juga merupakan salah satu punca pencemaran air. Aktiviti penerokan menyebabkan hakisan tanah berlaku dan seterusnya tanah runtuh akan mengalir ke dalam sungai dan air akan menjadi lebih keruh. Ini akan menyebabkan paras air sungai semakin cetek dan seterusnya mengakibatkan banjir berlaku. Pencemaran air telah membawa kesan negative kepada manusia. Antaranya adalah hidupan air akan pupus. Air yang tercemar akan menyebabkan kehidupan akuatik seperti ikan dan undang mati. Bukan sahaja hidupan air akan pupus malahan pelbagai jenis burung atau unggus yang sumber makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam. Ini akan menjejaskan rantaian makanan di dunia kita.

Di samping itu, pencemaran air juga akan menjejaskan kesihatan manusia. Pengambilan air yang mempunyai bahan kimia akan membahayakan kesihatan manusia. Sesetengah bahan pencemaran akan menyebabkan barah. Contoh, Dioxin, aromatik hydrokarbon,  logam berat dan gris boleh menyebabkan barah!
Sodium boleh memberi kesan kepada masalah jantung. Untuk menggelakkan pencemaran tidak menjadi lebih teruk pelbagai langkah yang wajar perlu diambil supaya pencemaran dapat dikurangkan. Antara yang telah diambil oleh kerajaan adalah penganjuran kempen kesedaran melalui media. Pelbagai kempen kesedaran telah dianjurkan untuk memberi kesedaran kepada manusia supaya memberi perhatian dalam masalah ini. Melalui kempen ini dapat menyebarkan maklumat tentang kepentingan sumber air kepada masyarakat supaya mereka dapat mengubahkan sikap individu yang membuang sampah tanpa memikir kesannya.
Sebagai kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu masalah sosial yang perlu ditangani dengan secepat mungkin. Semua pihak harus berkerjsama untuk menangani masalah ini. Air merupakan sumber makanan yang penting kepada manusia. Oleh itu, pelbagai langkah harus diambil untuk mengatasi masalah ini.



PENCEMARAN AIR


Air merupakan satu sumber penting untuk manusia. Malahan ia merupakan perkara kedua terpenting bagi kehidupan manusia selepas udara. Tahukah anda, air memberikan jisim 2/3 dari berat badan manusia? Tanpa air, manusia akan mati dalam masa beberapa hari sahaja. Sekiranya kita melihat kepada sifat keadaan tubuh manusia, kita akan mendapati air mempunyai peranan besar kerana sebahagian besar tubuh badan manusia adalah terdiri daripada air seperti:-
  • Bayi dalam kandungan 100%
  • Bayi 80%
  • Orang Dewasa 60 hingga 70%
  • Warga Emas 50%
Dengan itu, tidak hairanlah air sangat penting dan amat besar gunanya kepada manusia.
-
Antara kebaikan air ialah :

* sebagai pelincir dalam badan manusia & menghalang berlakunya sembelit.
* membantu pembentukan air liur dan cecair di bahagian sendi bergerak.
* membantu mengawal suhu badan dan membantu kadar metabolisma tubuh.
* sebagai pencegah penyakit kerana air dapat mensuci tubuh manusia
-
Disebabkan oleh pentingnya air kepada tubuh manusia, pakar kesihatan mencadangkan agar air diminum sekurang-kurangya 8 gelas sehari
-
Seorang dari setiap 4 rakyat Malaysia berkemungkinan mendapat barah!
disiarkan oleh akhbar The Sun ( 5 Julai 2003 )

Kajian yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan bekalan air tawar di Malaysia dicemari oleh bahan buangan serta sisa industri, asid dan alkali, pelbagai jenis logam berat serta sebatiannya, bahan kimia serta pecahan sebatiannya, dioxin, sampah sarap dan lain lain lagi. Terdapat lebih 100000 jenis bahan kimia di seluruh dunia dan setiap hari ada sahaja bahan kimia sintetik yang baru dihasil atau diciptakan oleh saintis di seluruh dunia!
-
Untuk mengurangkan pencemaran ini, Jabatan Bekalan Air telah membersihkan air dengan menggunakan sejenis kimia iaitu klorin. Bagaimana klorin dimasukkan kedalam air?
-

Pekerja Jabatan Bekalan Air perlu :-
  1. Memakai baju khas sebelum memasukkan klorin.
  2. Dibekalkan dengan topeng yang mengandungi activated charcoal. Topeng ini (respirator) menutupi keseluruhan muka dan mata.
  3. Dibekalkan dengan tangki oksigen – agar tidak ternafas dalam gas klorin.
Mereka perlu memakai sarung tangan dan kasut khas!
Kenapa perlu begini sekali? Ya, saya juga tertanya-tanya sehinggalah saya diberitahu tentang sebabnya. Kesan Klorin kepada tubuh manusia:-
  1. Menjadi racun kepada tubuh manusia jika ternafas ( Gas klorin boleh larut dalam cecair tubuh anda lalu membentuk asid hidroklorik ) .
  2. Menghakis tisu pernafasan manusia dan menyebabkan radang peparu atau merengsa saluran pernafasan.
  3. Amat merbahaya dan boleh membentuk hazard kimia sekiranya bertindak dengan acetylene, ether, gas ammonia dan hydrogen
Fakta : Tahukah anda Klorin turut digunakan sebagai senjata pada
perang dunia pertama?
-
Ada yang mengatakan, pendidihan adalah cara terbaik untuk membuang klorin, tetapi ia sebenarnya tidak menghilangkan kandungan klorin didalam air. Sebaliknya pendidihan akan menghasilkan Trihalomethanes (TTHM) yang sangat mengerikan akibatnya terhadap kesihatan penggunanya.

