Ahad, 4 Mac 2012

Kuatkan sistem pertahanan semulajadi anda

Kuatkan  sistem pertahanan semulajadi anda
Adakah anda sedar bahawa selepas kimoterapi dan radioterapi, sistem pertahanan badan anda menjadi lemah? Anda boleh mengetahui atau mengujinya dengan suntikan pelalian (imunisasi) Hepatitis B. Jika sistem pertahanan badan anda menjadi lemah Suntikan pelalian Hepatitis B gagal merangsang sistem pertahanan badan anda mengeluarkan antibodi bagi melawan virus Hepatitis B. Ini disebabkan kerana sistem pertahanan badan semulajadi anda gagal mengeluarkan antibodi sebagaimana badan orang (Limpoid sistem) yang tidak dikimo atau diradioterapi.  
Sampai sekarang, tiada doktor perubatan yang menyokong saranan, bahawa dengan merangsang kekuatan semulajadi badan, anda boleh melawan kanser. Doktor perubatan hanya tahu potong, kimo dan radioterapi sahaja! Hanya Profesor Susumu Sekine dan Shane Ellison didapati menyokong idea merangsang kekuatan semulajadi badan bagi melawan kanser! Profesor Susumu Sekine adalah pesakit barah lower 1/3rd esophagus yang tidak mahu menjalani pembedahan radikal membuang esophagus dan buang sebahagian perutnya sebaliknya beralih kepada perubatan herba bagi merangsang sistem pertahanan semulajadi manusia terhadap penyakit menjadi kuat dan berkesan. Shane Ellison adalah pakar bagi mencipta ubat-ubatan berasaskan kimia. Shane Ellison pernah bekerja dengan syarikat ubat terkemuka dunia tetapi beliau merasa bersalah menipu umat manusia dan memilih berhenti menipu manusia. Setiap ubat mengandungi kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang. Contohnya Orlistat (Ubat kuruskan badan) boleh sebabkan gangguan psikiatri! Ubat Lovastatin merosakkan hati! Ubat sesimple Paracetamol boleh merosakkan hati. Ibuprofen, Ponstan, NSAIDs merosakkan buah pinggang dsbnya! Tetapi paracetamol atau ubat sakit kepala/demam adalah ubat yang paling laku dijual over the counter tanpa preskripsi doctor/pharmacist. Selalunya ubat ubatan moden mesti mengandungi pengawet, pewarna, pewangi, perasa dan kimia!
Lain kali jika anda mendapatkan ubat, jangan lupa bertanya kesan sampingan ubatan kepada doktor (Jika di klinik swasta) atau dispenser (jika di klinik/hospital kerajaan). Mereka bertanggungjawab menjelaskan kesan sampingan ubat ubatan kepada anda dan mereka dibayar untuk khidmat ini! Mereka jadi tidak beretika jika enggan memberitahu anda kesan sampingan ubat ubatan ini dan anda boleh membuat aduan ke Jabatan Farmasi! Sebenarnya jangan letakkan tanggungjawab menjaga kesihatan di tangan doktor / farmasi! Anda sendiri perlu jaga kesihatan diri sendiri. Banyakkan pencarian sendiri di internet! Mana boleh asyik harap orang lain saja nak beritau semuanya!! Ingatlah bahawa perubatan adalah satu bidang perniagaan yang sangat menguntungkan! Mereka boleh dikatakan kebanyakkannya bertuhankan wang (money oriented) !!! Masing masing nak kaya cepat daripada kesakitan dan penderitaan anda!!! Masing-masing ada banyak bungalow besar serta ada banyak kereta besar!
