Jumaat, 6 Januari 2012

Tip Pesakit Barah


Tip Pesakit Barah

Makanlah:

  1. Sayur sayuran – sekurang kurangnya 5 berlainan jenis sehari. Mengapa anda perlu banyakkan sumber tumbuh2an dan buah2an? Kerana kesemuanya adalah penyumbang kepada darah anda menjadi alkali dengan murah. Lagipun molekul tengah klorofil adalah ion Magnesium manakala molekul tengah darah anda adalah ion besi. Erti kata lainnya Klorofil atau pigmen hijau tumbuhan adalah darah bagi tumbuhan!
a.    Pucuk Betik.
b.    Pucuk Putar Wali.
c.    Pucuk Hempedu Beruang.
a.    Pucuk Hempedu Bumi.
b.    Pucuk Mengkudu
c.    Pucuk Beluntas
d.    Pucuk Cak Sim Sam (7 Bilah)
e.    Pucuk Sambung Nyawa
f.     Pucuk Naga Buana/Bona.
g.    Pucuk Buas Buas
h.    Pucuk & Akar pokok Kucing Galak (Cika Emas) - Kucing suka cium gigit dan makan akar pokok ini.
i.      Pucuk Gajus.
j.      Pucuk Putat dan Putat Laut
k.    Rumput Belalai Gajah / Sabah Snake Grass
l.      Daun Tapak Leman – Hiris & campurkan daun dalam sup.
m.  Pucuk Ulam Raja.
n.    Pucuk Tenggek Burung
o.    Pucuk Tongkat Ali.
p.    Pucuk Inai
q.    Pucuk Mata Pelanduk.
r.     Pucuk Semeluh.
s.    Maman Pantai
t.      Pucuk Ubi
u.    Pucuk Manis
v.    Pucuk Misai Kucing.
w.   Pucuk Salang
x.    Pucuk Semambu
y.    Pucuk Selasih hitam
z.    Pucuk Selasih putih
aa. Pucuk Kemangi jantan.
bb. Pucuk Kemangi.
cc.  Terung pipit
dd. Pegaga
ee. Beremi
ff.    Bunga kantan
gg. Cemumar
hh.Daun Kari
ii.    Kacang Bendi
jj.    Kesum
kk.  Pakis Merah
ll.    Petai
mm.              Pucuk Kelayau
nn.Pucuk Ati-ati
oo. Pucuk Selasih.
pp. Daun Ketumbar Jawa.
qq. Daun Kunyit.
rr.    Daun Selom
ss.  Daun Sireh Kampung.
tt.    Daun Sireh Kaduk.
uu.Daun dan biji Keembong.
vv.  Pucuk Delima
ww.               Jantung Pisang
xx.  Rebung

  1. Buah-buahan : buah delima, durian belanda, manggis, buah kari, buah beri senduduk putih, buah beri senduduk biasa, buah nanas,
  2. Makan bunga : bunga kunyit, bunga tongkat Ali Hitam, bunga ros, bunga raya,  bunga keembung, bunga cak sim sam
  3. Ikan kecil.
  4. Sami Buddha yang hanya makan sayur-sayuran amat jarang sekali mendapat barah!!!
  5. Kunyit Hitam, Kunyit Putih, Kunyit biasa, Halia Bara, Halia, keladi tikus, temu lawak.Ubi kayu, ubi jaga,
Hindari makan:

