Sabtu, 6 Julai 2013

Khasiat Labu Kayu



Nama Saintifik:
Cinchona succirubra Pav. Ex Klotzsch
Sinonim:
Cinchona pubescens Vahl, Cinchona cordifolia Mutis
Kegunaan:
Rawatan untuk malaria, demam, sebagai tonik, astringent, sakit urat, lemah tubuh badan, sebagai serbuk dalam ramuan ubat gigi dan melegakan sakit tekak. Namun, dos yang tinggi boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kehilangan pendengaran.
Sebagai racun semulajadi penghalau serangga seperti semut dan lain lain.

 


Labu kayu mempunyai kulit yang keras seakan kayu dan bulatnya sebesar buah labu. Jika dilihat isi dalamnya yang bewarna putih tidaklah seperti buah labu pun dan pokoknya pula pun tidak seperti pokok labu. Ini kerana pokoknya besar dan buahnya terdapat pada dahan-dahan utama. Memang unik !!

Daripada kaji selidik terhadap orang ramai, masyarakat cina lebih mengenali buah ini dari segi kegunaan dan khasiatnya. Mereka menggunakannya air rebusan buah tersebut bagi mencuci usus atau perut. Caranya ialah merebus buah tersebut termasuk kulit dan isinya sekali selama 1-2 jam. Kulitnya perlu diketuk bagi memudahkan proses rebusan. Ia boleh diminum untuk kesihatan seisi keluarga. Daripada maklumbalas, setelah air rebusan diminum,  anda akan kerap ke tandas dan diikuti secara bergilir-gilir dengan ahli keluarga anda.

Daripada kaji terhadap kaum melayu pula, kebanyakan mereka biasa menjumpai pokok buah ini dan ada juga yang ditanam di halaman rumah, tetapi sayang mereka tidak tahu menggunakannya.  Yang menariknya, ada yang menjadikannya sebagai bola bowling dan ada yang terlebih kreatif menjadikannya sebagai ‘helmet‘.

 

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.