Ahad, 13 Mei 2012

Dr Noordin Menghidap Kanser Darah



Pada tahun 2001, Dato’ Dr. Noordin Darus, seorang pakar kesejahteraan terkemuka tanah air, disahkan menghidap penyakit kanser darah.

Bukan sahaja pencipta produk ini unik, malah, kisah bagaimana terciptanya Rx-Water® juga unik kerana ianya datang dari Ilahi di mana Dr. Noordin mendapat ilham dari Ilahi semasa sedang bergelut dengan Kanser Darah, Lymphoma yang dideritainya pada bulan April, tahun 2001 dulu sedangkan beliau diberitahu yang beliau hanya ada dalam 3 ke 4 bulan sahaja untuk hidup.

Setelah banyak berdoa, bermunajat & memohon petunjuk dari Allah, beliau diberi ilham oleh Allah tentang satu jenis unsur Tanah Liat dan perantaraan air yang beliau kaji, cari dan dapatkan bahan tersebut. Semuanya seakan dipermudahkan untuk beliau. Kemudian beliau buat ‘prototaip’ sendiri di belakang rumahnya untuk kegunaannya sendiri. Setelah diminum, beliau seakan-akan kenal rasa air tersebut walaupun belum pernah meminumnya sebelum itu.

Beliau telah dapat ‘recover’ dengan cepat sekali sehingga memeranjatkan seluruh ‘warga’ Hospital Universiti tempat beliau dirawat. Setelah sembuh, beliau rasa bertanggungjawab untuk membantu umat Islam lain dengan penemuan beliau.

Semasa mencipta sistem ini, beliau telah membongkarkan bahawa bahan Seramik dalam banyak alat penapis air di pasaran diperbuat dari tulang haiwan, namun beliau bertungkus lumus mencari bahan suci iaitu seramik yang diperbuat dari Batu Seramik asli yang bermutu tinggi.

Bahan Tanah Liat yang ditemukan oleh Dr.Noordin ini terdapat pada kartrij no 4. Rx-Water mempunyai 4 kartrij sahaja tetapi mempunyai 8 tahap saringan. Pada Dr. Noordin penapis air Rx-Water tidak memerlukan lebih dari 4 katrij sepertimana penapis air lain. Yang menariknya, air Rx-Water yang keluar dari kartrij ke 4 ini selain menjadi SUCI, ia mempunyai semacam satu medan Tenaga pusaran ‘arah lawan jam’ yang hanya ada pada Air Zam-Zam & air-air hidup berpenawar yang didapati di beberapa tempat sahaja di dunia.

Medan Tenaga ini apabila masuk ke dalam tubuh kita mampu membangkitkan (rejuvenate) Self Healing System sel kita iaitu Sistem penyembuhan semulajadi tubuh dan beliau yakin tenaga ini adalah antara sebab utama mengapa beliau boleh sembuh.

Setelah sembuh sepenuhnya dan mencuba air Rx-Water pada keluarga & rakan-rakan yang menghadapi pelbagai masalah penyakit, Dr. Noordin rasa bertanggung untuk menghasilkan sistem alat penapis air yang boleh dipasarkan untuk digunakan oleh semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.