Jumaat, 30 Mac 2012

Tuala wanita dalam Rahim



Tuala wanita dalam Rahim   Oleh Ahmad Che Doh

2010/07/29
TASEK GELUGOR: Seorang ibu muda menderita kesakitan selepas melahirkan anak sulung kira-kira dua minggu lalu, berikutan tuala wanita yang dipercayai digunakan ketika proses kelahiran anaknya tertinggal dalam rahimnya.
Nurhidayah Abdul Hamid, 24, dari Permatang Sungai Dua di sini, melalui pengalaman yang memeritkan beberapa hari selepas dia dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP). Mohd Abdul Muhaymin Mustafa, 24, mendakwa isterinya melahirkan anak perempuan secara normal pada jam 10.53 malam pada 15 Julai lalu, sebelum dibenarkan pulang dua hari selepas itu..
Apabila berada di rumah, kesakitan yang dialami Nurhidayah semakin serius. Kakitangan Telekom Malaysia itu yang turut demam, dibawa ke Klinik Kesihatan Sungai Dua untuk mendapatkan rawatan, Jumaat lalu.Doktor hanya memberikan antibiotik, ubat demam dan batuk kerana menyifatkan kesakitan yang dialami wanita itu perkara biasa bagi mereka yang baru melahirkan anak.Berikutan Nurhidayah terus mengalami kesakitan dan sukar untuk berjalan, Mohd Abdul Muhaymin membawa isterinya ke sebuah klinik swasta Isnin lalu, sebelum diminta merujuk ke Hospital Kepala Batas (HKB).Apabila pihak hospital melakukan pemeriksaan ke atas isteri saya, doktor mendapati tuala wanita yang dipercayai digunakan menahan darah masih dalam di rahimnya, katanya di sini.Selepas tuala wanita itu dibuang, Nuhidayah dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ), Butterworth, kelmarin, untuk rawatan susulan. Ibu muda itu kini masih dirawat di HSJ dan keadaannya dilaporkan stabil.Mohd Abdul Muhaymin mendakwa seorang pegawai dari HPP menemuinya petang kelmarin berhubung kejadian itu.Pegawai berkenaan mengakui berlaku kesilapan petugas HPP dan memohon maaf di atas kejadian berkenaan, katanya.Beliau yang kecewa dan kesal dengan kejadian itu, mendakwa kejadian berpunca daripada kecuaian doktor dan jururawat yang mengendalikan kelahiran anaknya.Berikutan kejadian itu, Mohd Abdul Muhaymin membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara di Kepala Batas, Isnin lalu.Saya akan mengambil tindakan undang-undang kerana kejadian itu, menjejaskan kesihatan isteri saya. Sepatutnya kejadian itu tidak berlaku jika pihak berkenaan menjalankan tugas dengan berhati-hati, katanya.Beliau berkata, kejadian itu meninggalkan pengalaman pahit terhadap isterinya yang melahirkan anak sulung dan harus menjadi pengajaran kepada hospital berkenaan untuk memastikan perkara itu tidak berulang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.