Sebenarnya, kesan dari klorin yang saya sebutkan diatas adalah kesan segera dan sehingga kini tiada siapa dapat memastikan separah mana kesan klorin terhadap manusia. TETAPI, dari salah satu kajian yang dijalankan KLORIN adalah salah satu penyebab KANSER untuk kesan pendedahan jangka panjang atau anda terus terusan meminum air berklorin !!!
-
Selain dari itu tahukah anda, walaupun air telah dirawat dengan Klorin, banyak lagi unsur-unsur cemar yang terdapat di dalam air paip yang masih tertinggal dan boleh memudaratkan kesihatan. Umpamanya karat, kuman, virus, logam berat seperti plumbum, bahan radioaktif malahan najis dan mayat juga antara pencemaran yang turut sama keluar dari paip air yang dibekalkan ke rumah anda seperti yang dilapurkan di dada akhbar. Tahukah anda bahawasanya paip di rumah anda yang telah lama berusia sebenarnya dibuat samada daripada asbestos atau logam berat Plumbum (iaitu timah hitam yang selalu terdapat dalam bateri kereta anda)?
-
Pencemaran AIR. Apakah kesannya terhadap Kita?
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh The Sun pada 5 Julai 2003
  • Seorang dari 4 rakyat Malaysia berkemungkinan menghidap kanser menjadikan 40,000 kes baru kanser setiap tahun
  • 3,000,000 rakyat Malaysia mengidap Obesiti
  • Pada 1996 seramai 800,000 orang mengidap kencing manis yang mendedahkan individu kepada sakit jantung, mati pucuk dan angin ahmar.
-
Sanggupkah membiarkan diri anda, keluarga dan orang yang anda sayangi termasuk dalam statistik diatas?
Tahukah anda apakah kesan dari bahan logam akibat pencemaran air kepada tubuh manusia?
Logam Dalam Air Yang Tercemar
Kesan Pada Tubuh Manusia
Aluminium
Cepat tua dan Alzheimer
Lead / Plumbum
Kanser
Arsenik
Kesakitan, Kerosakan sistem tubuh dan kematian
Kadmium
Darah Tinggi dan sakit buah pinggang
Nitrate
Boleh menyebabkan Kanser
Florida
Menurunkan sistem imunisasi dan pertahanan badan dari melawan penyakit. Flourida juga boleh mengakibatkan sakit jantung
Raksa
Menyebabkan kerosakan otak dan sistem pusat saraf
Strontium 90
Menyebabkan Anaemea, Leukimia dan Kanser tulang
Iodin Radioaktif
(dalam susu) – Boleh menyebabkan Kanser Tiroid
Klorin
Kanser Darah, menyekat metabolisma lemak, enzim dan penyembuhan penyakit
-
Selepas membaca kesan dan mudarat yang dibawa oleh air yang tercemar diatas, masih sanggupkah anda memberi susu yang dibuat dari air tercemar untuk anak kecil anda? Atau sanggupkah anda menggunakan air yang dicemari dengan berbagai sisa bahan buangan untuk memasak bagi keluarga anda? Air paip mengandungi pelbagai bahan tercemar yang membahayakan dan mampu menyebabkan penyakit kanser, jantung serta penyakit alergi dan kesan sampingannya. Meminum air yang tercemar secara berterusan boleh merosakkan sel-sel dan mengakibatkan penyakit dan kesengsaraan.

Kini anda tidak perlu gusar lagi!!
Memperkenalkan penapis air THE ALL NEW RX-WATER
yang dibangunkan dengan
Sistem Air Bamboo Qun Pertama Di Dunia
Dato Dr. Noordin Darus yang mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang dideritainya pada tahun 2001 dulu. Malah beliau diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup. Setelah banyak berdoa, bermunajat dan memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur tanah liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu. Beliau telah dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau. Semasa mencipta sistem ini, beliau telah membongkarkan bahawa bahan Seramik banyak diperbuat dari tulang, namun beliau bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi. Bahan tanah liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4. (Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan). Dr. Noordin tidak mahu menurut taktik pengeluar penapis lain yang sampai 6 atau 7 kartrij supaya pengguna perlu sering tukar dan dengan itu mereka sentiasa ada repeat sales. Yang peliknya pula, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini mempunyai semacam satu medan gelombang Tenaga. Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita rupa-rupanya boleh membangkitkan (rejuvenate) Self Healing sel-sel tubuh kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh. Inilah Anugerah Ilahi kepada sesiapa sahaja yang Ia izinkan.


Jepun Berdepan Kesulitan Simpan Air Tercemar Loji Nuklear
Khamis Oktober 25, 2012
Air beradioaktif tinggi yang mencecah kira-kira 200,000 tan itu dikatakan cukup untuk mengisi lebih 50 kolam renang bersaiz Olimpik. Air tercemar itu kini disimpan dalam ratusan tangki simpanan gergasi yang dibina di sekitar loji nuklear Fukushima Dai-ichi. Pengendali loji, Tokyo Electric Power Co (TEPCO) kini terpaksa menebang pokok untuk membina lebih banyak tangki dan meramalkan jumlah air tercemar mampu meningkat tiga kali ganda lagi dalam masa tiga tahun. TEPCO kini sedang membangunkan satu sistem rawatan untuk menjadikan air tercemar itu selamat untuk disalurkan semula ke laut. Bagaimanapun, pakar asing bimbang jika air tercemar itu dilepaskan, ia memberi kesan buruk jangka panjang kepada alam sekitar. - AP

