Jumaat, 8 Mac 2013

Cadmium


Cadmium

Cadmium adalah logam berat yang terdapat secara semulajadi di dalam tanah! Cadmium adalah logam berat yang tidak berbau dan tiada rasa! Ia memasuki tubuh melalui asap rokok, meminum air atau makanan yang mengandungi cadmium atau menafas dalam udara yang mengandungi kadmium!

Kadmium susah untuk memasuki badan melalui kulit! Logam Cadmium menyebabkan sakit perut, loya dan muntah! Pendedahan Cadmium secara berpanjangan boleh merosakkan paru paru dan buah pinggang! Kadmium menyebabkan lemah tulang (osteomalacia), reput tulang atau tulang rapuh (osteoporosis). Logam Cadmium menyebabkan kurang darah (anemia), gigi berwarna, dan hilang deria bau! Logam Cadmium atau sebatiannya boleh menyebabkan barah ( carcinogenic agent ) !!!

Malangnya, kadang-kadang Logam Berat Cadmium mungkin boleh kedapatan hadir terdapat pada makanan2 kering! Adakah makanan kering seperti sotong kering atau rumpai laut kering dsbnya mengandungi Cadmium?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.