Ahad, 9 Oktober 2011

Herba Dalam Pasu

Herba yang hidup dalam pasu

Sekiranya anda duduk di apartment atau flat yang tinggi, janganlah risau. Masih ada kaedah tanaman dalam pasu untuk anda mengusahakan kebun miniberasaskan dalam pasu. Sekiranya anda proaktif, anda boleh berbincang dengan pihak pengurusan apartment / flat bagi menggunakan kawasan lapang di atas bumbung. Berhati-hati dengan penanaman di kawasan pendaratan helikopter atas bangunan kerana ia tidak dibenarkan. Berikut disertakan tanaman herba yang boleh hidup dalam pasu:
1.    Hempedu Bumi
2.    Sambung Nyawa
3.    Kunyit Kuning / Hitam / Putih / Ungu
4.    Mahkota Dewa
5.    Tenggek Burung
6.    Ulam Raja
7.    Keembung
8.    Bunga Raya
9.    Mas Cotek Jantan & Betina
10. Semambu (Pasu Besar)
11. Pecah Kaca
12. Petawali
13. Mengkudu
14. Tujuh Bilah (Cak Sim Sam)
15. Pegaga
16. Misai Kucing
17. Beluntas
18. Selom
Nota:
Walaubagaimana, pun herba yang mempunyai ubi atau Rizom, seperti kunyit dsbnya, perlukan pasu besar. Tanahnya pula perlu ditukar selalu atau setiap 6 bulan. Jika tidak ia akan menjadi kurang subur, daunnya menjadi hidup segan mati tak mahu sebab rizom cenderung menjadi busuk di dalam pasu. Perkara sebaliknya berlaku sekiranya ditanam di tanah yang luas.
Baja  organik tahi ayam asli biasanya tidak membunuh tumbuhan tetapi baja berunsurkan bahan kimia boleh membunuh tumbuhan. Gunakan 3 butir baja kimia sahaja bagi sepasu pokok. Letak baja kimia jauh dari akar pokok dan siram selalu.
Sekiranya tuan puan punya pengalaman, pembetulan, penambahbaikan atau pengetahuan yang boleh kita kongsikan bersama, izinkan saya memohon tuan/puan menyatakannya di ruangan komen. Didahului dengan ucapan berbanyak Terima Kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.