Ahad, 15 April 2012

POKOK BELALAI GAJAH

POKOK BELALAI GAJAH / SABAH SNAKE GRASS/Clinathanus/Pepina
Malaysia mempunyai ikhlim yang panas dan mempunyai jumlah hujan yang tinggi dan sesuai dengan pelbagai tanaman antaranya banyak herba. Satu antara beribu-ribu jenis herba yang boleh didapati di Malaysia ialah Clinacanthus Nutans (Burm. F.) Lindau atau Belalai Gajah yang dipercayai boleh mengubati penyakit kanser jika tidak pun sekurang-kurangnya boleh melegakan kesakitan akibat kanser. Boleh sembuh 100% atau tidak terpulanglah kepada tuhan. Daripada maklumbalas yang kami terima kami dapati kebanyakan yang makan herba ini mempunyai kesan yang memuaskan. Keratan batang yang diasingkan daun disiapkan untuk ditanam. Tanah yang dicampur dengan kompos (baja organik) dan pasir sungai di masukkan ke dalam polibeg. Bagi orang yang hendak hantar ke luar negara kami syorkan pakai teh uncang daun pokok Belalai Gajah. Kesannya sama dengan daun segar. Seorang wanita yang comel datang untuk membeli teh uncang untuk dihantar ke Perth, Australia kerana ibunya mengidap kanser peringkat ke4 dan kanser telah merebak kepada beberapa organ dalam tubuh. Selepas minum teh daun belalai gajah untuk 9 hari sel kanser telah kurang separuh.
Pada hari ketiga Tahun Baru Cina Sifu Tiang Koon Cheong dan saya ambil kesempatan untuk melawat En. Low dari Taiping yang telah pulih daripada barah kanser sejak tahun 2009 setelah memakan daun Belalai Gajah. Sejak itu beliau telah tanam Pokok Belalai Gajah dengan agak banyak juga di hadapan rumahnya di Taiping. Setelah sembuh memakan daun Belalai Gajah, beliau telah tanam banyak Pokok Belalai Gajah di hadapan rumahnya untuk diberi percuma kepada orang yang sakit kanser yang datang ke rumahnya. Kami berada di rumahnya selama 4 berkongsi maklumat berkenaan dengan daun Belalai Gajah. Beliau telah menceritakan sebilangan pesakit yang telah sembuh setelah memakan daun belalai gajah yang diberinya. Kini beliau telah banyak menerima panggilan telefon dari semua lapisan rakyat daripada Malaysia dan luar negara.

Sudah beberapa bulan yang lalu, terdapat juga ramai orang yang masih datang ke Taman Herba Tropika YPL di Batu 7, Jalan Jelebu, Pantai, Seremban, N.S.. Mereka datang dari seluruh Malaysia semata-mata untuk mencari herba Belalai Gajah untuk mengubati barah kanser. Sebahagian daripada pelawat ini adalah yang datang semula kerana dapati ia berkesan untuk barah kanser dan terus sambung makan bagi pesakit dan ada juga yang datang pertama kali. Walaupun permintaan daripada orangramai masih ramai kami sedia ada daun Belalai Gajah kerana kami ada supplier yang membekalkan kepada kami. Sekarang kami tidak terhad amaun yang boleh di beli oleh se-seorang kerana bekalan kami mencukupi buat masa sekarang (22-08-2011). Selain daripada daun Belalai Gajah, kami juga ada menjual anak pokoknya dalam polibeg yang berharga RM10.00 se polibeg.
Pokok Belalai Gajah boleh ditanam dalam polibeg yang besar, dalam pasu atau di dalam tanah. Pokok ini senang ditanam dan dijaga. Pokok ini suka tanah gembur yang kaya dengan baja asli (kompos - tahi ayam, tahi kambing dsb.nya.) Ia perlu di siram sekurang-kurang nya sekali sehari pada mulanya. Ia hendaklah ditanam di tempat yang teduh (kurang cahaya matahari).
Bagi pesakit yang telah makan daun Belalai Gajah dan masih tidak dapat kesan yang baik, mungkin mereka makan sekali sahaja dalam sehari. Saya menggalakkan makan dua kali sehari. Saya dapati respon daripada orang yang makan dua kali sehari adalah lebih baik daripada orang yang makan sekali sahaja, walaupun mereka makan banyak ; sehingga 150 helai daun sehari.  Saya menggalakkan memakan 50 helai daun sekali kerana ia pun mencukupi. Jangan membazir kerana di seluruh Malaysia kekurangan daun SSG (Sabah Snake Grass) ini.
Di atas terdapat gambar pokok Jarum Tujuh Bilah. Kami pernah dapat berita yang ramai telah pulih kerana tambah 2 helai daun Jarum Tujuh Bilah ke dalam mesin blender bersama 50 daun belalai gajah, sebiji epal hijau dan jus daripada 1/2 biji lemon (pilihan). Semoga semua pesakit dapat pulih. Sekian, terima kasih.

Bagi semua pesakit kanser samada peringkat 1 hingga peringkat 4, saya syorkan kamu cuba makan/minum daun Belalai Gajah. Samada anda hendaklah mencari rawatan barat (pembedahan/kimoterapi/radioterapi) terpulanglah kepada anda. Kamu hendaklah buat keputusan sendiri. Orang yang masih menjalankan terapi juga boleh makan daun Belalai Gajah ini. Setahu saya pokok Belalai Gajah ini tiada bahan toksik dan tidak bercanggah dengan rawatan ubat barat. Samada anda hendak cuba herba yang ajaib ini terpulanglah kepada anda. Saya panggil herba ini sebagai "Anugerah Daripada Tuhan" untuk menyelamat manusia dan kesengsaraannya. Semoga semua pesakit dapat pulih daripada penyakit kansernya.

