Sabtu, 1 September 2012

Makanan segera pendekkan hayat


Makanan segera pendekkan hayat

 

10/06/2007 : Pengambilan makanan segera merupakan antara faktor yang boleh memendekkan jangka hayat rakyat Malaysia.

 

KUALA LUMPUR 21 Mac “ Pengambilan makanan segera merupakan antara faktor yang boleh memendekkan jangka hayat rakyat Malaysia. Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan, Datuk Lee Kah Choon berkata, kajian mendapati sebahagian besar daripada makanan tersebut mempunyai lemak, gula dan garam yang berlebihan. Jika kita tidak berjaga-jaga apabila terus memakan makanan yang tidak sihat, ia akan memendekkan jangka hayat kita? katanya. Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) mengenai kesan pengambilan makanan segera terhadap jangka hayat rakyat negara ini. Menurut Kah Choon, sebab-sebab lain yang memendekkan umur rakyat Malaysia ialah kemalangan jalan raya yang merupakan bilangan kes tertinggi diikuti penyakit dan faktor semula jadi. Menjawab soalan asal Tan Sri Dr. Ting Chew Peh (BN-Gopeng), Kah Choon berkata, purata jangka hayat kaum Cina adalah paling panjang berbanding kaum lain iaitu 73.6 tahun bagi lelaki dan 78.8 tahun bagi perempuan. Katanya, jangka hayat kaum Bumiputera ialah 70.4 tahun bagi lelaki dan 74.8 tahun (perempuan) manakala kaum India 67.4 tahun (lelaki) dan 75.4 tahun (perempuan). Utusan Malaysia 22/03/07

 

http://web.utm.my/healthcentre/index.php?option=content&task=view&id=56&Itemid=0

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.