Sabtu, 10 Mac 2012

testimonial pesakit kanser otak



Saya just nak share satu testimonial seorang Kakak bernama Nor dari PENANG yang mengidap Kanser Otak Tahap 1(pernah saya share kan di Facebook tempoh hari.

Menurut kata beliau adalah pengidap kanser otak tahap satu. sudah hampir 5 tahun mengidap kanser ini. Setiap bulan beliau terpaksa mengeluarkan belanja sebanyak rm2,500 untuk ubat-ubatan sahaja. 19 biji ubat perlu di telan dalam sehari. Dari hari ke hari beliau rasa tiada byk perubahan pun, malah keyakinan dan ketahanan badan semakin lemah.. sehingga lah beliau di perkenal kan dengan PREMIUM BEAUTIFUL oleh seorang teman. Pada mula nya memang beliau tidak mahu mencuba kerana sudah puas mencuba pelbagai rawatan tetapi hasil nya sama sahaja.

Hasil pujukan teman beliau akhir nya bersetuju untuk menyarung kan set PREMIUM BEAUTIFUL kebadan nya, Di samping itu beliau juga mengamalkan meminum GARAM BULUH dan juga pil MAHARANI bagi mengurangkan pengambilan ubatnya dalam seharian. Alhamdulillah setelah 3 bulan mengamalkan pemakaian Set Premium Beautiful secara konsisten 24 jam sehari +Minum Garam buluh+makan MAHARANI sudah menampak kan hasil yang sangat positive. Kalau dulu beliau x mampu berjalan jauh, mudah pengsan, Kerap diserang sakit kepala, loya atau muntah, berlaku (sawan, kekejangan otot dan tidak sedarkan diri), hilang daya imbangan badan, Kesukaran untuk menggerakkan kaki dan tangan, hilang ingatan ke atas hal-hal yang terbaru dan kemorosotan proses mental dan juga Gangguan ingatan atau perubahan personaliti.

"Sejak 5 tahun mengidapi penyakit ini, ini lah kali pertama menjejak kn kaki ke satu tempat yang agak jauh. Dah 5 tahun kak nor tak sampai Kl, selalunya belum keluar penang lagi kak nor dah pengsan, muntah2 kejang otot.. Alhamdulillah hari ni (4 June 2011) akak berjaya sampai ke KUALA LUMPUR (pergi ke stokis) share pengalaman yang sangat tak pernah Kak Nor duga." Beberapa kali juga beliau terberenti mengeluarkan kata2 akibat begitu sebak dan terharu.. beliau sangat bersyukur usaha murni teman nya memperkenal kan PREMIUM BEAUTIFUL +GARAM BULUH+MAHARANI telah membantu nya untuk pulih. berkali2 beliau menyucapkan terima kasih kepada syarikat kerana menghasilkan PRODUK yang sangat-sangat BERKUALITI membantu orang lebih2 lagi yang punyai penyakit kronik sepertinya..

Alhamdulillah, memang itulah niat kami para Usahawan PREMIUM BEAUTIFUL terutamanya, kami mahu membembantu jauh sekali ingin memaksa. WANITA adalah kaum yang mudah dijangkiti penyakit. sebab itulah WANITA digalak kan MENUKAR pakaian dalam yang sedia ada kepada PREMIUM BEAUTIFUL. Kami hanya buka minda dan kongsi segala apa yang kami dapat & tahu kepada umum dan ANDA tentukan sendiri.BUKAN KAH MENCEGAH itu lebih baik daripada MENGUBATI.Jangan esok sudah sakit baru nak cari ubat, kalau dah telambat macam mana??Kalau sudah ada benda yang boleh PREVENT kenapa kita masih nak tunggu sakit tu datang baru nak HALAU dia kan????. bak kata Kak Nor,bila dah sakit ada duit banyak mana pun x mampu nak bahagiakan kita, bila dah sakit suami kemana??keluarga kemana??anak2 kemana??kita sudah hilang daya..sudah hilang tumpuan.. nak kerja terganggu, nak bersosial?? lagi lah kita tak nak, bila dah sakit apa pun tak BEST.

Ramai juga yang beranggapan gila kau nak beli baju dalam harga riban2 baik aku simpan je duit beli yang seploh hingget sudah... ya saya juga dulu juga berfikiran begitu.. Tapi setelah saya mengalaminya sendiri memang cukup berbaloi pelaburan seumur hidup, jaminan seumur hidup.Sebab itu sapa yang belum pakai jangan terus2 beranggapan negative. KALAU lah PB ni baju dalam biasa2 kenapa lah Dapat PENGIKTIRAFAN SUPERBRAND+PENGIKTIRAFAN dari PAKAR TULANG BELAKANG dari peringkat ANTARABANGSA??? tak kan lah senang2 dia nak bagi pengiktirafan kan?? cuba kita fikir balik??? TAHUKAH anda baju dalam yang biasa tu design CUP dia berbentuk bulat, dan dia akan memenyet kan Nipple yang mana itu adalah penyumbang kepada terjadinya KANSER PAYUDARA.. sebab nipple lemas tak boleh bernafas..pengaliran darah/susu tersumbat disitu. lama kelamaan ia kan membeku dan terjadilah kanser. Sudah banyak testimonial/ pengakuan2 pengguna yang dah bejaya dan pulih atas bantuan PREMIUM BEAUTIFUL. Kisah penyakit kronik lukemia,kanser tulang dan macam2 lagi lah.

Ada juga yang bagi tahu saya dah pakai PREMIUM BEAUTIFUL tapi tak menjadi pun????tipu lah... cuba kaji balik betul kah saiz PB yang anda dapat??? pengukuran saiz juga memainkan peranan yang penting. Sila rujuk & cari agent yang betul bukan agent yang sekadar mahu menghabiskan stok nya sahaja atau pun agent yang sekadar touch and go. selain itu adakah anda pakai PREMIUM BEAUTIFUL anda secara konsisten (minimum 8 jam) sehari??? adakah anda mengamalkan gaya hidup sihat?? (bagi yang nak kurus cepat) minum air 3 liter sekurang2 nya sehari?? (sebab ada yg ckp badan dia gatal2 pakai PB) itu nama dia healing crisis, toksid keluar melalui kulit sbb kurang air dia x boleh nak keluar melalui pembuangan najis kita.

Saya tak punya harta, tak punya banyak ilmu tapi saya sentiasa mencari dan menimba ilmu jadi segala ilmu yang sudah saya perolehi saya kongsi kan agar kita sama-sama dapat menfaatnya.

CONTACT saya: HANI: 019 7311 798 @ hanie_smiles@yahoo.com

Hidupku Cuma Tinggal 3 Minggu Namun ku hidup sampai sekarang




In The Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah

﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
 “Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]

………………………………………………………………………………………

Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah, wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.

Segala puji hanya milik Allah subhana wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.

Alhamdulillah, di sini dapat saya kongsikan kepada anda sebuah kisah yang membuatkan saya memuji Allah. Sebuah kisah yang membuatkan air mata saya tertitis. Sebuah kisah taubat oleh seorang wanita yang mempunyai sakit kanser. Ia tak punya harapan lagi kecuali kepada Allah yang dia tidak kenal sebelum ini. Dia menghadapkan diri kepada-Nya di Baitullah yang suci, dan di sanalah terdapat kesembuhan. Sekarang, pembaca rahimahullah! Saya biarkan anda bersama saudari Laila menceritakan kisahnya sendiri.
  
Dia berkata : “Sembilan tahun yang lalu aku diserang oleh sakit kanser yang bahaya sekali. Semua orang tahu bahawa nama itu cukup mengerikan. Di sana, di Maroko, kami tidak menyebutnya kanser, melainkan Ghaul atau penyakit ganas.”
“Aku diserang di hati bahagian kiri. Semula imanku kepada Allah amat lemah dan aku telah melupakan-Nya. Ku kira kecantikan manusia itu abadi sepanjang hidup, begitu pula masa muda dan kesihatannya. Aku tak pernah sangka bahawa suatu masa nanti aku akan ditimpa sakit ini. Maka ketika aku menghidap sakit ini, maka tergoncanglah diriku dengan dasyatnya. Aku berfikir untuk lari, tapi ke mana? Sedangkan sakitku ini akan ikut aku ke mana sahaja aku pergi. Aku berfikir untuk bunuh diri, tetapi aku cintakan suami dan anak-anakku. Aku tidak berfikir bahawa Allah akan seksaku bila aku bunuh diri, kerana seperti yang aku katakan, aku telah lalai kepada Allah!”