Jepang Alirkan Air Tercemar ke Laut

OFUNATO– Pemerintah Jepang kemarin berencana membuang lebih dari 10.000 ton air yang mengandung radioaktif level rendah ke Samudera Pasifik. Rencana pembuangan air itu merupakan bagian dari operasi darurat untuk menstabilkan Pembangkit Listrik Tenaga Nuklir (PLTN) Fukushima Daiichi. Jepang sudah empat pekan terakhir mencegah reaktor nuklir meleleh di PLTN itu dan mengguyurkan ribuan ton air ke batang bahan bakar nuklir yang terlalu panas (overheating). Untuk mengosongkan ruang penyimpanan untuk pengurangan radioaktif, menurut operator PLTN, Tokyo Electric Power Company (TEPCO), harus ada air mengandung radioaktif rendah yang dikeluarkan. “Pembuangan air radioaktif itu tidak akan mengganggu kehidupan laut atau keamanan makanan laut,” ujar juru bicara TEPCO yang dikutip AFP. “Jika seseorang makan makanan laut dari air laut yang terkena radioaktif setiap hari selama satu tahun, mereka akan menyerap sekitar 0,6 millisievert radioaktif atau sekitar seperempat dari setahun radiasi normal dari lingkungan.” Juru bicara Perdana Menteri (PM) Jepang Naoto Kan, Yukio Edano menuturkan hal senada.“Kami tidak memiliki pilihan lain, kecuali membuang air yang tercemar bahan radioaktif ke lautan sebagai langkah aman,”paparnya. Mesin pemadam kebakaran dan pompa-pompa berukuran besar telah memasukkan air ke batang bahan bakar nuklir sejak gempa bumi dan tsunami merusak sistem pendingin.Bencana alam itu pun membuat sebagian reaktor meleleh di PLTN yang berisi enam reaktor nuklir. “Sebagai hasil dari operasi pengguyuran air, air mengandung radioaktif tinggi telah terkumpul di gedung-gedung turbin di Fukushima Daiichi, khususnya di reaktor unit dua,” ungkap pejabat TEPCO. “Kami perlu membuang air yang tersimpan untuk mendapat air sebanyak 10.000 ton dan sebanyak 1.500 ton air dari ruangan di bawah unit-unit reaktor lima dan enam,” papar juru bicara TEPCO. “Pembuangan air itu sebanyak lebih dari empat lapangan sepak bola standar Olimpiade yang akan dilakukan persiapan sesegera mungkin.” Kontaminasi radioaktif dari PLTN itu telah ditemukan di udara,tanah,air laut,dan dalam kadar rendah di produk kawasan itu, termasuk sayur-mayur, produk susu, daging sapi, dan yang terbaru,jamur shiitake. Darurat nuklir ini juga berdampak buruk bagi ekonomi dan mengakibatkan penurunan pasar finansial Jepang.Gempa bumi dan tsunami Jepang menewaskan 12.020 orang dan 15.512 orang hilang. Bank sentral Jepang memaparkan, kepercayaan dunia usaha merosot sejak gempa bumi dan tsunami pada 11 Maret membuat negara itu mengalami krisis terburuk sejak Perang Dunia II. Terjadinya krisis nuklir di Jepang mengakibatkan banyak negara mengkaji ulang strategi energinya.Padahal sebelum krisis, banyak negara tertarik menjadikan nuklir sebagai sumber energi alternatif yang rendah karbon. “Saya kira akan ada banyak pertimbangan politik. Tentu saja, ini sesuatu yang memiliki dampak terhadap negosiasi iklim,”tutur kepala negosiator Uni Eropa Artur Runge-Metzger seperti dirilis Reuters. Di Wina,kepala Badan Energi Atom Internasional (IAEA) Yukiya Amano dalam pidato pembukaan konferensi tentang keamanan nuklir menegaskan, “Krisis di Fukushima Daiichi memiliki implikasi besar bagi energi nuklir dan menghadapkan kita semua pada satu tantangan besar”. Jepang juga menyatakan kemungkinan membahas lagi target iklim untuk memotong emisi hingga 25% pada 2020 dari level 1990 jika negara polutan besar lainnya melakukan langkah sama. “Tidak hanya target pengurangan 25%, tapi juga banyak tantangan lain yang Jepang hadapi saat ini harus dibahas dalam satu poin. Sebab, banyak hal yang terkena dampak bencana gempa bumi,” papar Edano.  Harian Yomiuri Shimbun menulis, Menteri Lingkungan Jepang Hideki Minamikawa mengungkapkan bahwa target pengurangan akan memengaruhi satu kesepakatan besar. “Sebab, target pengurangan karbon itu berdasarkan rencana membangun reaktorreaktor baru dan memperbaiki reaktor lama, target tahunan, serta persentase pengurangan akan dikaji,” paparnya saat berada di Bangkok,Thailand. Jepang yang miskin sumber daya alam itu memenuhi sepertiga kebutuhan energinya dari nuklir dan tergantung dengan minyak dari Timur Tengah. Sementara perusahaan-perusahaan di Jepang merupakan pemimpin dalam efisiensi energi dan teknologi hijau. _ syarifudin



Minyak apakah yang paling baik


Minyak apakah yang paling baik?

Sifat Kimia Lemak

Lemak Tepu (Saturated Fat)
Kesemua atom karbon mempunyai ikatan tepu dengan atom hidrogen seperti stearic acid, minyak kelapa dan daging.

Monounsaturated Fat
Ada terdapat sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti minyak zaitun.

Polyunsaturated Fat
Ada terdapat lebih dari sekali kejadian di mana 2 atom karbon membina satu ikatan unsaturated seperti linoleic acid, minyak jagung.

