Sabtu, 1 September 2012

Hepatitis B sebabkan kanser hati


Hepatitis B sebabkan kanser hati

Sedikit keterangan mengenai hepatitis B. Hepatitis B disebabkan oleh virus Hepatitis B. Virus Hepatitis B sebenarnya boleh berjangkit melalui perkongsian jarum suntikan, bertukar-tukar pasangan seks, transfusi darah yang telah dicemari virus Hepatitis B dsbnya. Apabila virus Hepatitis B telah memasuki badan anda, ia tidak boleh dikesan oleh makmal ujikaji sehinggalah jumlah virus mencapai kepekatan tertentu per ml darah barulah boleh dikesan oleh alat ujikaji makmal. Demikian juga dengan virus HIV-AIDs yang punyai tempoh tertentu sebelum dapat dikesan oleh alat penguji darah! Tempoh virus ini boleh berjaya dikesan dalam darah pesakit disebut ' tempoh window period '. Bagi jangkitan HIV-AIDs ' tempoh window period ' ini adalah antara 1 hingga 6 bulan! Bayangkan jika darah yang diterima itu masih dalam tempoh window period dan ditransfusi dalam salur darah anda maka anda berisiko mendapat penyakit HIV AIDs atau Hepatitis B kemudiannya nanti !! Justeru, hospital biasanya memberitahu anda risiko ini apabila anda akan akan ditransfusi darah. Terdapat juga orang yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan perkhidmatan menderma darah sebagai pusat ujian HIV-AIDs atau Hepatitis B mereka! Selepas melakukan seks rambang, mereka berasa khuatir akan status kesihatan mereka lalu menderma darah bagi melihat samada darah mereka ditolak atau tidak oleh tabung darah. Malangnya, jika masih dalam tempoh window period di mana bilangan virus HIV atau Hep B masih rendah dan belum mencukupi bagi meneyababkan test reactive, sudah pasti keputusan ujian darah menjadi negatif. Maksudnya mereka negatif bagi penyakit AIDs atau penyakit Hepatitis B sedangkan virus penyakit ini telah berada dalam badan mereka !!!! Mereka jadi lega dan terlalu gembira dengan keputusan ini lalu pulang ke rumah dengan senang hati dan menjangkitkan penyakit ini kepada isteri mereka pula apabila mereka membuat hubungan kelamin..

Virus Hepatitis B lebih tahan jika dibandingkan dengan virus HIV - AIDS. Maksudnya virus Hepatitis B boleh hidup lebih lama atas titisan darah di atas meja daripada virus HIV-AIDs. Kepekatan jumlah virus Hepatitis B di dalam titisan darah di atas meja juga lebih banyak berbanding virus HIV-AIDs. Justeru ini memungkinkan kadar jangkitan yang lebih tingggi sekiranya anda terdedah kepada darah yang mempunyai virus Hepatitis B berbanding titisan darah yang mengandungi virus HIV-AIDs!

Sedikit keterangan mengenai :

 HbS antigen , Hbe antigen, Hbc antigen --- Kalau ketiga tiga jenis antigen ini berpanjangan ujud dalam darah anda, maksudnya anda telah mempunyai jangkitan hepatitis B yang persistence ( juga dipanggil sebagai persistence Hepatitis B infection = Chronic Hepatitis B infection) !!!

Persistence Hepatitis B infection boleh menyebabkan hati cirrhosis dan hati gagal berfungsi. Lama kelamaan keadaan ini boleh bertukar menjadi kanser hati .

Bukan semua pesakit akan mendapat kanser hati. Bagi yang mempunyai tahap antibodi ( imuniti atau kebolehan badan bagi melawan patogen ) badan yang kuat, mereka boleh sembuh daripada jangkitan penyakit hepatitis B!! Antibodi ini adalah seperti IgG anti HBs, IgG anti HBe, dan  IgG anti HBc. Kehadiran antibodi IgG anti HBs dalam darah bermaksud anda mempunyai imuniti sepanjang hayat terhadap jangkitan Hepatitis B!

Bagaimana cara membina kekuatan semulajdi tubuh bagi melawan penyakit?

1.   Bersenam atau beriadah secara tetap atau berkala. Berjalan kaki, menaiki tangga, berbasikal, berjogging, berenang, Tai Chi, Chee Gong dsbnya boleh membantu!

2.   Hindari stress berlebihan.

3.   Banyak makan ulam ulaman segar / sayur-sayuran dan buah buahan organik yang tidak dicemari racun 3 dalam satu iaitu (racun serangga + racun herba + racun kulat )

4.   Amalkan pengambilan jus buah-buahan secara tetap setiap hari.

5.   Amalkan minum minyak kelapa dara dan madu lebah asli.

6.   Amalkan pernafasan dalam dalam - deep brething exercises - tarik nafas sedalam dalamnya - tahan seketika dan hembus nafas - ulang 7 kali setiap subuh hari diiringi selawat nabi berserta doa. Boleh juga diamalkan pada waktu lain pada udara yang tidak tercemar.

7.   Jangan makan bahan kimia dalam makanan seperti MSG, pewarna makanan, pengemulsi makanan pengawet makanan eg boric acid dsbnya!

8.   Jangan makan ikan yang telah dicemari pengawet kimia seperti formalin atau formaldehyde.

9.   Jangan makan ayam, atau daging yang telah dicemari ubat penggalak daging atau ubat pengurang pembentukan lemak dalam ayam seperti Beta 2 agonist dsbnya.

10.               Jangan minum air yang masih mengandungi kimia klorin dan kimia florin/florida.

11.               Jangan beri florida kepada anak anda.

12.               Jangan dedahkan diri anda kepada logam berat atau kimia meruap yang ada dalam pewangi bilik, minyak wangi, gincu, losyen badan, cat, cecair pemadam pen dsbnya.

13.               Jangan dedahkan diri anda berlebihan kepada medan elektrik dan medan magnet seperti berada berhampiran microwave oven, telefon bimbit, tv, komputer, permainan video dan apa saja peralatan yang mengalirkan elektrik!

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.