 “Allah mengkehendaki hidayah buatku dengan cara penyakit ini, juga hidayah terhadap banyak orang mengenai sakitku ini. Maka segalanya mula berkembang.”

 Ketika diserang sakit tersebut, aku berangkat ke Belgia dan mendatangi sejumlah doktor di sana. Mereka memberitahu suamiku bahawa payu daraku harus dibuang. Dan setelah itu, ubat-ubatan yang tajam yang boleh menggugurkan rambut, menghilangkan bulu mata dan alis, juga boleh menumbuhkan janggut di wajah sebagaimana boleh menggurkan kuku dan gigi. Aku menolak secara total dan berkata : “Lebih baik mati dengan payu dara, rambut dan semua yang diciptakan Allah, tanpa cacat.” Aku minta agar doktor itu memberikan kepadaku perubatan ringan sahaja. Mereka setuju.

  “Aku pulang ke Maroko dan menggunakan ubatan itu tapi tidak memberi sampingan apa-apa. Aku gembira mengenainya dan berkata dalam hati : “Barangkali doktor-doktor itu salah, dan aku tidak menghidap kanser.”
  “Tetapi setelah lebih kurang enam bulan, berat badanku mula menurun, warna tubuhku banyak berubah dan aku merasa ragam sakit yang selalu datang kepadaku. Doktor peribadiku di Maroko menyarankan agar aku bertolak ke Belgia. Maka aku pun berangkat ke sana.”

  “Dan di sana, terjadilah satu musibah. Doktor-doktor berkata kepada suamiku bahawa penyakitku telah merata, dua paru-paruku telah diserang dan dalam keadaan sebegini, tiada ubat lagi. Kemudian mereka sarankan kepada suamiku : “Lebih baik tuan membawa isteri tuan pulang ke negeri semula sehingga meninggal di sana.” Suamiku terkejut mendengarnya. Dan bukan pulang ke Maroko, tapi kami pergi ke Perancis di mana kami sangkakan ada ubat di sana, namun malangnya tiada. Akhirnya, kami ingin minta bantuan seseorang di sana untuk bawaku ke rumah sakit dan potong payu daraku dan gunakan ubat yang keras.”

  “Akan tetapi, suamiku teringat akan sesuatu yang kami telah lalai selama ini. Allah telah mengilhamkan suamiku untuk berkunjung ke Baitul Haram[Makkah] bersimpuh di hadapan Allah dan memohon kepada-Nya berkenaan dengan apa yang kami derita. Dan itulah yang kami lakukan.”

  “Kami keluar dari kota Paris, bertahlil dan bertakbir. Aku bergembira sekali kerana untuk pertama kalinya aku akan memasuki Baitullah yang suci, dan melihat Ka’abah yang mulia. Dari kota Paris, aku membeli mushaf[Al-Quran] dan bertolak menuju kota Makkah Al-Mukarramah.”

  “Kami tiba di Baitullah. Ketika kami masuk dan melihat Ka’abah, aku menangis dengan deras menyesali kewajipan-kewajipan yang telah ku abaikan iaitu solat, khusyuk dan merendah diri kepada  Allah. Dan kupanjatkan doa : ‘Ya Rabbi…semua doktor telah menyerah dan tak sanggup mengubatiku, dan Engkau, dari Mu lah penyakit dan dari Mu jualah ubatnya. Telah Engkau tutup semua pintu di hadapanku, tiada lagi bagiku kecuali pintu-Mu, maka janganlah Engkau tutup di depanku.”

  “Aku tawaf mengelilingi Ka’abah dan banyak memohon kepada Allah agar tidak mengecewakan aku dan tidak menghinaku, meskipun telah membuat para doktor bingung denganku.”

  Seperti yang telah aku katakan sebelum ini bahawa pada mulanya aku lalai kepada Allah dan masa terhadap agamanya. Maka kini aku berkeliling mendatangi para ulama dan para Syaikh yang ada di sana. Aku bertanya agar mereka tunjukkan buku-buku atau doa-doa yang mudah dan sederhana hingga aku boleh mengambil faedah darinya. Mereka banyak menasihatiku agat membaca al-Quran dan minum air zam-zam sampai kenyang, iaitu setelah merasakan air sampai ke tulang rusuk. Sebagaimana mereka juga menasihatiku agar perbanyakkan zikir kepada Allah dan membaca selawat ke atas Rasulullah ﷺ .”

  Aku merasakan ketenangan jiwa dan ketenteraman ketika berada di rumah suci Allah. Maka aku meminta kepada suamiku untuk tetap tinggal di Masjid Haram, tidak pulang ke hotel. Dia mengizinkan.

  Di Masjidil Haram, di sisiku ada beberapa akhwat[saudara-saudara wanita] dari Mesir dan Turki, mereka melihatku banyak menangis, maka mereka bertanya sebabnya. Aku katakan : “Sebab aku telah sampai ke Baitullah, padahal aku tidak pernah menyangka akan mencintainya sedemikian rupa. Dan kedua, aku diserang sakit kanser.”

  “Mereka sertaiku dan tidak mahu meninggalkanku. Lalu aku ceritakan aku akan beriktikaf di Baitullah, maka mereka memberitahu suami masing-masing dan tinggal bersamaku. Kami tidak banyak tidur dan tidak banyak makan, tapi aku banyak minum air zam-zam. Rasulullah ﷺ bersabda : “Air zam-zam itu bergantung untuk apa diminum.” Jika engkau minum untuk kesembuhan, maka engkau akan disembuhkan. Jika kerana mahukan perlindungan, maka engkau akan dilindungi.”

  “Allah telah menghilangkan rasa laparku, padahal aku selalu tawaf tidak henti-henti, solat dua rakaat kemudian tawaf lagi, minum air zam-zam dan perbanyakkan baca Al-Quran. Begitulah keadaanku siang dan malam, tidak tidur kecuali sebentar.”

  “Ketika tiba di Baitullah, tubuhku kurus sekali. Dan separuh bahagian atas terdapat banyak bintik-bintik dan bengkak-bengkak yang membuktikan meratanya kanser di tubuh bahagian atas. Mereka menyarankan agar aku membasuh separuh tubuh bahagian atasku dengan air zam-zam, tetapi aku takut untuk sentuh bintik-bintik dan bengkak-bengkak tersebut. Aku teringat penyakit itu dan menganggu ibadahku kepada-Nya. Maka aku basuh tanpa harus menyentuh tubuhku.”

“Hari kelimanya, temanku mendesak agar aku mengusap tubuhku dengan air zam-zam. Sekali lagi aku menolak, tetapi aku rasakan ada kekuatan yang mendorongku untuk mengambil sedikit air zam-zam dan usapkan pada tubuhku dengan tangan. Petama kalinya aku takut, kemudian aku rasakan kekuatan itu untuk kali kedua, aku masih ragu-ragu, tapi untuk kali ketiga tanpa aku sedari aku mengambil air dengan tanganku dan kuusapkan pada tubuh dan payudaraku yang semuanya penuh darah, nanah dan bintik-bintik. Dan terjadilah sesuatu yang diluar jangkaan, semua bintik-bintik telah lenyap dan tidak kutemukan sedikit pun pada tubuhku, baik rasa sakit, darah mahupun nanah.”

  “Pada mulanya aku terkejut, kumasukkan tangan ke dalam baju untuk meraba apa yang ada pada tubuhku namun tak kujumpai sedikit pun dari bengkak tersebut. Aku gementar, kemudian aku ingat kepada Allah berkuasa atas segala sesuatu. Maka kuminta salah seorang temanku meraba tubuhku dan meneliti bintik-bintiknya, mereka semua teriak : “Allahu Akbar…Allahu Akbar…!”

  “Aku berangkat untuk memberitahu suamiku, dan aku pun masuk ke hotel. Ketika aku telah berdiri di depannya, ku koyakkan bajuku sambil berkata : “Lihatlah rahmat Allah” dan kuceritakan apa yang terjadi. Dia hampir tidak percaya, lalu menangis dan berteriak dengan suara kuat : “Tahukah engkau bahawa para doktor telah bersumpah yang engkau ada tiga minggu sahaja untuk hidup sebelum ketibaan ajalmu?” Kujawab : “Ajal itu berada di tangan Allah subhana wata’ala dan tiada yang tahu masalah ghaib kecuali Allah.”

