Ahad, 14 Oktober 2012

Sumber Utama Toksin Badan


SUMBER UTAMA TOKSIN BADAN

 

Pencemaran Makanan

Walaupun revolusi pertanian telah membawa hasil lumayan, namun saki-baki racun / baja kimia pada sayur-sayuran dan buah-buahan telah menjejaskan kesihatan manusia secara teruk. Setiap orang termakan 0.1 kg sayur dan buah yang mengandungi makhluk perosak setiap hari, secara purata.

 

Pencemaran Penternakan Haiwan

Setelah pengeluaran makanan laut dan daging dikorporatitasikan, cukup banyak antibiotik telah digunakan untuk mencegah penyakit sementara pelbagai hormon pula digunakan untuk mempercepat pertumbuhan. Ada hormon yang disuntik adalah hormon penggalak daging dan ada juga hormon yang disuntik adalah perencat pertumbuhan sel lemak! Antibiotik yang tertinggal dalam daging akan menjejaskan fungsi imun badan kita secara teruk dan membinasakan tisu-tisu sel. Contoh, hormon penggalak pertumbuhan disuntik ke tangkai buah tembikai atau mempelam. Hormon penggalak pertumbuhan juga disuntik ke kepak atau peha ayam, itik, lembu, kambing, khinzir dsbnya. Hormon hormon mampu mengganggu operasi normal kelenjar endokrin manusia.


Pencemaran Makanan Awet

Kini, makanan-makanan terproses penuh dengan pewarna, bahan awet, pemanis sintetik, perasa, penaik tiruan dan pelbagai wangian sintetik.

 

Pencemaran Sumber Air

Untuk mencegah penyakit daripada merebak, klorin yang berlebihan telah ditambah ke dalam air paip untuk tujuan penyahkuman. Klorin mengandungi unsur-unsur karsinogenik. Florin juga ditambah bagi memenuhi keperluan pergigian. Air di bandar bandar besar berasal dari longkang longkang yang mengumpul air dari kawasan perumahan, kawasan industri, kawasan kilang plastik, kilang besi, kilang elektronik, kawasan bengkel kereta atau memperbaiki lori, bengkel cat, tangki septik, pusat dobi, car wash 24 jam, restoran 24 jam dsbnya. Ada juga sungai yang mendapat air daripada tapak lupus sampah dan juga ladang sawit!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.