Sabtu, 12 Januari 2013

Vitamin C Lawan Barah


Vitamin C bantu Lawan Barah


 
Terapi Vitamin C atau lebih dikenali sebagai ACID ASCORBIC merupakan salah satu terapi alternatif kanser yang amat berkesan untuk beberapa jenis kanser yang telah dan cuba disembunyikan oleh pengilang2 dadah sintetik semenjak berpuluh tahun yang lampau. Masyarakat umum hanya didedahkan bahawa vitamin C merupakan supliment yang hebat untuk penjagaan kesihatan dan bolih dibeli atau diberikan olih pihak hospital sebagai makanan tambahan untuk seseuatu keadaan penyakit.

 

Namun tahukah anda bahawa Vitamin C merupakan salah satu kaedah yang sangat berkesan untuk merawat kanser. Saya tidak maksudkan vitamin C yang diambil secara oral. Tetapi vitamin C yang disuntik ke dalam saluran darah dengan dosage yang tinggi. Apabila kita membicarakan mengenai vitamin C, ia tidak bolih dipisahkan dengan sejenis penyakit yang dinamakan SCURVY, dimana pada tahun 1747 sekumpulan kelasi2 Bristish yang berlayar dalam masa yang sangat lama seringkali menghidap penyakit SCURVY yang pada masa itu tiada penawar yang berkesan untuk menghadapinya.

 

SCURVY adalah suatu keadaan di mana seseorang tidak mempunyai vitamin C (asid askorbik) didalam tubuhnya. Penyakit SCURVY ini telah ujud dan diketahui sejak dari zaman Scoretes lagi tanpa diketahui puncanya.  Gejala SCURVY mungkin bermula dengan hilang selera makan, berat badan yang rendah, cirit-birit, gangguan pernafasan, demam, keresahan, kelemahan dan ketidak selesaan di kaki, pendarahan gusi, pendaraahan bahagian mata, bengkak pada sendi, gigi longgar, pendarahan bintik gatal kulit, penyakit kulit dan penyakit berkenaan automimmune.

 

Penawar kepada penyakit SCURVY yang berusia beratus tahun ini ditemui olih seorang pakar bedah British James Lind (1716-1794) pada tahun 1747,walaupun dikatakan beliau menemui kaedah rawatan ini dari seorang pengamal perubatan primitif atau bolih juga disebut “pawang” disalah sebuah negara yang beliau singgah semasa mengikuti siri2 pelayaran armada British. Dikatakan “pawang” tersebut telah memberikan kelasi2 yang terkena penyakit SCURVY ini memakan buah limau atau “lemon” yang kaya dengan Vitamin C.


 

Semenjak itu penggunaan Vitamin C telah dikembangkan dan digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit.Kaedah penggunaan “high dose” melalui kaedah suntikkan atau intervenous vitamin C diperkenalkan olih Linus Carl Pauling (February 28, 1901 – August 19, 1994 ) seorang “bio chemist” yang empat kali memenangi hadiah Nobel.

 

Beliau mendapat ilham ini daripada seorang lagi penyelidik mengenai Vitamin C yang bekerja dalam bidang industri makanan yaitu Irwin Stone (1907–1984) .Idea penggunaan “high dose” vitamin C ini pada mulanya dicadangkan untuk mengatasi masaalah penyakit ” common cold “ dan selepas itu beliau bekerjasama dengan Dr Ewan Cammeron seornag pakar kanser dan mereka mendapati “high dose ” Vitamin C melalui kaedah suntikkan juga amat baik untuk pesakit2 KANSER.Ini berlaku pada tahun 1971.


 

Idea penggunaan “high dose” Vitamin C ini mendapat kritikan hebat dari pengilang2 farmasi dan hospital konvensional khususnya MAYO CLINIC sebuah hospital berprestij untuk merawat kanser.

 

Mereka merasakan perniagaan mereka tergugat kerana kaedah terapi yang dicadangkan olih Pauling ini amat murah dan tidak bolih dipatenkan di Amerika Syarikat. Namun pada tahun 1988 National Cancer Institiute telah mengesahkan keberkesanan Vitamin C untuk sesetengah jenis kanser dan mengesyorkan ia digunakan bersama kaedah kimoterapi untuk membantu pesakit menghadapi kesan2 sampingan dadah kimo.

 

“Vitamin C has two effects. It increases the beneficial effects of radiation and chemotherapy and decreases the adverse effects.” Oncologist Victor Marcial, M.D.-quote

 

Walaunagaimanapun kaedah Pauling ini telah dikembangkan dan digunakan secara agak meluas olih doktor2 alternatif kanser diseluruh dunia. Umpamanya hospital2 alternatif kanser di Mexico dan Germany menggabungkan “high dose” vitamin C dengan kaedah terapi alternatif Vitamin B17.

 


Pada 12 September 2005 National Academy of Sciences menerbitkan sebuah artikel yang secara khususnya menyatakan VITAMIN C ADALAH TOKSID KEPADA SEL2 KANSER. KENYATAAN INI BENAR UNTUK JENIS VITAMIN C SUNTIKKAN ATAU “INTERVENOUS”.Rujuk artikel berikut Chen Q, Espey MG, Krishna MC, Mitchell JB, Corpe CP, Buettner GR, Shacter E, Levine M. Pharmacologic “ascorbic acid concentrations selectively kill cancer cells: Action as a pro-drug to deliver hydrogen peroxide to tissues” Proc Natl Acad Sci U S A. 2005 Sep 20;102(38):13604-9. Epub 2005 Sep 12.


 


Saintis2 yang berkhidmat dengan Institut Penyelidikan Bio-Komunikasi (BRCI) di Wichita, Kansas telah menerbitkan 20 artikel saintifik mengenai subjek ini. Para penyelidik BCRI dalam lapuran pada tahun 1995 secara spesifik menyatakan bahawa vitamin C dalam jumlah yang mencukupi adalah toksik kepada sel-sel tumor terpilih.


 


Mereka membuat kesimpulan bahawa kadar toksid terhadap tumor boleh dicapai hanya dengan cara memberi vitamin C secara suntikkan. Penyelidikan berikutnya dari BCRI, yang diterbitkan dalam British Journal of Cancer pada tahun 2001 merupakan yang pertama yang menerangkan secara terperinci dari sudut farmasitukal berkenaan dos vitamin C  intervenous


 


Satu teori menarik yang dikemukakann olih Dr. Hugh Riordan pada tahun 1975 menyatakan sel2 kanser adalah dari jenis anearobic yang bergantung kepada glukos sebagai bahan bakar mereka.Umpamanya apabila doktor hendak membuat ujian PETS SCAN untuk mengesan mestasis sel2 kanser. Mereka terlebih dahulu memasukkan glukos ke dalam badan pesakit.Sel2 kanser yang akan menghantar sejenis pengangkut untuk mendapat glukos tersebut,dari sini doktor dapat melihat dari mesin pets scan tadi lokasi sel2 kanser berada.


