Khamis, 27 Oktober 2011

Cirit Birit



Cirit birit kerap melanda jika kita tersalah makan barang tercemar. Selain itu, cirit juga boleh disebabkan tidak tahan memakan ubat yang kita sedang makan contohnya antibiotic Augmentin, Erythromycin dsbnya. Jika keadaannya teruk, kita terpaksa dimasukkan ke wad untuk mendapat tambahan air Normal Saline atau Ringer Lactate dsbnya menerusi pembuluh darah (Infusiintravena). Namun begitu, kebanyakkan cirit-birit tidak bersifat terlalu teruk dan kebanyakkan kita masih boleh bekerja selepas 2 atau 3 kali ketandas. Justeru, janganlah kita marah jika doctor keberatan memberikan mc.

Sebelum pergi ke klinik bagi mendapat rawatan, anda boleh cuba petua berikut:
1.    Untuk meredakan cirit : Ambil 2 sacet prebiotic dan probiotik Biolife. Apabila anda memakan serbuk biolife ini, dalam mulut ia berasa sedikit panas ( Tindakbalas pembebasan haba, exotermik ). Untuk prebiotik dan probiotik jenama yang lain, saya belum merasa tindakbalas exotermik ini…

2.    Makan 5 jenis buah-buahan bagi menggantikan garam (elektrolit) yang telah hilang melalui cirit.

3.    Untuk menggantikan ORS yang diberikan oleh klinik anda boleh :

a.    Membuat ORS sendiri di rumah : Ambil secubit garam ( jangan banyak! ) dan campurkan segelas air. Tidak perlu taruk gula. Air ini mestilah berasa payau seakan-akan air mata.

b.    Minum air kelapa 3 kali sehari – Air kelapa banyak mengandungi garam Kalium (K+). Berhati-hati jika anda ada sakit jantung atau anda pesakit buah pinggang.

InsyaAllah cirit-birit anda akan beransur kurang dan boleh menyelamatkan wang anda dari dilaburkan ke ubatan moden! Sekiranya cirit-birit anda tidak juga hilang, silalah segera pergi ke unit kecemasan hospital kerana cirit birit anda di peringkat teruk!  Anda mungkin telah kena serangan taun, salmonella dsbnya!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.