Sebenarnya kekuatan semulajadi badan iaitu antibodi dan sel-sel pagosit (Phagocyte seperti monosite dsbnya) berupaya memakan sel sel barah! Tetapi ia perlu mengenalpasti sel-sel itu bukan sel-sel normal terlebih dahulu. Badan manusia terdiri dari berbilion-billion sel yang asalnya hanya dari 2 cantuman sel saja dahulu dalam rahim ibu kita iaitu satu sel sperma bapa dan satu sel ovum ibu! Sel sperma bapa mengandungi 23 kromosom dan sel ovum ibu mengandungi 23 kromosom. Sel sperma memasuki ovum dan 2 sel (benih bapa dan ibu) menjadi satu sel yang jumlah kromosomnya sekarang ialah 46! Sel ini telah tersenyawa dan dari satu sel inilah anda dibentuk Allah Taala. Dari satu sel yang telah tersenyawa ini sekarang anda telah menjadi berbilion billion sel ! Tidak mustahil ada sel yang gagal mengikut kod 46 kromosom atau kod DNA (akibat ganguan kimia dalam makanan, pendedahan kepada radiasi, pelarut organik dsbnya) lalu bermutasi menjadi sel kanser. Jika sistem pertahanan badan semulajadi anda cukup kuat, anda tak perlu bimbang kerana sel-sel Phagocyte serta antibodi akan memusnahkan sel sel abnormal (sel barah) yang terbentuk! Sebaliknya jika sistem pertahanan badan semulajadi anda lemah, ia tidak dapat menghasilkan antibodi atau sel phagocyte bagi melawan sel sel kanser! Justeru amat bijak jika anda sekarang berusaha kearah menguatkan sistem pertahanan badan semulajadi anda!
Bagaimana anda boleh meningkatkan kekuatan sistem semulajadi pertahanan badan anda?
1.   Lakukan senaman setiap hari:
a.   Senaman perlu dilakukan secara betul.
b.   Ada warm up terlebih dahulu bagi elakkan kecederaan.
c.   Boleh juga Tai Chi @ Gigong bagi warga tua.
d.   Lakukan di sebelah malam atau subuh lebih relak.
e.   Pastikan kasut anda bertapak lebar, tidak sempit serta lembut.
f.     Pastikan ada pernafasan dalam-dalam dan peluh anda keluar menitik-nitik. Pergi belajar cara pernafasan serta cara berlari yang betul!
2.   Makan jus buah-buahan / sayur-sayuran hijau.
a.   Pastikan buah-buahan / sayur-sayuran anda organik dan bebas sebarang racun.
b.   Pastikan buah-buahan / sayur-sayuran anda berwarna warni yang berlainan : Terung = ungu ; Tomato = merah ; Labu = kuning, karot dan kunyit = jingga ; beet root = merah tua  dsbnya.
3.   Makan berbagai-bagai jenis ulam-ulaman.
4.   Minum susu kambing segar.
5.   Elakkan minum ais serta minuman pengawet  / berpewarna / perisa tiruan.
6.   Elakkan makan perisa / perasa tiruan, pewarna tiruan dalam makanan yang dijual di gerai atau makanan segera atau makanan/minuman dalam tin.
7.   Elakkan mandi malam.
8.   Amalkan mandi wap.
9.   Amalkan mandi air panas.
10.               Makan beras perang / bijirin masih berkulit ari / beras baru!
11.               Makan minyak kelapa dara (Quran : Surah 14: ayat 25 & 26).
12.               Makan madu lebah asli contoh Apis Dorsata.
13.               Makan ikan. Ikan mengandungi Omega 3 Fatty Acids.
14.               Elakkan makan Omega 6 Fatty Acids ( minyak dari sumber sayur-sayuran eg minyak soya / Sunflower / Evening Primrose dsbnya )
15.               Elakkan makan daging merah serta makanan berasid.
16.               Hindari stres dengan berjumpa pakar psikologi / psikiatri.
17.               Luahkan perasaan anda kepada orang lain atau ujudkan laman blog bagi meluahkan perasaan atau untuk pesakit kanser lain mendapat manfaat serta pengetahuan dari pengalaman perubatan atau amalan diri anda.

Diharap anda mendapat manfaat dari tulisan ini. Sekiranya ada petua lain sila tuan tambah. Sekian Wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.