 


Olih kerana struktor molikul vitamin C hampir menyamai struktur molikul gula, sel2 kanser menyangka bahawa ianya adalah glokos lalu menghantar pengangkut untuk mendapatkannya.Kekeliruan ini menyebabkan sel2 kanser mati kerana vitamin C adalah merupakan antioksidan yang sangat berkuasa dan ianya amat toksid kepada sel2 kanser.


 


Rasional kepada penjelasan ini kebanyakkan terapi2 alternatif kanser menyarankan pengambilan buah2an dan sayuran sebagai diet utama walaupun kebanyakkan kita menyangka sesetengah jenis buah2an yang manis dan kaya dengan sumber vitamin C akan menyebabkan sel2 kanser membiak. Kalau teori diatas digunapakai maka pendapat kebanyakkan kita adalah tidak benar.


 


Para penyelidik seperti Dr. Riordan MD menyatakan jika sejumlah besar Vitamin C dimasukan kedalam darah pesakit, sel2 kanser akan menyerakhp dengan banyak Vitamin C yang pada tahap kepekatan tinggi sifat antioksidan Vitamin C ini akan berubah menjadi prooksidan kerana ia berinteraksi dengan “intracellular copper” dan “iron”( zat besi ).Interaksi ini kelak akan menghasilkan “hydrogen peroxide” yang amat toxid kepada sel2 kanser.


 


Olih kerana sel-sel kanser secara relatifnya mempunyai kadar yang rendah enzim “intracellular anti-oxidant” yang dipanggil “katalase”, induksi dos tinggi vitamin C peroksida akan mengakibatkan kemusnahan sel2 kanser secara drastik. Dr. Riordan dapat membuktikan bahawa vitamin C adalah toksik kepada sel-sel kanser jika diberi secara suntikkan atau “intervenous”.


Jika anda berhasrat untuk menggunakan terapi Vitamin C saya menyarankan anda dan doktor anda membaca protokol yang dinamakan THE RIORDAN IVC PROTOCOL.Sila klik link merah. RiordanIVC


 


Barangkali penulisan saya mengenai Suntikan Vitamin C adalah merupakan satu yang agak panjang kerana saya ingin mengemukakan satu kaedah yang amat sederhana dan mampu dicapai olih kebanyakkan pesakit2 kanser apabila pelbagai kaedah lain yang sudah pastinya kaedah kimoterapi,pembedahan dan sinaran radiasi amat menyeksakan dengan rekod kegagalan yang amat tinggi.


 


Sementara pelbagai kaedah alternatif yang lain adakalanya amat berliku liku disebabkan kesukaran untuk mendapatkan supliment2 tertentu disamping kosnya yang agak tidak mampu dicapai olih majoriti pesakit2 kanser.Saya merasakan jika anda tergulong dalam pesakit2 yang bercelaru dengan kanser yang dikesan telah bermestasis kebanyak bahagian organ yang penting,Terapi Suntikkan Vitamin C ini perlu anda cuba.Seterusnya saya akan membekalkan anda pelbagai maklumat mengenainya dan diharap anda mengikutinya dari masa ke semasa tanpa jemu.


 


Jika nantinya anda telah memperaktikkannya saya berharap anda dapat berkongsi maklumat dan pengalaman anda dengan pesakit2 lain kerana kanser adalah sejenis penyakit yang agak subjektif. Adakalanya sesetengah pesakit menggunakan beberapa supliment tambahan atau cara pengambilan yang tidak semestinya berdasarkan protokol yang digariskan olih pakar2 IVC seperti yang terdapat dalam lampiran Riordan IVC.Terdapat juga kemungkinan2 tertentu yang protokol ini tidak begitu sesuai dengan jenis2 kanser tertentu dan adakalanya sangat berkesan dengan jenis2 kanser tertentu. Apa jua keadaan emailkan kepada saya untuk dikongsi bersama dalam website ini.


 


Terapi Vitamin C intervenous atau suntikkan adalah merupakan terapi kanser secara bersendirian dan telah dipraktikkan sejak berpuloh tahun yang lampau olih ramai pakar kanser alternatif dunia.Malah ia biasanya digabungkan bersama pelbagai jenis terapi alternatif yang lain umpamanya terapi Vitamin B17.Adakalanya ia digunakan bersama supliment tertentu dan mudah didapati di farmasi2 di Malaysia,cumanya ramai diantara kita tidak mengetahui cara penggunaannya untuk masaalah2 yang berkaitan dengan kanser.


 


Lantaran itu jika anda tidak berkemampuan untuk menggunakan terapi Vitamin B17,kaedah intervenous Vitamin C adalah lebih murah untuk diambil setiap hari.Harga sekotak Vitamin C iv adalah sekitar RM150 ke RM200 sekotak yang bolih digunakan selama 3 ke 4 hari bergantung kepada kondisi kanser anda.Penggunaanya tidak mempunyai had jangkamasa tertentu sehinggalah anda merasakan kesihatan anda bertambah baik atau ujian perubatan menunjukkan tiada lagi sel2 kanser dalam badan.Namun demikian mengikut Dr Hoffer jangkamasa 2 hingga ke 4 bulan adalah memadai untuk menunjukkan kesan2 penyembuhan.


 


Seterusnya saya akan paparkan kepada anda pengalaman Dr Hoffer yang amat menarik untuk dikongsi bersama yang saya terjemahkan sekadar yang mampu untuk renungan bersama.Untuk membaca biografi Dr Hoffer sila klik SINI


“Kami telah meningkat kualiti hayat pesakit kanser daripada 5.7 bulan kepada kira-kira 100 bulan, satu perbedaan , yang sangat besar. Terdapat penurunan yang amat besar dalam kesakitan dan kegelisahan. Vitamin C merupakan satu komponen yang penting dalam setiap program rawatan kanser.”


 


Prosedur klinikal kaedah Merawat Pesakit Kanser tenat dengan Vitamin C oleh Abram Hoffer, M.D., Ph.D. Saya bukan pakar onkologi, saya bukan seorang pakar patologi dan sebenarnya , saya bukanlah doktor, Saya seorang ahli psikiatri. Oleh itu, anda mungkin ingin tahu apa yang dibuat oleh seorang ahli psikiatri dalam bidang perubatan kanser. Saya fikir ia soalan yang manasabah dan wajar saya memberitahu anda secara ringkas bagaimana saya masuk ke bidang yang sangat menarik ini.