1. Basuh 100 helai Daun Belalai Gajah.
2. Cuci dan belah sebiji epal hijau dan buang bijinya.
3. Perahkan 1/2 buah lemon dan ambil jusnya (pilihan). Masukkan semuanya ke dalam sebuah mesin pengisar (blender).
4. Tuangkan segelas air ke dalammesin pengisar (blender).
5. Mengisar (blend) kandungan dalam mesin pengisar (blender) dan minum terus bersama serabut (fiber), sekali sebelum sarapan pagi dan sekali lagi pada waktumalam.

Testimoni pesakit:

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja. Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja. Sekian . Wasallam

Sabah Snake Grass .. Good News!!!
Recently, I met a man who had Lymphatic Cancer - Stage 4 with 123 lymph nodes affected. His cancer started in March 2008. Affected parts: 1st: Right lung, 2nd: Left lung, 3rd: Groin, 4th: Eye and 5th Mouth. After 9 chemo therapies he stopped the treatment on 10/11/2008 because 5 specialists said he can only survive for 3 months. Today, after more than 2 years, he has recovered and is still living. Thanks to the Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which he planted outside his house. He blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday.

After 3 days, 6 tumours disappeared.
After 13 days, he went for a blood test. The oncologist said that he was 96% cured.
So far more than 200 people who had taken the herbs showed improvement.


Case 1) Man - age 54 - Lung Cancer: 3rd stage.
Chemotherapy 6 times . Tumour before taking Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm. Tumour two weeks after taking Sabah Snake Grass reduced to 20mm, 27mm, 67mm respectively.

Case 2) Woman - Uterus cancer – tumour size 6cm
Scheduled for surgery. After taking SSG, reduced to 3.5cm. Doctor said no need to operate. Continue taking the SSG, the tumour disappeared.

Case 3) Man - Prostate Cancer
After taking SSG for 11 days, the tumour disappeared.

Case 4) Woman from KL - Breast and Lung Cancer
Both breasts removed - 4 stage. Very weak, cannot eat, on drip and lying in hospital. Family member poured SSG juice into her mouth through tube. After a few days, could eat and was discharged. 28 days later was all tumours disappeared.

Case 5) Woman from Taiping
Breast Cancer
After taking SSG for 3 days, the wound dried up.

Case 6) Leukemia Patients
So far 4 cases have been cured after drinking SSG juice.
They also drank juice from 3 leaves of Guo Sai Por
(Ti Tham Tou) once per week.

Case 7) Dialysis Patients
After taking SSG for 10 days, stopped going for dialysis treatment.

Case 8) Patients with High Cholesterol, High Blood, High Uric Acid and Diabetes
After taking SSG, the conditions improved.

Number of leaves used for treatment for Cancer:
Stage 1 : 30 leaves everyday
Stage 2 : 60 leaves everyday
Stage 3 : 100 leaves everyday
Stage 4 : 150 – 200 leaves everyday
When the patients get better, reduce the number of leaves.

Direction for juicing SSG
a) Pour half cup of clean water in a blender
b) Add 1 or 2 ice cubes to prevent heating during blending
c) Add 1 quarter of lemon or half a lime juice (provide Vitamin C and prevent oxidization )
d) Wash the required fresh SSG leaves and put them into the blender
e) Peel a green apple and remove the core/seeds
f ) Cut the apple into 8 pieces
g) Put in the pieces of apple
h) Blend and drink immediately or within 5 minutes. (consume daily)
I ) If your body is "cooling" add a few slices of ginger or drink warming herbs

I stay in Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Malaysia. If you have problem getting the SSG, email or sms me. I can get them from Seremban. You only need to pay for my transportation from KL to Seremban and back, cost of the plants and postage if necessary. I need your name, address, h/p no. and the patient's condition and type of cancer. (No tel penanam pokok ini belum diperolehi lagi. Boleh rujuk pokok ini dengan jabatan pertanian yang berdekatan tentang pokok ini).

Food to avoid : Sugar and products made with sugar, kembong fish, ray fish, 7 angled-fish, chicken meat, duck meat, yam, glutenous rice, margarine, durians, bird nest, ginseng and other rejuvenating herbs.

Besides SSG, papaya, apricot seeds, lemon grass, wheat grass, petawali, hempedu bumi, pucuk betik, pucuk ubi and many types of fresh raw vegetable and fruit juices can also be used for treating cancer. I believe all chronic diseases can be cured with the combination of detoxification, maintaing blood Ph 7.35-7.4, increasing body oxygen, eating natural nutrients and herbs, a healthy lifestyle and good eating habits.There are quite a number of patients with cancer and other chronic diseases recovering and got cured based on my coaching above and natural treatments.