Kualiti minyak
Minyak tepu lebih tahan haba dari minyak tak tepu kerana ikatan tepu lebih stabil dan lebih kuat dari ikatan minyak tak tepu! Ikatan minyak atau lemak tak tepu sebenarnya tidak stabil, kurang kuat dan senang rosak (rancid) atau senang terurai oleh haba! Tangan atau lengan atau ikatan karbon dalam minyak tak tepu yang terurai ini akan bebas menggapai apa apa saja. Dikhuatiri lengan yang bebas ini akan menggapai racun seperti dioxin semasa anda memasak dan boleh meracun keluarga anda! Justeru, untuk memasak, Minyak tak tepu adalah pilihan yang memudaratkan! Oleh itu, untuk pelihara kesihatan anda, gunakan minyak kelapa semasa memasak. Diulang bahawa minyak paling baik untuk memasak adalah minyak kelapa dara!!!

Lemak teroxidised atau minyak teroxidised menyebabkan kanser dan penyakit jantung! Minyak unsaturated senang teroxidised terutamanya semasa memasak! Lipid peroxidation chain reaction (rancidity) menghasilkan berbagai bagai jenis mutagen dan karsinogen!!! (mutagen = bahan menyebabkan sel berubah bentuk dari normal menjadi sel tidak normal  @ sel kanser ;  karsinogen = bahan penyebab kanser ).

Penyelidik di Universiti Minnesota mendapati penghangatan minyak sayur sayuran seperti minyak jagung, soya, bunga matahari, terutamanya semasa aktiviti menggoreng, boleh menukarkan minyak unsaturated ini menjadi sebatian beracun HNE. Bahan HNE berpotensi menyebabkan angin ahmar, Parkinsonism, hati rosak, lupa, dan salur darah tersumbat!!!  Jika salur darah anda telah banyak yang tersumbat atau sempit, keadaan ini menyumbang kepada penyakit darah tinggi, penyakit lemah jantung (heart failure) atau jantung kembang (Cardiomegaly) dan penyakit angin ahmar (stroke)!!!

Memakan hasil minyak yang beracun seperti ini boleh menyebabkan anda cirit birit, terbantut tumbesaran, rambut gugur, penyakit kulit, letih lesu lemah tidak bermaya, pendarahan usus, kanser usus dsbnya!!

Restoran Fast Food kebanyakkannya mengunakan minyak rancid polyunsaturated!! Minyak ini pulalah yang digunakan untuk menggoreng ayam berkali kali sehingga minyak ini menjadi hitam ( Masih tak percaya? Tanyalah dengan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran yang pantau kebersihan makanan di Pejabat Kesihatan Daerah anda) !!! Justeru jika anda membeli ayam goreng yang berwarna gelap, anda eloklah tukar ke ayam goreng yang berwarna cerah sedikit! Tetapi, jika Fast food dan nasi lemak itu menggunakan minyak polyunsaturated, anda masih terdedah kepada berbagai mutagens dan karsinogen seperti diceritakan di atas!!

Justeru, minyak apakah yang paling baik untuk anda?

Untuk memasak / menggoreng = Gunakan minyak rantaian sederhana tepu ( Medium Chain Fatty Acid ) seperti minyak kelapa dara!

Minyak zaitun / canola / kacang Macadamia = monounsaturated adalah pilihan kedua untuk memasak!

Jangan sekali kali guna minyak polyunsaturated (Minyak Flaxseed, Walnut) untuk memasak!!! Minyak polyunsaturated hanya ideal ditelan mentah-mentah sahaja!!!

Polyunsaturated Omega 3 = minyak ikan
Polyunsaturated Omega 6 = minyak sayur-sayuran

Minyak Polyunsaturated Omega 3 dan minyak Polyunsaturated Omega 6 mesti dimakan dalam kadar 1:1 tetapi hari ini manusia tertipu dengan iklan mencantikkan kulit , lalu memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6!!! Keadaan tidak seimbang ini atau lebihan Minyak Polyunsaturated Omega 6 menyebabkan mereka berpenyakit inflammasi ( Radang kulit atau gatal gatal kulit, kulit merah ), obesiti, kencing manis, penyakit jantung, kanser dan kemurungan!!! Insan di Malaysia sekarang memakan terlebih Minyak Polyunsaturated Omega 6 dalam diet mereka !!! Tiada siapa yang mahu menasihatkan mereka kecuali jika mereka berfikir selepas membaca penulisan ini!

Tetapi Gamma linolenic acid (GLA) dan conjugated linoleic acid (CLA) adalah 2 jenis Minyak Polyunsaturated Omega 6 yang bertindak seperti Minyak Polyunsaturated Omega 3! Anda disarankan mengambil GLA dan CLA kerana sifat mereka ini jika anda susah memakan minyak ikan! GLA meredakan gejala semasa datang bulan, mengurangkan radang, mengembang salur darah, mengurangkan darah beku, dan membantu pembakaran lemak dalm badan. CLA melawan kanser dan membina otot. CLA didapati dalam daging lembu yang hanya memakan rumput!!! daging lembu yang memakan bijirin kurang mempunyai CLA!

Minyak diekstrak menggunakan haba! Justeru semua Vitamin akan musnah! Ikatan polyunsaturated terurai oleh haba lalu membentuk sebatian beracun yang menyebabkan kanser! Justeru, Minyak Polyunsaturated seperti walnut dan flaxseed mesti diekstrak secara cold press dan bukannya secara heat press!!

Apakah jenis jenis minyak yang tidak baik untuk anda?

Mereka adalah refined vegetable oil seperti minyak jagung, safflower, sunflower, soya dan trans fat!