  Kami tinggal di Baitullah seminggu penuh. Aku memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat-Nya yang tidak terbilang. Kemudian kami mengunjungi masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah, dan kami kembali ke Perancis.”

  Dan di sana, para doktor bingung secara total mengenai persoalanku, mereka kaget seolah-olah hampir jadi gila, lalu menanyaiku : “Apakah anda si Fulanah dahulu itu?” Aku katakan dengan bangga kepada mereka “Ya, dan suamiku adalah Fulan. Aku telah kembali kepada Tuhanku dan tidak lagi takut terhadapa apa pun kecuali Allah SWT. Segala putusan adalah putusan Allah, dan segala urusan adalah urusan-Nya.”

  “Meraka katakan padaku : “Sesungguhnya keadaan puan aneh sekali, dan bengkak telah hilang maka harus dilakukan pemeriksaan kembali.” Mereka mengulangi pemeriksaanku untuk kali kedua, tapi tidak mendapatkan apa-apa, padahal sebelum ini aku susah untuk bernafas kerana bengkak itu. Akan tetapi setelah aku tiba di Baitullah yang suci untuk memohon kesembuhan dari Allah, maka hilanglah semua itu dariku.”

  “Setelah itu, kupelajari perjalanan Nabi ﷺ dan perjalan para sahabat baginda ﷺ, semoga Allah meredhai mereka. Aku banyak menangis menyesali apa yang telah aku lewati tanpa mencintai Allah dan Rasul-Nya, juga hari-hari yang telah kuhabiskan jauh dari Allah SWT. Aku memohon kepada Allah agar berkenan menerimaku dan mengampuniku, serta suamiku dan sekalian umat Islam.”

Abg, tolong jangan marah Yang ye



25 tahun tahun lampau , selepas Pak Din berkahwin dengan gadis pilihan hati , Pak Din terasa kat dada beliau , satu lump (benjolan) sebesar 20 sen . Pak Din bertanya dengan dia , sakit tak lump tu dan dah berapa lama lump tu ada.... dia kata tak sakit dan dia pun baru perasan dengan lump tu . Pak Din pun tanya ramai orang pasal lump ... tak ramai yang tahu pasal kanser.

Pada waktu tu tak ada Google nak buat search dan dengan nasihat kawan-kawan ( yang bukan ahli) Pak Din terima lah filosofi gunung merapi , kalau ia tak aktif sekian lama biar lah ia sendiri , gunung merapi bila tak aktif , ia tidur sehingga seribu tahun , tapi bila ia jaga... (ampuuunn) . Pak Din pun berdoa ... Ya Allah SWT... Kalau nak jadi apa-apa pun biarlah sehingga anak-anak dah besar panjang ( be careful with what you ask for)....

Maka sehingga tahun lepas , 7 hari sebelum hari raya , pada bulan puasa yang mulia itu , terjadilah pertengkaran kecil seperti berikut...
" Yang .... abg dah sewa kereta Starex untuk kita pulang kekampung abg..."
kemudian terdengar isteri Pak Din kata.." tak mahu balik kampung"
" pasal apa pulak tak ndak balik kampung?..kan kita dah plan nak balik kampung...?"kata Pak Din
"panas....kat sana Yang tak tahan panas...."
Pak Din pun hairan...aaaiiiikk ...tak tahan panas? sejak bila pulak tak tahan panas...
Pak Din pun jawab balik "Yang... kat Malaysia ni kat mana yang tak panas....?"
Beliau diam dan lari ke bilik wardrobe sebelah....
Pak Din terdiam....apa kena dengan bini aku ni....tertanya di hati Pak Din ...
Dalam sepuluh minit kemudian.....isteri Pak Din masuk balik ke bilik Pak Din, lalu membuang baju dia.....sambil dia menangis terisak-terisak....dia berkata....."abg , tolong jangan marah Yang yer...." perlahan-lahan dia mengangkat tangan kanan dan ternampak lah payudara kanan beliau yang berdarah dan berwarna oren....Ya Allah... apa yang kena dengan isteri ku ini......? Pak Din tak dapat berkata apa-apa.... melilih air mata Pak Din melihat isteri tercinta yang menderita.....( Pak Din taip ni pun masih melilih air mata apabila teringat).....
" Yang kena apa ni..? tanya soalan b*d*h Pak Din.
" Yang dah macam ni sejak sebulan yang lalu..." kata isteri Pak Din..
" Masyaallah... cuai nya Pak Din..sehingga tak boleh nak kesan perubahan diri isteri Pak Din . Barulah Pak Din teringat... bila nak mandi... dia pergi kebilik tamu... dia bersiap-siap di dalam bilik wardrobe.... dan yang lebih b*d*h nya Pak Din... bila dia berjalan nampak diangkat tangan kanan tu. Ya Allah , macamana lah Pak Din tak boleh nampak itu semua.....siap dengan goreng mee atau nasi untuk sahur....
" kenapa Yang tak bagitahu abg..?"
"... Yang tak mahu abg marah Yang....sebab tu yang cuba berubat sendiri.....pakai plaster/bandage dan cuba tutup luka dengan kain..."
" Pak Din nampak payudara kanan tu diselubungi seluruh nya dengan kuping-kuping berdarah berwarna oren dan dan nampak dibahagian nipple dah dimamah tumor.
 " ...Abg jangan marah Yang yer.... kita cari lah ubat yang terbaik untuk Yang...yer abg..." kata isteri Pak Din sambil menangis lagi.....

Ya Allah... rupanya engkau kabulkan doa ku semasa aku nampak bengkak tu masa lalu.....memang anak-anak Pak Din dah besar panjang dah...
Pak Din pun terisak sama bila isteri Pak Din berkata begitu...." kita pergi hospital esok Sayang...? supaya cepat sikit kita mulakan pengubatan .." kata Pak Din .
" Janganlah... biarlah kita sambut hari raya disini dan mungkin ini hari raya yang last .... biarlah kita sambut di rumah kita..."
Pak Din cuma terdiam dan mengganguk tanda setuju. Pak Din kata" biarlah abg cerita kan kepada anak-anak kita dan sanak saudara kita tentang Yang...." "selepas Raya ....terus kita kita jumpa Doctor  ok Sayang.....".

Malam itu isteri Pak Din dah tak boleh tidur....sekejap dia baring....lepas tu bangun...berjalan...lepas tu baring balik....
"Kenapa Yang....  sakit ke?" tanya Pak Din....
" yer bang ....Yang rasa sakit seluruh badan.."kata isteri Pak Din
" Nak Abg picit ke...?" Pak Din cuba tawarkan diri...
"Tak nak... Yang dah makan pain killer... tapi tak der apa-apa pun..."balas isteri Pak Din.....

Jam dah 3 pagi... jap lagi kena bangun sahur....Pak Din pun bangun dan gerak anak-anak untuk pergi beli sahur....
"Ya Allah ampun kan lah dosa kami semua"....

Bermulalah...hidup Pak Din dengan orang yang tercinta yang menderita sakit kanser..... sehingga kini...semoga pembaca dapat mengambil ikhtibar dari cerita ni dan yang selanjutnya....Amin

Pak Din menghubungi hospital swasta berdekatan dengan rumah dan mengatur temujanji untuk berjumpa Doctor pakar bedah . Kemudian , Pak Din kumpulkan anak-anak Pak Din di bilik TV dan mulai cerita.... dengan keinsafan daripada cubaan dari Allah SWT  kepada keluarga dan ujian Nya kepada Pak Din dan mummy mereka .  Pak Din tekankan peri pentingnya doa dan ibadat dari anak-anak supaya mummy bertambah sihat dan semoga dijauhi dari apa yang tak diingini.  Pak Din menceritakan keadaan apa yang Pak Din rasakan  kritikal tentang penyakit mummy mereka dan apa yang Pak Din dan ibu mereka akan lakukan sehari selepas hari raya di hospital nanti . Masing-masing  terdiam…… dan menangis perlahan-lahan. Apabila dah reda… masing-masing bertanya tentang….tahap kritikal…yang Pak Din sendiri masih belum ada jawapan nya .

