Khamis, 27 Oktober 2011

Terung Susu Kambing

Terung susu kambing

NamaTempatan:
Terung susu kambing
NamaSaintifik:
Solanum Mammosum  L.
Nama Lain:
Terung tetek kambing, apple of Sodom, cow"s udder,  nyunwenkibobi, soresumba,  mackaw  bush, nipple fruit, titty fruit
Famili:
solanaceae
Lokasi dijumpai:
Ditanam sebagai tumbuhan hiasan




keterangan:


Tumbuhan yang biasa ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bentuk dan warna buahnya yang menarik ini boleh mencapai ketinggian hingga 4 kaki. Ia merupakan tumbuhan tropika. Bunganya ada yang ungu dan ada juga yang putih. Buahnya pula berwarna kuning terang dan mempunyai banyak biji berwarna coklat didalamnya. Ia membiak melalui biji benih. Ia merupakan tumbuhan dikot dari family solanaceae, sama family dengan terung-terung yang lain seperti terung biasa dan terung pipit.

kegunaan:


Dalam perubatan tradisional melayu terung susu kambing digunakan untuk mengubat penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, buasir dan barah buah dada. Untuk penyakit darah tinggi, bahagian yang digunakan ialah buahnya. Sebiji buahnya dilubangkan dengan jarum pada bahagian hujungnya. Ia kemudiannya direbus hingga mendidih dan airnya diminum 2 gelas sehari.

Untuk mencegah dan merawat kanser payu dara buah ini dikisar dan disapukan pada sekeliling payu dara setiap malam selain itu airnya diminum 2 kali sehari. Buah ini juga dikatakan boleh untuk mengubati resdung ~ros .

Mak saya kat kampong selalu makan untuk darah tinggi dan kencing manis. Saya selalu tengok ia tumbuh kat tepi2 belukar jer... Buahnya ada yang kuning dan ada yang orange. Rasanya saya tak pasti sebab belum pernah try.
~
nurisham@jpa.gov.my

Dimana tempat mendapatkan Terung Susu Kambing: 

1.   Fern Herbs and Garden Cafe, Lot 44737 & 44738, Jalan Abim, Desa Surada, Sungai Ramal Dalam, 43000, Kajang Selangor. Encik Shamsol Jaafar Hp 019 363 8048 & 019 279 2217

2.   Pusat Herba, Bukit Ekspo, Universiti Putra Malaysia, Serdang.

3.   The Queen’s Garden, Pusat Flora Cheras, Jabatan / Pejabat Pertanian Hulu Langat, Kajang, 43200, Selangor (Dr Razali kemp Mohamad Rais hp 016 3160029), www.akademikembara.com

4.   noridahlia@yahoo.com.my  Puan Noridah Abu Bakar, 019-3032271 dan 012-2003617 Lot 10 dan 11, Jalan Persiaran Kemajuan, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor (Nursery hampir dengan  Giant - Warta) .











Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.