Sejarah penggunaan

Nama pokok tanaman herba ini dikenali sebagai Sabah Snake Grass (SSG), nama saintifiknya Clinacanthus atau Clinathanus. Nama dalam bahasa cinanya berbagai, ada yang memanggilnya Yu Xun Cao dan ada mengelarnya Shen Caodan nama tempatan dipanggil sebagai Pokok Belalai Gajah atau Gendis. Tidak jelas bilakah pokok ini menjadi terkenal kepada umum, tetapi mula diperkatakan dalam tahun 2005, yang pastinya mengikut cerita dari mulut ke mulut pokok ini diberi nama Sabah Snake Grass berdasarkan pada cerita yang mengesahkan seorang pelabur dari Pulau Ketam datang ke Sabah untuk mencari tempat yang sesuai bercucuk tanam tanaman pokok herba, bersama dengannya ada sejenis pokok yang dipercayai dapat menghalau ular. Bila pelaburan tanaman pokok herba gagal dan tidak mendapat sambutan, dia meninggalkan tempat itu dengan meninggalkan semua tanaman, tanaman ini kemudiannya di beri nama sebagai Rumput atau pokok Ular olih penduduk setempat. Tanaman ini juga digunakan secara meluas di Thailand sebagai rawatan gigitan ular atau apa sahaja jenis serangga berbisa dan juga digunakan sebagai ubat gatal dan ubat rawatan kulit bertoksik. Di Sabah, ia juga digunakan sebagai herba rawatan buah pinggang dan ia juga dikenali sebagai pokok buah pinggang, didalam bahasa cina ia digelar “Shen Cao” minuman dari perahan daun segar atau melalui rendaman dalam air panas (seperti teh) diminum untuk membuang biasa dan racun dari dalam buah pinggang. Jus perahan menggandungi Chlorophyll yang membantu dalam membuang toksik.

Punca Kanser

Perkataan Ketumbuhan dan kanser adalah menakut. Reaksi orang terhadap pesakit kanser adalah berbeza. Ada yang terlalu takut kepada penyakit kanser, ada yang biasa sahaja dan ada juga yang tidak kisah terhadap penyakit kanser. Ada sesetengah orang pula mengalami ketakutan atau fobia kanser. Ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang itu sentiasa bimbang dan terganggu fikirannya; mungkinkah dia diserang penyakit kanser apabila timbul sesuatu tanda di badannya! Orang seperti ini sering menemui doktor jika timbul apa-apa masalah walaupun remeh-temeh dan fikirannya sentiasa terganggu oleh sebab ketakutan terhadap penyakit kanser. Walaupun kita mesti berwaspada terhadap kemungkinan penyakit kanser, khususnya mereka dalam golongan berisiko sama ada dari segi umur, terdedah terhadap bahan-bahan yang mungkin karsinogenik seperti tabiat merokok, pendedahan terhadap bahan kimia, pancaran X-ray dan sebagainya, namun kita tidak perlulah sentiasa hidup dalam ketakutan hingga jiwa kita tidak tenteram.

Sebaiknya, kita mengambil langkah berjaga-jaga dan terdapat ujian-ujian penapisan seperti X-ray, ujian sel pangkal rahim (pap smear), ujian darah atau sebagainya yang boleh mengesan kanser sebelum ada tanda kita patut mengambil langkah-langkah yang sewajar.

Tanda-Tanda Penyakit Kanser
Di antara tanda-tanda penyakit kanser ialah:

1. Bagi wanita yang mengalami pendarahan selepas persetubuhan, pendarahan haid yang tidak tentu masa, keluar darah haid selepas putus haid, keluar keputihan dari kemaluan, perut kembung, bengkak kaki khususnya jika di sebelah sahaja, susut badan, tidak ada selera makan, bonggol atau ketumbuhan pada buah dada, keluar darah atau susu daripada puting buah dada walaupun tidak menyusukan dan kesakitan pada buah dada.

2. Bagi kanser paru-paru pula, tanda-tandanya ialah batuk yang tidak boleh dikawal dengan ubat biasa, batuk darah dan sesak nafas. Pada bahagian tekak pula, hidung berdarah atau muntah darah.

3. Bagi kanser dalam perut dan tali usus, antara tanda-tandanya ialah muntah darah, berak darah, sakit perut dan muntah-muntah yang tidak boleh dikawal. Bagi kanser pada buah pinggang dan saluran perkencingan, antara tanda-tandanya ialah kencing berdarah, sering hendak kencing dan sukar untuk membuang air kencing.

4. Antara tanda-tanda kanser pada bahagian otak pula ialah sakit kepala, pening kepala yang biasanya tidak boleh diubat dengan ubat penawar sakit biasa. Manakala tanda-tanda bagi kanser tulang dan sendi ialah bengkak tulang atau sendi. Tanda-tanda bagi kanser sistem pendarahan ialah muka pucat, letih-lesu, mudah berdarah jika terkena luka dan sukar hendak tos darahnya serta demam yang tidak dapat dikesan puncanya.

Pengesahan Penyakit Kanser

Pengesahan penyakit kanser biasanya dilakukan secara ujian tisu yang diambil daripada kawasan yang disyaki mengidap kanser (Biopsy) dan seterusnya dikaji di makmal kaji sel (hispatologi). Biasanya, di sinilah sel-sel kanser dapat dipasti dan disahkan. Walaupun demikian, ujian-ujian lain boleh menolong dalam membuat pengesahan kanser seperti ujian Ultrasound, X-ray, skaning MRI, Cat dan lain-lain.

Kaedah Rawatan Kanser

Satu perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan rawatan kanser ialah peringkat ketumbuhan kanser tersebut, sama ada ia masih terhad pada satu bahagian tubuh badan ataupun telah merebak ke kawasan persekitaran atau telah merebak jauh melalui saluran darah ke organ-organ penting seperti paru-paru, otak, hati, tulang dan sebagainya. Di peringkat awal, sebelum ketumbuhan kanser dapat merebak, rawatan yang tepat akan memberi hasil yang memuaskan, malah ia mungkin boleh pulih seperti sediakala. Tetapi, apabila kanser telah merebak jauh, kesan rawatan mungkin tidak begitu memuaskan dan pertumbuhan kanser mungkin sukar dikawal.

