Khamis, 27 Oktober 2011

Dari Abu Hurairah r.a.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : Rasullullah s.a.w. bersabda
“Ada 3 golongan manusia yang tidak akan dilihat dan tidak akan disucikan Tuhan pada hari Kiamat, dan mereka itu akan memperoleh siksa yang hebat. Pertama, orang yang mempunyai kelebihan air tetapi tidak mau memberikannya kepada orang yang kehausan dalam perjalanan. Kedua, orang yang berjanji setia kepada Ketua tetapi hal itu dilakukannya hanya kerana kepentingan dunia. Kalau ketua memberikan keuntungan dunia kepadanya, dia gembira, jika tidak diberi, dia jadi marah. Ketiga, orang yang berjualan setelah ashar, seraya berkata, Demi Allah, tiada Tuhan selainnya. Barang barang saya ini telah ditawar orang  sekian. Lalu kata-katanya itu dipercayai orang lain.

Ali Imran , 77 : Orang orang yang menjual janji Allah dan sumpah mereka dengan harga yang murah, di akhirat mereka tidak akan mendapat apa-apa. Tuhan tidak akan bercakap cakap dengan mereka. Tuhan tidak akan memandang mereka pada hari Kiamat dan tidak pula mensucikan dosa mereka. Untuk mereka itu siksaan yang pedih.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasullullah s.a.w. bersabda:
“Ketika seorang lakilaki sedang dalam perjalanan, dia kehausan. Ia masuk ke dalam sumur yang curam, lalu minum disana. Kemudian ia keluar. Tiba tiba ditemuinya seekor anjing yang menjelir-jelirkan lidah sambil menjilat jilat tanah akibat kehausan. Orang itu berfikir anjing ini merasa kehausan seperti kehausan yang saya rasakan. Lalu dia turun kembali ke sumur itu, memenuhi sepatunya dengan air dan membawa keatas dengan menggigit sepatu itu. Terus diberinya anjing itu minum. Allah mengasihinya dan mengampuni dosanya. Para sahabat bertanya, Hai Rasullullah, kalau kami mengasihi binatang, apakah kami beroleh pahala? 
Rasullullah s.a.w. bersabda: “Setiap jiwa yang pengasih mendapat pahala,”

Dari Abu Hurairah

Dari Abu Hurairah, r.a., katanya, “saya hafal 2 bejana hadis dari Rasullullah. Yang satu bejana telah aku siarkan, sedang yang satu bejana lagi jika aku siarkan, niscaya dipotong orang leherku.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.