Hari-hari menuju Aidil Fitri 2010….semakin menyeksakan…. Isteri Pak Din dengan rahsia sakit nya dah diketahui umum….bertambah-tambah sakit…dahulu ia hanya sakit pada waktu malam…sekarang dah terasa bahang nya pada waktu siang hari….. anak-anak dikerah untuk menemani mummy mereka dan memicit-micit badan dan tangan mummy mereka….Sekarang.. ..semua orang di rumah tidak dapat tidur dengan nyenyak…..Adik-adik perempuan isteri Pak Din datang menolong sama diwaktu siang dan malam menemani kakak mereka walaupun masing-masing ada keluarga dan anak-anak yang masih bersekolah….dengan pertolongan itu  ringan lah sikit beban Pak Din .

Pak Din nampak Isteri Pak Din hanya mendiamkan diri dan menangis….mungkin memikirkan hari-hari masa depan….Pak Din masih teringat akan janji yang diminta oleh nya….” Abg tolong jangan marah Yang yer…”
“ Tak ada benda yang patut abg marah Sayang…. Patutnya Yang lah yang marah kat abg sebab tak prihatin akan sakit Yang…..”

Rasa sebak terus di hati ini….Allah yang Maha Kaya….di cabut Nya nikmat keluarga dengan sekelip mata….langsung berubah…keutamaan keluarga ini….banyak perkara-perkara yang dahulunya penting sekarang menjadi perkara yang kedua puloh atau ketiga puloh….Hilang nafsu kepada kebendaan …rumah…kereta …semua dah tak penting…. Yang penting hanyalah bagaimana untuk nak mengubat isteri yang tersayang …dengan memohon keredhaan dari Allah SWT .

Hari Raya 2010 datang dan pergi tanpa kemeriahan….Pagi Raya selepas bersembahyang raya , Pak Din memohon ampun dan maaf dari isteri Pak Din diatas segala apa yang Pak Din telah lakukan samada secara sedar ataupun tidak….air mata sangat murah pada pagi itu….anak-anak pun sama bersedih…sanak saudara pun begitu jugak bersedih dan bersimpati dengan kesakitan yang di alami oleh isteri Pak Din …Pak Din nampak isteri yang tercinta cuba untuk memeriahkan suasana dengan anak-anak buah….sakit nya semakin jelas kelihatan…

“Ya Allah Ya tuhanku….  Kau sembuhkanlah penyakit isteriku ini….Pak Din tahu isteri Pak Din menggunakan sapu tangan kecil untuk menutup seluruh payudara kanan beliau dan setiap kali beliau bergerak … kuping-kuping berdarah yang melekat ke sapu tangan dan bandage akan bergerak dan nampak dari riak muka beliau menahan kepedihan dan kesakitan….Ya Allah ampun kan lah dosa kami semua… Amin .

Paginya pada hari raya kedua …. Kami berdua pergi ke hospital dan berjumpa dengan Doctor Pakar Bedah . Pak Din bertekad ..apa saja pun yang Doctor katakan tentang sakit isteri Pak Din…Allah SWT sajalah yang menentukan dan tiada tahap  kanser  yang Allah SWT tidak dapat sembuhkan… Insyaallah .

Isteri Pak Din  diminta menjalani CT Scan dan kemudian nya menjalani Bioskopi di payudara kanan  . Doctor Pakar Bedah kata dia akan referkan isteri Pak Din kepada Oncologist selepas ni bagi membincang rawatan selanjutnya . Walaubagaimana pun Doctor berkata kepada Pak Din semasa isteri Pak Din sibuk menukar pakaian untuk bioskopi….kenapa kamu datang lewat sangat…? Ini dah advance stage …tak tahu samada masih boleh disembuhkan atau tidak….Kita lihat result bioskopi dan CT Scan tu tengah hari nanti .

Pak Din tanya Doctor…” Doctor , can’t we just do the Mastectomy and continue with chemotherapy after that?”…..
Doctor kata “ No, the tumor is just too big for the operation, there might not be enough skin and tissues to cover the hole after the tumor is removed , we need to reduce the size to an acceptable level first. Meanwhile , the Oncologist will have to manage the disease until the time is ok for me to do the Mastectomy …”

Petang tu , apabila result CT Scan dan bioskopi dah sampai. Doctor Pakar bedah kata memang confirm Cancer tahap 4 dan kanser dah merebak keseluruh payudara kanan , lymph node bawah ketiak , kat chest wall , kat hati dan kat paru-paru (bersaiz sentimeter) . Terdiam kami berdua bila Doctor confirm kan tahap yang sungguh kritikal itu .

Doctor tu kata…under normal circumstances…….this report indicate that the patient has only 6 months to live…..Pak Din tersentak…..isteri Pak Din tak berapa perasan apa yang Doctor tu cakap pasal ayat yang terakhir tu…Pak Din tunduk diam…..

Appointment dengan Oncologist diberi lagi dua hari…..Pak Din kata kat isteri Pak Din….Allah SWT sahaja yang dapat menentukan level berapa pun ….kalau ajal dah sampai…level satu pun Allah SWT akan tarik juga roh…...kami pasrah dan bertawakkal….untuk dapatkan perubatan yang terbaik…..” Abg , tolong jangan marah Yang yer… kita cari ubat yang terbaik yer abg” masih terngiang-ngiang di telinga Pak Din ……bagaimana nak cerita kepada anak-anak dan keluarga isteri Pak Din….Pak Din mesti cekalkan hati…demi semua orang.

Assalamualaikum Pak Din,
Sekedar ingin membantu...itupun jika Pak Din sudi dan berkeyakinan dan tentunya atas izin Allah SWT

Salam simpati saya buat Pak Din sekeluarga,namun setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT pasti akan disertakan dengan nikmat kesedaran bahawa kita hanyalah hambanya dan Allah tidak menjadikan manusia dan jin selain daripada untuk menyembahnya.

Firman Allah dalam surah Al Israa’ 82 : “Wa nunazzilu minal-Qur’aani ma huwa syifaa’uw wa rahmatul lil-mu’miniin .....” (Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (ubat) dan rahmat bagi orang-orang yang beriman .....)
 
Juga dalam surah Yunus 57 : “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman”
 
Berdasarkan 2 firman Allah tersebut maka beriman lah kita bahwa Al Qur’an adalah ubat segala penyakit di dunia dan sebaik2nya jika kita sedang sakit, kembalilah kepada Al Qur’an, Insya’Allah semua penyakit akan sembuh. Disamping memperbanyakkan solat taubat & bersujud/syukur meminta ampun kepada Allah swt kerana jika kita bersujud kepada-Nya maka kita akan diberi kenikmatan yang berupa kesembuhan sedang jika kita kufur maka kesusahan jua yang akan kita dapati.

Ada satu kaedah yang saya pernah tahu tentang mengubati kanser payudara ini atas izin Allah SWT dan jika Pak Din yakin dan beriman kepada firman Allah dalam surah2 yang saya sebutkan  tadi.
 
Pertama, sebelum tidur malam, masak beras kira-kira segenggam sampai hampir menjadi lontong.Dalam keadaan panas-panas itu masukkan ke dalam satu plastik, ikat rapat dengan getah dan bungkus kali kedua dengan kain yang agak tebal. Ikat dengan tali atau getah supaya nasi tidak terburai.

Baca Surah Fatihah sekali, Surah Ikhlas tiga kali dan Selawat Nabi tiga kali dengan niat bersungguh-sungguh di dalam hati supaya penyakit kanser itu dilenyapkan Allah SWT.

Setelah selesai membaca bacaan tersebut di atas itu, lalu urut-urutkan bungkusan nasi panas itu ke payu dara hingga panasnya meresap ke dalam payu dara sambil membaca kalimat takbir (Allahu Akbar) terus menerus sampai nasi itu dingin.

Lakukan cara begini selama 21 malam. Insya-Allah Pak Din akan melihat manfaatnya yang luar biasa. Sebagai manusia, kita hanya berusaha dan berikhtiar. Kita wajib yakin bahawa Allah SWT mudah bagi-Nya untuk melenyapkan penyakit itu kembali menjadi air, menjadi angin, menjadi peluh dan sebagainya, dengan berkat kemuliaan dan keagungan wahyu¬Nya yang berupa surah-surah yang dibaca itu dan berkat kemuliaan Nabi Muhammad SAW. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tidak ada suatu penyakit pun yang mampu melawan firman Allah SWT.