Minyak trans fat dibuat dengan proses hydrogenation dimana minyak Polyunsaturated dialirkan dengan hydrogen bagi menyebabkan ia menjadi minyak tepu secara olahan kimia! Minyak terhydrogenated adalah pepejal semasa suhu bilik! Banyak sekali Minyak terhydrogenated ini digunakan membuat kuih, kek, makanan terproses dsbnya. Malangnya minyak terhydrogenated menyebabkan kanser, penyakit darah tinggi, penyakit jantung, kegemukkan, kencing manis dan angin ahmar!!! Minyak terhydrogenated dihasilkan melalui tindakbalas haba. Justeru minyak terhydrogenated adalah minyak yang telah rosak (rancid) dan ia mengandungi agen penyebab kanser ( Carcinogenic agent )!!!

Ingatlah:

Makanlah makanan anda dalam bentuk semulajadi mereka diciptakan iaitu apa yang telah dijadikan Allah untuk anda!!! Jangan lupa memuji Allah dan berterimakasih kepadanya atas apa-apa nikmat dan kurniaan Allah kepada anda!!! Jangan sekali-kali anda memakan makanan yang telah direfined atau diolah oleh manusia kerana makanan makanan industri ini mengandungi banyak sekali racun dan toksik seperti kimia pengawet, pewarna kimia, perasa kimia dan perisa tiruan, wangian kimia, MSG dan sebagainya!!! Elakkan juga sayur sayuran beracun serangga, racun rumpai, racun kulat dsbnya yang dikenalpasti dengan LOGO Jabatan Pertanian "SOM" (Skim Organik Malaysia) dan "SLAM"(Skim Amalan Ladang Baik Malaysia)! Elakkan juga memakan daging atau tumbuhan yang dihasilkan dengan sangat cepat dan rintang penyakit luar biasa melalui teknoloji Genetic Engineering keluaran oleh negara-negara maju.

Daging di Malaysia pula berasal dari lembu, kambing, rusa, khinzir, itik, puyuh atau ayam yang telah disuntik ubat-ubatan antibiotik serta steroid bagi mempercepatkan tumbesaran haiwan2 ini! Masih tak percaya? Hairankah anda kenapa ayam penelur bertelur saban hari, saban minggu dan saban tahun? Sedangkan ayam kampung hanya bertelur maksimum sampai 13 biji telur saja dan terus mengeram selepas itu? Hormon apa yang telah disuntik kepada ayam penelur agar bertelur setiap hari? Adakah hormon ini selamat kpeada anda atau menjadikan lelaki bersifat wanita apabila lelaki jantan memakannya atau perempuan mendapat kanser ovari bila memakan kepak ayam?

ingat lagi bahawa:
Surah Ibrahim (14) : ayat 24 dan 25 Allah membuka rahsia minyak kelapa dara adalah minyak paling baik untuk manusia!!! Kenapa Allah memilih surah Ibrahim mungkin kerana Allah menyuruh kita berfikir Nabi Ibrahim hanya membekalkan Siti Hajar dan bayi kecilnya yang baru lahir Nabi Ismail dengan buah kurma iaitu tatkala nabi Ibrahim meninggalkan isterinya, Siti Hajar masih sarat mengandungkan Nabi Ismail. Nabi Ibrahim meninggalkan isterinya Siti Hajar di padang pasir yang tandus kering kontang tanpa seorang manusia pun atas perintah/ujian Allah! Siti Hajar berlari dengan perut besarnya dan mengejar nabi Ibrahim yang meninggalkannya lalu bertanya kepada nabi Ibrahim adakah Allah yang memerintahkan sedemikian, Nabi Ibrahim menjawab 'ya' lalu Siti Hajar reda dan berserah kepada ketentuan Allah. Siti Hajar berlari-lari anak antara Safa dan Marwah bagi mencari manusia bagi meminta pertolongan kerana ditinggalkan keseorangan hanya dengan anaknya yang baru lahir iaitu Nabi Ismail. Rupa-rupanya meminta tolong hanyalah kepada Allah dan bukan kepada manusia! Allah mengadakan satu anak sungai di bawah tanah yang kekal airnya sehingga kini dan memberi manfaat perubatan kepada segala manusia. Air Zam Zam bersifat antioksidan dan penawar penyakit! Wajah molekul Air Zam Zam adalah wajah molekul air yang tercantik di dunia dibuktikan oleh Pakar Jepun, Dr Masaru Emoto. Zam Zam bermaksud kepungan yang dibina dengan tangan oleh Siti Hajar kerana takut air itu akan tersejat dek panas matahari ketika itu. Buah kurma yang dibekalkan nabi Ibrahim kepada isteri dan anaknya nya adalah satu lagi ciptaan Allah yang amat bermanfaat kepada manusia. Kurma bersifat antioksidan dan antikanser!!! Sampai ke hari ini, belum ada manusia yang memiliki keimanan seteguh dimiliki oleh Nabi Ibrahim.