 


Pada tahun 1951, saya telah dilantik ke jawatan pengarah penyelidikan psikiatri untuk Jabatan Kesihatan untuk wilayah Saskatchewan. Saya tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Saya mempunyai satu kelebihan utama yang pada pendapat saya lebih daripada rakan-rakan saya. Masaalah yang paling penting pada masa itu adalah penyakit schizophrenias.Mereka masih memenuhi lebih separuh katil2 dihospital dan kita masih tidak mempunyai satu rawatan yang berkesan.


 


Dr. Humphry Osmond dan saya mula menyelidik skizofrenia. Kami membangunkan hipotesis bahawa mereka yang diserang skizofrenia akan menghasilkan bahan kimia toksik yang dibuat dari adrenalin, adrenochrome . Adrenochrome adalah hallucinogen yang kami rasakan telah menghasilkan toxemia, dalam erti kata lain adrenochrome bekerja didalam otak sama seperti penyakit LSD.Pada peringkat ini itulah hipotasis kami.Kami juga faham bahawa kebanyakan hipotesis adalah salah. Kami tidak fikir akan menjadi betul tetapi kami merasakan bahawa oleh kerana kita tidak mempunyai banyak pilihan kita harus bekerjasama untuk membangunkan rawatan untuk pesakit skizofrenia.Sebenarnya kami tidak mempunyai apa-apa rawatan yang berkesan.Apa yang ada ialah rawatan “renjatan ” yang hanya bersifat sementara . Adrenochrome dihasikan dari adrenalin, jadi saya fikir jika kami boleh melakukan sesuatu untuk mengurangkan pengeluaran adrenalin,kita berupaya untuk menghalang pengoksidaan adrenalin untuk adrenochrome, dengan cara tidak langsung kita mungkin mempunyai terapi untuk pesakit skizofrenia. Dari sini ia membawa kami untuk melihat dua jenis bahan kimia. Satu dipanggil asid nikotinik atau vitamin B-3. Vitamin B-3 dikenali sebagai penerima methyl, yang, semakin berkurangan dalam badan pesakit.Pengurangan methyl boleh mengurangkan penukaran noradrenalin adrenalin Perkara kedua ialah kami mahu menggunakan vitamin C sebagai antioksidan. Mengimbas kembali keadaan pada masa itu ia kelihatan kita telah 30 atau 40 tahun ketinggalan mengenai teori antioksidan,


 


Kami mahu mengurangkan pengoksidaan adrenalin untuk adrenochrome. Vitamin C akan melakukannya tetapi ia mungkin tidak begitu berkesan. Dan yang menarik perhatian kami ialah penggunaan kedua-dua vitamin, vitamin C dan vitamin B-3. Saya mempunyai kelebihan kerana saya telah mengambil Ph.D. saya di Universiti Minnesota dalam bidang vitamin, jadi saya tahu latar belakang mengenainya. Itulah sebabnya kita mula bekerja dengan kedua-dua sebatian ini.


 


Mengapa kami mula bekerja dalam bidang kanser? Kami tertanya-tanya tentang apa yang bolih dilakukan olih kedua2 sebatian ini untuk masaalah kanser. Saya masih ingat bahawa pada tahun 1952 pada waktu itu saya bekerja dalam bidang psikiatri di Wing Munroe yang merupakan sebahagian daripada Hospital Besar di Regina,


 


Seorang wanita yang telah dibuang payudaranya kerana kanser telah dimasukkan ke wad kami. Beliau menjadi seorang pesakit psikotik. Wanita miskin ini telah menderita akibat berlaku ulser yang teruk akibat luka pembedahan dan tanpa tanda penyembuhan akibat berlaku kecelaruan toksik. Psikiatris beliau memutuskan untuk memberi rawatan “renjatan” dmana ia merupakan satu2nya jenis rawatan yang terdapat pada masa itu. Saya memutuskan akan memberi vitamin C. Sebagai pengarah penyelidikan, saya mempunyai pilihan untuk berjumpa doktor beliau dan meminta menyerahkan kes beliau kepada saya. Kebetulan doktor yang merawat beliau adalah kenalan saya. Beliau berkata kepada saya “ya, anda boleh merawat dia.” “Saya akan menahan rawatan renjatan selama tiga hari.”


 


NOTA


Shock Thearapy ( Terapi Renjatan ) dikenali juga sebagai “Electroconvulsive therapy “ (ECT), dahulunya dikenali sebagai “electroshock,” adalah kaedah dalam skop rawatan psikiatri di gunakan untuk penyakit sawan ( seizures ).Gelombang elektrik dihalakan kedalam badan ketika pesakit dalam keadaan diberikan ubat bius untuk kesan terapeutik.Walaupun kesan2 cara tindakbalasnya tidak diketahui namun cara ini ( ECT )dianggap paling sering disyorkan untuk digunakan sebagai rawatan bagi masaalah kemurungan yang teruk yang tidak memberi tindakbalas kepada rawatan yang lain.Ia mula diperkenalkan pada tahun 1938 oleh ahli “neuropsychiatrists” Italy Ugo Cerletti dan Lucio Bini, dan digunakan dengan agak meluas sekitar tahun 1940-an dan 1950-an.


 


Saya berpendapat dengan memberikan pesakit tersebut sebanyak 3 gram Vitamin C Suntikkan setiap hari, yang merupakan dos yang biasa kami gunakan pada masa itu, untuk tempoh beberapa minggu,Tetapi apabila doktornya memberitahu, saya hanya mempunyai tiga hari sahaja, saya memutuskan bahawa cara ini tidak akan memberikan apa2 kesan. Oleh itu, saya memutuskan untuk memberikan 1 gram setiap jam. Saya mengarahkan jururawat supaya pesakit tersebut diberi 1 gram vitamin C setiap jam kecuali ketika dia sedang tidur. Apabila dia terjaga, dia akan diberikan jumlah vitamin C yang tidak dapat diberikan semasa dia tidur.


 


Kami bermula pada pagi Sabtu dan apabila doktor datang kembali pada pagi Isnin untuk memulakan rawatan kejutan pesakit tersebut berada dalam keadaan mental yang normal. Saya hanya ingin tahu, jika vitamin C yang telah disuntik selama 3 hari yang lalu akan memberikan sebarang kesan terapeutik. Apa yang mengejutkan kami luka dan ulser pada payudara beliau mula sembuh. Beliau telah dibenarkan pulang dengan tidak menjalani rawatan “shock therapy” walaupun masih mempunyai kanser dan beliau meninggal dunia enam bulan kemudian akibat dari kanser beliau. Ini adalah satu pemerhatian menarik dan tidak dapat saya lupakan.


 


Pada tahun 1959, kita mendapati bahawa majoriti pesakit skizofrenia mempunyai sesuatu yang dikumuhkan dalam air kencing mereka satu faktor yang kita panggil mauve factor, yang kami telah dikenal pasti sebagai kryptopyrrole.