Wallahu’Alam
Terima kasih Pn Aliah. Pak Din dan isteri akan mencuba petua yg Pn sarankan. Pak Din tengah
cari masa yang sesuai untuk buat bhg 3  . Insyaallah , Pak Din akan ceritakan hal kemoterapi dan operation membuang right breast , tumor chest wall dan kelenjar bawah ketiak nanti. Salam kepada  semua pembaca RH yang telah memberi kata semangat dan doa kepada Pak Din sekeluarga. Hanya Allah SWT sahaja yang dapat membalas nya . Amin

Minta maaf pembaca semua diatas kelewatan Pak Din untuk menyambung kisah isteri Pak Din ni. Pak Din nak fast forwardkan sikit bab rawatan tu. Isteri Pak Din dikehendaki membuat kemo setiap minggu . Jadual minggu pertama bermula dengan hari Isnin pagi kat Hospital dengan
mencuci luka-luka tumor ( darah dan nanah ) dan bekas dari tumor di payudara yang tanggal dgn sendiri . Kemudian nurse akan bubuh ubat dan buat bandage untuk tutup seluruh payudara tu. Hari Rabu adalah untuk ambil darah untuk pastikan isteri Pak Din mempunyai darah sel merah dan sel putih yang bercukupan untuk menjalani kemo. Hari Khamis pagi , Pak Din akan hantar isteri Pak Din ke Wad Onkologi untuk memulakan kemo yang berjalan dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.  Doktor memberi isteri Pak Din ubat Anti-Side Effect pill yg merupakan steroid bagi mengatasi  sakit pening , loya , nak muntah dsb akibat dari ubat kemo tu. Ubat kemo ada dua jenis , Avastin iaitu sejenis target agent yg akan mencari dan musnahkan saluran makanan untuk sel tumor . Avastin tidak mempunyai banyak side effect kpd badan kecuali harga nya yang terlalu mahal sebanyak RM 7700 setiap minggu. Ubat kedua yang juga diberi secara IV adalah Paclitaxel yg merupakan ubat kemo yg berusaha untuk mematahkan proses sel tumor dari bercambah . Di sebabkan isteri Pak Din adalah HER 2 negatif , sel tumor tidaklah akan bercambah dengan agrasif dan banyak. Jumlah Pak Din kena bayar setiap minggu adalah didalam RM 8000-RM 10,000 . Doctor oncologist minta isteri Pak Din jalani sekurang-kurang nya 6-7 bulan kemo tu sebelum pakar bedah buat keputusan waktu yang sesuai untuk buat pembedahan. Pak Din  termenung semasa di beritahu tentang kos yang tinggi tu " Ya Allah mana aku nak carikan sebanyak tu setiap minggu sampai 7 bulan... "namun.." Alhamdulillah, syukor ...Allah SWT sentiasa menolong hamba-hamba-Nya melalui rezeki yang tidak di sangka-sangka..." selain dari pertolongan dari adik-adik. Syukor.. adik-beradik banyak membantu dan bukan setakat duit ringgit saja... , doa , sembahyang hajat dan pelbagai pertolongan yang Allah SWT sahaja yang dapat membalasnya. Pak Din tengok dgn penuh sayu setiap kali selepas isteri Pak Din menjalani kemo. Beliau akan keletihan dan tangan kanan semakin membengkak. Pada waktu ini , isteri Pak Din sudah tidak boleh memandu kereta sebab urat saraf tangan kanan nya telah ditindih oleh tumor yang sudah pun berjangkit kelapisan muscle di belakang bahu. Kelenjar ( lymph node ) dibawah ketiak juga telah membengkak. Walaubagaimana pun , CT scan selepas 3 bulan pertama menunjukkan tumor payudara sudah mengecut sebanyak 30% per sen dan tumor di hati dan limpa telah hilang. Pak Din dan isteri bersyukor kpd Allah SWT yang telah menyahut doa dan harapan kami semua....batuk isteri Pak Din pun sudah berhenti...syukor Alhamdulillah...walaubagaiman a pun... perlawanan dgn sel tumor ni banyak pasang surut nya....CT scan yang selanjutnya menunjukkan ada pengecilan pada tumor payudara , ada terdapat sel tumor baru di bahagian Chest Wall dan kelenjar ketiak kiri. Tangan kanan isteri Pak Din pulak bertambah bengkak . Doctor Oncology dan Pakar bedah kemudian nya dah tentukan tarikh pembedahan... kami berserah kepada Allah SWT...."Abg tak kan marah Sayang..Sayang akan sembuh, Insyaallah...".Pak Din sentiasa berharap dan bertawakal.

aku dan keturunan kanser



Aku pasti korang kenal Giulliana Rancic. Reality show dia adalah Giulliana & Bill. Aku pun kalau agak-agak bosan takde channel best, memang for sure aku follow series dia. Tapi malam semalam, aku ada terpandang yang ada satu statement mengenai Giulliana tengah fight untuk breast cancer. Physically kita tengok dia ni memang fitkan, dan nampak macam living in healthy life. Sekali di uji sebegitu rupa, kesian dia dah la tengah undergo IVF treatment. Aku bukan nak cite panjang lebar pasal hal dia ni, kalau korang nak tau further info, boleh kasi google search engine buat kerja. Aku rasa takde siapa antara korang yang tau aku ni ada keturunan kanser. Bermacam kanser yang keturunan aku ada. Ada yang boleh fight and win, ada jugak yang goodbye.. Dan orang yang terdekat dengan aku adalah mak aku sendiri..Dia pernah kena breast kanser masa umur dia dalam lingkungan penghujung 20-an. Mak aku antara yang berjaya fight breast cancer. Bila masa mak aku detect yang dia ada kanser? Masa tu adik ketiga aku yang baru berusia dalam 2 tahun.. Dia suka sangat landing atas badan mak aku. Tiba tiba, mak aku rasa macam ada yang tak kena bila dia perasan ada cecair yang meleleh. sekali tengok ada nanah yang mengalir. Mak aku antara yang bertuah sebab dia dapat kesan penyakit ni awal, dan alhamdulillah after several treatment, she's free from cancer. Aku sebagai keturunan terdekat apa possibility yang bakal terjadi? Aku pernah baca dalam satu majalah, kalau kita mempunyai sejarah keturunan, possibility yang bakal terkena pada aku adalah 80%. quite high eh? bukan "quite" lagi, memang seriously high..sebab tu aku banyak amik precaution measures. Agak-agak pelik sikit aku akan consult mak aku, or if things makin worst aku buat checkup. so pada sesiapa yang ada possibility tu, korang rajin-rajin la baca pasal benda. opss jangan sangka sesiapa yang takde history tu bakal terselamat, tidak sama sekali. Semalam pun aku ada amik insurans yang cover segala penyakit berkaitan wanita. Kata orang, hari tak selalu cerah, so better sediakan payung sebelum hujan.



Jejak benar Ku


Jejak benar Ku....

Sudah lebih satu dekad aku melaluinya. Apa kata pakar? “The first five years is the most crucial period. If you survived more than five years, then you are as good as cured.” Siapa lah aku? Pada ku bila seorang doktor berhujah, hanya Allah, s.w.t boleh mencabarnya. Lagi pula doktor pakar yang berhujah. Lima tahun aku seorang yang gigih menjaga badan. Badan langsing bergaya hasil dari kekerapan bersenam. Alhamdullilah, ramai pesakit kanser payu-dara yang lain dipulihkan semangat kerana melihat keterampilan ku.

Bila sudah melewati lima tahun, ubat tamoxifen yang haram aku tinggalkan satu hari pun perlu diberhentikan kerana takut akan risiko kanser peranakan. Tiada ubat lain diberikan. Kanser-ku ER dan PR positif. Sebenarnya sudah ada ubat yang masuk ke pasaran tempatan dan hospital, yang memainkan peranan yang lebih baik, menyekat tindakan estrogen ke atas payudara. Aromatase inhibitors. Walaupun tiada ubat penghalang estrogen, lima tahun lagi berlalu dan aku tetap sihat. Masih tiada ancaman kanser yang dahulu. Agaknya sudah sembuh. Lagi pula kanser-ku jenis yang tidak begitu agresif. Rasa-rasanyalah, gred I dari segi keganasan dan noda limfa dibawah ketiak tiada yang positif.

Cuma yang mencurigakan ianya dekat dengan garisan pembedahan mastektomi (close to margin or less than 10mm from margin). Walaupun begitu sudah diberi sinar radiasi. Tentu sekali mesin rawatan yang kosnya mahal tak tersebut harganya oleh ku, berkesan menghapuskan sel-sel kanser yang tertinggal oleh pembedahan. Di tambah pula dengan enam pusingan kemoterapi yang mengajar erti loya dan mual yang sebenar.

