Khamis, 23 Februari 2012

UPM temui penawar barah rawat leukemia payudara ovari rahim


UPM temui penawar barah - linamarin ubi kayu mampu rawat leukemia, payu dara, ovari dan Rahim

Berita Harian, Syuhada Choo Abdullah (22 06 2006) UPM temui penawar barah - linamarin ubi kayu mampu rawat leukemia, barah payu dara, ovari dan rahim. (Call Number: 2006/6-0001)

Bahan penawar kanser ini didapati dari ekstrak getah pokok ubi kayu.  Ekstrak getah mengandungi Linamarin yang mampu membunuh sel barah leukemia, sel barah payudara, sel barah ovari dan sel barah rahim. Ia adalah hasil penyelidikan pensyarah UPM Dr Norhafizah Abdullah bersama Rozita Rosli, Prof Madya Dr Fakru’l-Razi Ahmadun dan Prof Madya Dr Robiah Yunus. Produk Penyelidikan ini dikenali sebagai Isolation & Encapsulation of Cassava Linamarin  in Biodegradable Nanoparticles for Cancer Cells Targeting ini berjaya mendapat pingat emas dalam Pameran Penemuan dan Produk Baru (Inpex) di Pittsburg Amerika Syarikat, dari 7 – 11 Jun 2006. Hasil penemuan ini telah dipatenkan tetapi kenapa ia tidak digunakan besar besaran di kalangan pesakit kanser? Kenapa tiada kerjasama erat antara Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Kesihtan Malaysia? Jika produk baru ini lebih baik dari kimoterapi dan radioterapi tanpa kesan sampingan yang teruk, kenapa ia tidak digunakan di kalangan pesakit kanser. Kita percaya ramai pesakit kanser mahu mencubanya kerana ia kesan sampingannya tidak seteruk kesan kimoterapi ataupun radioterapi.
Dalam keratan akbar itu berbunyi begini; “Ini secara langsung meletakkan UPM pada peta Dunia. UPM hanya memilih produk terbaik ke pameran Pittsburgh. Ini bermakna pencapaian bidang penyelidikan UPM boleh dikelaskan sebagai berkualiti dunia. UPM boleh duduk sama tinggi dan sama rendah dengan Negara maju”  Maka sangat jelas kita fahami dengan sejelas jelasnya, pensyarah UPM atau UPM sendiri membuat penyelidikan kerana mengejar nama dan bukan bertujuan untuk kegunaan atau manfaat rakyat Malaysia yang menderita kanser! Jelas sekali ria dan kesombongan mereka pandai dengan ilmu yang dianugerah Allah pada mereka. Jauh sekali untuk duduk berbincang dengan agensi Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memberi rawatan terbaik kepada pesakit kanser! Bila nama naik, pangkat pun naik, gaji naik dan boleh beli kereta besar rumah besar dan rumah hebat. Yang laki2 sibuk nak kawen satu lagi… Itulah dia manusia yang lupa tanggungjawab sebenar mereka menjadi penyelidik . Jadi penyelidik bagi mengejar pangkat bukan bertujuan memberi kelegaan atau rawatan kepada pesakit kanser!!! Pesakit kanser di Malaysia tetap menderita walaupun kerajaan membelanjakan banyak wang kepada penyelidikan sebegini!! 2006 bermakna dah 6 tahun ! Kenapa UPM tak menawarkan rawatan kepada ribuan pesakit leukemia, breast kanser, ovarian kanser dan uterine kanser seluruh Negara? Kenapa mereka sampai hati biarkan pesakit kanser menderita?

 
file=/2006/6/21/TERKINI/Mutakhir/Linamarin_ubi_kayu_boleh_rawat_barah_UPM&sec=mstar_berita

'Linamarin' ubi kayu boleh rawat barah: UPM

KUALA LUMPUR: Satu sistem penghasilan sianida semula jadi yang digunakan oleh tumbuhan ubi kayu terhadap pemangsa boleh dimanfaatkan untuk rawatan penyakit kanser, menurut hasil satu kajian oleh Universiti Putra Malaysia (UPM). Pensyarah dari Jabatan Kimia dan Kejuruteraan Alam Sekitar UPM, Dr Norhafizah Abdullah, yang mengetuai pasukan empat penyelidik yang menjalankan kajian itu, berkata ujian makmal telah membuktikan bahawa tumbuhan ubi kayu yang mengandungi paras sianogen yang berpotensi toksik (dipanggil "linamarin") boleh menjurus kepada pemusnahan sendiri sel-sel kanser.

"Hasil cerakin sitotoksiti in vitro menunjukkan linamarin yang diekstrak dari tumbuhan ubi kayu menyekat pertumbuhan dan membunuh pelbagai sel kanser seperti kanser ovari, leukemia, serviks dan kanser payudara," katanya. Dr Norhafizah berkata kepada pemberita demikian selepas sidang media bagi mengumumkan produk-produk UPM yang menyertai Pameran Reka Cipta dan Produk Baru 2006, yang diadakan di Monroeville Expo-Mart, Pittsburgh baru-baru ini.

Menjelaskan mengenai produk itu, Dr Norhafizah berkata penyelidikan yang mengambil masa tiga tahun itu belum diuji ke atas haiwan atau manusia tetapi beliau menjangka ia mempunyai masa depan yang cerah sebagai rawatan alternatif bagi penyakit kanser. "Pasukan ini sedang meneliti produk berkenaan dan satu daripada bidang itu ialah bagaimana untuk memastikan jumlah linamarin yang tepat dilepaskan ke dalam sistem bagi mengelakkan kesan sampingan terhadap tubuh manusia," katanya yang menambah bahawa jika kandungan sianida melebihi dos, ia dianggap sebagai toksik.

Pada masa ini, katanya, pasukan itu telah memilih partikel nano PLGA terbiodegradasikan sebagai pembawanya kerana ia mudah larut di dalam sistem tanpa menyebabkan kesan sampingan kepada tubuh manusia. Partikel nano digunakan untuk menghantar dadah, yang diformulasikan untuk disasarkan kepada sistem limfa, dinding arteri, atau limpa bagi sistem peredaran jangka panjang yang sistematik. Dr Norhafizah berkata satu lagi aspek penting produk berkenaan ialah ia boleh merawat pelbagai jenis kanser berbanding produk yang kini terdapat di pasaran yang khusus bagi penyakit kanser tertentu.

Projek bertajuk "The Isolation and Encapsulation of Cassava Linamarin in Biodegradable Nanoparticles for Cancer Cells Targeting" itu adalah satu ciptaan terbaru UPM yang memenangi pingat emas pada INPEX 2006 bawah kategori Produk Berkaitan Biologi. Satu lagi produk cemerlang UPM ialah "Enhance Micro Mobility Test-Bed in Multicast Based Mobile Ipv6 Wireless Networks" yang memenangi lima anugerah berprestij termasuk Anugerah Khas bagi Ciptaan Terbaik di Lingkaran Pasifik. Naib Canselor UPM Prof Dr Nik Mustafa Raja Abdullah memberitahu pemberita bahawa pencapaian itu menunjukkan Malaysia telah mengeluarkan penyelidik bertaraf dunia. BERNAMA

 
Mengapakah mereka ini sanggup membiarkan pesakit kanser sengsara? Adakah kerana mereka hanya mengejar duit dan pangkat semata mata?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.