Ahad, 9 Oktober 2011

Khasiat Minyak Kelapa Dara



Khasiat Minyak Kelapa Dara

Khasiat Minyak Kelapa Dara adalah banyak. Ia bersifat antibarah, anti-virus dan anti-bakteria. Minyak Kelapa Dara juga mengandungi asid Laurik yang tinggi. Isirung kelapa mengandungi fiber, lemak, vitamin B, C dan E. Selain itu, isirung mengandungi Kalsium, Magnesiam, Zat Besi,Zat Potasiam danZat Zink.Hampir Lima Puluh Peratus dari lemak tepu minyak kelapa terdiri dari asid Laurik yang bersifat melawankuman (bakteria), melawan virus dan melawan kulat. Asid Laurik mampu membunuh virus hepatitis C, virus HIV, virus Epstein Barr, virus Kayap (virus herpes),virus campak (virus measles),virus sitomegalo,virus leukemia, virus influenzadsbnya. Lemak minyak kelapa adalah berantaian sederhana. Lemak minyak kelapa lebih senang diserap usus jika dibandingkan dengan jenis minyak lain. Berbeza dengan minyak sayuran jenis lain, minyak kelapa dara juga lebih senang dihadamkan oleh perut manusia. Diperhatikan, minyak kelapa dara dapat membunuh kuman Helicobacter Pylori sejenis bakteria penyebab penyakit gastrik. Jika kuman Helicobacter Pylori berada berpanjangan dalam perut, ia boleh menyebabkan barah perut! Itulah sebabnya di negara Jepun, penduduknya wajib menjalani gastrocopy ( teropong boleh lentur dimasukkan ke dalam perut ) sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Diperkatakan orang, tabiat memakan ikan salai (smoke fish) menyumbang kejadian barah perut di Jepang!
Diceritakan juga tabiat memakan makanan panggang seperti sate, ikan / ayam panggang atas api menyumbang kepada barah perut kerana lapisan hitam karbonhangus itu bersifat karsinogenik (carcinogen = bahan penyebab barah)!Terdapat juga rakan yang mendedahkan ada peniaga yang berkonsepkan keuntungan, menyembur ridsect, baygon, mortein, shelltox, fumakilla atau racun serangga jenis lain ke permukaan ikan masin yang dijemur menyebabkan lalat, lipas, ulat, tikus dsbnya tidak berani merosakkan ikan masin ini! Jika dakwaannya benar, maksudnya anda semua akan mendapat kesan terkumpul ( cumulative effect) racun dalam badan akan bertambah banyak jika anda selalu memakan ikan masin. Tidak hairanlah sekarang, semakin ramai orang mendapat barah usus dan barah hati! Terdapat juga keratan akhbar di PPUKM Cheras yang mengatakan barah usus mungkin disebabkan oleh memakan ikan masin atau ikan jeruk walaupun kenyataan ini belum dapat dibuktikan! Perhatikanlah bahawa, semasa anda membeli ikan masin di pasar, berapa ekor lalat yang berani hinggap di atas ikan masin ini? Justeru perlu sangatlah Jabatan Kesihatan membuat persampelan makanan ke atas ikan masin bagi menyangkal dakwaan ini.
Asid Laurik dari minyak kelapa dara sebenarnya senang diserap oleh usus. Berbeza dengan minyak jenis lain, ia senang dibakar bagi ditukarkan menjadi bentuk tenaga!  Asid Laurik sebenarnya mampu menyebabkan seseorang insan menjadi lebih kurus!Di Filipina, sesiapa yang selalu menggunakan minyak kelapa dara diperhatikan menjadi lebihawet muda, lebih tahan penyakit serta berumur lebih panjang!Filipina sebenarnya mempunyai kelapa yang sangat berkualiti. Isirungnya tebal dan lebih banyak santan. Ia mengandungi khasiat vitamin danminyak yang lebih banyak dari kelapa di negara kita. Sebagai bukti, kelapa matag adalah baka kelapa kahwin antara kelapa tempatan dengan kelapa Filipina. Ia mempunyai santan lebih banyak dan isirung lebih tebal. Airnya juga banyak. Benih Kelapa Matag juga lebih mahal dari anak benih kelapa hijau & kelapa mawar. Kelapa Matag sesuai untuk dibuat kelapa bagi tujuan industri. Di Pulau Sri Langka pula, diperhatikan bahawa penduduknya mempunyai jangka hayat lebih panjang kerana mereka selalu memakan minyak kelapa dara. Kadar serangan jantung juga adalah kurang di Pulau Sri Langka! Sesiapa yang selalu mengamalkan memakan minyak kelapa dara akan mendapati bahawa kolesterol baik (HDL) akan tinggi manakala paras kolesterol jahat (LDL) pula akan menjadi rendah. Ini petunjuk yang baik kerana ia melindungi dari atherosclerosis atau penumpatan saluran darah di saluran koronari (coronary arteries) yang boleh membawa serangan jantung mengejut !

Alamat Penjual:- ( Dinasihatkan anda mendapatkan minyak kelapa dara yang dijual menggunakan botol kaca kerana jika mengguna botol plastik, kandungan racun dari plastik boleh menyerap masuk ke dalam minyak).
1.   CocosHavana Virgin Coconut Oil, Mutiara Dinamik, No 159 -163, Jalan E.P 6, Melaka halal Hub, Serkam 77300, Merlimau Melaka – Tel: 06 -2634771 www.cocoshavana.com


1.   Akrab Enterprise  = Akrab b Hassan   hp : 019 496 6927
Batu 14 ½ , Teluk Bakong, 32900 Lambor Kanan, Perak DR.


1.   Roymas Enterprise / Suraya Enterprise, Parit 1, Kampung Pengkalan Daun, 36000, Chenderung Balai Perak. Tel: 05-5134721 ; 019-461 1128 ;
013 5179 614 ; 013 5134 721

Hasrat Rantau Malaysia Sdn Bhd, 72, Kg Ulu Gentam, 72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Tel: 06 481 2107
 
 

Nota: Sekiranya terdapat kesalahan dalam catatan ini dipinta segera tuan / puan membetulkannya. Sekiranya tuan / puan tahu kaedah @ cara rawatan atau alamat penjual yang lain, dipersilakan tuan tambah alamat penjual diruangan komen. Semoga usaha saudara semua Allah jua yang dapat membalasnya.

1 ulasan:

  1. Klapa Biotech Kajang Utama, Kajang hp 012 5849 531

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.