 


NOTA


Skizofrenia adalah penyakit berkaitan gangguan mental yang bercirikan kecelaruan pemikiran dan tindak balas emosi yang lemah. Penambahan kadar “kryptopyrrole” adalah terma yang diguna pakai untuk menerangkan mengenai apa yang dikenali dengan nama “Pyroluria”. Ia merujuk kepada punca pengeluaran terlalu banyak “kryptopyrrole” (KP) atau “hemepyrrole” (HP) di dalam darah. Kryptopyrrole pada tahap yang tinggi boleh menyebabkan kemurungan teruk. Gejala-gejala kencing berlebihan merupakan sesuatu yang tidak normal yang dikaitkan dengan kryptopyrrole. “mauve factor” adalah sejenis bahan kimia yang terdapat dalam air kencing yang merubah warna kertas ujian dengan warna merah yang pudar seperti warna senja pada ufuk.


 


Saya sedang mencari sumber yang baik untuk menerangkan mengenai faktor kencing ini. Kami berpendapat bahawa majoriti pesakit schizophrenics mempunyai gejala kencing berlebihan. Kami berpendapat bahawa orang yang normal tidak mempunyai gejala ini namun saya berminat untuk mengkaji berapa ramai orang yang dalam keadaan tertekan ( stress ) menunjukkan faktor yang sama.


 


Oleh itu saya menjalankan satu kajian terhadap pesakit di wad fizkal Hospital Universiti Pesakit2 diwad ini telah mengalami pelbagai kesan fizikal akibat pelbagai penyakit termasuklah kanser. Apa yang mengejutkan saya ialah bila mendapati bahawa separuh daripada pesakit kanser paru-paru juga mempunyai faktor berkenaan air kencing. Menjelang tahun 1960, seorang lelaki yang sangat terkenal Saskatchewan, salah satu profesor bersara telah dimasukkan ke jabatan psikiatri di hospital kami. Beliau adalah seorang psikotik. Beliau telah didiagnosis sebagai mempunyai “bronchiogenic carcinoma”. Biopsi dan sinaran x ray telah mengesahkanya malah tumor juga dapat dilihat dalam peralatan bronchoscope.


 


Para doktor berpendapat dia menjadi seorang yang psikotik adalah kerana sel2 kanser telah pun terdapat dalam otaknya. Olih kerana dia telah tergulong dalam pesakit psikotik kaedah pembedahan tidak dapat dilakukan, sebaliknya mereka memberi dia sinaran kobalt ( cobalt radiation). Namun ia tidak berkesan terhadap masaalah penyakit psikosisnya. Beliau telah dimasukkan ke wad kami di mana beliau tinggal selama kira-kira dua bulan dalam keadaan penyakit psikotik. Dia telah diletakkan dalam senarai terminal dalam wad kami. Saya menjangkakan dia mungkin mempunyai “mauve factor” dalam air kencingnya dan dalam analisis kami dia mempunyainya dengan jumlah yang banyak.


 


Daripada pengalaman saya yang lepas2, jika pesakit seperti ini diberikan dengan jumlah yang banyak Vitamin B3 dan Vitamin C tanpa menghiraukan diagnosis keadaan penyakit, mereka cenderung untuk menjadi bertambah baik.  Saya memulakan dengan memberikan 3 gram Vitamin B, manakala Vitamin C diberi diberi pada hari Jumaat. Pada hari Isnin beliau berada dalam keadaan normal.  Beberapa hari kemudian saya berkata kepadanya, “Adakah anda faham bahawa anda menghidap kanser?” Dia berkata, “Ya, saya tahu”. Beliau mesra dengan saya kerana saya telah merawat isterinya untuk masaalah ketagihan arak beberapa kali sebelumnya. Saya berkata kepadanya, “Jika anda bersetuju untuk mengambil kedua-dua vitamin ini selagi anda hidup, saya akan menyediakan untuk anda tanpa sebarang caj.


 


Pada tahun 1960, saya adalah satu2nya doktor di Kanada yang mempunyai akses kepada kuantiti yang besar vitamin C dan niacin ( Vitamin B3).  Pihak kerajaan telah mengedarkan kedua2 jenis vitamin suntikan ini melalui dispensari hospital kami. Beliau bersetuju. Ini bermakna beliau terpaksa datang ke pejabat saya setiap bulan untuk mengambil dua botol vitamin.  Saya tidak begitu pasti adakah ini bolih membantu dalam masaalah kanser beliau. Pada masa itu saya hanya berminat dalam masaalah keadaan psikolog beliau.


 


Saya agak terkejut selepas 12 bulan beliau masih hidup. Saya bertanyakan pada doktor yang mula2 merawat beliau dahulu yang kini seorang Pengarah klinik kanser. “Apakah yang anda fikir tentang lelaki ini?” Dan dia berkata, “Kita tidak faham bagaimana ini berlaku. Kami tidak menjumpai apa2 tumor lagi”. Saya menjangkakan beliau akan berkata tumor pada lelaki ini telah menjadi semakin kecil. Jadi saya bertanya lagi. “Baiklah, apa reaksi anda dengan ketiadaan tumor tersebut?” Beliau menjawab, “Kami jangkakan telah membuat diagnosis yang silap”. Pesakit tersebut bagaimanapun meninggal dunia 30 bulan kemudian disebabkan penyakit berkaitan jantung.


 


Berikut adalah satu lagi kes yang sangat menarik. Beberapa tahun kemudian, seorang ibu yang telah saya rawati dahulu untuk masaalah kemurungan datang kembali untuk bertemu saya. Sekali lagi dia tertekan.  Beliau berkata beliau mempunyai seorang anak perempuan berumur 16 tahun, yang baru sahaja telah didiagnosis mempunyai “sarcoma osteogenic pada lengannya. Pakar bedah beliau telah mengesyorkan supaya lengan tersebut dipotong. Dia sangat tertekan dalam tempoh ini dan jadi saya bertanya kepadanya, “Adakah anda fikir anda boleh memujuk pakar bedah anda supaya tidak memotong lengan kanan anak anda?” Lalu saya memberitahu padanya cerita tentang seorang lelaki dengan kanser paru-paru yang pernah saya rawat.


 


Beliau membawa anak perempuannya kepada saya dan saya mula memberi kepadanya Nikotinamida ( Vitamin B ), 3 gram sehari, ditambah vitamin C, tiga gram sehari. Beliau pulih dengan baik, tanpa perlu membuang lengannya. Tetapi kali ini saya membuat kesimpulan bahawa mungkin Vitamin B-3 adalah faktor terapeutig dalam penyembuhan tersebut. Sebabnya mudah, saya sangat berminat dengan Vitamin B3 dan saya tidak mempunyai kepentingan dengan vitamin C.


