Ahad, 14 Oktober 2012

Air Anda Tercemar


(1) Sembilan tahun hidu bau busuk


Oleh Elrafaei Sapi
ahmadelrafaei@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Mutu Air Kumbahan dan Air Malaysia (Pentas) menggesa Indah Water Konsortium (IWK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah perkhidmatan pembentungan di dua kawasan loji berdekatan Pandan Indah dan Kampung Pandan. Pengasas merangkap Timbalan Presiden, Pentas, Syed Abdul Razak Al Sagoff berkata, masalah timbul apabila penduduk di kawasan berkenaan mengadu menghidu bau busuk dipercayai berpunca perkhidmatan pembentungan tidak berfungsi dengan baik termasuk air kumbahan mengalir ke longkang. “Masalah ini berlaku sejak sembilan tahun lalu apabila penduduk sering mengadu menghidu bau busuk. Penduduk seolah-olah menjadi tebusan apabila membayar caj perkhidmatan pembentungan IWK tetapi perkhidmatan tidak memuaskan,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, IWK sepatutnya memberi perkhidmatan baik pada penduduk yang membayar caj perkhidmatan pembentungan. Malah, aspek penyelenggaraan di loji dijalankan dengan teliti agar tidak memberi kesan negatif pada penduduk. “Apa yang membimbangkan, bau busuk ini boleh menjejaskan kesihatan penduduk. Ini adalah masalah serius dan perhatian perlu diberikan pada loji rawatan kumbahan yang tidak berfungsi dengan baik,” katanya. Syed Abdul Razak berkata, Pentas mencadangkan IWK perlu mengemukakan bukti seperti masa penyelenggaraan yang dilakukan pada penduduk jika mengatakan loji terbabit diselenggara.

“Saya yakin masih ada loji rawatan kumbahan di kawasan lain yang tidak berfungsi dengan baik. Sepatutnya, IWK tahu memilih teknologi yang berupaya mengendalikan perkhidmatan pembentungan dengan sempurna,” katanya. Katanya, Pentas mewakili penduduk bukan mahu air kumbahan dirawat sehingga diproses menjadi air minuman seperti dilakukan Singapura tetapi meminta IWK membaiki loji terbabit dengan segera. Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Inai, Pandan Indah, Abu Hasan Tamby pula berkata, penduduk berharap IWK melakukan penyelenggaraan enam bulan sekali atau sekurang-kurangnya dua kali setahun. “Penduduk membayar RM8 sebulan untuk caj perkhidmatan pembentungan tetapi apabila kami memanggil IWK untuk datang, kami diminta membayar caj lain,” katanya.

 


(2) Pentas gesa IWK lantik kontraktor berpengalaman baiki loji


KUALA LUMPUR 5 Okt. - Pertubuhan Keselamatan Mutu Air Kumbahan dan Air Malaysia (Pentas) menggesa Indah Water Konsortium (IWK) Sdn. Bhd. agar melantik kontraktor berpengalaman bagi mengurus loji di sekitar Ampang dekat sini yang tidak disenggara dengan baik dan sempurna. Timbalan Presiden Pentas, Syed Abdul Razak Alsagoff berkata, IWK perlu memandang dengan serius perkara tersebut kerana ia melibatkan soal kesihatan dan keselesaan penduduk sekitar loji berkenaan. "Kegagalan IWK mengurus loji dengan baik menyebabkan air kumbahan dari loji mengalir terus ke longkang besar yang mengakibatkan longkang menjadi busuk dan tersumbat.

"Antara loji yang perlu diberi perhatian ialah yang terletak bersebelahan dengan Pangsapuri Pandan Indah dan Kampung Pandan," katanya pada sidang akhbar mengenai perkara tersebut di sini hari ini. Sebelum ini, menurut Syed Abdul Razak, pihaknya telah mengemukakan perkara tersebut kepada IWK namun jawapan yang diterima mendukacitakan. "Jawapan yang diberikan bukannya kenyataan yang dikeluarkan oleh jurutera yang mengurus loji tersebut. "Setelah membuat pemeriksaan, kami mendapati loji masih rosak dan tidak dibaiki," ujarnya.