  1. Daging binatang darat seperti lembu, kerbau, rusa, kambing, ayam, itik, telur dsbnya kerana daging binatang darat ini meningkatkan paras asid.
  2. Kerang Lala Kepah Siput sedut dan seangkatanya – Haiwan ini berasid. Lagipun cara makannya adalah dengan menapis lumpur. Lumpur mengandungi segala kekotoran dan keladak seperti logam berat merkuri, plumbum, stanum, cadmium, nikel. Tabiat manusia di Malaysia suka buang bateri dan sampah dalam sungai. Sekarang setiap muara sungai tempat haiwan ini hidup telah tercemar. Sebagai contoh, plumbum akan terkumpul dalam badan kerang cumulative effect) anda pula tukang makannya. Alangkah lazatnya kerana Plumbum adalah berasa manis!!!
  3. Makanan berasid dan berpengawet, pewarna, perisa tiruan seperti minuman bergas, minuman dalam tin / kotak, cuka dsbnya.
  4. Ikan Masin / Telur Masin dan makanan awet.
  5. Jangan makan tumbuhan beracun seperti:
a.    Bahagian biji buah mahkota dewa.
b.    Dhatura = Thorn Apple
c.    Jerangau
d.    Nerium Odorum = Oleander Putih / Koner 
e.    Cerbera Thevetia = Oleander Kuning
f.     Cerbera Odullum = Dabur / Dhakur
g.    Tumbuhan Aconite = Aconitum nepellus = Monkshood = Mithazahar = Mitha Bish
h.    Pucuk Tembakau = Nicotine
i.      Nux Vomica = Kuchila = Strychnine

Amalkan Minum

Ramai antara kita tidak mengetahui terapi jus. Apabila sakit sedikit, terus saja mahu jumpa doktor walaupun sakit itu sakit sakit biasa saja. Kadang-kadang tidak perlu sebarang ubatpun bagi menyembuhkannya! Doktor swasta sangat suka anda datang ke klinik mereka kerana anda adalah sumber kewangan mereka! Sangat menonjol jika anda punya kad I N G dsbnya iaitu panel majikan anda di mana anda tidak perlu bayar, anda terus mendapatkan ubat. Sang doktor pula terlalu gembira kerana dengan panel mereka boleh menenyeh bil seberapa tinggi yang mereka suka! Bil bukan dibayar anda tetapi oleh ING atau syarikat anda. Sebenarnya tidak elok mengambil ubat-ubatan moden terlampau kerap kerana ubat ubatan moden berasal dari sumber kimia yang diolah oleh manusia. Ia tidak seratus peratus selamat untuk anda. Tidak percaya? Sila pinta leaf let ubat dari doktor swasta anda dan lihat di ruangan Adverse reaction, precaution dan ruangan side effect. Jangan kita diperlembukan kerana hak pesakit mengetahui semua hal sedemikian.
Anda boleh mempraktikkan terapi jus di rumah anda. Dengan menggunakan 2 tongkol lobak merah (Karot), anda sudah boleh buat jus buah buahan atau sayur sayuran. Gunakan mixer / blender yang berkuasa (Watt tinggi) bagi menyenangkan serta menjimatkan masa anda. Bagi pesakit barah, makanlah makanan sihat atau ubati diri anda dengan terapi jus terlebih dahulu sebelum keluar melakukan perkara lain di luar rumah. Amalkan minum jus buah buahan.
1.    Jus Epal Hijau / merah
2.    Jus Nenas.
3.    Jus Tomato
4.    Jus Anggur.
5.    Jus Avocado.
  1. Jus Betik
7.    Jus strawberry
8.    Jus Limau Manis
9.    Air Kelapa
10. Jus Kurma

Amalkan minum jus ubi ubian.
  1. Jus Karot/lobak merah
  2. Jus Beet Root.
  3. Jus Water Chest Nut.
  4. Jus Lobak Putih.
  5. Jus Timun.
  6. Jus Kentang
  7. Jus Bawang Merah
  8. Jus Bawang Putih (Bawang putih boleh juga dipanggang di dalam oven)
  9. Jus turnip

Amalkan minum jus sayur sayuran.
  1. Jus daun Sireh
2.    Jus Asparagus.
3.    Jus Kubis.
4.    Jus Brokoli
5.    Jus Bunga Kubis.
6.    Jus Papa Celery
7.    Jus dandelion
8.    Jus Lettuce
9.    Jus Bayam
10. Jus Kacang Panjang
11. Jus Kacang Buncis
12. Jus Kacang Panjang
13. Jus Kacang kelisa/Botol
14. Jus Salad air
15. Jus pegaga
16. Jus Peterseli

Amalkan minum Teh:
  1. Teh Misai Kucing
  2. Teh Mas Cotek
  3. Teh Daun Durian Belanda
  4. Teh Daun Kenerak.
  5. Teh Daun Pecah Kaca.

