Jumaat, 8 Mac 2013

Al-Quran untuk Merawat kanser


Ayat-Ayat Al-Quran untuk Merawat kanser

 

Saya percaya kaedah terbaik untuk mengubati sesuatu penyakit haruslah melibatkan aspek-aspek fizikal mahupun spiritual. Ini adalah kerana aspek-aspek spiritual juga memainkan peranan dalam meningkat atau menurunkan kekebalan sistem imunisasi seseorang itu.

Ramai diantara pesakit kanser yang saya kenali pernah menyatakan bahawa stres atau tekanan hidup menjadi antara penyebab sakit kanser. Ini adalah kerana apabila seseorang itu mengalami stres, sistem imunisasinya menjadi lemah. Dengan itu seseorang akan lebih mudah terkena penyakit. Pakar onkologi juga mengakui biasanya pesakit kanser mengalami stres 8 bulan sebelum mereka didiagnosa mendapat kanser !!

Menggunakan ayat-ayat Al-Quran merupakan salah satu cara spritual yang anda dapat cuba dalam mengubati sesuatu penyakit. Gabungan cara fizikal seperti kawalan diet, senaman, cara hidup dengan cara spritual seperti penggunaan ayat-ayat al-Quran, dengan izin Allah, pesakit akan sembuh dengan lebih cepat.

Berikut ialah beberapa ayat-ayat Al-Quran yang dapat digunakan bagi merawat kanser yang dipetik daripada website 1khalifah.

Untuk mengecilkan sel-sel kanser : Surah Thahaa 105-107 (baca 7 x)

Untuk membunuh sel-sel kanser
1. Surah Al Qalam : 1-5
2. Surah Al Qalam : 16 - 20 (baca 7 x , ulang ayat ke 20 - 20 x)

Untuk sembuh dari kanser
1. Al Fathihah
2. Al Baqarah 1-5, 163-165, 255-257, 285-286
3. Ali Imran 1-5, 18, 26-27
4. Al A'raf 54-56, 117-119
5. Yunus 80-81
6. Thahaa 65-69
7. Mukminun 115-118
8. As-Shaafaat 1-15
9. Al Rahman 31-34
10. Al Hasyr 21-24
11. Al Mulk 3-4
12. Al Qalam 3-4
13. Al Jinn 3
14. Al Kafirun
15. Al Falaq
16. An Nas

Bacalah kesemua ini pada air untuk diminum dan dibuat mandian. Sebaik-baiknya gunakanlah air mineral atau air zam-zam untuk air minuman. Ini adalah kerana air zam-zam mempunyai sifat antioksida yang tinggi. Sila googlekan artikel berkenaan keajaiban air zam-zam.

Bacalah kesemua ayat dengan betul tajwid dan tartilnya serta yakin bahawa Allah dapat menyembuhkan penyakit anda. Allah jua yang berkuasa atas segalanya, Allah Maha Penentu, Maha Tempat minta tolong dan perlindungan, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Disamping itu anda juga disarankan untuk membaca Doa Nabi Yunus, Bismillah 5, Doa Nabi Ayub , ayat-ayat Syifa serta perbanyakkanlah beristigfar.

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.