Selama ini saya sendiri dan anda semua telah tertipu dengan propaganda barat yang mendakwa minyak soya, minyak bunga matahari, minyak zaitun adalah sangat baik untuk kesihatan anda!!! Rupa-rupanya minyak propaganda barat inilah punca segala penyakit!!! Walaupun ,minyak kelapa adalah saturated ( 64% = medium chain saturated fatty acid), ia tidak berbahaya. Malah bermanfaat menyihatkan anda. Minyak kelapa dara rupa-rupanya meningkatkan tahap imuniti badan anda, melawan kanser dan meringankan penderitaan pesakit alahan seperti lelah asma dan resdung jika diambil mentah secara konsisten iaitu dua sudu besar setiap pagi!!! Minyak kelapa dara mencantikkan kulit serta merendahkan aras kolesterol jahat LDL manakala meninggikan paras kolesterol baik HDL!!! Minyak kelapa dara juga melembutkan tahi telinga yang telah mengeras dalam lubang telinga. Isirung kelapa mengandungi fiber, lemak, vitamin B, C, E, calcium, magnesium, Besi, Zinc dan Potasium. Air kelapa lebih baik daripada hundred plus atau Livita bagi menghilangkan keletihan dan memberi tenaga semasa anda cirit birit!!!
Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara bersifat antivirus, antibacterial, antikulat. Lauric acid dapat membunuh fat coated viruses iaitu termasuk virus HIV, cytomegalovirus, measles, herpes, influenza, leukemia, hepatitis C dan virus Eipstein Barr.

Badan anda sebenarnya cepat membakar minyak medium chain saturated kelapa dara ini berbanding dengan long chain unsaturated fatty acid seperti minyak soya!!! Bila susah membakar long chain unsaturated fatty acid, ia ditukar dan disimpan sebagai lemak...!! Anda akan menderita kegemukan dengan minyak soya!! Minyak lauric acid dari kelapa dara ini juga membantu anda menguruskan badan!! Lauric acid tidak perlu diemulsi sebelum dapat diserap usus. Lauric acid dalam  kelapa dara juga membantu usus anda!!!

Lauric acid dalam santan kelapa atau minyak kelapa dara juga membunuh bakteria seperti Helicobacter pylori ( bacteria penyebab kanser perut ), Listeria dan Streptococcos. Sehingga kini tidak ada satupun ubat-ubatan ciptaan big pharma yang dapat menandingi ciptaan semulajadi Allah ini!!! Puji-pujian atas Allah yang Maha pemurah, Maha Pengasih penyayang, Maha Pencipta lagi Maha bijaksana.

Gunakan hanya minyak kelapa dara yang diexstrak tanpa menggunakan haba untuk hasil terbaik!!! Saturated minyak kelapa adalah medium chain, iaitu sama dengan konstituen medium chain saturated fat dalam air susu ibu!!! ( Minyak tepu yang kurang baik adalah long chain saturated fatty acid!!! ).


Dr. Noordin Darus



Rx-Water was discovered by Dr. Noordin Darus, a medical doctor, a renowned wellness guru and water therapy specialist, when he was struck by blood cancer or lymphoma and can only live for few more months. As he underwent severe suffering due to the side effects from the treatment and medication, he felt inspired by god to use water as a solution. Water from this special filtration system helped him to recover from the cancer within few months only. Feeling responsible to share this breakthrough the others, he worked to propagate The Aura Healing Rx-Water therapy. Most of health problems can be overcome by healthy lifestyle such as exercising, dieting, avoiding stress, sufficient rest and many more. But, how many of us that really cares about their lifestyle? And how many of us that falls sick caused from wealth. Let's to know more...



Kisah Dr. Noordin dalam Buku Luar Negara tersebut adalah merupakan kulit buku yang saya terjumpa di salah sebuah kedai buku terkemuka di Singapura (berharga S$25). Buku ini mengumpulkan individu2 dari seluruh dunia yang menghidapi penyakit Kanser yang kronik tetapi telah sembuh sepenuhnya dengan menggunakan kaedah 'Self-Help Strategies', 'Pemakanan dan Diet khusus', 'Terapi Minda dengan Meditasi, Mind Mastery, Holistic approach  dll'. Mereka semua telah membuktikan bahawa rawatan Chemoterapy & Radioterapi bukanlah semata-mata cara yang ada untuk memenangi pertarungan dengan Kanser walaupun pada tahap yang teruk. Malah, kaedah rawatan Barat ini lebih mendatangkan bahaya pada tubuh dan sebenarnya menimbulkan 'keengganan' sistem semulajadi tubuh untuk bangun dan menentang sendiri sel2 Kanser tersebut.

Salah seorang dari mereka yang diceritakan di dalam buku ini ialah Dr. Noordin Darus. Ia menceritakan tentang penemuan hebat seorang Doktor Perubatan dari Malaysia ini yang lebih dikenali sebagai Doktor Sukan dan juga seorang Cancer Survivor yang menjadi penawar kepada sejumlah besar pesakit2 Kanser di negara ini.

Penulis buku ini, Betty L Khoo - Kingsley telah menceritakan dengan panjang lebar tentang kisah Dr. Noordin dan penemuan beliau di dalam buku ini. Cuba bayangkan, buku yang setebal 336 muka ini langsung-langsung tidak menyebutkan apa-apa produk pun yang ada di luar sana melainkan satu produk sahaja iaitu RxWater.

Di dalam Chapter 8 dalam buku ini yang berbunyi 'Cancer & Water - Why Cancer Patients Desperately Need 'Pure' water?', beliau menyatakan "While I do not believe in endorsing any product, however, I think we should recognise Malaysian doctor and Sports Medicine Specialist Dr. Noordin Darus's contribution to purify and enliven polluted tap water. His suffering & suspicion regarding tap water motivated Dr. Noordin to embark on a personal mission to study and source other forms of therapy that would work best for him and others. The result of his R & D is Rx-Water, described as a unique water purification system that is said to "enhance the Aura of a person who drinks it". It is called Rx-Water Aura healing System.