Dengan makan tumbuhan mentah, kebanyakkan vitamin, antioksidan dan zat yang diperlukan tidak dimusnahkan oleh haba. Justeru makan jus mentah lebih berkhasiat daripada makanan yang telah dimasak. Demikian juga makan makanan dikukus atau periuk rendidih (slow cooker) lebih baik daripada makanan dipangang. Makanan panggang mengandungi karsinogen (Agen penyebab barah) di bahagian hitam yang hangus.
Amalkan minum jus daun sireh – Gunakan 5 helai daun sireh dan kisar dalam pengisar Panasonic MX 801S. Jika menggunakan pengisar yang wattnya lebih besar lebih baik kerana kisaran akan jadi lebih halus dan menyenangkan anda memerahnya. Antara pengisar berwatt tinggi adalah pengisar elektrik jenama pensonic tak silap 1200 Watt !

Untuk lebih memudahkan anda, gunakan pengisar jus (Juicer) Panasonic MJ-70M. Gunakan karot untuk menolakkan daun kerana karrot ada banyak air manakala daun mengandungi sedikit air. Tidak kisah jika anda mencampurkan karot dengan daun tumbuhan. Selain daun sireh, anda boleh cuba daun petawali, daun betik, daun duit duit, daun jambu, daun kadok, daun ati ati, daun kemangi, daun semambu, pucuk mahkota dewa, pucuk inai, pucuk maman pantai, pucuk misai kucing, pucuk mas cotek , pucuk malada pahit dsbnya.
Elakkan minum gula pasir dan susu cair pekat manis kerana semuanya menggunakan gula! Banyak gula, lagi subur sel barah dalam badan anda kerana gula adalah makanan utama sel sel barah untuk tumbuh subur dan bermetastasis!

Sekiranya, anda mengamalkan meminum jus-jus ini secara tetap setiap hari, Insyaallah anda akan dapat mendapat perubahan pada tenaga badan anda, pernafasan jadi lebih lancar, anda jadi lebih sihat, kuat dan ceria. Pastikan juga anda membaca surah Al Fatihah, baca Surah Al Ikhlas 3x, dan berselawat keatas Nabi 7 kali sebelum meminumnya. Diiringi dengan doa kepada Allah. Ingatlah bahawa air adalah penyimpan memori yang baik. Jika diniatkan perkara baik apatahlagi dibacakan ayat2 suci Al Quran, molekul air akan jadi cantik di bawah mikroskop.
Tetapi awas kerana anda sendiri wajib pastikan  semua sayur sayuran dan buah-buahan anda adalah:
1.    ditanam secara organik,
2.    tiada pengubahsuaian genetik,
3.    bebas sebarang racun serangga/ racun rumpai/ racun kulat,
4.    ada Cop SALM (Skim Amalan Ladang Baik Malaysia) yang dikeluar serta diiktiraf selamat serta sihat dimakan oleh Kementerian Pertanian Malaysia.

Berpuasa

Berpuasa adalah terapi bagi mencuci badan yang baik serta diakui pakar pemakanan dan pakar kesihatan badan. Berpuasa juga adalah cara penyembuh semulajadi yang baik serta boleh mengeluarkan racun dalam badan. Selain puasa di bulan Ramadhan, anda boleh juga praktikkan makan sebelum 6 petang dan hanya bersarapan keesokkan paginya. Jika perut anda dapat 12 jam tanpa makanan di waktu malam, ini juga adalah satu puasa yang baik.