 


Apabila saya berpindah ke Victoria, satu lagi perkara pelik berlaku, Pada tahun 1979, seorang wanita yang mempunyai jaundis, selepas pembedahan doktor mendapati terdapat sebiji tumor berukuran 6 cm pada kepala pankreas. Mereka terlalu takut untuk melakukan biopsi, prosidur standard untuk rawatan kanser. Doktor berpendapat bahawa biopsi mungkin akan menyebarkan tumor. Pakar bedah menutup kembali kawasan pembedahan dan memberitahunya untuk menulis wasiat beliau. Mereka berkata ia mempunyai tiga hingga enam bulan untuk hidup. Beliau merupakan seorang wanita yang amat cekal dan dia telah membaca sebuah buku bertajuk ” Anatomy of an Illness.. Lalu beliau berkata kepada doktornya, “pergi jahanam dengan pendapat itu, saya tidak akan mati.” Dan dia mula mengambil vitamin C secara sendiri sebanyak 12 gram setiap hari. Apabila doktor mendapat  tahu apa yang beliau lakukan, beliau meminta dia berjumpa dengan saya, kerana pada masa saya telah dikenali sebagai seorang doktor yang sangat bermiat dengan vitamin.


 


Saya mulakan dengan menyuntiknya 40 gram vitamin C setiap hari, yang saya tambah niasin ( vitamin B3 ), zink dan pelbagai vitamin, penyediaan multimineral. Saya menyarankan agar dia menukar diet dengan menjauhkan diri daripada protein dan lemak yang tinggi. Saya tidak mendengar khabar dari beliau selama kira-kira enam bulan. Pada sautu Ahad, beliau menelefon saya.  Biasanya, bila saya mendapat panggilan daripada pesakit pada hari Ahad, ia adalah berita buruk. Dia terus berkata, “Dr. Hoffer, berita baik! Saya bertanya,” Apa yang berlaku? “Dia berkata,” Mereka telah melakukan imbasan CT dan mereka tidak menjumpai tumor tersebut. Doktornya tidak percaya tumor itu telah tiada dan mereka membuat keputusan mesin imbasan telah tersilap membuat bacaan lalu melakukan imbasan kedua namun tumor tersebut tidak juga dijumpai.  “Beliau membuat CT scan terakhir pada tahun 1984 ianya masih negatif.Beliau masih hidup dan baik sehingga kehari ini.


 


Pada saat ini, saya telah mempelajari mengenai Dr Cameron dan hasil kerja Dr Pauling mengenai vitamin C dan saya mula menyedari bahawa faktor terapudik utama mungkin vitamin C berbanding vitamin B-3. Ini mungkin kerana bersandarkan kepada 4 kes yang saya bentangkan. Orang mungkin menggangap 4 kes tersebut mungkin agak kebetulan, persoalannya ialah berapa banyak kebetulan yang dapat seorang doktor dapat lihat disepanjang kariernya?.Saya tidak tahu. Mungkin ini adalah satu keadaan luar biasa. Saya tidak tahu.


Kes terakhir adalah mengenai pesakit saya yang lahir pada tahun 1908. Ibunya meninggal dunia akibat kanser dan bapanya mati kerana masaalah jantung pada usia 80 tahun. Pesakit saya ini terkena serangan jantung pada tahun 1969, dan serangan kedua pada tahun 1977, diikuti dengan pembedahan pintasan koronari. Pada bulan Mac tahun 1978, beliau tiba-tiba terasa sakit di pangkal paha kirinya membawa ke bawah kaki kiri.  Pada bulan Februari 1979, terdapat benjolan di pangkal paha kiri. Beliau mengalami kesakitan yang teruk bila membuat pergerakan.


 


Dalam prosidur pembedahan doktor menemui tumor jenis sarcoma dan telah berjaya dikeluarkan namun tumor sebesar buah anggur masih tertinggal dibelakang tidak dapat dikeluarkan. Tumor juga dikesan menyusup masuk ketulang rawan zakarnya. Pada bulan Mac, beliau menjalani radiasi paliatif pada separuh bahagian kiri badannya dengan kekuatan 4500 rad. Kesakitan tersebut telah hilang setelah rawatan radiasi berakhir.


 


Pada 28 Mei, beliau mengalami jangkitan Staph yang sangat teruk, dan pada bulan Jun dia berasa sangat tertekan kerana isterinya telah mati kerana kanser, dan kini dia menderita akibat jangkitan kronik. Pada bulan Julai luka beliau masih mengeluarkan cecair dan jisim2 yang boleh dilihat dan dirasai di kawasan “palpable” kiri di atas ligamen inguinial.


 


NOTA


Staph atau Staphylococcus adalah bakteria genius terdiri dari beberapa spesis yang boleh menyebabkan pelbagai jangkitan pada manusia dengan menghasilkan toksin yang merbahaya.


 


Pertama kali dia bertemu saya pada bulan Januari 1980, dan saya bermula dengan memberikan beliau suntikkan sebanyak 12 gram asid askorbik ( Vitamin C ) setiap hari.Saya juga mencadangkan kepada doktornya memberinya IV asid askorbik, 2,5 gram, dua kali seminggu, yang beliau bersetuju dengan cadangan saya. Saya juga memberinya niasin ( vitamin B ), vitamin B6 dan zink untuk mengimbangi. Pada bulan April, jisim tersebut mula mengecut dan onkologist menulis dalam lapurannya seperti berikut, “Perkara ini sangat menarik barangkali disebabkan faktor lain bukannya faktor Vitain C seperti yang dicadangkan olih pesakitnya. Dalam erti kata lain, pesakit itu berkata, vitamin C membantu dan pakar onkologi berkata, tidak lalu pakar onkologi meletakkan nota dalam fail pesakit seperti berikut, “Dia mungkin bertindak balas kepada kemoterapi.” Tetapi pesakit ini tidak pernah menjalani kaedah kemoterapi. Jangkitan tersebut telah benar2 telah hilang.


 


Pada bulan Mei 1980, beliau telah menjalani ujian x-ray yang menunjukkan pembinaan semula tisu tulang rawan pada kemaluan. Pada bulan Julai beliau menulis surat kepada saya menyatakan rasa shukur kerana telah menjadi semakin sihat. Pada bulan Februari tahun 1988, beliau pulang ke klinik kanser bagi rawatan kanser karsinoma pada kulit muka yang berulang. Beliau meninggal dunia pada musim gugur tahun 1989 berkaitan penyakit koronari pada umur 81 tahun. Lelaki ini hidup 10 tahun selepas didiagnosis dengan kanser,


 


Aktiviti saya dalam bidang kanser mula berkembang mungkin kerana pesakit pertama yang saya rawat merasakan adalah menjadi tanggungjawabnya menghebahkan kepada umum yang saya mempunyai penawar untuk kanser. Sekarang saya harus memberitahu anda cara saya bekerja dalam bidang ini di Kanada. Pesakit perlu dirujuk olih seseorang kepada saya. Saya tidak mengiklankannya. Setiap pesakit yang datang ke pejabat saya mesti dirujuk oleh doktor keluarga mereka atau oleh pakar, Pada tahun-tahun awal, pesakit biasanya pergi kepada doktor mereka dan berkata, “Saya telah menjalani semua kaedah rawatan anda dan anda mengatakan tiada apa lagi yang mampu anda lakukan. Olih itu saya meminta anda merujuk kes saya kepada Dr Hoffer”. Beberapa orang doktor kini telah mula merujukkan pesakit kanser mereka kepada saya.