Selepas komen tersebut, kisah Dr. Noordin dimuatkan sehingga lebih satu muka penuh chapter tersebut. Masya-Allah, inilah antara pengiktirafan dari luar negara kepada inovasi & penemuan Dr. Noordin ini yang mana kita semua perlu syukuri. Ybhg Dato Dr. Noordin telah buat 'part' beliau untuk menolong masyarakat dengan penemuan hebat ini. Kini tibalah masanya kita pula menyambung ikatan 'white ribbon' ini ke seluruh dunia. Sila rujuk bagaimana kaedah Dr. Noordin Darus gunakan untuk sembuh dari Kanser Darah (Lymphoma) yang beliau deritai dulu melalui kaedah Terapi MiFiRo di SINI 

Shahrul Fitri ( 016 767 3789 / 98605563 )


Dr Noordin Menghidap Kanser Darah



Pada tahun 2001, Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan menghidap penyakit kanser darah.

Bukan sahaja pencipta produk ini unik, malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water® juga unik kerana ianya datang dari Ilahi di mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang dideritainya pada bulan April, tahun 2001 dulu sedangkan beliau diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup.

Setelah banyak berdoa, bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur Tanah Liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di belakang rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu.

Beliau telah dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau.

Semasa mencipta sistem ini, beliau telah membongkarkan bahawa bahan Seramik dalam banyak alat penapis air di pasaran diperbuat dari tulang haiwan, namun beliau bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi.

Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4. Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Pada Dr. Noordin penapis air Rx-Water tidak memerlukan lebih dari 4 katrij sepertimana penapis air lain. Yang menariknya, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam & air-air hidup berpenawar yang didapati di beberapa tempat sahaja di dunia.

Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita mampu membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh.

Setelah sembuh sepenuhnya dan mencuba air Rx-Water pada keluarga & rakan-rakan yang menghadapi pelbagai masalah penyakit, Dr. Noordin rasa bertanggung untuk menghasilkan sistem alat penapis air yang boleh dipasarkan untuk digunakan oleh semua.

Formula penawar kanser



Formula air penawar penyakit Noordin
Oleh ANIZA ZAINUDIN
anizazainudin@hmetro.com.my

DIA cuma anak kampung yang dibesarkan dengan didikan datuk dan nenek serta dipenuhi pantang larang masyarakat Melayu. Hidupnya terdedah dengan aktiviti kampung seperti bermain ikan laga di bendang dan mengintai rumah jiran semata-mata ingin menonton siri televisyen, The Saint lakonan Roger Moore. Namun kehidupan di desa adalah permulaan yang membentuk peribadi pengasas produk Rx-Water, Datuk Dr Noordin Darus. Bergelar Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network Sdn Bhd (WWN), Dr Noordin menerima pendidikan awal di Stowell School yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai penghantar tetapi berbeza bagi beliau apabila dimasukkan ke program khas, sekali gus perlu berbahasa Malaysia.

Kecewa dengan keputusan dibuat pihak sekolah, jiwanya memberontak dan dizahirkan menerusi pembabitan secara aktif dalam persatuan kesenian, termasuk pertandingan pantun. Walaupun sibuk mengaktifkan diri, beliau tetap memastikan diri sentiasa cemerlang dalam peperiksaan tahunan hingga berjaya berada di kedudukan pertama. Mendaftarkan diri di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam, perjalanan seni masih diteruskan dan konflik bermula di tingkatan empat apabila Dr Noordin ditawarkan aliran sains, sedangkan jiwanya lebih ke arah seni kreatif.  “Biarpun berada di kelas sains, aktiviti kesenian tetap saya teruskan, ibarat sebati dengan diri. Tanpa disedari, minat itu membantu saya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Malaysian Certificate of Education (MCE).

“Bayangkan, dua bulan sebelum MCE, saya menyedari saya tidak bersedia menghadapi peperiksaan. Lantas, saya menghasilkan peta minda sendiri berdasarkan kreativiti diri yang ditampal pada dinding bilik, selain mengulangkaji soalan peperiksaan tahun sebelumnya, dan syukur rezeki memihak kepada saya. “Apabila menerima tawaran melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina daripada Institut Teknologi Mara (ITM) (kini Universiti Teknologi Mara), saya nekad menukar kursus kepada Diploma Sains dan diteruskan di Universiti Malaya bagi Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS). “Biarpun bergelar pelajar perubatan, status itu tidak mengehadkan aktiviti kesenian di universiti. Saya menyertai perbahasan, menjadi pengacara, ahli jawatankuasa kolej kediaman, malah bergelar deejay.

“Menariknya, saya pernah memenangi pertandingan mengarang ketika di ITM dan terpilih menyertai program anak angkat Jepun. Peluang itu membolehkan saya terbang ke negara matahari terbit itu selama tiga minggu. “Seolah-olah menjadi duta kecil Malaysia ke Jepun, saya perlu mempelajari tarian bagi tontonan masyarakat Jepun. Hingga kini, saya masih terbayangkan pengalaman menetap di rumah tradisional, menyertai perhimpunan mingguan mereka sambil memakai kimono di jalanan.
“Ia pendedahan sangat baik bagi anak kampung yang ‘terperap’ daripada dunia luar seperti saya,” katanya ketika ditemui di Menara WWN.

