Khamis, 27 Oktober 2011

Haram di Luar Negara tapi kita halalkan


Diharamkan di Luar Negara tetapi kita halalkan

Tajuk di atas amat mengerikan kita. Tidak hairanlah sekarang banyak anak muda mendapat kanser. Jumlahnya pula semakin meningkat dari hari ke hari dan ramai juga di antara mereka yang mendapat kanser tidak mempunyai sejarah keluarga mempunyai penyakit itu. Justeru, kanser bukan disebabkan faktor keturunan semata-mata tetapi factor pencemaran alam sekitar dan juga pencemaran pada makanan. Contohnya pewarna, pengawet dan perisa tiruan.
Pewarna makanan yang dibawah adalah beracun. Di kebanyakkan Negara, penggunaannya telah diharamkan atau dibatasi. Tetapi di Malaysia, penggunaannya masih dengan sewenang-wenangnya atau masih belum diharamkan!

  1. Allura Red atau FD & C Red no. 40 (E129) – Dilarang di seluruh Kesatuan Eropah.
  2. Amaranth (E123) – Diharamkan di Austria, Norway, Jepun, Rusia, Sweden & USA.
  3. Brilliant Blue atau FD & C Blue no. 1 (E133) – Diharamkan di British, Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland & Sweden.
  4. Carmoisine atau Azorubine (E122) – Diharamkan di Austria, Jepun, Norway, Sweden & USA.
  5. Brown HT atau Chocolate Brown (E155) – Diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, Perancis, Jerman, Norway, Switzerland, Sweden & AS
  6. Erythrosine atau FD & C Red no. 3 (E127) – Diharamkan di Norway ; Diharamkan di AS tetapi tidak ditarik balik.
  7. Green S (E142) – Diharamkan di Kanada, Jepun, Norway, Sweden & USA.
  8. Indigo Carmin atau Indigotine (E132) – Diharamkan di Norway.
  9. Ponceau 4R atau Cochineal Red A (E124) – Diharamkan di Kanada, Norway & AS pada 1976 kerana ia karsinogen. Dibatasi penggunaannya di Sweden.
  10. Quinoline Yellow (E104) – Diharamkan di Jepun, Norway & USA.
  11. Red 2 G (E128) – Diharamkan di Australia, Austria, Belgium, Denmark, Jerman, Jepun, Switzerland, New Zealand, USA & banyak negara lagi.
  12. Sunset Yellow atau FD & C Yellow no. 6 (E110) – Diharamkan di Finland, Norway & di U K 
  13. Tartrazine atau atau FD & C Yellow no. 5 (E102) – Diharamkan di Austria, Finland & Norway . Penggunaan di batasi di Sweden & Jerman. 

Sumber : Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.