Genap sepuluh tahun berlalu, ketulan kanser tumbuh didinding dada. Apa yang salah? Mungkin juga aku alpa dengan rutin gaya hidup sihat dan asyik bekerja tanpa sedar yang fizikal agak terabai. Badan juga sudah over-berisi. Tiada guna penyesalan. Sikap ku tetap positif dan melihat ke depan. Aku masih menganggap saranan dari pakar bertaraf kebenaran yang jitu. Aku lalui radiasi lagi ke tempat ketulan kanser yang berulang, yang sudah dibuang melalui pembedahan.

Tiga bulan berikutnya, sewaktu temujanji susulan, didapati dari pemeriksaan X-ray, sebelah dari paru-paru ku hampir lenyap ditenggelami oleh air. Plural effusion. Memang aku seorang yang kental semangat. Sudah teruk macam tu, aku masih dapat melalui hari-hari bekerja seperti biasa. Kalau tidak kerana pemeriksaan susulan hari itu, tentu terlewat dikesan. Paru-paru disebelah tempat diradiasikan. Terfikir akan perkaitan: radiasi melemahkan tisu dan benih kanser hidup subur! Benar

Dari hari itu aku rajin ikut nasihat rakan dan survivor lain tentang pengamalan pemakanan dan herbal anti-kanser. Juga rajin berubat secara tradisional. Pantang disebut cara rawatan dan perawatnya, akan ku usahakan. Rawatan konvensional juga ku ambil. Oleh kerana kemoterapi terdahulu adalah kategori ‘first line’, aku terima saja tawaran kemoterapi ‘second line.’

Memang kuat, tapi semangat ku yang tidak luntur melindungi ku dari kesan-kesan sampingan yang kuat. Hasil dari kemo yang kuat hanyalah menahan penaklukan kanser ke atas badanku. Ya, setakat bertahan. Pleural effusion masih terjadi dua kali lagi selepas kemo tersebut. Walau bagaimana pun, dengan amalan minum bermacam-macam jenis jus, termasuk jus pecah beling, aku berjaya hidup melebihi satu tahun dari tamatnya kemoterapi kedua dulu.

Kalau sesiapa yang tidak mengenali ku, melihat ketrampilan ku, tiada yang menyangka aku adalah pengidap kanser payudara peringkat 4, malah untuk mempercayai aku pernah mengidap kanser pun agaknya, susah. Aku cergas segar, mungkin kerana pengamalan herbal dan diet yang lebih sihat. Terasa memang sihat, walaupun masih ada batuk berdarah sekali-sekala.

Kebiasaan orang yang sihat walaupun sakit, terasa jemu juga menelan jus pecah beling dan kateh murai setiap hari. Kemungkinan juga aku begitu mengharapkan penyembuhan total, lantas ku abaikannya dan berhijrah kepada perawatan lain yang disarankan. Juga apabila berasa sihat, sudah tidak larat lagi hendak makan hanya "vegetarian food," tanpa gula dan terlebih garam. Manalah nak cari sayur-sayuran organik?. Kawasan keliling rumah ada, tapi malas lah nak tanam sendiri.

Apalah seronoknya hidup jika tidak boleh makan nasi dengan ikan panggang dan budu serta ulam-ulamannya. Bukankah ulam-ulaman itu “raw food?” Aku sedar akan pantang-larang yang popular di kalangan pesakit kanser -aku juga mengamalkannya semasa dalam bahaya kerana paru-paru yang hampir ranap - tetapi tak terlarat kerongkong ini untuk mengikutnya apabila badan sudah berasa sihat dan cergas. Malah, aku sudah diam-diam merancang untuk pulang bekerja.

Walaupun begitu hati masih tidak berpuas hati. Doktor ku seolah-olah membiarkan saja dan aku diberitahu, “We can’t proceed giving you trial chemotherapy because your cancer is stable.” Oleh kerana kepercayaan ku kepada kata-kata doktor sudah agak lentur, aku terus berusaha mendapatkan rawatan secara alternatif, sampai ke tahap pembedahan batin. Segala usaha ku secara alternatif atau komplementari sebenarnya menelan lebih banyak perbelanjaan dari rawatan konvensional, kerana secara konvensional aku dibiayai oleh majikan.

Sekarang ini, aku terlantar di katil hospital semenjak pulang dari rawatan alternatif yang terakhir. Walaupun terasa paru-paru lega kerana pembedahan batin yang dilakukan, ditakdirkan selepas itu aku mengalami pening dan sakit kepala yang paling kuat yang pernah ku alami.

Wakil sel kanser dari payu-dara ku yang bertapak di dalam saraf otak berhampiran dengan saraf tunjang sedang giat membesar, sehingga aku tidak dapat membuka mata dan bergerak kerana pening. Aku sedar, keadaan ku kritikal. Pembedahan adalah 50-50% peratus. Doktor cuma meluahkan anggaran tersebut tetapi tidak memperincikan samada 50-50 itu hidup @ mati atau hidup dengan ketulan kanser dibuang 100% atau hidup dengan komplikasi, seperti tidak sedarkan diri, tidak dapat bercakap dan berfikir dan sebagainya.

Bila sahabat ku Dr. H datang, ku pegang erat tangannya. Ku pohon dia berdoa supaya aku terselamat dengan pilihan rawatan, yang turut dipersetujuinya. Tidak kepada pembedahan. Akan ku terima radiasi paliatif, untuk mengecutkan kanser yang berada ditempat yang bahaya. Ia boleh menekan pernafasan ku serta merta, jika ia membesar.

Dr. H menyedarkan aku akan kehidupan yang seterusnya, dan tidak melepaskan harap dan semangat dalam kehidupan ini. Ikhtiar tetap disarankan walaupun aku hanya boleh mengerakkan kelopak mata. Dalam diam kaku, minda sedarku, tanpa diusik oleh pembedahan dan ubat bius boleh ku ajak membantu diriku. Boleh ku bawa bertaubat berkali-kali. Boleh ku bawa membuat saranan yang baik kepada diri atau ‘self-hypnosis’ untuk kesejahteraan.

Mungkin ada bibik penyesalan yang ku luahkan kerana Dr. H mengatakan, tiada guna didesak untuk mendapatkan lebih banyak lagi kemoterapi. Sabar. Kemungkinan kemoterapi yang kuat yang telah di ambil, telah mematikan kemaraan kanser di dada, paru-paru dan tulang, tetapi ianya tidak berkesan di arena saraf dan otak. Kemo tersebut tidak dapat mencari dan menghapuskan perwakilan sel kanser yang telah lama dahulu bermastautin di otak. Perwakilan-perwakilan di dada, atau di paru-paru atau ditulang telah memberi mandat kepada perwakilan di dalam otak untuk meneruskan perjuangan mereka, sebelum mereka dihapuskan atau dibantutkan oleh TAC dahulu.

Kata Dr. H lagi, kanser payu-dara adalah satu kanser yang amat licik dan pandai memperdayakan diri kita. Senjata kita yang utama adalah semangat yang kuat, kerohanian yang kuat supaya diri sejahtera selalu (tidak tension dan tertekan) serta usaha yang tinggi untuk berterusan memastikan pertahanan atau imuniti badan yang tinggi. Dia akhirnya memberi harapan dengan cerita tentang seorang kanser survivor yang menolak kemo barisan kedua (second line) yang dibawa pulang ke rumah ditolak diatas kerusi roda. Dengan hanya berusaha dengan herbal dan kekuatan Dalaman beliau hidup sehingga sekarang, walaupun semasa ditolak pulang paru-parunya penuh berair dan tulung-tulangnya tepu dengan sel-sel kanser. Selamat berpisah kawan-ku, dan maafkan dosaku pada mu sekiranya ada. Esok, datang lagi, sekiranya aku masih ada. Kepada sesiapa yang membaca, tidak kira siapa dan bila; doakan kebaikan untuk ku. Ku pohon.

