Sabtu, 12 Januari 2013

Akibat PFC di sekeliling rumah


Akibat PFC di sekeliling rumah

Kajian menunjukkan bahan kimia yang dijumpai dalam rumah berkaitan dengan menopaus awal. Wanita yang mempunyai tahap tertinggi bahan kimia dalam badan mereka akan melalui perubahan hormon lebih cepat berbanding wanita yang tahap bahan kimia rendah.

Penyelidik melaporkan, bahan kimia jenis pemfluoridaan atau PFC boleh ditemui di setiap persegi rumah. Ia dihirup melalui debu atau wap, atau dimakan dalam makanan dan telah dikaitkan dengan barah tiroid, masalah sistem imun dan penyakit jantung.

Selain itu, ia juga dipercayai mampu bertindak sebagai pengganggu hormon estrogen dalam badan wanita. Penyelidikan yang dilakukan terhadap 26,000 wanita di Amerika Syarikat mendapati, kebanyakan mereka yang melebihi umur 42 tahun didapati mempunyai tahap PFC tertinggi dalam badan dan mempunyai menopaus awal serta tahap konsentrasi hormon estrogen yang lebih rendah. sinar

Psst : Patutlah sekarang banyak orang mandul, banyak bayi lahir cacat, banyak bayi mati dalam perut dsbnya ... Habis kalau orang yang nak bunuh anai anai dalam rumah dan gali lubang lalu dibubuh racun dalam lubang itu bagaimana? Tidakkah seisi rumah akan terdedah kepada racun anai anai itu? Mereka beri jaminan bahawa 5 tahun anai anai tidak berani panjat rumah sebab anai anai tak larat nak duduk di tempat yang sudah dibubuh racun tu ... Tetapi bagaimana dengan bayi, orang gaji dan warga tua terlantar yang 24 jam kerja mereka duduk dalam rumah? Kalau anai anai tak sanggup duduk di sana, apa akan jadi kesan jangka panjang pendedahan racun anai anai ini kepada manusia???

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.