Jumaat, 8 Mac 2013

Raksa


Raksa

Raksa adalah logam berat yang terdapat secara semulajadi di dalam udara, air dan tanah! Ia boleh ujud dalam berbagai bentuk iaitu sebagai unsur atau sebagai logam raksa, raksa organik atau sebatian raksa bukan organik. Pendedahan raksa kepada manusia boleh berlaku melalui makanan, sedutan nafas dan sentuhan kulit.

Sistem saraf pusat amat sensitif kepada apa saja bentuk kejadian raksa. Pendedahan raksa secara berpanjangan boleh merosakkan otak, buah pinggang dan mencacatkan bayi dalam kandungan. Menurut USEPA, mercuric chlorida dan methyl mercury boleh menyebabkan barah!

Tanda tanda keracunan raksa adalah seperti perubahan tingkah laku, perubahan emosi, perubahan deria sentuhan, perubahan tindakbalas manusia dan boleh melemahkan otot serta tubuh badan.

Malangnya, kadang kadang raksa mungkin boleh didapati hadir terdapat pada serbuk makanan! Mungkinkah serbuk makanan kering dsbnya mengandungi raksa?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.