Al Fatihah ....7x untuk beliau

ibuku kembali ke rahmatullah



Ketika aku menaip entri blog kali ini, sudah pun genap 10 hari ibu ku kembali ke Rahmatullah sejak malam 1 Syawal 1431 (bersamaan 9 September 2010, hari Khamis malam Jumaat) yang lalu. Dimana ketika umat Islam sedang sibuk dan gelisah menyediakan persiapan terakhir untuk menyambut kehadiran Hari Raya Aidilfitri, aku bersama ayah, kakak dan Mak Cik ku pula sedang sibuk dan gelisah mengadap ibu ku yang sedang tenat menanti saat roh terkeluar dari jasad. Ya, ‘setiap yang hidup pasti akan merasai mati‘. Dikala aku dan kakak berusaha mengajar ibu ku mengucap dua kali Masyahadah disebelah telinga kiri dan kanan, akhirnya ibu ku menghembuskan nafasnya yang terakhir disamping kami berempat pada lebih kurang pukul 7.15 malam. Tiada kata yang dapat ku ucapkan selain tangisan dan rasa redha dengan pemergian ibu ku ke Rahmatullah pada bulan yang mulia ini. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih menyayangi ibu ku dan aku yakin keadaan ini adalah yang terbaik untuk ibu ku.
Lebih kurang 7 tahun yang lalu, Ibu ku pernah mengidap kanser payudara dan telah menjalani pembedahan juga menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Ibu ku lengkap menjalani rawatan susulan selepas pembedahan seperti radioterapi, chemotherapy, dan menjalani pemeriksaan doktor pada setiap bulan bagi memastikan kanser yang pernah dibuang tidak menyerang semula. Walau bagaimana pun, dalam beberapa bulan yang lalu, ibu ku sering menelefonku memberitahu yang dirinya sering sesak nafas secara tiba-tiba. Aku sangkakan ibu mengalami sesak nafas kerana terlalu letih dengan aktiviti hariannya, memandangkan ibu ku adalah seorang yang aktif didalam aktiviti kampung. Ibu yang aku kenali adalah seorang yang sangat kuat dan gigih. Biar pun ibu mempunyai sejarah masalah kesihatan, tetapi ibu tetap kuat menjalani kehidupan harian dan aktif dalam aktiviti kampung. Malah semasa masuk Awal Ramadhan hingga 15 Ramadhan yang lalu, ibu masih kuat menunaikan Solat Tarawih di Masjid Pekan Grisek sebanyak 20 raka’at.
Ibu ku pernah bertanyakan kepada Doktor ketika membuat pemeriksaan bulanan di Hospital Kuala Lumpur mengenai masalah kesihatan yang dihadapi seperti sesak nafas, tangannya disebelah kiri menggigil dan adakalanya kaku. Doktor hanya memberitahu yang ianya kesan dari usia yang sudah meningkat, tidak dinafikan ibu ku sudah pun berumur 65 tahun. Hari demi hari masalah sesak nafas yang dialami oleh ibu ku semasa dikampung (Pekan Grisek, Muar) semakin teruk. Akhirnya kakak ku telah menghantar ibu ku ke Hospital Melaka memandangkan ada seorang sepupu ku yang bekerja sebagai salah seorang Doktor Pakar Perubatan di Hospital Melaka berjanji mahu membantu merawat penyakit yang dihadapi oleh ibu ku.
Selepas pemeriksaan X-Ray, dan beberapa ujian darah dilakukan, doktor masih tidak dapat mengesan penyakit yang dihadapi ibu ku. Apabila ujian CTscan pula dilakukan, barulah doktor mengesahkan ibu ku mengalami kerosakan pada bahagian paru-paru. Tetapi masih tidak dapat mengetahui punca kerosakan paru-paru tersebut, sama ada ianya datang dari kanser atau kesan dari radioaktif rawatan chemotherapy yang pernah ibu ku jalani sebelum ini. Apa yang pasti, penyakit ibu ku tidak mempunyai ubat dan tidak dapat diselamatkan lagi…
Diari Disaat Pemergian Ibu…
Pada malam 6 September 2010, aku mendapat msg dari kakak ku yang menjaga ibu pada malam itu memberitahu keadaan ibu sudah bertambah kronik. Aku telefon Abang ku yang tinggal di Ampang, bertanyakan sama ada dia mendapat msg dari kakak mengenai keadaan ibu. Abang memberitahu dia juga mendapat msg yang sama dan bercadang untuk melawat ibu di Hospital pada hari esok. Hati ku pada waktu itu sangat bimbang, tetapi aku sabarkan hatiku dengan terus berdoa dan meniupkan kata-kata positif didalam hati ku.
Pada tengah hari 7 September 2010, aku mendapat msg dari Abang yang baru sampai di Hospital Melaka memberitahu ternyata keadaan ibu sudah bertambah kronik dan sudah dipindahkan wad. Abang meminta diriku balik menziarahi ibu sebelum terlambat. Aku pula ketika itu bukan saja masih berada ditempat kerja, malah sebagai seorang pekerja mekanik kontrak di MAS Airlines Subang, aku langsung tidak mendapat kelulusan cuti disepanjang Raya ini. Tetapi diatas belas ikhsan dari pihak Pengurusan Bahagian Engineering MAS, aku dibenarkan bercuti dari 8 September 2010 sehingga 12 September 2010 diatas Kes Kecemasan. Balik dari Subang, aku terus ke Hospital Melaka untuk menjaga ibu. Malah aku berhajat tidak akan balik beraya dikampung selagi ibu ku tidak keluar dari Hospital. Abang ku pula kembali ke Ampang dan memberitahu akan pulang ke kampung semula pada 9 September 2010.
Pada 8 September 2010, aku menjaga ibu yang sudah tidak berupaya bergerak. Ibu juga tidak mampu bernafas sendiri selain dengan alat bantuan oksigen sebanyak 5 liter per minit. Pada sebelah pagi, darah ibu ku telah ditambah dengan 4 pek platlet darah memandangkan ibu ku tidak cukup platlet darah untuk menjalani pembedahan ujian tulang sum-sum. Lebih kurang pukul 10.30 pagi, ibu ku menjalani pembedahan ujian tulang sum-sum. Aku tidak henti-henti menangis kerana bimbangkan keadaan ibu ku selepas selesai ujian tulang sum-sum itu nanti. Ramai yang mengatakan orang yang menjalani ujian tulang sum-sum mengambil masa yang lama untuk pulih. Apa yang doktor beritahu, pembedahan ujian tulang sum-sum yang ibu ku jalani adalah untuk memastikan sama ada kerosakan paru-paru yang dialami ibu ku adalah disebabkan kanser atau tidak. Jika ianya disebabkan kanser, ibu ku perlu menjalani chemotherapy sekali lagi. Dan untuk menjalani chemotherapy sekali lagi adalah sangat mustahil kerana ibu ku tidak cukup sel darah dan sudah tiada tenaga. Selepas pembedahan ujian tulang sum-sum, ibu ku langsung tidak sedarkan diri. Cuma sekali-sekala ibu cuba bergerak dalam keadaan tidak sedar seperti sedang bermimpi. Aku tidak henti-henti memicit dan memegang tangan ibu sambil menitiskan air mata. Hatiku terlalu sedih melihat keadaan ibu begitu…
Pada 9 September 2010, di sebelah pagi, aku terpaksa mencari kantin Hospital Melaka untuk membeli ais. Apabila ibu sedarkan diri, ibu kerap meminta ais untuk dimasukkan ke dalam mulut. Jika tidak ais, ibu akan minta aiskrim yang tidak bercampur susu. Sudah 2 hari ibu langsung tidak mahu makan apa-apa. Kakak ku cuba memberi ibu ku makan bubur, tetapi ibu muntah. Mujur ibu boleh minum susu. Selepas waktu makan, ibu meminta aku membacakan Surah Yassin untuk dirinya. Aku ikutkan saja kata ibu. Pada bacaan ayat yang ke-58, ibu meminta aku mengulangkan bacaannya sebanyak 3 kali dan meniupkan ke dahinya. Selepas membaca Surah Yassin, ibuku meminta dibacakan Surah Ar-Rahman. Kakak ku pula membantu membacakan Surah Ar-Rahman untuk ibu ku.
