Sabtu, 12 Januari 2013

Pokok Selasih


Pokok Selasih

SAWAH LEBAR – Siapa menyangka, Kuala Pilah menjadi perintis kepada pengeluaran tanaman pokok selasih di seluruh Malaysia bertempat di Sawah Lebar. Dengan keluasan 1.6 ­hektar, benih pokok selasih ­diimport dari India dan mula dikomersialkan pada awal ­tahun ini. Pengusaha, Mohd Adze­nam Ismail berkata, dia menceburi bidang pertanian berasaskan herba sejak 2010. Menurutnya, buat masa ini, mereka telah berjaya menghasilkan tanaman teh herba dan jus yang berasaskan selasih dan ‘mahkota dewa’. “Produk berkenaan telah diuji kaji di makmal Institut Penyelidikan Piawaian dan Perindustrian Malaysia (Sirim) untuk ­di­ana­lisis bahan kimia serta kandungan nutrisi.

“Atas minat sama, pihak Kumpulan Pensyarah Pro­gram Diploma Bioteknologi Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dari Kolej Universiti Islam Melaka (Kuim) bersama Perbadanan Bioteknologi Me­laka (PBM) akan mengkaji serta melakukan penyelidikan berhubung pokok Selasih,” katanya selepas lawatan Adun Senaling, Datuk Ismail Lasim ke tapak ­ tanaman selasih, dekat sini. Mohd Adzenam berkata, hasil lawatan pihak Kuim, satu perjanjian telah dilakukan ­untuk menjadikan pokok selasih sebagai lokasi utama projek kajian mereka bagi menghasilkan produk kesihatan.

“Pokok selasih ini mem­punyai banyak khasiat terutama untuk bahagian sistem ­per­nafasan diri kita. Bagi yang memiliki penyakit seperti asma, resdung, paru-paru ­berair dan batuk boleh minum air herba selasih ini.
“Ini kerana, biji selasih ­dipercayai dapat menghilangkan dahaga dan menyegarkan serta mengembalikan tenaga. Selain itu, pokok selasih ­dipercayai mempunyai unsur-unsur penenang (anti-stress), anti oksida bagi membantu meningkatkan sistem imunisasi badan,” katanya.

Katanya, NR Herbal Sanctum Enterprise ditubuh­kan bagi menyahut saranan pihak kerajaan untuk ­men­ceburi dan membangunkan industri herba masyarakat Melayu. “Salah satunya dengan memperkasakan tanaman selasih sebagai rawatan ­alter­natif dengan bantuan dan kepakaran bioteknologi. “Saya bukan sahaja mengusahakan pokok selasih atau bahasa saintifiknya Ocimum Sanctum tetapi juga ­ menanam Kancing Baju iaitu Biden Pilosa bermula April 2011. “Tanaman itu ­diusahakan tanpa guna racun serangga,” katanya. Dalam pada itu, Mohd Adzenam menzahirkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Pertanian Kuala Pilah kerana memberikan bantuan menaiktarafkan infrastruktur ladangnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.