Sabtu, 1 September 2012

Beras tiruan sebabkan kanser


Beras tiruan sebabkan kanser

 

Pada April lalu ada berita mengenai Negara China telah mengeluarkan Telur Tiruan yang sangat membahayakan nyawa insan yang memakan telur tiruan terbabit. Untuk mengetahui kandungan dan procedure bagi menghasilkan telur tiruan di Negara China korang boleh buka sini.. Hati-hati!! Pastikan anda membeli telur ayam yang ASLI !!!

Kini muncul pula isu negara China telah menghasilkan sejenis beras yang dikatakan hasil gabungan kentang, ubi dan plastik. Maklumat ini dipetik dari blog Anak Seberang. Mari baca maklumat tentang isu beras tiruan di China yang dapat diperolehi.

Media Singapura melaporkan bahawa Negara China sedang mengeluarkan beras palsu. Perusahaan makanan China telah terlibat selama bertahun-tahun dengan pelbagai skandal yang melibatkan barang palsu atau tercemar. Termasuk skandal susu pada 2008 juga isu hangat susu ditemui mengandungi racun melamine. Melamine ditambah kerana sifatnya yang apabila diuji menyerupai tindak balas protin. Melamine digunakan bagi menipu para pengguna bahawasanya kandungan protin dalam susu bayi adalah tinggi dan menepati piawaian yang ditetapkan!!  Seramai 290,000 orang bayi telah jatuh sakit dan melibatkan 11 kematian. Sekarang ada laporan dari media Singapura bahawa China sedang mengeluarkan beras palsu, yang dikatakan sangat berbahaya. Menurut Bahasa Korea “Hong Kong Weekly” (juga dari rujukan website Vietnam), Media Singapura menyatakan bahawa beras palsu sedang dihasilkan di kota China Taiyuan, di daerah Shaanxi. "asi” ini merupakan gabungan dari kentang + ubi + plastik. Ia dibentuk dengan mencampur kentang dan ubi kayu ke dalam bentuk biji beras, kemudian menambahkan lagi bahan sintetik industri. Pejabat Restoran China Association mengatakan bahawa makan tiga mangkuk nasi palsu ini sama seperti makan satu kantung plastik. Plastik mempunyai racun dioxin yang pasti boleh menyebabkan kanser! Kerana masalah ini sangat serius, ia menambah bahawa akan ada penyelidikan kilang dijangka mengeluarkan beras. Sementara itu, kos beras palsu yang sangat rendah menyebabkan peniaga berupaya membuat keuntungan yang lebih besar. Di Vietnam, telah terdapat berbagai laporan di media dalam negeri tentang makanan tercemar, sehingga ramai orang khuatir tentang jaminan keselamatan makanan.

 

Dah bermacam benda yang dicipta Negara China, setakat alat elektronik itu tak pe lagi la sebab ada juga yang memberi kemudahan kepada kita dan harga barangan China pun murah. Tetapi, tak pe tak pe pun ada juga kes2 alat elektronik buatan China yang mudah meletup serta memudaratkan pengguna!!

Paling sedihnya makanan turut dipalsukan bagi mengaut untung besar! Sememangnya ia menjadi masalah sangat besar kerana ia melibatkan kesihatan pengguna. Di Malaysia, adakah beras kita masih bersih dan selamat..? Berapa ekor bubuk ulat pemakan beras ujud dalam plastik beras? Berapa banyakkah antara kita yang berfikir panjang ? Adakah tiada bubuk bermaksud ada racun kimia dicampur dalam beras kita bagi menjauhkan ulat beras? Selamatkah racun kimia beras ini dimakan?


Sumber Rujukan : http://www.ibnushukran.com/2011/09/awas-lepas-telur-tiruan-kini-beras.html



Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.