Mendirikan rumah tangga pada usia 28 tahun ketika bergelar doktor pelatih memaksa Dr Noordin berhempas pulas menyara keluarga biarpun terpaksa mendiami sebuah bilik disediakan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) serta bergiat dalam perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) secara sambilan.Sebaik tamat ‘housemanship’ (latihan) selama setahun, beliau membuat keputusan mendalami bidang psikatrik yang sememangnya berbeza daripada kepakaran lain. Menerima tawaran pekerjaan daripada Majlis Sukan Negara membuka peluang lelaki ini melanjutkan pelajaran ke University of London dengan tajaan penuh selama setahun dalam bidang perubatan sukan. Memandangkan biasiswa hanya untuk kegunaan sendiri, dengan berat hati Dr Noordin pergi seorang diri meninggalkan isteri yang sarat mengandung anak kedua demi masa depan keluarga.
Menjadi doktor kepada atlit terkenal negara seperti Datuk Misbun Sidek dan Rabuan Pit membolehkan Dr Noordin menyertai kejohanan sukan terkenal antarabangsa, termasuk Sukan Olimpik, secara tidak langsung.
Menamatkan khidmat di MSN membuatkan hidupnya dan keluarga sedikit terumbang-ambing hingga memaksa Dr Noordin bekerja sebagai doktor gantian di merata-rata klinik biarpun hanya dua jam, ia cukup untuk menyara kehidupannya.
Sejajar dengan pelancaran Wawasan 2020 oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1991, Dr Noordin mengambil pendekatan menganjurkan program kesihatan ‘Fitness 2020’ bagi syarikat korporat, termasuk Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Telekom Malaysia (TM).

Program Fitness 2020 hingga kini diteruskan dengan menggunakan jenama baru iaitu Well For Life diuruskan WorldWellness Consultancy.
Demi mencari sesuap nasi dan menstabilkan pendapatan keluarga, beliau mengakui pernah berkecimpung dalam 11 jenis perniagaan, antaranya percetakan dan pengiklanan papan tanda. Pada 2001, kekuatan dan kesungguhan Dr Noordin diuji apabila disahkan menghidap kanser darah, yang mana dikatakan peluangnya untuk hidup adalah 50-50.
Dalam kesakitan yang dianugerahkan Allah SWT, Dr Noordin diberikan hidayah dan petunjuk untuk mencari penawar terbaik bagi menyembuhkan penyakitnya. Berbekalkan soalan ‘Kenapa ketika sakit, perlu melalui rawatan yang sakit?’, Dr Noordin menemui penawar iaitu formula air selepas membuat beberapa penyelidikan dan sejak itu bermulalah Rx-Water. Berjaya dalam penemuan itu, Dr Noordin mula mencari nama sesuai bagi air berkenaan. Antara perkataan yang timbul adalah Oasis, 7-Star, Wadi, Okinawa, Haven mahupun Aura-water tetapi selepas membuat kajian, beliau mendapati kebanyakan frasa itu sudah digunakan.
Menerima ilham Rx bermaksud preskripsi, beliau mengakui nama berkenaan sesuai berikutan produknya boleh digunakan segenap lapisan masyarakat tanpa mengira usia. “Air adalah ibu segala penawar dan berfungsi menyembuhkan dengan lebih efektif dan cepat. Kita sebenarnya tidak sedar, air yang disalurkan kepada kita di rumah adalah ‘beracun’.
“Beracun itu membawa erti tidak bersih, mengandungi klorin yang boleh memberi kesan terhadap metabolisme lemak, aktiviti hormon, aluminium pula memasuki sistem air melalui hujan asid menyebabkan penyakit Alzheimer, berkarat mahupun berkeladak. “Syukur, sembilan tahun WWN beroperasi, kita menerima maklum balas positif daripada pelanggan. Boleh dikatakan ramai pelanggan yang mencari kita dikatakan tidak mempunyai harapan untuk sembuh.
“Alhamdulillah selepas menggunakan Rx-Water, mereka kembali sihat dan produk ini mampu menjadi penawar kepada lebih 50 jenis penyakit kronik kecuali mati,” katanya yang sibuk melayan pesakit di pejabat WWN. Membanggakan apabila lebih 80,000 set Rx-Water dijualkan dan dimanfaatkan 400,000 orang, sekali gus berusaha menepati visinya untuk menyembuhkan satu juta rakyat Malaysia.
Meluahkan rasa kecewa apabila wujud tanggapan negatif mengenai MLM, beliau menafikan konsep dijalankan WWN bersifat keuntungan, sebaliknya menekankan aspek membantu dan beramal, kemudian baru diberikan imbuhan sewajarnya. Sebelum mengakhiri temubual, beliau menyatakan, WWN bakal menembusi pasaran Indonesia bermula Julai depan selepas tiga tahun berusaha bersama 23 produk syarikat, selain melaburkan hampir RM1 juta bagi bangunan sendiri di negara terbabit.
Gemar melukis wajah warga emas
Jika bukan di kedudukan ini, siapakah anda?
Arkitek dan pelukis. Rumah diduduki sekarang direka bentuk oleh saya sendiri dengan bantuan teman baik, Bakar Mat Ali.
Hobi masa lapang?
Waktu lapang, saya senang menghabiskan masa melukis alam sekitar, terutama kayu-kayan dan akar, selain wajah warga emas. Boleh berbangga apabila lebih 20 lukisan dihasilkan digantung di rumah saya.

Mempunyai penyakit?
Syukur, selepas sembilan tahun saya bebas daripada penyakit.
Impian sejak kecil yang tidak tercapai?
Ingin bergelar juruterbang.

Pendorong?
Diri sendiri.

Prinsip hidup?
Lagi hidup, lagi lawan. Jangan sesekali putus harapan.

PROFIL

NAMA: Datuk Dr Noordin Darus
JAWATAN: Pengerusi Eksekutif WorldWellness Network Sdn Bhd (WWN)
LAHIR: 4 Ogos 1954
ASAL: Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Noorsiah Mohd Shamsuddin
ANAK: Najmi (29), Nadira (27) dan Nashman (17)
PENDIDIKAN: Sarjana Muda Perubatan dan Surgeri (MBBS), Universiti
Malaya (1982)