 


Saya mendapati 80% daripada pesakit saya telah gagal untuk bertindak balas terhadap mana-mana gabungan rawatan, termasuk pembedahan, radiasi atau chemotherapy. Biasanya pesakit diberitahu olih doktor yang merawat, tiada apa yang mereka boleh lakukan. Kebanyakan pesakit2 ini berada pada tahap terminal, tetapi tidak semua. Saya melihat 3-5 kes baru kanser setiap minggu. Kesemua mereka telah dirawat oleh doktor mereka sendiri, oncologist mereka sendiri, pakar bedah mereka sendiri. Apa yang saya lakukan adalah menasihati mereka mengenai diet dan jenis nutrien yang patut diambil. Saya melihat peluang pesakit2 ini untuk sembuh lebih cerah sekiranya mereka dapat sampai awal kepada saya sebelum kanser menjadi bertambah parah. Secara keseluruhannya pesakit menjadi semakin ceria dan selesa dan mereka juga hidup lebih lama.


 


Beberapa tahun yang lalu, saya menyertai mesyuarat di Woods Hole dengan Linus Pauling. Ini adalah kumpulan rencanakan untuk Dr. Arthur Sackler. Saya memberitahu Linus yang saya berpendapat bahawa saya telah mula melihat impak yang baik dalam program vitamin C mereka. Dr Pauling menggalakkan saya untuk bekerja, untuk melakukan satu kajian yang teliti dan menulis untuk penerbitan, yang ingin saya lakukan.


 


Saya telah meneliti setiap pesakit kanser yang dirujuk kepada saya antara Julai 1978 dan April 1988 dan telah mengikuti mereka hingga ke Januari 1990 tanpa meninggalkan satu kes pun. Sejumlah 134 pesakit kanser saya teliti. Dan saya catatkan tarikh dan masa mereka mula-mula berjumpa saya semenjak hari pertama lagi. Satu-satunya perkara yang saya ingin lihat adalah kelangsungan hidup setiap dari mereka. Saya mahukan data yang kukuh yang tidak bolih dipertikaikan olih sesiapa.Saya tidak akan mengatakan adalah adalah lebih baik atau tidak baik kerana perkara ini bersifat subjetif.


 


Dari jumlah 134 pesakit saya pecahkan kepada 2 bahagian. Kepada kumpulan yang tidak berapa berjaya ia bukanlah kesalahan saya sepenuhnya kerana saya merawat mereka dengan cara yang sama. Saya tidak pernah merancang satu perspektif kajian yang semborono. Apa yang saya lakukan ialah menasihatkan mereka perkara2 yang sepatutnya mereka lakukan mengenai kanser mereka. Jika sedang menjalani kaedah sinaran radiasi saya cadangkan mereka meneruskannya.


 


Jika mereka sedang dalam kaedah kimoterapi saya cadangkan mereka meneruskannya. Saya tidak pernah menasihatkan pesakit2 ini tentang apa2 kaedah rawatan konvensional yang sedang mereka jalani. Walau bagaimanapun, daripada-134 pesakit , terdapat 33 yang tidak melakukan atau tidak dapat mengikuti program ini. Sebagai contoh, kemoterapi, mereka menjadi loya saehingga tidak berupaya untuk mengambil apa2 vitamin yang disyorkan. Terdapat juga diantara mereka yang tidak mempercayai program ini.


 


Saya masih ingat seorang wanita yang menghidap kanser payudara datang berjumpa dengan saya dan saya menasihatkannya apa yang perlu dia ambil. Beliau kemudiannya berjumpa dengan onkologisnya dan memberitahu apa yang telah saya nasihatkan kepadanya. Onkologis tersebut telah mentertawakannya dan membuatkan beliau menjadi sangat malu.  Beliau tidak mengikuti program saya ini Dia meningal dunia 2 atau 3 bulan kemudiannya.


 


Satu lagi kes seorang doktor yang menghidap kanser dan telah diberi tempoh 30 hari untuk hidup. Beliau telah meninggalkan isterinya dan berpoya poya dengan teman2 wanitanya. Sebaik sahaja diberitahu bahawa beliau akan mati dalam masa 30 hari lagi beliau memutuskan untuk menghabiskan tempoh 30 hari tersebut sebaik mungkin. Dia mengembara ke seluruh Amerika bersama teman wanitanya. Teman wanitanya telah membawa beliau menemui saya kerana mahukan teman lelakinya hidup lebih dari 30 hari. Malangnya doktor tersebut tidak percaya dan dia pun tidak pernah memulakan program ini. Beliau kembali ke Amerika dan meninggal 30 hari kemudian. Ini adalah sekadar beberapa contoh orang-orang yang tidak akan atau tidak dapat mengikuti program ini, Atau mereka tidak berada dalam mengenai program vitamin ini cukup lama.  Saya juga mendapati bahawa mereka mesti berada dalam program ini sekurang-kurangnya dua bulan sebelum mula bekerja. Ini adalah “pseudocontrols” saya.


 


Manakala seramai 101 pesakit yang lain yang berada dalam program ini sekurang-kurangnya dua bulan .Beberapa orang melanjutkannya hingga bulan ke tiga atau ke empat.Secara purata kebanyakka mereka berada selama 2 bulan dalam program ini. Saya telah digalakkan oleh Linus Pauling untuk mengikuti perkembangan mereka.


 


Selanjutnya berikut adalah kaedah yang digunakan olih Dr Hoffer. Ini adalah jenis yang dicatatkan secara sepintas lalu supaya anda memahami komponen2 penting yang perlu diambil bersama Terapi Vitamin C.Untuk maklumat lengkap dan terpeinci sila klik pada fail PDF ini.