Satu lagi perkara yang sangat penting dalam menentukan kejayaan kanser ialah jenis sel kanser itu dan di bahagian mana kanser itu berlaku. Pelbagai jenis kanser boleh tumbuh dalam badan kita. Jika bentuk sel kanser itu amat luar biasa (anaplastik) maka kemungkinan sel itu membiak dengan cepat dan merebak luas dan ini akan menimbulkan masalah rawatan. Sesetengah sel-sel kanser pula kebal walaupun diberi rawatan dengan ubat-ubat kemoterapi atau dengan rawatan radioterapi. Dalam keadaan begini, hasil rawatan dari pemulihan tidak begitu memuaskan.

Sesetengah penyakit kanser mengeluarkan tanda di peringkat awal lagi, misalnya kanser pangkal rahim di kalangan wanita. Biasanya, sebelum menjadi kanser, sel-sel pada pangkal rahim menjalani beberapa peringkat perubahan, iaitu daripada sel normal kepada sel luar biasa. Kemudian ia menjadi kanser di peringkat awal dan seterusnya kanser membiak Lagipun, kanser pangkal rahim pada wanita boleh dikesan sebelum ia mencapai ke peringkat kanser dengan ujian pap smear. Dengan ini, ia mungkin boleh dicegah daripada menjadi kanser.

Dan jika ia telah menjadi kanser, dan dapat dikesan di peringkat awal, ia boleh dirawat sepenuhnya. Tetapi, kanser di dalam perut seperti kanser usus besar, perut, hati ataupun kilang ovari, kadang-kadang menimbulkan tanda yang agak lewat dan apabila tanda-tanda itu timbul, keadaannya telah tenat dan sel-sel kanser telah merebak. Dalam keadaan demikian, rawatan secara pembedahan dan rawatan dengan kaedah yang lain mungkin tidak akan memberi kesan pemulihan yang seratus-peratus baik.

Konsep Pembinasaan Sel Kanser Secara Spontan Pernah kita mendengar cerita orang yang telah disahkan menghidap kanser dan setelah dirawat doktor itu mengatakan keadaan kansernya amat berat dan dia diberi tempoh hidup selama enam bulan atau setahun. Kemudian selepas tempoh tersebut, pesakit itu masih hidup lagi, malah dia lebih sihat daripada sebelum terkena kanser. Ini adalah di antara cerita-cerita yang kita pernah dengar.

Pesakit-pesakit yang telah hampa dengan rawatan moden telah pergi berjumpa dengan perawat-perawat tradisional yang memberi bermacam-macam cara rawatan, mungkin secara jampi, atau secara rawatan tradisional seperti jamu, akar kayu, ubat sinseh dan sebagainya. Kita juga telah mendengar kisah seorang pengidap kanser, iaitu Jason Winters yang pernah menghidap penyakit kanser dan telah diberi tempoh hidup enam bulan tetapi dia terus hidup dengan menggunakan ubat-ubatan tradisional daripada berbagai-bagai ramuan akar kayu dan beliau telah mengolah satu ramuan yang dinamakan “Teh Jason Winters” yang beliau percaya boleh mengubati pelbagai penyakit kanser.

Dalam keadaan cemas dan genting seperti ini, manusia akan menggunakan bermacam-macam cara dan kaedah untuk mengatasi masalah dan apabila rakan, teman atau saudara memberi cadangan tentang rawatan yang berkesan, mereka akan terus mencubanya. Walaupun kadang-kala kita tidak mengetahui logik atau asas saintifiknya, memang tidak boleh disangkal, bahawa ramuan-ramuan dalam akar kayu atau ubat-ubatan tradisional mungkin mempunyai kesan yang boleh membinasakan sel-sel kanser. Setakat ini belum banyak kajian yang telah dilakukan ke atas ramuan ubat-ubatan tradisional dan ubat akar kayu ke atas pelbagai jenis penyakit termasuk juga kanser.

Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.

Pakar-pakar perubatan memang mengakui, bahawa sel-sel kanser pun boleh binasa dengan sendirinya, iaitu dalam proses yang dinamakan regresi spontan. Ini semua adalah dalam penguasaan Allah dan sebagai manusia kita hanya berdoa dan mengharapkan agar penyakit yang dihidapi sembuh. Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja.
Tulisan ini dituju kepada pembaca tempatan di Malaysia, bagaimana pun informasi ini berguna kepada sesiapa sahaja walau dimana seseorang itu berada. Herba untuk rawatan kanser ini tidak semestinya sesuai kepada semua orang, begitu juga dengan apa sahaja ramuan herba yang lain. Bagus untuk saya tidak semestinya bagus untuk orang lain, setiap seseorang itu berbeza dan keadaan penyakitnya juga berbeza. Maka apa yang diturunkan hanya sekadar berkongsi maklumat dan pilihan mudah mudahan mereka yang membaca tulisan ini mendapat manafaat dari maklumat seperti ini.

