Ahad, 14 Oktober 2012

Petua cergas wanita tertua


Petua cergas wanita paling tua

 

Ini adalah cerita petikan dari Berita Harian bertarikh 9 Oktober 2012.  Ia mengisahkan cara hidup susah seorang wanita miskin di Kelantan. Wanita ini Puan Bidah Mamat, telah dikurniakan Allah umur yang panjang iaitu 110 tahun. Akibat kesempitan hidup, wanita ini mengamalkan makan ulam di samping menggaulkan nasi bersama pisang lalu dijadikan hidangan harian.

Iktibar yang boleh kita ambil sempena dari cerita ini adalah seperti mengesahkan kunci utama kepada kesihatan berpunca dari :

1.  Makan sedikit atau selalu amalkan berpuasa sunat.

2.  Menjauhi mengambil daging merah.

3.  Memakan ulam ulaman kampung yang bebas racun.

4.  Menghindari memakan makanan berpengawet, berpewangi, berpewarna, beremulsi, anticaking dan berperisa tiruan.

5.  Meminum air dari punca yang bersih serta bebas pencemaran kimia, racun, serbuk cuci sintetik, logam berat dsbnya.

6.  Menghirup udara segar setiap hari. Menjauhkan rokok dan asap asap lain.

7.  Selalu bersenam / menggunakan tulang empat kerat. Sentiasa aktif bekerja, beriadah dsbnya sebagai petani pesawah penoreh dsbnya.

8.  Mengelak dari mengamal cara bekerja sentiasa duduk dalam suasana berhawa dingin sepanjang hari.

 

 

 

 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Komen

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.