 


# Perkara pertama yang perlu ditekankan ialah semangat pesakit untuk terus hidup dan semangat berjuang


# Menghapuskan tabiat permakanan yang pro kanser seperti produk berlemak, gula dan sebagainya


# Namun beliau tidak menghapuskan terus daging yang baik dan ikan


# Beliau menyarankan pengambilan sayuran dan buah2an yang banyak khususnya yang mempunyai nilai yang tinggi Vitamin C.


# Mengambil 12 gram suntikkan sehari Vitamin C


# Mengambil oral Vitamin C 1 sudu teh 3 kali sehari.Jika pesakit tidak mengalami dirhea mereka digalakkan untuk mengambil lebih banyak


# Mengambil vitamin B3 sebanyak dari 500 gram hinga 1500 gram sehari.


# Vitamin B complex sebanyak 50 ke 100 gram


# Vitamin E sebanyak 800 to 1200 I. U.


# Beta Carotene sebanyak 25,000 to 75,000 units .


# Vitamin A


# Folic Acid untuk kanser paru paru dan kanser uterus


# selenium, 200 mcg, 3 kali sehari atau 600 mcg untuk jenis kanser limfoma


# Zinc terutamanya untuk kanser prostat


# calcium-magnesium


 


Maklumat Tambahan


Vitamin C IV disyorkan untuk diambil bersama dadah kioterapi atau sinaran radiasi. Namun ramai doktor tidak mahu melakukannya kerana mereka berpendapat ia menganggu keberkesanan dadah kimo untuk bertindak keatas sel2 kanser. Para penyelidik Vitamin C menyangkal pendapat ini dengan berkata Vitamin C sebenarnya mampu mengurangkan kesan2 sampingan dadah kimo sebaliknya ia berupaya mempertingkatkan keberkesanan dadah kimo itu sendiri memusnahkan sel2 kanser.


 


Satu kajian yang dilakukan di Universiti Calarado Amerika Syarikat menyatakan jika dadah kimo jenis 5 FU digunakan bersama Vitamin C IV ia mampu mengekang percambahan sel2 kanser sehingga 95.5 peratus berbanding 35 peratus jika 5 FU digunakan secara bersendirian. Sementara untuk sinaran radiasi jika digunakan bersama vitamin c iv ia mampu mengekang sehingga 98 peratus percambahan sel2 kanser berbanding 72 peratus jika sinaran radiasi digunakan secara bersendirian.


 


source


*Prasad KN, Kumar A, Kochupillai V & Cole WC. High Doses of Multiple Antioxidant
Vitamins: Essential Ingredients in Improving the Efficacy of Standard Cancer therapy.
Journal American College of Nutrition 18:13-25, 1999


 


Vitamin C biasanya bertindak sebagai antioksida apabila digunakan dalam dos yang lebih rendah. Dalam bidang farmaskologi dos sebanyak 50 hingga 200 gram Vitamin C dalam bentuk iv atau suntikkan akan bertindak sebagai agen pro oksida. Dos yang tinggi ini akan membebaskan hidrogen peroksida yang bolih membunuh sel2 kanser. Sementara sel2 yang sihat mempunyai enzim katalase yang berfungsi mendetokfikasikan hidrogen peroksida. Sel2 kanser mempunyai tersangat kurang katalase dengan itu ia tidak dapat mendetokfikasikan hidrogen peroksida . Ini akan mengakibatkan sel2 kanser mati sementara sel2 yang sihat tidak terjejas.


 


Vitamin C berupaya mengawal leukemia jenis myelocytic dengan 25-30 gram diambil secara oral setiap hari.  Dengan pengambilan dari 100 gram hingga 300 gram sehari jenis suntikkan selama 2 ke 3 bulan ia mampu merawat pelbagai jenis kanser maglinan.


source


 


Frederick R. Klenner, M.D


Pengambilan Vitamin C dan Vitamin B17


Dr Frederick R Klemmer MD berpendapat dengan mengunyah biji aprikot pahit sebanyak 30 hingga 40 biji sehari akan menghasikan cyanide yang mencukupi untuk membunuh sel2 kanser manakala Vitamin C akan berperanan melindungi badan ( dengan menukarkannya kepada asid perut ) dari gejala2 yang ditimbulkan olih ketoksidan cynide.Namun doktor2 alternatif kanser di hospital Mexico berpandangan penggunaan Vitamin C IV bersama suntikkan leaterile adalah pemangkin kepada keberkesanan Leaterile dalam misi membunuh sel2 kanser terutamanya yang berkaitan dalam memperteguhkan sistem imun.


 


 


Jenis Vitamin C yang terbaik


 


Perlu diketahui terdapat pelbagai jenis Vitamin C iv dengan pelbagai jenama. Masaalahnya terdapat dengan banyaknya dalam pasaran jenis2 vitamin C samada yang diambil melalui suntikkan dan yang diambil secara oral diperbuat dari sumber2 yang diubah secara genetik. Jenis ini tidak berkesan untuk merawat kanser dan ia akan dilupuskan kedalam pundi kencing. Pengambilan pada jangkamasa panjang dan dalam kuantiti yang banyak akan menyebabkan terjadi gejala batu karang. Saya mencadangkan Vitamin C IV yang diimpot dari Germany, France atau Eropah kerana negara2 ini telah mengharamkan penghasilan produk2 yang diubahsuai genetiknya. Negara Jepun juga mempraktikkan peraturan yang sama. Jika anda ingin membeli vitamin C jenis yang dimakan atau diminum, ekstrak dari ubi kayu adalah yang terbaik.


 


nota


Untuk langkah pencegahan dari keujudan batu karang ( walaupun jarang berlaku jika menggunakan jenis vitamin c yang tidak diubah genetiknya )mereka mencadangkan pengambilan magnesium oxide (300mg dan vitamin B6 10mg secara oral


 


Dosage Vitamin C IV


 


Dosage permulaan yang dicadangkan olih ramai pakar2 Vitamin C iv adalah sebanyak 15 gram 1 atau 2 kali seminggu.Terdapat pendapat lain yang mengatakan apabila anda memulakan kaedah vitamin C iv anda tidak bolih berhenti sehingga anda disahkan telah bebas dari kanser. Rasional pendapat ini ialah jika anda berhenti mengambil dos vitamin C sel2 kanser akan berusaha membina imuniti terhadap vitamin C.Saya berpandangan adalah baik anda memulakan dengan mengambil 3 gram setiap hari secara berterusan ditambah dengan pengambilan vitamin C jenis oral.


 


Jenis kanser yang bermestasis ke paru paru dan hati mereka mencadangkan pengambilan sehingga 30 gram 1 atau 2 kali seminggu.Untuk jenis kanser renal carcinoma juga disarankan dengan dosage yang sama.


 


Jenis kanser payudara yang bermestasis ke tulang disarankan untuk mengambil sehingga 100 gram 1 atau 2 kali seminggu.


…akan dikemaskini….


