Ahad, 4 Mac 2012

Permukaan Ais Lautan Artik mengecil dengan pantas

Permukaan Ais Lautan Artik mengecil dengan pantas
The Star Sabtu 3 Mac 2012
Kadar pengecilan permukaan ais Lautan Artik dikuatiri akan menyebabkan tindakbalas kimia yang boleh membebaskan logam beracun raksa (Merkuri). Permukaan ais artik yang tebal beransur ansur digantikan dengan Permukaan ais yang lebih masin. Ia membebaskan gas bromine ke udara bila bertindakbalas dengan suhu sejuk dan cahaya matahari. Kajian dilakukan pihak NASA di makmalnya di Pasadena. Tindakbalas kimia dipanggil letupan bromine boleh menukarkan wap merkuri di dalam atmosfera menjadi pencemar beracun yang turun di atas salji, tanah atau ais. Raksa akan berkumpul dalam daging ikan. Bromine juga boleh menipiskan lapisan ozone, yang menyebabkan lebih banyak pancaran UV , elektromagnet dan pancaran radiasi memasuki bumi. Pancaran berlebihan mungkin berkaitan dengan kanser kulit atau melanoma.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.