Jumaat, 23 September 2011

Tahukah anda

Tahukah anda?
Apabila anda berada dalam kereta anda terdedah kepada pelarut organik yang datang berpunca dari gam yang digunakan bagi melekatkan panel kereta dan lain lain? Setiap gam wajib menggunakan pelarut organik bagi menipiskan gam. Apabila pelarut organik meruap, ia akan meninggalkan gam yang melekatkan 2 permukaan. Malangnya walaupun setelah sekian lama umur kereta itu, pelarut organik ini masih kedapatan di dalam kereta. Ini benar walaupun kereta telah berusia lebih 10 tahun. Alat yang digunakan bagi mengukur tahap pelarut organik ini dinamakan Gas Chromatography. Arang yang diaktifkan (Activated Charcoal) dibuat dalam bentuk serbuk dan disimpan dalam bekas khas. Letak bekas ini di dalam kereta selama 48 jam. Kandungan pelarut organik kemudian boleh dianalisa menggunakan Teknik Gas Chromatography.
Perkara ini sama prinsip ceritanya kepada dakwat pen yang ditulis atas kertas. Pada sehelai kertas, pengeluaran pelarut organik boleh diabaikan. Tetapi, jika anda berada dalam stor yang penuh dengan dokumen bertulis, tiada sistem peredaran udara yang baik atau tiada tingkap beserta kipas ventilasi, maka kepekatan pelarut organik dalam stor anda itu kemungkinan di tahap tinggi atau membahaya kepada kesihatan! Pelarut ini mungkin formaldehyde.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.