Kebelakangan ini banyak kenyataan dikeluarkan dalam ruangan internet berkenaan pesakit penyakit kanser dan bagaimana ia sembuh darinya walaupun telah disahkan bahawa dia tidak mungkin bertahan selama 3 bulan disebabkan kansernya telah memasuki tahap 4. Di petik dari kata seorang penulis yang pernah bertemu dengan seorang pesakit yang terkena kanser pada tahun 2008, dia menghadapi penyakit kanser Lymphatic tahap 4 dengan 123 tempat lymph nodes. Bahagian yang terjangkit adalah 1. Paru paru kanan 2. Paru paru kiri 3. Kelangkang 4. Mata dan 5. Mulut. Selepas menggambil 9 kali rawatan kimo dia berhenti rawatan pada 10/11/2008 kerana dia telah dinasihati olih 5 orang pakar yang beliau hanya dapat bertahan selama 3 bulan. Kini setelah lebih 2 tahun dia maseh segar dan telah sembuh sepenuhnya. Bila ditanya bagaimana dia sembuh, katanya setiap hari selepas sarapan dia akan mengisar daun pokok belalai gajah dengan buah apel hijau (tanpa kulit dan biji) dan minum, selepasa hari ke tiga (3) 6 bonggolan hilang dan selepas 13 hari dia keklinik menjalani pemereksaan darah berkata Oncologist dia telah sembuh 96%. Dia maseh menanam pokok Belali Gajah (SSG) dihalaman rumahnya.
PERAKUAN PESAKIT KANSER

Lebih dari 200 pesakit telah menggambil herba ini dan menunjuk kesembuhan. Diantara contoh kes yang berlaku seperti berikut:

Kes 1) Lelaki - Umur 54 tahun
Kanser Paru (Lung Cancer): Tahap 3.
Rawatan Kimo (Chemothrapy) 6 kali.
Ketumbuhan (Tumour) sebelum menggambil Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm.
Ketumbuhan selepas dua minggu menggambil Sabah Snake Grass, mengecut kepada 20mm, 27mm, 67mm

Kes 2) Wanita – Umur
Kanser Uterus – Sais ketumbuhan 6cm
Telah diijadualkan untuk pebedahan, setelah penggambilan SSG, surut kepada 3.5cm.
Doctor kata tidak perlu dibedah. Terus penggambilan minuman SSG, ketumbuhan hilang.

Kes 3) Lelaki
Kanser Prostate
Setelah penggambilan SSG selama 11 hari ketumbuhan hilang. .

Kes 4) Wanita dari KL
Kanser payudara dan paru paru
Pembuangan kedua dua payudara – Tahap 4
Amat lemah, tidak boleh makan, bergantung kepada IV (drip) dan terbaring dikatil hospital.
Ahli keluarga memberi minuman jus SSG menggunakan tube kemulut.
Selepas beberapa hari pesakit telah mampu untuk makan dan dikeluarkan dari hospital.
Pada hari ke 28 semua ketumbuhan telah susut dan hilang.

Kes 5) Wanita dari Taiping
Kanser payudara
Setelah menggambil minuman SSG pada hari ke 3 kudis kanser kering dan sembuh.

Kes 6) Pesakit Leukemia
4 kes pesakit Leukemia telah sembuh setlah menggambil minuman jus SSG.
Mereka juga menggamal penggambilan 3 helai daun Guo Sai Por (Ti Tham Tou) seminggu sekali

Kes 7) Pesakit Dialysis
Selepas penggambilan jus SSG selama 10 hari, mereka tidak perlu lagi menjalani rawatan dialysis.

Kes 8) Pesakit Cholesterol Tinggi, Tekanan Darah Tinggi, Asid Uric tinggi dan kencing manis (Diabetes)
Setalah menggamalkan penggambilan SSG, keadaan kesihatannya berubah.

PENYEDIAAN DAN PENGGAMBILAN
Walaupun setelah sembuh dari penyakit kanser, bagi memastikan kita sentiasa terlindungan dari diserang semula, adalah digalakkan penggambilan minuman herba sekali sekala.

Jus atau perahan dari tanaman herba bagus diambil mentah, dengan molekul enzim yang utuh lagi mampu mempercepatkan proses kesembuhan dan kembali sihat. Ia juga dapat membekalkan rawatan yang kaya dengan ubat antikanser ber Ph alkali, yang dengan cepat dapat menstabil kandungan asid dalam tubuh. Dicadangkan penggambilan Clinathanus / Sabah Snake Grass / Belalai Gajah.

Jumlah daun digunakan dalam rawatan kanser:

Tahap 1 : 30 helai daun setiap hari.
Tahap 2 : 60 helai daun setiap hari.
Tahap 3 : 100 helai daun setiap hari.
Tahap 4 : 150 – 200 helai daun setiap hari.
Bila pesakit bertambah baik, kurangkan jumlah daun.

PENYEDIAAN JUS SSG
a) Tuangkan separuh cawan air kedalam blender
b) Tambah 1 atau 2 ketul air batu cubes mengelakkan kepanasan melampau semasa kisar.
c) Campurkan 11/3 (satu suku) lemon atau jus limau (penambahan Vitamin C dan mengelak dari oksidasi)
d) Basuh daun segar SSG yang diperlukan dan masukkan kedalam blender
e) Kupas kulit buah epal dan keluarkan tengah dan bijinya
f ) Potong epal kepada 8 bahagian dan masukkan epal itu kedalam blender
g) Blend dan minum segera, kalau lewatpun dalam 5 minit. (penggambilan setiap hari)
h) Jika badan merasa sejuk, tambah sehiris dua halia atau minum air herba suam

PEMAKANAN YANG PERLU DIELAKKAN

1. Gula dan segala jenis manis-manisan
2. Ikan kembung, ikan pari, 7 angled-fish
3. Daging, ayam, itik, lembu
4. Beras berkanji
5. Margarine
6. Durian
7. Herba sarang burung
8. Ginseng dan herba awet muda

Bersama sama dengan SSG, buah buahan seperti betik, biji apricot, serai dan banyak lagi buah buahan dan sayuran segar dan jus dari keduanya boleh diambil bersama dalam rawatan kanser. Sesungguhnya kebanyakan penyakit koronik boleh disembuh dengan makanan pembersihan oksida dalam tubuh (detoxification), pastikan penggambilan pemakanan yang berakali tinggi dan pastikan Ph darah 7.35-7.4. Makan makanan yang organic yang semulajadi dan amalkan hidup secara sihat.

