Jumaat, 8 Mac 2013

Lembah Kelang oh Lembah Kelang


Lembah Kelang oh Lembah Kelang

Semakin hari, semakin ramai penduduk di Lembah Kelang. Harga rumah semakin melambung dan tidak pernah harganya menjadi semakin murah ( kecuali rumah lelong atau rumah ada masaalah )!!! Adakah anda suka tinggal di Lembah Kelang?

Kelihatan motor RXZ, 125Z, RXS menyusuri pekan pekan besar di Lembah Kelang!!! Motor dengan asap pencemar sebegini masih berleluasa berkeliaran di Lembah Kelang dan tiada siapa yang ambil peduli. Motor motor 2 lejang telah lama tiada di negara asalnya iaitu Jepun!!! Tetapi rakyat di negara ini masih megah menggunakannya dan sanggup berbelanja besar pula memperbaiki motor 2 lejang yang telah kondem di belakang rumah !!!!! Asap yang dikeluarkan sangat banyak dan melanggar peraturan kawalan alam sekitar Eropah (Malaysia ada ke peraturan ini? Kalau ada, kenapa motor pencemar sebegini masih berkeliaran ya? )!

Geografi Lembah Kelang berbentuk kawah iaitu melengkung di tengah2. Ini menyebabkan bahan pencemar seperti phtalate, BPC, VCM, BPA, arsenik, plumbum dan raksa yang keluar dari asap kenderaan sukar dilupuskan. Bilangan pokok pula ditebang secara berleluasa dan mengurangkan lagi paru paru semulajadi bumi di Lembah Kelang. Mana mana phtalate, BPC, VCM, BPA, arsenik, plumbum dan raksa yang terlolos ke anak sungai pula .... ada pam besar loji air penyedut di hilir sungai bagi menyedut air untuk bekalan minuman ke rumah anda !!! Pembangunan perumahan sangat pesat sedangkan kapasiti pengeluaran bekalan air minum pula telah sampai ke takat maksimum !!! Masaalahnya, mampukah bekalan air minum ini dirawat sepenuhnya?

Manusia di Lembah Kelang tidak kisah membeli rumah dengan harga yang tidak masuk akal. Letaklah rumah 20 x 70 sebanyak RM700,000 atau RM800,000 pasti ada saja pembelinya !!! Kononnya carilah Lokasi! Lokasi! Lokasi! sebelum mereka beli rumah bagi memastikan terdapat penyewa dan mereka boleh buat bisness rumah sewa pula!!! Susah untuk mencari perumahan kos rendah bagi warga miskin di Lembah Kelang.

Perumahan yang tidak terkawal akan menyesakkan lagi penduduk di KL dan menyumbangkan kepada kesesakan di Lembah Kelang. Begitu juga tol tambah menyesakkan lagi keadaan Lembah Kelang! Dibantu dengan jaringan pengangkutan awam yang sangat sedikit dan tidak wajar menyumbang kepada kesesakan. Kerajaan seolah olah seperti suka menjadikan rakyat menggunakan kereta kerana kerajaan dapat cukai yang tinggi, petrol akan terpaksa dibeli dan tol akan dimasuki. Ini belum kira pendapatan kerajaan hasil dari saman AES lagi!!! Tidak ubah rakyat diperlaku umpama ayam daging atau lembu susu yang boleh dituai hasilnya pada setiap masa !!! Sungguh menyedihkan sama sekali.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.