Ahad, 9 Oktober 2011

Harga Nikotin


Harga Nikotin

Merokok sebenarnya perbuatan menghisap 4200 jenis bahan kimia ke dalam paru-paru. 200 daripada bahan kimia ini adalah berbahaya kepada kesihatan. Manakala 63 jenis lagi adalah kimia yang terbukti benar-benar boleh menyebabkan barah paru-paru. Justeru itu, majlis fatwa kebangsaan telah mengharamkan perbuatan merokok (jika tak silap, diharamkan dalam tahun1998).
Pelaksanaan gambar ngeri pada kotak rokok gagal membendung ketagihanmerokok. Pelaksanaan menaikkan harga juga gagal membendung ketagihan kepada rokok. Fatwa Kebangsaan juga gagal membendung sikap ketagihan masyarakat kepada rokok. Merokok itu haramkerana ia memudaratkan kesihatan manusia. Insan lain yang menyedut asap rokok pasif / asap terpakai juga tidak terlepas dari bahaya merokok. Itulah sebabnya Majlis Fatwa mengharamkan perbuatan merokok.
Sheikh Abdul Aziz Abdullah bin Bazz ; Pengerusi Jawatankuasa Tetap Akademi Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi, “Memandangkan bahaya yang berpunca daripada tembakau, maka merokok diputuskan sebagai haram.”
Ulama Al Azhar lujnah Fatwa di Al Azhar mengeluarkan fatwa menghisap rokok berbunyi ; “Kami berpendapat haram merokok, mengimportnya, mengeluarkannya dan menjalankan perniagaan di dalamnya.”
Dr Nasr Farid Wasil Fatwa oleh Bekas Mufti Mesir ; “menghisap rokok adalah haram dalam Islam.”
Sheikh Gadul Haq Ali Gadul Haq, Imam Besar Masjid Al Azhar ; “Adalah cukup jelas, lambat laun merokok dalam bentuk dan tujuan apapun akan merosakkan kesihatan dan merugikan wang perokok. Ia juga menjadi punca pelbagai penyakit. Justeru itu, berasaskan bukti berkenaan, merokok mestilah diharamkan.”


Al Quran : Maka makanlah olehmu rezeki yang baik-baik daripada Kami. Janganlah kamu berbuat kerosakan dan kemudaratan di muka bumi. Mudah-mudahan kamu berfikir.
Islam menekankan kepada setiap umatnya agar memelihara kesihatan jasmani dan rohani. Setiap benda atau perkara yang mendatangkan kemudaratan dan musibah kepada manusia adalah haram seperti Al Baqarah Ayat 195 : Janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke dalam kebinasaan.
Menaikkan harga rokok sebenarnya telah membebankan golongan miskin yang pendapatannya tidak seberapa. Yang untung hanyalah si pengutip cukai. Sekiranya kita benar-benar bersungguh mahu gejala merokok dibendung, perkara yang perlu dilakukan oleh pemerintah adalah mengurangkan kandungan nikotin dalam rokok seminima yang mungkin. Ini hanya dapat dicapai melalui perlaksanaan serta penguatkuasaan Akta dan Peraturan oleh pemerintah. Hanya Pengurangan nikotin dalam rokok sahaja yang akan membantu seseorang perokok berhenti merokok. Pemerintah sepatutnya menetapkan paras ambang nikotin yang dibenarkan  dalam rokok semenjak lama dahulu jika benar-benar mahu perokok berhenti merokok. Walaupun demikian, bagi perokok yang mampu berhenti semata-mata kerana kesungguhan, iltizam dan keimanan mahu berhenti, itulah antara perkara yang sangat-sangat terpuji di sisi Allah dan sangat wajar dilakukan oleh mereka yang masih merokok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.