Bagi separuh orang, kebiasaannya pada orang orang Cina, mereka lebih mengutamakan penggambilan sesuatu jenis herba bagi sesuatu penyakit bukan bersendirian. Mereka akan menggambilnya bersama dengan daun atau pokok atau akar herba yang lain. Mereka lebeh gemar penggambilan herba secara kukus, atau masakan berair berbanding dengan kaum lain yang mempelbagaikan ramuan herba dengan cara serbuk, majun, minuman tonik, titisan dan sebagainya.

Air penyembuh semulajadi

Air merupakan satu anugerah dari Tuhan yang mempunyai banyak kebaikan kepada manusia. Setiap hari kita pasti akan minum air, walaupun airnya berbeza rasa dan isipadunya, tetapi sejauh mana kita tahu tentang air tersebut, bagaimana fungsinya pada badan kita. Jadi insyaAllah pada post kali ini, saya ingin buka satu rahsia air dalam perubatan, yang mungkin ramai antara kita masih belum tahu.

Cuba kita fikirkan sebentar, kenapa apabila dunia semakin moden, pelbagai ubat dihasilkan, tetapi kadar penyakit dan kematian juga semakin meningkat? Manusia cuba menghasilkan ubat, berdasarkan pengetahuan dan pandangan mereka, tetapi tetap tidak boleh menyembuhkan semua penyakit yang diciptakan Tuhan. Sedangkan dalam hadis riwayat Bukhari, dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda "Bagi setiap penyakit yang diturunkan Allah, ada ubat yang juga diturunkanNya."

Dr. Batmanghelidj, M.D. berjaya menerangkan tentang kebenaran disebalik dunia perubatan, dan rahsia air sebagai ubat semulajadi. Beliau sedar akan rahsia ini, ketika dia dipenjarakan selama dua tahun tujuh bulan di Evin Prison. Dia sebagai seorang doktor bertauliah, merawat rakan sepenjaranya yang sakit ulser perut (peptic ulser) hanya dengan memberikannya dua gelas air. Dalam masa lebih kurang 8 minit, sakitnya hilang. Mulai dari peristiwa itu, Dr, Batmanghelidj menyuruhnya minum dua gelas air setiap 3 jam, dan rakannya itu sembuh sepenuhnya. Beliau berjaya menyembuhkan 3000 rakan penjaranya yang menderita 'stress-induced peptic ulcer' hanya dengan menggunakan air. Sepanjang beliau berada dipenjara tersebut, beliau telah melakukan eksperimennya tentang kesan penyembuhan air, dan hasil kajiannya berjaya dikeluarkan dalam Journal of Clinical Gastroenterology pada June 1983. Konsepnya sangat mudah, iaitu mengembalikan badan kepada keadaan fisiologinya yang normal. Air merupakan elemen yang sangat penting dalam setiap proses fisiologi tubuh, sebagai pelarut dan pembawa bahan-bahan penting. Lebih kurang 75% daripada isipadu badan, dan 85% daripada otak kita terdiri daripada air. Apabila badan kekurangan elemen penting ini, maka badan akan menunjukkan "dis-ease", keadaan tidak senang atau kata lainnya ialah penyakit. Keadaan ini lama-kelamaan akan membawa kepada penyakit degeneratif yang selalu masyarakat kita hadapi.

Keadaan ini dipanggil sebagai Unintentional Chronic Dehydration (UCD), yang merupakan salah satu penyebab penyakit badan, termasuk kanser. Hasil kajian Dr Batmanghelidj selama 18 tahun, dan pengalaman 33 tahun sebagai doktor, akhirnya berjaya menemui ubat yang sangat mudah didapati oleh semua orang, iaitu air.
UCD: A New Medical Discovery
Kekurangan air tidak semestinya ketika kita sedang kehausan, tetapi keadaan sakit itu sendiri merupakan tanda-tanda badan kita kekurangan air. Dalam bukunya, 'Water Cures: Drugs Kill', beliau menyatakan bahawa apabila umur semakin meningkat, otak semakin lambat dalam memberitahu kita bahawa kita sedang kehausan. Antara sebabnya adalah kerana otak tersebut sudah "adapted" dengan keadaan kekurangan air itu, dan haus hanya terasa apabila level air dalam badan betul-betul rendah dari nilai yang disetkan oleh otak. Jadi, kita tidak boleh minum air hanya ketika haus, tetapi minumlah untuk membekalkan air secukupnya, untuk fisiologi tubuh yang baik. Air yang secukupnya mampu mencegah dan merawat penyakit-penyakit seperti sakit ulu hati (heartburn), sakit sendi (arthritis), sakit belakang (backpain), asma, dan migraine. Penyakit kencing manis, darah tinggi, kolesterol tinggi, dan kanser, yang merupakan penyebab kepada kematian dikalangan masyarakat hari ini, semuanya boleh disembuhkan dengan minum air yang secukupnya, dengan izin Allah Taala. "Dan jika Allah menimpakan suatu bencana kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak karuniaNya. Dia memberikan kebaikan kepada siapa saja yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNya. Dia Maha Pengampun, Maha Penyayang" -surah Yunus, 10:107-
Bagaimana kita ingin tahu bahawa kita kekurangan air? Salah satu cara yang mudah ialah dengan memerhati warna air kencing kita. Air kencing yang jernih menunjukkan air yang mencukupi, semakin kuning air kencing kita, bermakna semakin teruk dehidrasi kita. Kesan dehidrasi pula ialah mudah penat, kulit, bibir dan mulut yang kering, stres, pening kepala, asma, sakit belakang, darah tinggi dan banyak lagi. Jadi, minumlah air secukupnya, tiap kali bangun tidur, ketika belajar, dan bila-bila saja. Air yang terbaik ialah air kosong, kurangkan minum air manis. Bawalah air setiap masa, dan jadikan sebagai satu tabiat. Percayalah, bahawa kita sendiri boleh merawat setiap penyakit, dan jangan lupa untuk meletakkan pengharapan pada Allah, Tuhan Yang Maha Penyembuh.
Frequently asked questions

