Jumaat, 23 September 2011

Petua Mereneh Herba Ubat

Petua Mereneh Herba Ubat
1.    Jumlah air mesti cukup dan pastikan tumbuhan terendam. Gunakan air yang tawar serta bersih. Air telaga, air matair gunung boleh digunakan sekiranya tiada aktiviti pencemaran/racun di sekitarnya ( Air paip mengandungi Chlorine – Kehendak Jabatan Kesihatan dan juga mengandungi Fluorine Kehendak Jabatan Pergigian ).

2.    Herba segar tidak banyak memerlukan air. Herba kering pula memerlukan banyak air.

3.    Gunakan periuk tembikar (Ceramic) contoh = ( Periuk Rendidih Elektrik ) Panasonic Electric Slow Cooker model NF- M301AW .

4.    Periuk dibawah berikut dikhuatiri boleh merosakkan, mengurangkan atau menurunkan kesan mujarab ubat yang direneh. Justeru jangan gunakan:
a.    periuk besi
b.    periuk stainless steel
c.    periuk tembaga kuning
d.    periuk aluminium
e.    periuk tanah liat – dikhuatiri mengandungi merkuri ( logam berat beracun ) berasal dari tanah liat.

5.    Tempoh masa masak pantas / sekejap:
a.    Bertujuan memelihara vitamin supaya tidak rosak akibat masak terlalu lama.
b.    Contoh: Herba segar yang lembut.

6.    Tempoh masa masak perlahan / lama:
a.    Bertujuan menghilangkan toksin atau racun dalam tumbuhan.
b.    Supaya zat zat dapat keluar dan sebati dengan air rebusan.
c.    Contoh: Akar akar kayu yang keras.

7.    Tempoh masa masak tumbuhan beracun perlu guna api perlahan dan air yang banyak bagi menghilangkan toksin. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tradisional sebelum mencuba sebarang ubat-ubatan herba yang beracun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.