Khamis, 23 Februari 2012

Khasiat Brokoli




Hasil kaji selidik telah membuktikan bahawa makanan seperti brokoli, kubis merah dan sayuran berwarna kuning atau hijau boleh menurunkan risiko penyakit barah usus atau kanser. Kajian menunjukkan bahawa bahan pemakanan seperti serat dan vitamin C, memainkan peranan penting sebagai penghalang karsinogen (agen barah). Kandungan Sulforaphan yang banyak terdapat dalam brokoli mempunyai khasiat besar untuk meningkatkan enzim khas pada sel-sel tubuh disambping meneutralkan hormon perangsang timbulnya barah kanser. Dr Paul Talalay menerangkan bahawa kajian menyeluruh diperlukan untuk memastikan suatu zat terdapat dalam sulforphan. Tetapi yang pasti, kajian ini membawa suatu manfaat yang baru terhadap cara menghindar atau mengatasi punca barah. Pakar pemakanan menyarankan kepada semua orang agar menyertakan brokoli atau sayuran dalam menu makanan mereka. Penemuan baru itu juga merupakan suatu usaha pencegahan penyakit. Anda digalakkan mengambil pemakanan alam semula jadi daripada makanan segera. Anda disarankan beli sayur sayuran organic yang bebas racun serangga/rumpai/kulat  serta bebas baja berasaskan kimia. Boleh didapati dari pasaraya Jusco dan Tesco ada bercap SALM serta SOM.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Catat Ulasan