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Penduduk Pangsapuri Inai, Abu Hassan Thambi berkata, masalah tersebut telah berlaku sejak 20 tahun lalu. "Apabila Pentas membuat sidang media sebelum ini, barulah IWK datang dan membaiki loji yang rosak. "Namun apa yang saya lihat, mereka tidak membaiki sepenuhnya kerana air masih mengalir keluar dari loji," katanya. Dalam pada itu, seorang penduduk Pandan Indah, T. Seroja, 50, berkata, dia terpaksa menghidu bau busuk yang datang dari loji berhampiran hampir setiap hari. "Perkara itu menyebabkan saya mengambil keputusan berpindah ke rumah lain di sekitar Pandan Indah. Bau busuk masih ada, namun tidak seteruk seperti sebelum ini," ujarnya. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Kota/20121006/wk_03/Pentas-gesa-IWK-lantik-kontraktor-berpengalaman-baiki-loji#ixzz28WqWT2nb    © Utusan Melayu (M) Bhd


(3) Kerajaan Negeri Diminta Gubal Undang-undang Berhubung Sisa Kumbahan


KIJAL, 2 Mei (Bernama) -- Semua kerajaan negeri diminta supaya menggubal undang-undang khusus bagi memantau dan mengawal pembuangan air kumbahan terutama di kawasan luar bandar bagi memastikan kualiti sungai terus terpelihara. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Azmi Khalid berkata sekiranya pembuangan sisa kumbahan itu tidak ditangani dengan lebih serius, ia boleh menyebabkan kualiti sungai dalam negara tercemar dengan teruk. "Di kawasan perbandaran, memang sudah ada satu agensi iaitu IWK yang bertanggungjawab mempertingkatkan kualiti air, yang menjadi masalah ialah di luar kawasan majlis bandaran di mana tiada undang-undang begitu. "Di kawasan yang dibangunkan rumah-rumah haram oleh setinggan, mereka ini juga tiada sistem berkenaan, jadi selagi tiada undang-undang khusus mengenai perkara ini, maka penguatkuasaan juga sukar dilaksanakan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Sains Kemapanan dan Pengurusan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang bertemakan "Kemapanan dan Kesihatan Persekitaran Marin yang Terancam" di Awana Kijal di sini hari ini. Turut hadir ialah Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Sulaiman Md Yassin dan Ketua Pengarah Perikanan Datuk Junaidi Che Ayub. Azmi berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa kerajaan sudah mengarahkan semua kerajaan negeri supaya mengambil tindakan segera bagi memastikan masalah pencemaran sungai tidak berterusan. Najib berkata penguatkuasaan yang lebih efektif dan tegas perlu dilakukan kerana sungai tercemar akibat pembuangan pelbagai bahan ke sungai. Sebelum ini, laporan akhbar memetik kajian Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mendapati 91 peratus kes pencemaran sungai di negara ini berpunca daripada najis manusia. Mengulas lanjut, Azmi berkata pada masa ini hanya kira-kira 30 peratus rakyat Malaysia yang tinggal di luar daripada majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan (PBT). "Saya mengaku, antara penyebab kepada kualiti air sungai yang mengalir ke laut terjejas adalah air kumbahan. Sebahagian besar daripada air kumbahan ini datangnya dari kawasan perumahan di kawasan perbandaran (PBT). Tetapi ada juga yang datangnya dari luar kawasan perbandaran dan kawasan setinggan," katanya.  -- BERNAMA



Tolong Fikirkan:

Dari 3 petikan Artikel di atas, jelas kita semua setuju bahawasanya air kumbahan atau effluents dari kolam pengoksidaan (oxidation ponds) akan melimpah dan masuk ke longkang2 besar! Ada berjuta-juta kondominium dan apartment di Lembah Kelang dan masalahnya air effluents najis ini akan masuk longkang besar seterusnya dari longkang besar memasuki anak sungai. Dari anak sungai memasuki sungai sungai utama dan dihilir sungai air akan diambil untuk dirawat menjadi air minuman penduduk Lembah Kelang!!! Masalahnya adalah loji perawatan air di Malaysia kesemuanya telah lapok ketinggalan zaman kerana masih menggunakan teknoloji British semenjak zaman sebelum merdeka! Berbeza dengan Singapura, Eropah, Australia, NZ, Jepun dan Amerika yang menggunakan teknoloji terkini, air di negara mereka boleh anda terus minum sedari mengalir dari paip air !

Pencemaran najis ini ditambah buruk dengan pencemaran air dari serbuk pencuci sintetik yang mengalir masuk ke longkang2 besar seterusnya memasuki anak2 sungai akhirnya masuk ke sungai2 utama. Serbuk pencuci sintetik adalah juga menjadi punca pencemaran air. Pusat racun negara mengesahkan bahawasanya serbuk pencuci sintetik dalam air minum boleh memulakan sel sel normal manusia bertukar menjadi sel sel kanser. (Sila klik:  http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_racun.php?Id=22  !!!)  Malang sekali kerana selalunya pengambilan air untuk dirawat jadi air minuman dibuat di hilir sungai kerana air di hilir sungai lebih banyak daripada air di hulu sungai!!

Selain daripada berjuta juta buah rumah, kondominium & apartment, terdapat juga ratusan ribu restoran 24 jam yang membuang pencuci sintetik (pencuci pinggan mangkuk) ke dalam sungai!

Memburukkan lagi keadaan apabila ribuan pusat dobi 24 jam dan car wash 24 jam menggunakan pencuci sintetik dan air dialirkan ke longkang besar yang akhirnya memasuki sungai!!!

