Ahad, 1 Januari 2012

Vaksin Merosakkan otak anda

Vaksin Merosakkan otak anda

Akbar Metro 1 Januari 2012, Ruangan Ekspresi D2 menyatakan terdapat bukti baru mengaitkan vaksin dengan kerosakan saraf dan otak (Neurologi). Terdapat bukti saintifik menyatakan hubungkait penyakit Alzheimer dengan penggunaan vaksin! 

Penerangan lanjut adalah, lama kelamaan, bahan pengawet yang digunakan dalam vaksin boleh merosakkan sistem saraf anda termasuk otak. Kesan-kesan apabila sistem saraf rosak seperti tangan menggigil yakni susah mengenakan butang baju sendiri contohnya Penyakit Parkinsonism. 

Sudah tentu syarikat pengeluar vaksin mengatakan vaksin keluaran syarikat mereka selamat digunakan pada manusia. Apa yang dikesalkan adalah dalam usia semuda satu hari, bayi kecil telah diberi suntikan pelalian Hepatitis B. Lagi sebulan booster dos Hepatitis B. Lagi 6 bulan disuntik booster dos ketiga Hepatitis B.  Setiap 5 tahun perlu disuntik pula booster dos Hepatitis B. Doktor dan jururawat langsung tidak menceritakan kepada anda kesan kesan sampingan yang boleh berlaku akibat suntikan ini. Sebaliknya, anda akan dimarah jika lewat menyuntik bayi anda tidak mengikut jadual yang diberikan mereka. Peliknya, mereka keberatan menyuntik anak-anak mereka sendiri kerana mereka sedia maklum tentang keujudan herd immunity. Sebenarnya, badan anda mempunyai kekuatan tersendiri dalam melawan penyakit. Organ limpa, appendiks, tonsil, adenoids, sum sum tulang semuanya mengeluarkan sel darah putih atau sel sel yang diperlukan bagi menguatkan sistem pertahanan badan anda.

Meningkatkan sistem pertahanan badan adalah cara terbijak dan paling selamat dalam menentang penyakit. Penggunaan ubat-ubatan moden adalah berasaskan olahan bahan kimia dan dalam penggunaan dos tinggi yang berpanjangan, ubat ubatan moden boleh merosak serta membahayakan badan. Justeru, elakkan meminta antibiotik dari doktor anda. Biar doktor anda yang menentukan  samada penyakit anda perlu makan antibiotik atau tidak. Menjadi cita cita syarikat pengeluar ubat bahawa ubat mereka berkesan kerana perniagaan ubat yang dipatenkan sangat menguntungkan berbanding penggunaan ubat herba semulajadi yang jauh lebih selamat serta kurang kesan sampingan. Oleh itu, penggunaan ubat herba tidak mendapat tempat di kalangan pengamal perubatan!!! Penduduk Negara Jerman harus dipuji kerana mereka lebih arif serta mementingkan tahap keselamatan ubat mereka. Banyak ubat herba dihasil serta diguna pakai di Negara Jerman. 

Peningkatan daya melawan penyakit boleh dibentuk dengan pemakanan sihat dan senaman secara tetap. Juga tidak memakan atau bernafas udara dari benda benda tercemar dengan logam berat atau ternoda dengan pelarut organik. Juga tahap imuniti dapat ditingkat dengan memakan minyak kelapa dara, madu lebah dan meminum jus jus buahan atau sayuran setiap hari serta meningggalkan trans-fat atau lemak tepu rantaian  panjang. Anda boleh merujuk pada:
1.    Lim Hin Fui PhD: Makanan sihat sebagai ubat.
2.    Zulkafli b Daud, Abd Malik b Abd Shukor PhD – Minyak Kelapa Dara – Sumber Makanan Sejati Ramuan Ubat Semulajadi.
3.    Zulkafli b Daud aFQR – Apa dan Kenapa, Minyak Kelapa Dara.
4.    Dr Titi Sekarindah, MS, Sp GK; Hartin Rozaline - Terapi Jus Buah dan Sayur; 201 Jus Sihat mencegah dan mengubati penyakit.
5.    Dr R A Nainggolan , Nor Wahida – Sihat Semulajadi, Terapi Jus ; Cara Semulajadi mengatasi penyakit.
6.    Musa Yaacob, Azimah Abd Kadir, Zaharah Hassan - Tumbuhan Ubatan popular Malaysia (Mardi).
7.    S Vimala, Mohd Ilham Adenan, Abdull Rashih Ahmad, Rohana Shahdan - Nature’s Choice to wellness antioxidant Vegetables / Ulam (Frim).
8.    Steve Meyerowitz : Juice Fasting & Detoxification – Use the Healing Power of Fresh Juice to Feel Young and Look great, The Fastest way to restore your health.
9.    Allan Borushek’s New Diet Manual
10. Jean Carper : The Food Pharmacy – Dramatic New Evidence that Food is your best Medicine.
11. Nina Planck. Real Food what to eat and Why?

Sekarang ada bermacam macam jenis suntikan lagi seperti DPTHib, MMR, Pelalian Kanser serviks dsbnya. Antara Pengawet yang terdapat dalam vaksin adalah seperti Mercuric Chloride. Pengawet lain saya telah lupa. Bahan Pengawet boleh didapati dari kertas penerangan (leaflet) dalam vaksin. Lain kali, selepas menyuntik anak anda dengan vaksin, pinta leaflet itu untuk anda baca dan pelajari. Ingat; bahawa ia adalah salah satu cabang ilmu yang patut anda tahu. Kewajipan menuntut ilmu sangat dituntut dalam Islam. Jangan serahkan penjagaan kesihatan anak anda ke tangan doktor atau jururawat semata-mata! Adakalanya anda berjumpa dengan doktor rakus wang ! Ingatlah bahawa syarikat ubat mahu untung besar serupa juga klinik swasta, semuanya bermatlamatkan mencari wang besar seperti hayunan roda tikam rancangan tekaria. Lagi besar keuntungan dijana, maka makin berjaya  perniagaan mereka. Itulah jadinya apabila manusia melupakan mati, terlalu mengejar dunia dan bercita-cita mahu terus hidup selama-lamanya tanpa memikirkan hari pembalasan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.