Pada sebelah petangnya, saudara-mara sebelah ibu datang beramai-ramai menziarahi ibu. Mereka menasihatkan aku dan kakak agar membawa ibu ku pulang ke rumah memandangkan esok sudah pun Hari Raya. Setelah mendapat persetujuan ayah di kampung dan abang yang berada di Ampang, aku dan kakak pada mulanya bersetuju untuk membawa ibu ku pulang ke rumah dengan berbekalkan sebotol gas oksigen yang dibeli oleh kakak ku. Semua urusan untuk membawa ibu ku keluar dari Hospital diuruskan oleh seorang akak sepupu ku yang merupakan bekas Sister Jururawat di Hospital Melaka. Apabila orang St John Ambulance yang ditugaskan menghantar ibu ku balik datang bertanyakan tentang gas oksigen yang perlu ibu ku pakai sewaktu didalam ambulance, orang St John memberitahu sebotol gas oksigen yang dibeli kakak ku itu tidak cukup untuk ibu. Dimana sebotol gas oksigen itu hanya boleh bertahan selama 3-4 jam sahaja. Jadi bagaimana selepas itu? Sedangkan ibu ku sudah tidak boleh bernafas sendiri tanpa alat bantuan oksigen. Malah, ibu ku tidak lagi menggunakan oksigen 5 liter per minit, tetapi sebanyak 8.5 liter per minit! Orang St John cuba membantu dengan menyewakan 2 botol oksigen lagi yang mungkin boleh tahan untuk sehari. Tetapi bagaimana pula untuk hari seterusnya? Dalam waktu Raya, kedai sudah tentu banyak yang tidak buka, bagaimana untuk aku adik-beradik mencari ‘refill’ oksigen untuk ibu ku nanti? Ya Allah~ Hanya tuhan saja yang tahu betapa bingungnya aku dan kakak pada ketika itu.
Memikirkan keadaan itu, aku meminta kakak ku menelefon Abang ku yang berada di Ampang. Meminta pendapatnya sebagai seorang Abang. Sungguh aku tidak berani membuat keputusan. Aku tidak mahu menjadi punca dan sebab penyebab diatas kematian ibu ku. Sungguh aku tidak mahu. Bagi aku dan kakak, kami memang sudah tidak berani membawa ibu pulang ke rumah. Aku tidak mahu ibu ku meninggal lantaran terputus bekalan oksigen. Ianya umpama satu kesilapan besar mengeluarkan ibu dari Hospital. Akak sepupu ku dan seorang Mak Cik ku sekali lagi cuba memujuk supaya aku dan kakak membawa ibu ku pulang ke rumah. Aku menepis pujukan mereka. Aku hanya menunggu kata putus dari Abang ku. Ketika kakak menelefon abang, abang ku juga bingung dengan keadaan itu. Abang ku akhirnya hanya memberi jawapan ‘sukahati‘. Apabila abang ku berkata begitu, kakak ku terus memberi kata putus untuk TIDAK membawa ibu ku pulang ke rumah.
Pertengkaran berlaku. Aku dan kakak menerima kata-kata kesat dari saudara-mara sebelah ibu. Mereka mengatakan aku tidak sayang ibu dan sebagainya. Ketika itu, ibu pula meronta-ronta supaya aku dan kakak membawa dirinya pulang ke rumah. Sungguh, aku dan kakak bingung. Lebih menyedihkan apabila ibu sanggup mengatakan yang aku bukan lagi anaknya. Subhanallah~
Sebaik saudara-mara sebelah ibu ku keluar dari wad, dua orang sepupu ku dari sebelah bapa ku datang memegang bahu ku. Ya, aku ada menghubungi sepupu sebelah bapa yang rapat dengan ku untuk datang ke Hospital bagi membantu aku membawa balik kereta ku, manakala aku akan bawa balik rumah kereta milik kakak ku. Sepupu ku juga membantu aku dan kakak meredakan ibu ku yang terus meronta-ronta. Selepas ibu ku berhenti meronta, sepupu ku menasihatkan aku dan kakak agar membawa ibu pulang ke rumah sekurang-kurangnya 1 hari. Seperti kata sepupu ku, biarlah ibu ku merasa beraya dirumah dan melihat rumahnya untuk seketika diwaktu raya ini. Akhirnya aku dan kakak bersetuju membawa ibu ku pulang ke rumah. Tidak pasti untuk berapa hari.
Seperti yang dirancang, 2 orang sepupu ku membawa kereta ku pulang kerumahnya untuk sementara dan akan mengembalikan kereta ku ke rumah ku pada Hari Raya Pertama. Aku membawa kereta milik kakak ku, manakala kakak ku menemankan ibu ku didalam ambulance St John untuk balik ke rumah di Grisek, Muar. Didalam perjalanan balik, aku tidak putus-putus berdoa agar ibu ku selamat didalam perjalanan pulang ke rumah. Ibu ku sampai dirumah lebih kurang pukul 5.00ptg, manakala aku sampai dirumah lebih kurang 1/2 jam selepas itu.
Ketika aku sampai dirumah, aku melihat kakak ku sedang berbincang dengan orang St John Ambulance mengenai berapa banyak gas oksigen yang akan ibu ku gunakan. Sekurang-kurangnya cukup sehingga hari Ahad. Aku tidak mempedulikan semua itu. Aku terus melihat keadaan ibu ku yang sudah berbaring diatas katil bujang yang disediakan di ruang tamu oleh Ayah dan Mak Cik ku yang tinggal serumah dengan keluarga ku. Ibu ku meminta ais untuk dikemam didalam mulut. Aku menunggu ibu ku sambil mengusap-usap tangan ibu ku. Orang St John Ambulance menyatakan rasa simpati melihat keadaan ibu ku dan berjanji akan berusaha menghantar bekalan oksigen yang cukup untuk ibu ku. Gas oksigen yang dibeli oleh kakak ku waktu di Hospital Melaka hanya bertahan selama 2 jam sahaja. Lebih kurang pukul 6.30ptg, ibu ku telah menggunakan gas oksigen untuk botol yang ke-2 yang kakak ku sewa dengan orang St John Ambulance.
Ketika itu, masih ku ingat kata-kata terakhir ibu ku meminta diri ku membantunya untuk menemui Allah s.w.t. Aku bertanya kepada ibu, bagaimana untuk aku membantunya? Ibu ku menjawab, “Mintalah kepada Allah s.w.t…” Semasa menunaikan Solat Asar, aku sempat berdoa agar diberikan apa yang terbaik untuk ibu ku. Sesungguhnya hanya Allah s.w.t sahaja yang mengetahui Qada’ dan Qadarnya. Dan aku redha jika pemergian ibu ku adalah yang terbaik untuk ibu ku…
Apabila masuk waktu Marghrib, kakak ku mendapat panggilan telefon dari orang St John  dari Muar memberitahu mereka ada membawa bekalan oksigen sebanyak 1 lori untuk dihantar ke rumah ku. Selepas mendapat panggilan itu, kakak ku keluar rumah dengan menaiki motor untuk mencari dimana lori St John itu berada tanpa membawa handphone. Kali kedua orang St John telefon memberitahu yang mereka berada di Pam Minyak berhampiran dengan kampung ku. Tiada pilihan lain, aku juga terpaksa keluar rumah untuk mendapatkan lori St John yang menunggu di Pam Minyak berhampiran kampung ku. Manakala ibu ku dijaga oleh Ayah dan Mak Cik ku.
Setibanya di Pam Minyak, aku terkejut melihat beberapa biji botol oksigen yang panjangnya lebih kurang 5 kaki didalam lori tersebut. Subhanallah~ Aku tahu apa yang aku dan kakak cuba lakukan ini tidak pernah dibuat orang. Tetapi kami tidak ada pilihan lain. Aku meminta pemandu lori tersebut mengekori aku hingga sampai ke rumah. Tibanya dirumah, mujur kakak ku sudah pulang dan sedang menunaikan Solat Marghrib. Pada masa itu juga aku melihat ibu ku mulai nazak. Beberapa kali aku dan kakak ku melafazkan 2 kali masyahadah di kedua-dua belah telinga ibu ku sehinggalah ibu ku menghembuskan nafas yang terakhir…
Gas oksigen pada botol yang kedua hanya terpakai sedikit sahaja. Ternyata Allah s.w.t telah mentakdirkan ibu ku kembali ke Rahmatullah ketika berada di rumah. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Aku redha segala yang berlaku adalah takdir. Pertengkaran antara aku dan saudara mara ibu ku hanya sebagai penyebab untuk aku dan kakak membawa ibu ku pulang ke rumah. Dan yang pastinya, Allah s.w.t telah mentakdirkan ibu ku akan meninggal dunia semasa berada dirumah…
Al-Fatihah, untuk Arwah Ibu Ku

tabiat merosakkan otak


10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

1. Tidak mengambil sarapan pagi
- Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisipada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
- Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
- Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
- Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

5. Pencemaran udara
- Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
- Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidur
- Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
- Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifa n otak menurun.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.