Ahad, 15 April 2012

Bahaya dekat kabel VOLTAN TINGGI

Pastinya korang pernah dengar cerita, duduk dekat dengan kabel TNB ni bahaya, boleh sebabkan kanser pada tubuh kita. Betul ker? Sebenarnya TIDAK, kabel TNB hanya menghasilkan 15mG EMF sahaja, jadi perumahan dan tempat tinggal dekat dengan kabel TNB adalah tidak berbahaya dan tidak boleh mendatangkan kanser seperti yang dikatakan segelintir orang. Naib Presiden TNB (Penghantaran), Rozimi Remeli,berkata : persepsi yang mengatakan bahawa sinaran EMF boleh menyebabkan penyakit seperti kanser adalah disebabkan kurang pemahaman mengenai EMF. Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan sekiranya seseorang itu sentiasa terdedah kepada radiasi atau sinaran EMF melebih 1000mG, kemungkinan orang itu terdedah kepada kesan sampingan. "Bagaimanapun di bawah 1000 mG adalah selamat," katanya selepas menghadiri majlis perasmian Seminar Kesedaran Keselamatan Elektrik 2010 peringkat Selangor di Sungai Besar, dekat sini, hari ini.

Fakta lain :

1.EMF ialah Electro Magnetic Field / Gelombang elektromagnetik.
2.Ketuhar gelombang mikro di rumah menghasilkan 400 mG EMF.
3.Kabel pemancar TNB hanya menghasilkan kira-kira 15 mG EMF.
4.Kebanyakan peralatan elektrik dalam rumah menghasilkan sinaran EMF yang tinggi seperti ketuhar dan telefon bimbit tetapi ia tetap tidak memberi kesan sampingan kepada kesihatan.

Nota: Petikan diatas adalah bias kerana didapati dari satu punca saja iaitu golongan yang berkepentingan dalam:
1.   Industry Kabel Voltan Tinggi  - Sekiranya mereka katakan bahaya maka kabel ini mungkin terpaksa disalut plumbum atau ditanam beratus kaki di bawah tanah… jalan singkat adalah istiharkan ia tidak merbahaya … Serupa kesnya seperti radioaktif di Lynas … mudah saja … istiharkan ia tidak berbahaya kepada kesihatan… Serupa juga jerebu … istiharkan jerebu tidak berbahaya bagi menjaga kedatangan pelancong sampailah ada warga emas yang mati sebab diserang sesak nafas. Mati akibat sesak nafas adalah penyebab acute. Manakala kesan pendedahan kepada jerebu jangka panjang belum diketahui kesan sampingan dan akibatnya!!!
2.   Telefon Bimbit – sekiranya pembuat atau penjual telefon bimbit sendiri mengaku telefon bimbit itu boleh menyebabkan kanser otak, sudah tentu jualan mereka merudum. Juga mereka akan dipertanggungjawabkan bagi membayar ribuan dollar pampasan kepada keluarga pesakit kanser otak iaitu mungkin anda semua!!! Jalan singkat bagi melepaskan jerat di tengkuk adalah dengan mengaku bahawa telefon bimbit mesra pengguna dan tidak sesekali akan menyebabkan barah otak, meletihkan otak, atau merencatkan kepintaran IQ manusia!! Ini kerana ada pendapat lain dari doktor yang tidak berkepentingan yang mengatakan ia mungkin tidak selamat!!! Doktor ini tidak akan sesekali pula memberitahu dalam iklan media kerana mereka tidak berkepentingan , tambahan pula kos muncul dalam media atau pengiklanan adalah sangat mahal!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.