Hindari Minum

1.    susu dan telur selepas anda minum jus!
2.    Jus sayur sayuran atau buah buahan yang anda khuatiri masih tercemar atau ada racun serangga , racun rumpai , racun kulat dan racun rodensia.
3.    Minuman Bergas.
4.    Arak dan alkohol.
5.    Rokok.
  1. Minuman berpengawet, berpewarna, berpewangi dan berperisa tiruan. Terdapat teh yang mengandungi pewarna, pewangi dan perisa tiruan.
Tip Berada Dalam Bilik

Buka segala tingkap dalam bilik anda untuk dapat pengudaraan yang baik. Anda perlukan oksijen yang mencukupi bagi otak anda bernafas. Allah amat pemurah dan pengasih kerana kita tidak dikenakan bayaran untuk bernafas. Bernafas adalah hak individu. Amalakan pernafasan dalam dalam kerana ia membersihakan darah anda daripada Karbon Monoksida CO2. CO2 ada terlarut dalam darah anda dalam bentuk Asid Karbonik. Persekitaran berasid menyeronok serta menselesakan sel sel barah beranak pinak serta membiak. Pernafasan dalam dalam boleh dicapai dengan lebih berkesan sekiranya anda bersenam. Amalkan bersenam setiap hari. Pastikan anda membuat Strectching terlebih dahulu.

Bersenamlah

Pernafasan dalam-dalam boleh dicapai dengan lebih berkesan sekiranya anda bersenam. Amalkan bersenam setiap hari. Pastikan anda membuat regangan (Stretching) terlebih dahulu, Tanpa senaman regangan, otot otot dan tendon anda boleh terkejut, tergeliat, tercedera, terkoyak, terputus dsbnya. Sekiranya anda baru melakukan pembedahan besar, Tanya fisioterapis dan doktor anda tentang kaedah kaedah senaman yang selamat untuk keadaan anda melakukannya. (Perlu diingatkan bahawasanya Doktor dan fisioterapis kerap bertelagah pendapat tentang kaedah senaman yang betul. Selalunya, si fisioterapis yang benar kerana kebanyakkan doktor bodoh sombong tidak mahu memahami serta mempelajari perkara baru kerana si doktor gred UD 54 @ JUSA manakala si fisioterpis gred 41. Lebih buruk lagi bila ada doktor yang berani mengambil kuasa Allah dengan menentukan berapa lama lagi seseorang pesakit barah boleh hidup!). Antara pakar senaman yang boleh anda ikuti adalah Dr Ahmad Tajuddin b Othman dari USM Pulau Pinang. CD beliau, bersenam secara betul dan selamat boleh didapati dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Unit Promosi Kesihatan (Perunding Teknikal Kecergasan), Bangunan E10, Parcel E, Putrajaya.

Ringkasan
  1. Amalkan diet sayur-sayuran.
  2. Ambil antioksidan.
  3. Bersenam – berjalan 30 minit sehari 6 kali seminggu
  4. Pengurusan stres yang betul:
    1. senaman pernafasan yang betul,
    2. senaman relaksasi dipelajari dari ahli psikologis dan fisioterapis  
    3. chee gong,
    4. tai chi,
    5. yoga.
    6. Tidur awal dan cukup tidur
  5. Jus buah-buahan.
  6. jus sayur sayuran (Makan klorofil tumbuhan).
  7. kunyit hidup sebagai ulam.
  8. Halia hidup sebagai ulam atau teh.
  9. vitamin C 1000mg sehari.

Nota Penting

Pengambilan jus dan pemakanan, sekiranya anda pesakit kencing manis perlu nasihat TERPERINCI dietician dan anda perlu pantau paras gula dalam darah. Paras gula dalam darah yang ideal bagi pesakit kencing manis adalah antara 4 hingga 8 MMOL/L.

Sekiranya tuan mengetahui kesalahan fakta di atas, dipinta segera tuan tegur dan betulkan.

Mana-mana istilah yang anda tidak faham, anda boleh googlekan saja di internet. Tak acilah semua makan suap aje. Kewajipan menuntut ilmu pengetahuan adalah tanggungjawab setiap insan. Allah telah berjanji akan menaikkan taraf manusia yang berilmu beberapa darjat. Antara sebab utama iblis dan malaikat disuruh sujud kepada Adam adalah juga kerana Adam lebih berilmu dari kesemua mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.