Sabtu, 12 Januari 2013

Ubat Kumur punca barah


Ubat Kumur punca barah


Wrote byNur Misnanon Isnin, 1 Februari 2010

Ramai diantara kita gemar menggunakan ubat kumur mulut untuk menghilangkan bau mulut dan membunuh kuman sedangkan kita sendiri tidak tahu mengenai kesan buruknya. Jika kita gunanya berterusan dalam jangka masa panjang terutama ubat kumur yang mengandungi alkohol dan ethanol, kita akan mudah mendapat penyakit kanser mulut. Penyelidik dari Universiti Queensland dan Universiti Melbourne, Australia menjelaskan risiko mendapat kanser mulut meningkat sehingga sembilan kali ganda apabila kita kerap menggunakannya. Ubat kumur yang mengandungi lebih daripada 26% alkohol memiliki efek berbahaya kerana selain kanser mulut ia juga boleh mengganggu radang gusi dan menimbulkan bintik merah pada mulut yang dikenali sebagai petechiae. Jadi kepada teman-teman yang gemar menggunakan ubat kumur ini, sila-silalah kurangkan atau sebaiknya jangan amalkan selalu. Jika boleh cuba amalkan 3 kali seminggu. Itupun semasa berkumur dengan ubat kumur dicampurkan dengan air. Ia boleh menghilangkan rasa pedih dalam mulut. Selamat berkumur dan jagalah gigi dan gusi anda...

 

Pssst : Syarikat pembuat ubat kumur ne takde pun baik hati beritau anda kesan sampingan ini kan ? kan? kan?

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.