Isnin, 28 Januari 2013

Jangan beli pendakap gigi secara dalam talian


Jangan beli pendakap gigi secara dalam talian

19/01/2013 5:55pm

 

BENTONG — Orang ramai diminta agar tidak membeli pendakap gigi menerusi Internet atau secara dalam talian, yang tidak diiktiraf pakar pergigian, kerana dipercayai mengandungi plumbum dan membahayakan pengguna. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, berdasarkan maklumat awal, pendakap gigi yang dijual secara online diperbuat daripada plumbum dan boleh menyebabkan kanser usus.

"Kita dapati pendakap gigi kini semakin popular, terutama di kalangan remaja, sebenarnya ia bukan berfungsi untuk mencantikkan gigi tetapi lebih kepada fesyen atau trend golongan muda masa kini. "Sehubungan itu, saya berharap mereka yang ingin mencantikkan gigi supaya mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi yang diiktiraf oleh pakar pergigian terlebih dahulu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Aktiviti Warga Emas Bentong sempena Hari Warga Emas Peringkat Daerah Bentong hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun. Tiong Lai menjelaskan, kerajaan boleh menyekat atau mengawal penjualan pendakap gigi berkenaan di pasaran namun tidak boleh mengawal pembelian yang dibuat melalui Internet atau secara online. — BERNAMA


 

Jangan beli pendakap gigi di internet - Tiong Lai


Oleh ALI MAHMOOD

BENTONG 19 Jan. - Pendakap gigi yang dijual di internet mengandungi plumbum yang membahayakan termasuk berisiko mendatangkan bahaya barah usus kepada pengguna. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, barangan itu yang diperbuat daripada bahan dikenali sebagai 'lead' sebenarnya tidak mendapat pengiktirafan pakar pergigian negara ini.

"Sehubungan itu saya berharap mereka yang ingin mencantikkan gigi supaya mendapatkan nasihat doktor dan menggunakan pendakap gigi diktiraf dan diperbuat daripada tantinium," katanya di sini hari ini. -


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.