Ini belum diambilkira masalah ribuan kilang kilang (Small Medium Enterprise) seperti kilang elektronik, kilang besi, kilang plastik, kilang papan yang mengalirkan asid dan buangan kimia mereka ke dalam longkang yang akhirnya akan masuk ke sungai!

Juga masalah bengkel kereta, bengkel motor dan kilang jentera yang mengalirkan minyak hitam ke dalam sungai!!! Dukacita sekali, loji pengambilan air untuk dirawat memang selalunya diletakkan di hilir sungai!!!

Antara bukti terbaik permasaalahan isu diatas ambil satu contoh iaitu Sungai Langat dan Sungai Semenyih di mana kedua dua sungai ini akan bercantum dekat Sekolah Menengah Teknik Sepang. Sebelum kedua dua sungai ini bercantum, masing masingnya telah melalui kawasan bandar dengan penduduk berkepadatan tinggi dan juga melalui kawasan kawasan industri pekilangan! Umpamanya, Sungai Langat bermula dari selebar 8 kaki saja di Kg. Kuala Pangsun dan Kg. Lepok di kaki Banjaran Titiwangsa! Ia beransur ansur melebar apabila sampai ke Dusun Tua seterusnya masuk ke Pekan Batu 14. Seterusnya, sungai memasuki pekan Cheras-Balakong yang penuh industri dan kawasan perumahan! Sungai Langat memasuki kawasan Industri Cheras Jaya, seterusnya membelah pekan Kajang, Pekan Sungai Chua, Jalan Reko, UKM, lalu sangat hampir dengan kolam kumbahan di belakang NIOSH, seterusnya bercantum dengan Sungai Semenyih dekat Sekolah Menengah Teknik Sepang.

Sungai Semenyih itu, sebelum bercantum tidak kurang hebatnya! Di hulu Sungai Semenyih terdapat tapak pelupusan sampah! Tapak pelupusan sampah ini telah ditutup akibat aduan bau busuk penduduk setempat. Namun demikian, lembangan sampah masih ada dan hasil enap cemar tetap akan dihanyut ke dalam Sungai Semenyih terutamanya semasa hujan lebat! Antara yang dibuang di sini adalah bermacam macam jenis bateri, gadget handphone, komponen plastik, komputer buruk, minyak hitam dsbnya. Sungai Semenyih juga seperti Sungai Langat melalui banyak penempatan padat dan kawasan kilang di hilirnya! Ia juga merentasi Ladang Kelapa Sawit. Tidak mustahil hasil buangan dari kilang minyak sawit (POME), baja kimia dari ladang sawit dan juga racun kimia dari ladang sawit memasuki Sungai Semenyih dengan amat mudahnya!

Selepas  kedua dua sungai ini bercantum, ia dinamakan sungai Semenyih! Tetapi sebelum kedua dua Sungai Langat dan Sungai Semenyih ini bercantum, di antara kedua dua mereka, (iaitu hampir dengan kawasan cantuman kedua dua sungai) ini ada pula terletak Nuklear Malaysia dan pusat perlesenan tenaga atom negara (AELB) ! Nuklear Malaysia mempunyai loji nuklear walaupun ramai tidak mengetahuinya! Sekiranya terdapat kebocoran radioaktif, ia akan memasuki samada Sungai Langat atau Sungai Semenyih!! Malang juga kehadiran elemen radioaktif tidak diuji dalam persampelan air minum Malaysia!

Sungai yang semakin besar, penuh dengan hasil buangan industri kilang, bangkai binatang, najis manusia, spare part kereta, bangkai motor, sampah plastik, sampah kimia dsbnya ini akan mengalir ke Putrajaya dan seterusnya memasuki Pekan Dengkil! Di Putrajaya ia disedut oleh ABASS Konsortium betul betul di belakang PICC ( dekat restoran dDusun )!!

Dalam dunia kini terdapat lebih 100,000 jenis sebatian kimia. Malah jumlah sebatian kimia baru yang dicipta ahli sains sentiasa bertambah setiap hari. Mampukah Jabatan kimia membuat pemantauan kesemua pencemaran yang berasal dari sebatian kimia ini? Hasil kaji selidik, didapati tidak lebih dari 40 parameter aja yang dipantau sedari air sungai iaitu beberapa jenis logam berat, racun dan ammonia.

Kawasan industri biasanya akan menyumbang kepada pencemaran yang lebih dasyat akibat pencemaran bahan kimia, bahan cat, pelarut kimia, asid, alkali, bahan sampingan produk plastik, besi dan logam berat! Walaupun klorin ditambah bagi membunuh kuman bakteria, klorin tidak dapat membunuh sebatian kimia dan logam berat! Kesahihan lokasi dapat disemak dengan Google Earth! sila klik link ini :





Badan yang menjaga kualiti air di Malaysia:






Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.