Sebagai manusia, kita akhirnya akan kembali kepada ciptaan Allah itu sendiri, hanya Tuhan yang mengetahui keperluan hamba-hamba yang diciptakanNya. Banyak lagi penerangan mengenai air ini, tetapi tidak saya ceritakan sepenuhnya dalam post ini. Saya cuma mengharapkan agar kita sedar tentang perkara ini, dan mencari sendiri rahsia air tersebut, insyaAllah.  Maklumat selanjutnya, layari www.watercure.com

Bahaya dekat kabel VOLTAN TINGGI

Pastinya korang pernah dengar cerita, duduk dekat dengan kabel TNB ni bahaya, boleh sebabkan kanser pada tubuh kita. Betul ker? Sebenarnya TIDAK, kabel TNB hanya menghasilkan 15mG EMF sahaja, jadi perumahan dan tempat tinggal dekat dengan kabel TNB adalah tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kanser seperti yang dikatakan segelintir orang. Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli,berkata : persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan. "Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik 2010 peringkat Selangor di Sungai Besar, dekat sini, hari ini.

Fakta lain :

1.EMF ialah Electro Magnetic Field / Gelombang elektromagnetik.
2.Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG EMF.
3.Kabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF.
4.Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Nota: Petikan diatas adalah bias kerana didapati dari satu punca saja iaitu golongan yang berkepentingan dalam:
1.   Industry Kabel Voltan Tinggi  - Sekiranya mereka katakan bahaya maka kabel ini mungkin terpaksa disalut plumbum atau ditanam beratus kaki di bawah tanah… jalan singkat adalah istiharkan ia tidak merbahaya … Serupa kesnya seperti radioaktif di Lynas … mudah saja … istiharkan ia tidak berbahaya kepada kesihatan… Serupa juga jerebu … istiharkan jerebu tidak berbahaya bagi menjaga kedatangan pelancong sampailah ada warga emas yang mati sebab diserang sesak nafas. Mati akibat sesak nafas adalah penyebab acute. Manakala kesan pendedahan kepada jerebu jangka panjang belum diketahui kesan sampingan dan akibatnya!!!
2.   Telefon Bimbit – sekiranya pembuat atau penjual telefon bimbit sendiri mengaku telefon bimbit itu boleh menyebabkan kanser otak, sudah tentu jualan mereka merudum. Juga mereka akan dipertanggungjawabkan bagi membayar ribuan dollar pampasan kepada keluarga pesakit kanser otak iaitu mungkin anda semua!!! Jalan singkat bagi melepaskan jerat di tengkuk adalah dengan mengaku bahawa telefon bimbit mesra pengguna dan tidak sesekali akan menyebabkan barah otak, meletihkan otak, atau merencatkan kepintaran IQ manusia!! Ini kerana ada pendapat lain dari doktor yang tidak berkepentingan yang mengatakan ia mungkin tidak selamat!!! Doktor ini tidak akan sesekali pula memberitahu dalam iklan media kerana mereka tidak berkepentingan , tambahan pula kos muncul dalam media atau pengiklanan adalah sangat mahal!!!

TELEFON BIMBIT SEBAB KANSER OTAK


Sebuah penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik diketuai oleh Anna Lahkola dari Radiation and Nuclear safety Authority, Finland mendapati penggunaan telefon bimbit secara berterusan--walau pun jenis moden-- meningkatkan risiko pembentukan tumor otak kepada ramai pengguna. Hasil penyelidikan dilaporkan dalam International Journal of Cancer.
Mereka mendapati bukti kukuh bahawa pennggunaan telefon bimbit menyebabkan risiko mengalami tumor otak dikenali sebagai glioma meningkat antara 40-70%. Peningkatan risiko terebut berlalu kepada bahagian kepala yang biasa digunakan untuk melekapkan telefon bimbit ke telinga.

Pandangan Konvensional


1.Kajian membandingkan 1,521 pengguna telefon bimbit yang mengalami glioma dengan peserta kawalan seramai 3,301 orang tanpa tumor.

2.Mereka yang menggunakan telefon bimbit moden lebih dari 2,000 jam sepanjang hayat mengalami peningkatan tumor otak sebanyak 270 %.

3.Kajian ini dipercayai yang kedua yang benar-benar mengaitkan pengunaan telefon bimbit dengan peningkatan risiko pembentukan tumor otak tertentu.

4.Risiko paling tinggi pada individu berumur di bawah 20 tahun.