Intravenous vitamin C cancer therapy Reprint – Orthomolecular Medicine News Service, April 14, 2011


INTRAVENOUS VITAMIN C AS CANCER THERAPY:

Free Access to Twenty-One Expert Video Lectures Online

Scientists have long studied the effects of mega-doses of vitamin C to treat a wide variety of illnesses and diseases. Research documents vitamin C as one of the best antiviral agents available. Vitamin C has been shown to neutralize and eliminate a wide range of toxins, and to enhance host resistance,  greatly augmenting the immune system’s ability to neutralize bacterial and fungal infections. Most importantly, there is extensive published research demonstrating vitamin C’s anti-cancer properties. (1)


 


In the 1970s, Hugh D. Riordan, M.D. and colleagues began studying the underlying causes of cancer and ways to treat cancer in a non-toxic fashion. From this research came the Riordan Intravenous Vitamin C Protocol for Cancer. (2) This protocol is widely recognized in the integrative and orthomolecular medicine community and is commonly used as an effective adjunct to conventional oncologic therapy.


 


Oncologist Victor Marcial, M.D., has experience using it. He says: “We studied patients with advanced cancer (stage 4). 40 patients received 40,000-75,000 mg intravenously several times a week. . . In addition, they received a diet and other supplements. The initial tumor response rate was achieved in 75% of patients, defined as a 50% reduction or more in tumor size. . . As a radiation oncologist, I also give radiation therapy. Vitamin C has two effects. It increases the beneficial effects of radiation and chemotherapy and decreases the adverse effects. But this is not a subtle effect, is not 15-20%, it’s a dramatic effect. Once you start using IV vitamin C, the effect is so dramatic that it is difficult to go back to not using it.” (3)


 


In 2009 and 2010, Riordan IV-C and Cancer Symposiums brought together medical professionals, researchers and IV-C practitioners from the United States and abroad. The latest advancements in intravenous vitamin C cancer therapy were presented in detail, recorded on video, and are now available for free access at http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2009.shtml (twelve lectures) and


http://www.riordanclinic.org/education/symposium/2010.shtml (nine lectures)


 


OMNS readers are urged to have their physicians (especially oncologists) watch these important presentations.


 


KEPERLUAN VITAMIN C


 


Vitamin C tidak terbina atau dihasiLkan olih badan kita,walaupun keperluan kepadanya agak mendesak.Manusia tidak seperti sesetengah haiwan yang membina sendiri keperluan Vitamin C dalam badan mereka.Olih itu manusia mendapatkan Vitamin C dari makanan.


 


Antara simptom2 berlaku akibat kekurangan Vitamin C ialah seperti kerap terjadi pendarahan dan bengkak gusi mudah diserang selsema atau terkena jangkitan bakteria, kulit kekeringan


rambut kekeringan /pecah/gugur, pendarahan hidung dan gejala yang paling teruk adalah penyakit scurvy yang dibincangkan diatas.


 


Ia juga kerap dikaitkan dengan penyakit tekanan darah tinggi yang berkaitan dengan serangan “stroke”. Mungkin ramai di antara kita berpendapat penyakit osteoporosis ( kereputan tulang ) sering dikaitkan dengan kekurangan kalsium menyebabkan industri pembuatan susu mengaut keuntungan daripadanya. Namun beberapa kajian terkini membuktikan pengambilan susu berkalsium tinggi tidak menyumbang kepada pembinaan tisu tulang. Malah para doktor sering mengelirukan kita dengan membekalkan jenis dadah2 yang bermasaalah umpamanya bisbhosphonates yang kononnya untuk mengatasi masaalah kereputan tulang. Namun kajian terbaharu ia mungkin sahaja bakal menyumbang kepada berlakunya masaalah kanser. SUMBER.


 


 


Pakar2 nutrisi berpendapat sekiranya anda mengambil terlalu banyak kalsium ia hanya mendatangkan risiko kepada penyakit2 berkaitan jantung kerana kalsium secara bersendirian akan hanya melekap kepada otot2 jantung,arteri dan saluran2 darah yang mengakibatkan terjadi kerak pada bahagian dalam saluran darah yang menyumbang kepada masaalah penyakit jantung.


Sebaliknya mereka berpendapat diet biasa yang anda ambil telah memadai untuk keperluan kalsium jika ianya diserap dengan betul olih bahagian yang memerlukannya umpamanya tulang dan tulang rawan ( bone morrow ). Apa yang diperlukan adalah anda mempunyai cukup Vitamin C, Vitamin D3 dan Vitamin K2 , badan akan meletakkan kalsium pada tempat yang sepatutnya Vitamin C umpamanya berfungsi memperkayakan tulang dengan mineral dan merangsang percambahan tisu tulang, menghalang kemusnahan terlalu banyak tisu dengan mengaktifkan sel2 penyerap tisu tulang


Peredam ( dampers ) kepada proses stress oksidatif yang berkaitan dengan penuaan


 


Vitamin C adalah penting dalam proses sintesis kolagen. Kajian telah menunjukkan bahawa pesakit kepatahan tulang yang terdiri dari gulungan tua mempunyai jauh lebih rendah tahap vitamin C dalam darah mereka daripada orang-orang yang tidak mempunyai gejala patah.


“our findings might indicate that a reduced serum concentration of ascorbic acid could be a part of a general nutritional insufficiency in several patients with hip fracture.” - source


 


 


Keperluan Vitamin C mengikut umur dan sumber makanan yang kaya dengan Vitamin C


 


Table 1: Recommended Dietary Allowances (RDAs) for Vitamin C [8]
Age
Male
Female
Pregnancy
Lactation
0–6 months
40 mg*
40 mg*
7–12 months
50 mg*
50 mg*
1–3 years
15 mg
15 mg
4–8 years
25 mg
25 mg
9–13 years
45 mg
45 mg
14–18 years
75 mg
65 mg
80 mg
115 mg
19+ years
90 mg
75 mg
85 mg
120 mg
Smokers
Individuals who smoke require 35 mg/day
more vitamin C than nonsmokers.

* Adequate Intake (AI)

Table 2: Selected Food Sources of Vitamin C [12]
Food
Milligrams (mg) per serving
Percent (%) DV*
Red pepper, sweet, raw, ½ cup
95
158
Orange juice, ¾ cup
93
155
Orange, 1 medium
70
117
Grapefruit juice, ¾ cup
70
117
Kiwifruit, 1 medium
64
107
Green pepper, sweet, raw, ½ cup
60
100
Broccoli, cooked, ½ cup
51
85
Strawberries, fresh, sliced, ½ cup
49
82
Brussels sprouts, cooked, ½ cup
48
80
Grapefruit, ½ medium
39
65
Broccoli, raw, ½ cup
39
65
Tomato juice, ¾ cup
33
55
Cantaloupe, ½ cup
29
48
Cabbage, cooked, ½ cup
28
47
Cauliflower, raw, ½ cup
26
43
Potato, baked, 1 medium
17
28
Tomato, raw, 1 medium
17
28
Spinach, cooked, ½ cup
9
15
Green peas, frozen, cooked, ½ cup
8
13

 


 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.