5.Telefon generasi awal jenis analog telah didapati sebagai sumber tumor-tumor otak tetapi kewujudan telefon-telefon bimbit digital masih mendatangkan risiko yang serupa

6.Menurut jangkaan beberapa orang saintis, keputusan kajian jangan dikaitkan dengan pembentukan tumor ketika penggunaan selama 10 tahun tetapi tumor tersebut akan wujud selepas tempoh tersebut

Pada pandangan saya, sesetengah orang MUNGKIN boleh mengalaminya dalam tempoh 10 tahun penggunaan telefon bimbit. Ia bergantung kepada faktor-faktor penyumbang pembentukan tumor seperti gaya hidup yang tidak holistik. Radiasi telefon bimbit membentuk kanser dan aya hidup tidak sihat sebagai agen penggalakan pertumbuhan kanser atau sebaliknya.

Pandangan Alternatif

1.Pengeluar-pengeluar telefon bimbit telah cuba mendiamkan bahaya telefon bimbit dengan menaja penyelidikan mereka sendiri yang memberi keputusan bahawa telefon bimbit adalah selamat. Tujuan dan keputusan sesuatu penyelidikan boleh bias kepada kehendak penaja.

2.Semua orang apa tah lagi kanak-kanak dan remaja belasan tahun hendaklah diperingati supaya mengurangkan penggunaan telefon bimbit kerana risiko pada golongan ini untuk mengalami tumor otak meningkat.

Sebuah kajian yang dijalankan di Israel oleh para penyelidik dari Weizmann Institute of Science yang dilaporkan dalam Biochemicla Journal mendapati penggunaan telefon bimbit selama hanya 10 minit boleh mencetus perubahan terhadapa sel-sel otak yang dikatikan dengan pembahagian sel dan pembentukan kanser.

Sebelum ini pelopor yang mendakwa penggunaan telefon bimbit sebagai selamat telah mempertahankan kenyataan mereka bahawa penggunaannya tidak akan menyebabkan kerosakan otak kerana paras radiasi gelombang mikro yang dibebaskan sangat rendah untuk membolehkan ia memanaskan sel-sel tubuh.

Dalam kajian terbaru perubahan dalam proses-proses biologi bermula pada paras tenaga yang lebih rendah dari yang digunakan oleh telefon bimbit. Perubahan biologi tersebut juga didapati tanpa pemanasan.

Kesimpulan yang boleh dibuat dari kajian ini ialah penggunaan telefon bimbit mempunyai implikasi buruk kepada kesihatan.

Dalam kajian tersebut para penyelidik telah mendedahkan sel-sel manudia dan tikus kepada radiasi berparas rendah dengan frekuensi 875 mehaHertz iaitu frekuensi yang serupa digunakan oleh kebanyakan telefon bimbit. Walau bagaimana pun intensiti radiasi adalah di bawah paras yang digunakan oleh kebanyakan telefon.

Dalam masa 10 minit saintis-saintis tersebut mendapati beberapa perubahan berlaku dalam sel-sel. Suis kimia yang berfungsi mengawal pembahagian sel di’buka’ – sejenis suis yang dikaitkan dengan pelbagai jenis kanser.

Dari kajian, tiada bukti secara langsung bahawa kanser terbentuk. Antara kesimpulan dari kajian ialah sel-sel bertindakbalas kepada radiasi telefon bimbit dalam bentuk non-thermal (bukan sebab pemanasan). Rony Seger mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan 1/10 dari paras radiasi yang biasa digunakan oleh telefon bimbit. Itulah sebabnya seorang kawan saya bernama Franklin di Sydney jarang menggunakan telefon bimbitnya untuk bercakap. Terdapat pelbagai punca kematian dan sakit. Kita mampu mengurangkan pendedahan kepada faktor-faktor penyebabnya. Itulah gunanya manusia dikurniakan mata, telinga, dan hati – untuk belajar membezakan mana yang baik, mana yang sederhana, dan mana yang buruk.

PuNcA KanSer Serta RaWaTaN ALterNaTif


PuNcA KanSer Serta RaWaTaN ALterNaTif

Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.

Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu kita mempunyai harapan, rawatan alternatif. Memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

PUNCA PENYEBAB KANSER

Rabu, 15 Jun 2011

Antara punca2 yang mengundang penyakit Kanser

Assalamualaikum guys... Rasanya dah banyak tips/petua dan khasiat buah/daun yang boleh menjadi penawar penyakit KANSER. Tetapi adakah kita mengambil tahu dan saja tidak mahu tahu akan bahan2 kimia yang terdapat dalam sabun seperti shampo juga boleh membawa kepada penyakit ini. Nak tahu apa lagi, jom kita ambil kisah nota dibawah ini.. Tapi sebelum itu aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Cik Ainun kerana berkongsi info yang sangat berguna untuk kita semua. Kita cuba amalkan tips ini.

Beberapa tips berguna untuk kita yang ingin hidup sihat!
1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.
2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.
3. Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.
4. Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah meggie, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.
5. Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi. Kalau tak percaya! boleh hubungi utk pengesahan kepada Penama ni.. Nor Hamizi Md. Amin Penolong Pendaftar Unit Perkhidmatan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia & Pentadbiran Jabatan Pendaftar, Universiti Sains Malaysia 11800 Minden, Pulau Pinang Tel: 04-65326940
Nota
Alhamdulillah... rasa lega pula bila sudah berkongsi kepada semua. Semoga sahabat2 dapat mengamalkan dan elakkan dari penggunaan bahan2 yang mengundang kepada penyakit ini. InsyaAllah.. Dan jangan lupa dengan amalan jus B17 (biji aprikot), diet yang sihat, banyak memakan buah2an yang kaya dengan Vit C seperti buah durian belanda, buah limau, nenas serta batangnya, kiwi dan betik. Paling utama sekali elakkan dari memakan makanan yang berkarbon seperti makanan berbakar serta makanan laut.